Anda di halaman 1dari 5

SJKC RIMBA PANJANG

31100 SUNGAI SIPUT(U), PERAK DARUL RIDZUAN

LAPORAN KEBAKARAN
PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH :20.3.2014
MASA :9.00pagi hingga 10.00 pagi
TEMPAT : SJKC Rimba Panjang ,Sungai Siput (U)

Laporan Latihan Kebakaran


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rimba Panjang, Sungai Siput (U), Perak
Mac Tahun 2014
Tarikh

: 20 Mac 2014

Masa

: 9.00 pagi hingga 10.00pagi

Objektif

1.Memberi kesedaran kepada warga sekolah suapya dapat bertindak dengan tepat apabila
berlaku sesuatu kebakaran.
2.Melatih murid tahu dan bersedia untuk bertindak jika berlaku sesuatu kebakaran atau
kecemasan.
Pada 9.00pagi, loceng panjang telah dibunyikan ,semua murid dan warga sekolah telah
bergegas ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul, iatu padang sekolah. Guru kelas
telah menandakan kehadiran murid, supaya tiada murid yang tercicir di dalam kelas atau
tandas. Semua warga sekolah telah dipastikan berada di tempat yang selamat.
Setelah semua warga dipastikan berada di padang, maka En. Fadzil bin Mat Aris pun
menyalakan unggun api yang telah disediakan. Seterusnya, En Fadzil pun
mendemonstrasikan cara menggunakan pemadam aoi dan memadamkan api di padang
sekolah. Sementara itu, En Chin Yak Sing pula telah memberikan penerangan tentang caracara menggunakan pemadam api dan cara memadam api. Beberapa orang murid juga telah
diberi peluang untuk menggunakan pemadam api untuk memdamkan api.
Latihan kawad kebakaran ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah , dan
dijalankan pada setiap tahun, bagi memastikan murid dan semua warga sekolah SJKC
Rimba Panjang sentiasa berada dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana
kebakaran atau kes kecemasan yang lain, seperti banjir dan gemba bumi.

Disediakan oleh,

____________________
Puan Marean Liew
PK HEM
SJKC RIMBA PANJANG

Gambar Latihan kawad kebakaran di SJKC Rimba Panjang

Murid berkumpul di padang


sekolah

En Fadzil Dan En Shahir sedang


mendemonstrasikan cara
memadamkan api dengan
menggunakan pemadam api.

En Chin sedang memberikan


penerangan

Murid diajar cara


memadamkan api

Bilik darjah dihiasi dengan mural


Pekerja am membersihkan
padang