Anda di halaman 1dari 5

Ayat Majmuk Gabungan

1) Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat
tunggal dengan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, maka dan sebagainya. Contohnya:
a) Ali dan Ahmad ke kantin
b) Langit mendung lalu hujan pun turun
c) Budak itu sakit gigi maka dia menangis

2) Ayat 1(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu


i) Ali ke kantin
ii) Ahmad ke kantin
3) Ayat 1(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Langit mendung
ii) Hujan pun turun

4) Ayat 1(c) juga terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu


i) Budak itu sakit gigi
ii) Budak itu menangis

5) Ayat majmuk gabungan boleh juga terbentuk daripada dua ayat tanpa penggunaan kata hubung apabila
predikatnya berlainan. Contohnya:
a) Orang tua itu ke hutan mencari rotan
b) Jalan itu tinggi rendah
c) Rumah itu ranap dihenpap pokok
6) Ayat 5(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Orang tua itu ke hutan
ii) Orang tua itu mencari rotan

7) Ayat 5(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu


i) Jalan itu tinggi
ii) Jalan itu rendah

8) Ayat 5(c) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu


i) Rumah itu ranap
ii) Rumah itu dihempap pokok

9) Dua ayat tunggal boleh juga digabungkan dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti
baikmahupun, bukan sajatetapi juga, mainmakin, dan sebagainya. Contohnya:
a) Baik abang mahupun kakak tidak dapat menjawab soalan itu
b) Gadis itu bukan saja cantik tetapi juga lemah lembut
c) Ali bukan saja pandai bermain badminton bahkan juga pandai bermain bola sepak
d) Sungguhpun lelaki itu kaya namun dia tidak sombong
JENIS-JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
1. KETERANGAN MUSABAB
PENDEFINISIAN
Keterangan musabab dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian
atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab yang digunakan adalah seperti kerana, lantaran, dan
oleh sebab.
CONTOH AYAT
a. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana saya sakit perut.
b. Oleh sebab terlalu malas Ali gagal dalam peperiksaan.
c. Pelajar itu cemerlang lantaran usaha yang bersungguh- sungguh.

2. KETERANGAN AKIBAT
PENDEFINISIAN
Keterangan akibat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.
Kebiasaannya, kata hubung adalah seperti hingga dan sehingga.
CONTOH AYAT
a. Pelajar itu belajar bersungguh- sungguh sehingga ia berjaya.
b. Dia terlalu memanjakan anaknya sehingga menjadi terlalu nakal dan sukar dikawal.
c. Dia berjaja di situ dari pukul 6.30 pagi hingga 8.00 petang.
3. KETERANGAN SYARAT
PENDEFINISIAN
Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan
syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau
CONTOH AYAT
a. Sekiranya dia setuju menolong saya akan mengadakan kenduri kesyukuran.
b. Andai kata mereka berbaik-baik pasti semua kerja akan siap dengan jayanya.
c. Jika diizinkan Allah saya akan pergi lagi ke Pulau Tioman.
4. KETERANGAN WAKTU
PENDEFINISIAN
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung
keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, sementara, tatkala, dan ketika
CONTOH AYAT
a. Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.
b. Sementara menunggu jagung masak petani itu menanam tebu
c. Tatkala hujan membasahi bumi mereka masih di sawah.

5. KETERANGAN PERTENTANGAN
PENDEFINISIAN

Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang
berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun,
biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan.
CONTOH AYAT
a. Sekalipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat
b. Meskipun hari sudah lewat pemuda itu masih enggan berganjak.
c. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.

6. KETERANGAN HARAPAN
PENDEFINISIAN
Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati.
Kata hubung keterangan harapan ini adalah seperti supaya, agar, semoga, moga- moga, dan kalau- kalau.
CONTOH AYAT
a. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
b. Cuba berusaha dahulu, kalau- kalau kita berjaya menyelesaikan masalah ini.

7. KETERANGAN CARA
PENDEFINISIAN
Keterangan cara dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan
atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan
CONTOH AYAT
a. Pemuda itu datang dengan menaiki kapal terbang
b. Dia menangkap tikus itu dengan menggunakan perangkap tikus
c. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas

8. KETERANGAN TUJUAN
PENDEFINSIAN
Kata keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau menjadi. Kata
hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi, bagiCONTOH AYAT
a. Para pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk berjaya di dalam peperiksaan
b. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, semua orang harus bekerjasama.

9. KETERANGAN PERBANDINGAN
PENDEFINSIAN
Keterangan perbandingan dapat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi
persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah- olah, seakan- akan,
ibarat, bagaikan, dan bak
CONTOH AYAT
a. Ali bermain seolah- olah dia bukan lagi seorang pelajar sekolah.
b. Hidupnya amat bertuah ibarat bulan jatuh ke riba

Ayat Komplemen
Contoh 1:
Sesetengah penduduk kampung mencari madu lebah di hutan untuk dijual.
Contoh 2:
Tahukah kamu bahawa hutan merupakan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita?
iii)
Ayat majmuk campuran
Contoh 1:
Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya, Calamus conioastris, rotan
semang dan rotan paku atau Calamus exilis.
Contoh 2:
Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-pokok yang besar dan
pelbagai jenis mergastua.

Anda mungkin juga menyukai