Anda di halaman 1dari 9

Dalam sejarah tamadun manusia, Zaman Keemasan Islam seperti yang

telah disebut di Barat yang berlaku dari kurun ke-9 Masihi sehingga ke-13
Masihi merupakan satu lintasan sejarah yang biasanya tidak dibicarakan
bersungguh-sungguh secara terperinci oleh ahli-ahli sarjana Barat.
Bagi orang Islam, zaman keemasan yang sebenarnya ialah pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w serta empat khalifah yang memerintah
setelah kewafatan Rasululullah.Sesungguhnya Zaman Keemasan Islam
seperti yang telah disebutkan oleh para sarjana Barat lebih wajar diistilahkan
sebagai Zaman Perkembangan Intelek Islam.
Namun demikian, mereka ini telah menutup sama sekali akan
kebesaran dan kepentingan sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan
oleh para tokoh ilmuan Islam dalam semua bidang terutamanya dalam
bidang matematik sepertimana yang akan dibincangkan dengan selanjutnya.
Selama ini, dunia telah dikaburi dengan ilmu-ilmu yang dikatakan telah
dihasilkan sepenuhnya oleh para sarjana Barat malah kita lebih menyanjungi
mereka berbanding tokoh Islam kita sendiri.Seperti biasa, kebenaran itu
tidak mungkin dapat diselindungi.Hal ini demikian kerana, sejak dahulu lagi
terdapat beberapa orang sarjana Barat yang sentiasa mengagumi ilmu serta
sumbangan yang telah dihasilkan oleh para sarjana Islam dalam bidang
matematik ini.Misalnya seperti Al Khawarizmi di mana hasil dan sumbangan
beliau sangat dikagumi dan masih digunapakai sehingga sekarang.Semua
ilmu yang telah dihasilkan juga telah membuatkan para sarjana Barat tidak
dapat menyangkal lagi bahawa beliau merupakan ahli matematik yang
termasyhur.

LATAR BELAKANG TOKOH


Nama

sebenar

al-Khawarizmi

ialah

Muhammad

Ibn

Musa

al-

khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin
Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai alKhawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan
beberapa cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah
zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun
220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal
pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,
Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di
Baghdad.
PENDIDIKAN
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah
seorang

tokoh

Islam

yang

berpengetahuan

luas. Pengetahuan

dan

kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang
falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan
kimia.
Al-Khawarizmi
menciptakan

sebagai

pemakaian

guru

Secans

aljabar

dan

di

Tangens

Eropah. Beliau
dalam

telah

penyelidikan

trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah


pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni


belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin
perpustakaan

khalifah. Beliau

pernah

memperkenalkan

angka-

angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga
merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Al-Khawarizmi

adalah

seorang

tokoh

yang

mula-mula

memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang


beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep
matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI


Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, alCowarizmi,

al-karismi,

al-Goritmi

atau

al-Gorism. Nama al-gorism telah

dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul


sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai
Aurym atau Augrim.
Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan
tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contohcontoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah
soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng
dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah
dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia


penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan
dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari
oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi


Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan
karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal
pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De
Numero Indorum.
2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam
pelbagai bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke
dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan
ia mengenai algebra.
5. Al-Amal bi Usturlab
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
Ketokohan al-Khawarizmi
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan alKhawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan

astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci


berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan
aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor
ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah
Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah
digunakan pada zaman tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang
dihasilkan. Antaranya

ialah

kos,

sin

dan

tan

dalam

trigonometri

penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan
mengira

luas

segitiga,

segi

empat

selari

dan

bulatan

dalam

geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor
juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah
diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada
zaman

tamadun

Islam. Astronomi

dapat

ditakrifkan

sebagai

ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian


tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan
dengan bintang].
Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua
buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan
memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.
Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam
amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan
matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi
Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. AlKhawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh
orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa
G.Sartonmengatakan pencapaian-pencapaian

yang

tertinggi

telah

doperolehi oleh orang-orang Timur.... Maka temasuklah al-Khawarizmi itu


sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang


pintar. Menurut Wiedmann pula berkata.... al-Khawarizmi mempunyai
personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang
dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai
sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.
Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa
perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini
kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan
setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.
1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan
ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah
[tanda-tanda

Allah

Tuhan. Ungkapan

iaitu
yang

symbol

kebesaran,

wujud

sewajarnya

kewujudan

dan

mencorakkan

keEsaan
kegiatan

matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak


harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

2. Syariah
Berasaskan

kepada

undang-undang

masyarakat. Keharmonian

dan

yang

mengenali

tanggungjawab

kepada

tindak
umat

tanduk

dan

hak

diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan
masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan
mencabar

kebenaran

memperkukuhkan lagi

hakiki

daripada

agama

samawi

untuk

Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah

berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga


harus di dalam sudut syariah.

3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia
perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat
menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang
terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang
melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam
itu

sendiri. Melalui

asas

pradigma

tauhid

dan

syaiyah

itu

dapat

memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.


Cabang Matematik
Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri,
algebra, aritmetik dan lain-lain.
Geometri
Ia

merupakan cabang

kedua

dalam matematik. Isi

kandungan yang

diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan


rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid :

geometri

dari

segi

bahasa

berasal

daripada

perkataan

yunani

iaitu geo bererti bumi dan metri bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula
geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan
magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman
firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir
kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya
sarjana

Islam

telah

mengemaskanikan

kaedah

sains

dedukasi

ini

terutamanya pada abad ke9M.


Algebra/aljabar
Ia

merupakan

nadi

untuk

matematik

algebra. Al-Khawarizmi

telah

diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam


bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul
Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun
820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar. Secara kesimpulannya, Al
Khawarizmi merupakan salah seorang tokoh serta sarjana Islam yang sangat
disanjungi dan segani terutamanya apabila melibatkan kepakaran beliau
dalam bidang matematik.Dan beliau merupakan salah seorang tokoh dan
sarjana Islam yang sepatutnya dijadikan contoh dan teladan dalam
memajukan

serta

meningkatkan

tahap

keyakinan

diri

dalam

ilmu

pengetahuan.
Di samping itu, sumbangan-sumbangan serta hasil karya beliau kepada
perkembangan ilmu sewajarnya kita jadikan sebagai contoh dan batu
loncatan dalam menjadi seorang yang berjaya dan berkeyakinan.Hal ini
demikian kerana, melalui kejayaan beliau telah terbuktilah bahawa suatu
ketika dahulu umat Islam merupakan pendominasi yang utama dalam bidang
ilmu pengetahuan dan bukan hanya dalam bidang matematik sahaja. Malah
dalam bidang yang lain juga seperti ilmu perubatan, ilmu astronomi, ilmu
sains dan sebagainya.

Rahsia kejayaan para tokoh dan sarjana Islam ini tidak lain dan tidak bukan
adalah kerana ketakawaan dan kesungguhan mereka dalam berlumba-lumba
untuk menimba ilmu dan semua ini dilakukan atas dasar keimanan mereka
yang sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Namun demikian, malangnya budaya
ilmu seperti ini kurang menjadi budaya dan amalan umat Islam pada masa
sekarang dan sejujurnya kita agak jauh terkebelakang berbanding dengan
masyarakat Barat terutamanya dari segi ilmu pengetahuan.
Secara keseluruhannya juga, para tokoh Islam adalah merupakan antara
tokoh yang patut kita sanjungi dan hormati.Segala hasil karya yang
dihasilkan pastinya menepati dan berlandaskan syariah Islam di mana
adanya keberkatan dalam menimba ilmu.Sebaliknya, bagi kebanyakan ahli
falsafah Barat itu sebenarnya merupakan antara cetusan pemikiran yang
kosong.Oleh yang demikian, tidak hairanlah kebanyakan falsafah mereka
hanya tampak benar dari kulitnya sahaja dan hal ini sangat berbeza jika
dibandingkan dengan hasil karya serta falsafah dari tokoh Islam kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai