Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016


PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong Pegawai Daerah Pekan,
Wakil Rasmi Pegawai Daerah Pekan,
Hadirin dan hadirat dijemput duduk.

PERSEMBAHAN ************(Persembahan).
SELAMAT
DATANG
Terima kasih kepada murid-murid prasekolah, tahun 1,2 dan 3 yang telah membuat persembahan
pembukaan sebentar tadi. Buat pengetahuan hadirin sekalian, persembahan itu tadi telah dipimpin oleh Pn
Haniza binti Ab Hamid.
ALUAN
PENGERUSI
MAJLIS

Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna, kita raikan Hari Anugerah
Kecemerlangan SK Sinar Mutiara 2016.
Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum W.B.T
Yang Berbahagia En Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong Pegawai Daerah Pekan, Wakil Rasmi Pegawai
Daerah Pekan,
Yang Berusaha En Zakaria Bin Zainuddin, Guru Besar SKSM,
Yang Dihormati Encik Muhamad bin Karim, Yang Dipertua PIBG SKSM dan pimpinannya,
En. Kamal Bahry Bin Dato Hj Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Norbila binti Nordin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tn Syed Adnan Bin Syed Mohamad , Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Selamat datang ke : Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sinar Mutiara 2016.
Saya Fatiha binti Ahmad Zainul Parhi dan saya Maryam Madhiah Ahmad, akan mengacarakan majlis ini
sehingga ke penghujungnya.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam pelbagai
bidang.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian terutamanya
kepada Yang Berbahagia En Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong Pegawai Daerah Pekan, kerana sudi
meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa
yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga
usaha kita semua diberkati Allah.

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan,


Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ahmad Najib Bin Mohd Nasir.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Najib Bin Mohd
Nasir atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN UCAPAN

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang dihormati En Kamal Bahry bin Dato Hj Ibrahim, guru
penolong kanan pentadbiran SK Sinar Mutiara untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan GPK 1)
Terima kasih diucapkan kepada En Kamal Bahry bin Dato Hj Ibrahim, guru penolong kanan pentadbiran
SKSM atas ucapan itu tadi.

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia En Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong Pegawai Daerah
Pekan, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSM
bagi sesi 2016. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
***********(Ucapan perasmi )
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En
Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong Pegawai Daerah Pekan atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

KONVOKESYEN Hadirin yang dihormati,


PRASEKOLAH
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal
erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya
diberikan penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah upacara Konvokesyen Prasekolah SKSM sesi 2016. Untuk menyempurnakan
upacara Konvokesyen ini, majlis menjemput Yang Berbahagia En Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong
Pegawai Daerah Pekan, sambil diiringi oleh Encik Kamal Bahry untuk menyampaikan hadiah dan sijil
penghargaan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016

(rujuk lampiran nama)


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong Pegawai Daerah
Pekan, atas kesudian menyampaikan sijil itu sebentar tadi.

ANUGERAH
MUTIARA
PINTAR

Semoga dengan penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi dapat membakar semangat anak-anak
Prasekolah kita supaya lebih cemerlang di sekolah rendah bagi tahun hadapan inshaallah.
Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Mutiara Pintar. Anugerah ini dianugerahkan kepada
penerima-penerima yang mendapat pencapaian terbaik bagi peperiksaan akhir tahun 2016.
Dengan ini majlis menjemput yang dihormati Encik Kamal Bahry bin Dato Hj Ibrahim sambil diiringi Encik
Shamsudin bin Hassan, Naib yang dipertua PIBG, untuk menyampaikan hadiah.
Dijemput adik .
(rujuk senarai nama)
*penyampaian anugerah*
Terima kasih diucapkan kepada Encik Kamal Bahry, GPK Pentadbiran SKSM atas kesudian menyampaikan
hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
ANUGERAH
MUTIARA
KEPIMPINAN

Warga dewan sekalian,


Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan
kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah akan
menjadi tunggak untuk mereka lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Mutiara Kepimpinan.
Buat pengetahuan semua, anugerah ini diberikan kepada murid-murid yang memegang jawatan sebagai
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas BOSS, ketua-ketua dan penolong-penolong kelas
yang telah banyak membantu para guru dalam mengawal disiplin sekolah disamping menjadi contoh dalam
pembentukan sahsiah dan keterampilan murid-murid lain di sekolah.
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Tn Haji Mohamad bin Karim, YDP PIBG sambil
diiringi oleh Pn Norbila bt Nordin, GPK HEM untuk menyampaikan anugerah.
Dijemput ..
(rujuk lampiran nama murid )

ANUGERAH
MUTIARA
TERPUJI

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Mutiara Terpuji.


Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, anugerah ini dianugerahkan kepada penerima anugerah
yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam NILAM, JQAF, LINUS, kedatangan penuh dan sahsiah terpuji.
Buat pengetahuan semua, NILAM merupakan satu program bagi menggalakkan pelajar-pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka. Untuk itu sekolah telah menganugerahkan
Anugerah Mutiara Terpuji NILAM kepada anugerah perak dan gangsa.
Bagi penerima anugerah perak, dijemput adik ..
Bagi penerima anugerah gangsa, dijemput.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Seterusnya, Anugerah Mutiara Terpuji JQAF.
JQAF merupakan pendekatan pembelajaran agama di sekolah- sekolah di Malaysia. Anugerah ini diberikan
kepada pelajar yang menunjukkan penguasaan pembacaan Alquran dan tasmik yang terbaik.
Dipersilakan penerima-penerima anugerah, adik
(rujuk lampiran)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Anugerah Mutiara Terpuji Linus pula dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang berkeupayaan menguasai
asas literasi dan numerasi sepanjang tahun 2016.
Dengan itu, dipersilakan adik..
(rujuk senarai nama)

Anugerah Mutiara Terpuji Kedatangan Penuh diberikan kepada pelajar yang berjaya hadir ke sekolah

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
dengan kehadiran 100%. Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar berikut.
Dijemput adik
(rujuk senarai nama)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Anugerah Mutiara Terpuji bagi Sahsiah Terpuji pula diberikan kepada murid yang menunjukkan sahsiah yang
baik dan menjadi contoh tauladan kepada murid-murid lain.
Dijemput adik
(rujuk senarai)
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Muhamad bin Karim, YDP PIBG atas kesudian menyampaikan hadiah
itu tadi.
PERSEMBAHAN Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
2
Kita ceriakan lagi majlis kita pada pagi ini dengan menyaksikan persembahan tarian dari murid-murid
Pendidikan Khas dengan lagunya yang bertajuk Waka-Waka. Majlis dengan ini mempersilakan.
************(Persembahan).
Terima kasih kepada murid-murid pendidikan khas yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Persembahan itu tadi telah dipimpin oleh Cik Roswatini bt Ab Wahab.
Hadirin yang dimuliakan,

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
ANUGERAH
MUTIARA AKTIF

Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah Anugerah Mutiara Aktif. Kategori pemilihan bagi anugerah ini
adalah berdasarkan penyertaan aktif dalam bidang sukan dan permainan. Mereka ini lah pelajar-pelajar
yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ke peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Ini
adalah sebagai tanda penghargaan di atas titik peluh mereka menaikkan nama sekolah. Syabas dan tahniah
kami ucapkan.
Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
Untuk menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput En Mohd Zulkifli b Awang, Penolong Pegawai Daerah
Pekan sambil diiringi oleh En Kamal Bahry bin Dato Hj Ibrahim untuk menyampaikan anugerah.
Dijemput adik.
(rujuk lampiran nama)

ANUGERAH
PEWARIS
MUTIARA
ANUGERAH
SINAR
MUTIARA

Seterusnya adalah Anugerah Pewaris Mutiara. Anugerah ini diberikan kepada ibu bapa yang menjadi contoh
teladan dalam pembentukan sahsiah dan pendidikan anak-anak.
Bagi penerima Anugerah Pewaris Mutiara yg pertama : Beliau merupakan seorang jiran yang mempunyai
nilai murni yang tinggi dimana sanggup untuk menghantar dan mengambil seorang murid Pendidikan Khas
bermasalah celebral palsy ke sekolah, walaupun tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak
tersebut. Beliau sanggup untuk membantu ibu kepada pelajar terbabit memandangkan ibu kepada murid ini
terpaksa menjaga anaknya yang sakit di hospital. Dijemput Pn Jamilah bt Ahmad untuk naik ke pentas bagi

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
menerima anugerah ini.
Bagi penerima Anugerah Pewaris Mutiara yang kedua pula, beliau merupakan ayah kepada pelajar tahun 6
yang bernama Afifah bt Zakaria. Anugerah ini diberikan kepada beliau atas komitmen kepada pihak sekolah
dan sokongan tinggi yang diberikan terhadap segala program tahun 6 yang berlangsung sepanjang tahun.
Dengan itu dijemput Encik Zakaria b Hassan untuk menerima anugerah Pewaris Mutiara ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Seterusnya, kita beralih ke anugerah yang terakhir iaitu Anugerah Sinar Mutiara. Anugerah ini diberikan
kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam semua bidang seperti pelajaran, sahsiah
mahupun ko kurikulum. Mereka ini menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain dan turut disenangi oleh
semua guru.
Anugerah Sinar Mutiara ini dianugerahkan kepada adik Mohd Shahmi b Shukut dan adik Afifah bt Zakaria.
Dijemput adik Mohd Shahmi b Shukut utk menerima anugerah.
Dijemput pula adik Afifah bt Zakaria utk menerima anugerah.
Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Zulkifli b Awang, Penolong Pegawai Daerah Pekan atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada kesemua penerima-penerima anugerah. Semoga dengan
penganugerahan ini dapat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain supaya dapat memberikan yang
terbaik di masa-masa akan datang InsyaaAllah.
PERSEMBAHAN Sebelum mengakhiri majlis, marilah sama-sama kita menghayati persembahan terakhir pada hari ini yang

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016
3

akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6 dengan persembahan puppet dance dengan lagu yg
bertajuk Hati-Hati. Majlis dengan ini mempersilakan.
*persembahan*
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6 atas persembahan yang cukup unik sebentar tadi.
Persembahan itu tadi telah dipimpin oleh Pn Noor Hazlin bt Ibrahim.

PENUTUP

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Tibalah masanya untuk
kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga ingin menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan
majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Zulkifli Bin Awang, Penolong
Pegawai Daerah Pekan, Wakil Rasmi Pegawai Daerah, atas kesudian merasmikan majlis kita pada hari ini,
dan tidak lupa kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa meraikan anak-anak mereka di sini.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan
kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum w.b.t.

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSM 2016

Dijemput VVIP dan guru-guru ke bilik makan untuk sedikit jamuan.

Anda mungkin juga menyukai