Anda di halaman 1dari 14

Contoh "Esei

Bahasa Melayu"

Contoh Esei Bahasa Melayu

Legal Notice

Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com


Infokerjaya Resources (002091193-K)

kelolaan

Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula


naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi
Akta Hakcipta.

Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web


www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email
tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan
kepada anda

Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting


untuk Assessment Center dan Temuduga di masa hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan.

Team Tips PTD, APRIL 2013


Edisi Pertama Januari 2010
1st revision: Mac 2010 (Gred 41)
2nd revision Oktober 2010 (PTD)
3rd revision Julai 2011 (PTD)
4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah)
5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam)
6th revison Februari 2012 (Juruaudit)
7th revision Mei 2012 (PTD)
8th revision April 2013 (PTD)

INIBUKANSOALANRAMALAN

http://tipsptd.com/blog

Page 2

Contoh Esei Bahasa Melayu

Contoh Esei
Bahasa Melayu
Esei1:MENANGANIMASALAHPENCULIKANKANAK-KANAK
Setiap kali kita keluar rumah, kita diperingatkan tentang keselamatan diri, lebih-lebih lagi jika
kita seorang perempuan. Tidak lama dahulu, pernah berlaku kes rogol, dan pembunuhan ke atas
seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 8 tahun iaitu Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin pada 5
September 2007. Kes menyayat hati ini berlaku tatkala adik Nurin pergi ke pasar malam seorang diri. Dia
dilaporkan hilang selama beberapa minggu sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan yang
mengerikan. Kes penculikan seperti ini telah banyak dilaporkan dalam media massa dan menarik
perhatian umum. Mengapakah kanak-kanak sering dijadikan sasaran individu tertentu untuk melakukan
salah laku jenayah dan dieksploitasikan?
Prakarsa prima ialah peranan keluarga sebagai orang terdekat dengan anak haruslah mengambil
sikap cakna dan tidak bersikap evasif dalam kemelut yang semakin meruncing ini. Tidak dinafikan
bahawa tugas ibu bapa yang kebanyakkannya bekerja dan sering sibuk atas komitmen kerja, namun
akauntabiliti terhadap anak-anak haruslah diberikan keutamaan. Kini, jenayah boleh berlaku dalam
sekelip mata dan dimana-mana sahaja. Dengan itu, ibu bapa tidak patut membiarkan anak-anak keluar
tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa.
Anggota masyarakat juga hendaklah lebih prihatin dan sensitif dengan mengambil berat akan
apa-apa yang berlaku di persekitaran mereka dan mengetepikan sikap pentingkan diri sendiri.
Masyarakat tidak harus takut untuk memberikan maklumat kepada pihak polis kerana keselamatan
anak-anak itu lebih penting. Masyarakat juga tidak boleh bergantung semata-mata kepada pihak
berkuasa sahaja bagi menyelesaiakan masalah jenayah. Sikap bagai aur dan tebing harus diamalkan oleh
masyarakat kita untuk mengelakkan masalah penculikan terus berleluasa.
Pihak sekolah juga hendaklah menekankan kepentingan menjaga keselamatan diri kepada
pelajar agar berhati-hati pada setiap masa dan ketika. Hal ini dapat mencegah sesuatu risiko penculikan
berlaku di kalangan pelajar sekolah. Guru disiplin hendaklah memantau aktiviti pelajar bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari terus berlaku.

http://tipsptd.com/blog

Page 3

Contoh Esei Bahasa Melayu


Akhirnya, kanak-kanak ialah pewaris generasi dan penyambung bangsa. Oleh sebab itu, wajarlah
langkah-langkah drastik diambil bagi membanteras sebarang kezaliman, penculikan dan penganiayaan
yang dilakukan terhadap golongan yang tidak berdosa ini.
Tahun 2010, negara Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang ke 53 tahun. Namun begitu,
penghayatan erti kemerdekaan seolah-olah sudah terhakis dalam kalangan generasi muda hari ini.
Kenapa masyarakat masih tidak cakna dengan situasi ini? Sesungguhnya, kita harus melaksanakan
pelbagai prakarsa yang pragmatik untuk menyemai semangat kebangsaan dalam generasi muda
sekarang.
Prakarsa yang perdana ialah rakyat Malaysia harus mempunyai cinta akan negara. Hal ini
demikian kerana rakyat mesti sayang akan negara sebagai tempat dilahirkan dan dibesarkan. Selain itu,
sikap ingin berbakti dan sentiasa berkorban kepada negara perlu disematkan dalam diri kita. Di samping
itu, kita harus menjana buah fikiran dan idea untuk pembangunan negara. Sikap bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing harus di elakkan dalam diri sendiri. Sesungguhnya amalan ini
perlu disemai dalam diri kita agar peribahasa yang berbunyi biar putih tulang, jangan berputih mata
menjadi pegangan generasi muda sekarang.

http://tipsptd.com/blog

Page 4

Contoh Esei Bahasa Melayu

Esei2:LANGKAHLANGKAHMEMAJUKANINDUSTRIBATIK
Masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan pakaian tradisional. Lazimnya kain batik
tersohor di pantai timur Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu. Antara pakaian melayu yang
popular ialah kain songket, baju kebaya dan baju kurung. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan
untuk memajukan industri batik ini.
Prakarsa yang pragmatik adalah dengan cara memberi bantuan modal dan latihan kemahiran.
Dengan cara ini, suntikan modal dapat disalurkan dengan mudah. Pinjaman bank harus dipermudah
kepada pengusaha supaya mereka berasa selesa untuk memulakan perniagaan dalam industri ini. Pihak
kerajaan juga hendaklah mengadakan kursus kemahiran untuk memajukan industri ini. Dengan cara ini
bakal usahawan dapat belajar cara-cara untuk memajukan industri ini. Pada dasarnya, kemahiran
pengeluaran dan pengurusan dapat ditingkatkan jika usaha ini dilakukan.
Langkah lain yang perlu dilakukan adalah dengan mengadakan pertandingan rekaan batik
kerana dengan pertandingan ini dapat memberi galakan kepada kepada masyarakat umum daripada
pelbagai peringkat umur. Pertandingan ini boleh dijalankan oleh badan keraajaan dan juga badan bukan
kerajaan. Badan kerajaan dan bukan kerajaan harus bijak mencari jalan dalam demi mempertahankan
khazanah ini luput di telan zaman.
Promosi dan iklan juga haruslah diperluas dan diperbanyakkan untuk memperkenalkan kepada
masyarakat dunia tentang corak batik, kualiti dan lokasi untuk mendapatkannya. Promosi dan iklan
boleh diadakan di media-media massa. Misalnya dengan mengadakan forum bagi membincangkan
prospek kain batik. Oleh sebab itu setiap usaha perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bak kata
pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Kesimpulannya, industri batik mempunyai potensi yang cerah jika dikomersialkan. Akhir sekali
dengan adanya usaha-usaha seperti ini kain batik dapat bersaing dengan pakaian ternama di dunia serta
setaraf dengan jenama yang terkenal. Bak kata pepatah, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara maju yang lain.

http://tipsptd.com/blog

Page 5

Contoh Esei Bahasa Melayu

Esei3:PUNCA-PUNCAPECAHRUMAHDANKECURIAN
Kejadian pecah rumah dan kecurian pernah menjadi aktiviti harian masyarakat jahiliah pada
zaman jahiliah. Namun fenomena ini masih berterusan dan menjadi-jadi pada abad ke-21 ini. Media
massa sering menguar-uarkan berita kejadian pecah rumah dan kecurian. Persoalannya, siapa yang
harus dipersalahkan? Sesungguhnya, terdapat pelbagai punca menyebabkan fenomena ini berlaku.
Punca utama berlakunya fenomena ini adalah kerana kecuaian penghuni rumah itu sendiri.
Kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya warga emas sering meninggalkan dan menyimpan barang
berharga mereka di rumah tanpa adanya mekanisma kawalan keselamatan terhadap barangan berharga
tersebut. Juga terdapat segelintir masyarakat Malaysia tidak mengunci rumah apabila tiada dirumah dan
mengambil enteng terhadap perkara tersebut. Akibatnya kejadian ini memudahkan pencuri mengambil
barangan berharga dengan memasuki rumah mangsa dengan mudahnya. Tegasnya, kesilapan yang kekal
dan berterusan mampu mengundang padah yang besar.
Kedudukan rumah yang jauh dari orang ramai dan terpencil juga sering menjadi sasaran pencuri.
Kebanyakan orang berada gemar tinggal dikawasan yang luas dan jauh tanpa jiran berdekatan. Pencuri
yang sering menjalankan kegiatan pada waktu malam akan mudah memasuki rumah yang berada di
kawasan yang suniy. Gerak geri mereka akan menjadi sukar untuk diawasi. Hal ini menjadi lebih serius
apabila tiada kawalan keselamatan di kawasan berkenaan. Sesungguhnya, kedudukan rumah akan
menarik perhatian pencuri.
Penghuni yang tiada di rumah atau telah pulang ke kampung pada cuti perayaan telah member
ipeluang kepada pencuri. Hal ini berlaku kerana penghuni yang tiada di rumah tidak memaklumkan
kepada jiran-jiran mereka. Akibatnya, penduduk yang berdekatan tidak akan mempedulikan rumah
jiran-jiran mereka kerana mereka menggangap bahawa jiran mereka berada di ruma. Fenomena ini
memudahkan pencuri membuat perancangan untuk melakukan rompakan.
Sebagai konklusinya, langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian oleh semua lapisan
masyarakat. Penghuni rumah perlu ada kesedaran untuk menjaga keselamatan rumah mereka.
Sesungguhnya keselamatan rumah ialah tanggungjawab kita bersama dan perlu menjadi amalan setiap
insan.

http://tipsptd.com/blog

Page 6

Contoh Esei Bahasa Melayu

Esei4:USAHA-USAHAMENANGANICETAKROMPAK
Fenomena cetak rompak di negara ini sering menjadi polemik di media massa. Hal ini
menyebabkan para karyawan seni resah dengan situasi yang berlaku. Persoalannya, kenapakah masalah
ini berterusan berlaku? Pelbagai undang-undang dan kawalan yang komprehensif dan drastiK harus
diambil untuk menangani masalah ini.
Usaha perdana yang perlu dilakukan ialah penguatkuasa undang-undang. Pihak yang berwajib
haruslah menjalankan operasi dan pemantauan secara lebih efisien dengan melakukan serbuan yang
berterusan di premis berkenaan atau membuat rondaan di tempat memproses cakera padat cetak
rompak. Hal ini membolehkan penjenayah cetak rompak dapat dibawa ke muka pengadilan dan
hukuman berat dapat dijatuhkan kepada mereka kerana bukti yang kukuh. Pendek kata, undang-undang
yang tegas mampu menyekat pengeluaran barangan cetak rompak daripada terus berleluasa.
Kempen kesedaran secara besar-besaran kepada masyarakat juga perlu dijalankan oleh pihak
bertanggungjawab. Pihak media massa perlu menyiarkan rancangan tentang impak buruk cetak rompak
kepada negara. Baik dari segi ekonomi mahupun dari segi imej negara dimata pengeluar-pengeluar filem
di luar sana. Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menghargai titik peluh orang yang menghasilkan
karya. Pendek kata, semangat kesedaran untuk membeli barangan asli dapat dipupuk dengan
mengamalkan sikap biar alah membeli tetapi menang memakai.
Harga barangan juga harus dikawal dan tidak terlalu tinggi dapat membendung gejala ini.
Dengan itu pihak kerajaan harus menetapkan harga mengikut kemampuan pengguna di Negara ini.
Tindakan kerajaan ini membolehkan pengguna berbelanja untuk member barangan asli. Tegasnya,
barangan cetak rompak akan ditolak pengguna kerana harga yang berpatutan.
Sebagai kesimpulannya, kemelut ini tidak akan selesai tanpa kerjasama semua pihak. Dengan ini
kerjasama amat penting kerana peribahasa ada menyebut bahawa yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing. Pada dasarnya, negara akan bebas daripada lanun cetak rompak dengan komitmen yang
jitu dari semua lapisan masyarakat mahupun dari pengeluar filem itu sendiri.

http://tipsptd.com/blog

Page 7

Contoh Esei Bahasa Melayu

Esei5:GEJALAPONTENGSEKOLAHDANKESAN-KESANNYA
Isu gejala ponteng sekolah sering dibincangkan dan menjadi polemik Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kemelut ini menimbulkan rasa bimbang dan cemas pihak sekolah dan ibu bapa. Kenapakah
gejala ini berlaku dan siapakah yang harus dipersalahkan? Sesungguhnya, gejala ini jika tidak dibendung
akan mendatangkan pelbagai impak negatif.
Pelajar akan gagal dalam peperiksaan merupakan impak utama dalam gejala ini. Hal ini
demikian kerana mereka akan ketinggalan dalam pelajaran sekolah.pelajar tidak akan dapat belajar dan
mengulangkaji pelajaran. Pelajar ini tidak dapat belajar dan mengulang kaji pelajaran. Selanjutnya
mereka juga tidak dapat menghabiskan topik mata pelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai akibatnya,
mereka tidak akan bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan menyebabkan mereka gagal dalam
peperiksaan dan menyebabkan merea tiada keyakinan diri. Pada dasarnya sikap malas berusaha
diibaratkan malu berkayuh perahu hanyut.
Antara kesan lain yang berlaku akibat dari perlakuan ponteng sekolah ini adalah akan
menyebabkan maruah keluarga akan tercalar dan tercemar. Hal ini disebabkan tingkah laku negatif
anak-anak ini akan melibatkan kaum keluarga terutama ibu bapa. Mereka akan dipanggil untuk memberi
keterangan kepada pihak polis atas kesalahan anak mereka. Ibu bapa yang terlibat akan dipandang
serong oleh masyarakat sekeliling. Pada umumnya, perbuatan mereka ini ibarat menconteng arang di
muka kedua-dua ibu bapa mereka.
Yang terakhir, hasrat Negara untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan sahsiah
turut musnah. Keadaan ini berlaku kerana pelajar tidak mempunyai persediaan mencukupi untuk
menghadapi peperiksaaan. Seterusnya, pelajar ini akan menyumbang kepada kemerosotan peratus
peperiksaan sekolah. Sebagai implikasinya, harapan menggunung tinggi pihak sekolah akan hancur jika
pelajar bermasalah hadir menduduki peperiksaan. Maka benarlah kata pepatah, seekor kerbau
membawa lumpur , semuanya habis tercalit jika pelajar bermasalah hadir menduduki peperiksaan.
Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah merugikan diri, keluarga dan juga negara jika tidak
ditangani dengan segera. Oleh itu, komitmen semua pihak amat penting dengan mengamalkan sikap
berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Pelajar adalah asset untuk pembangunan negara.

http://tipsptd.com/blog

Page 8

Contoh Esei Bahasa Melayu

Esei 6:LANGKAH-LANGKAHMENGURANGKAN
KEMALANGANJALANRAYA
Peningkatan dalam kes kemalangan jalan raya di negara ini semakin membimbangkan semua
pihak. Peningkatan kes kemalangan jalan raya ini sering menjadi polemic media massa, masyarakat
awam dan juga parlimen. Satu statistik kemalangan jalan raya dalam OPS SIKAP yang bertarikh 24
februari 2007 telah mencatatkan 844 jumlah kemalangan yang membabitkan 7 kes kemalangan maut.
Sejajar dengan itu, pelbagai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini
perlu dilaksanakan.
Antara langkahnaya adalah dengan membaik pulih jalan raya di seluruh negara. Hal ini adalah
kerana kualiti jalan raya di Malaysia kurang memuaskan. Jalan-jalan raya yang berlubang perlulah
diturap kembali bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Selain itu, jalan raya yang sempit perlulah
diperlebar. Sebagai contoh, pada tahun 2006, negara kita digemparkan dengan berita keretakan pada
salah satu tiang di laluan lingkaran tengah 2. Satu tindakan bijak dan segera telah dilakukan oleh pihak
Jabatan Kerja Raya dengan menutup laluan ini untuk kegunaan orang ramai dan membaiki keretakan
tersebut. Pada umumnya, jangan pula nanti sudah terhantuk baru nak terngadah.
Langkah lain yang perlu dilakukan adalah dengan mengadakan pemantauan dan pemeriksaan ke
atas kenderaan. Pihak terbabit seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Trafik perlu menjalankan
pemeriksaan ke atas kenderaan-kenderaan ini. Sekatan jalan raya boleh dilakukan untuk memastikan
lessen memandu masih boleh digunakan. Hal ini adalah untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya
yang melibatkan pemandu tanpa lessen atau telah digantung. Baru-baru ini, kemalangan terburuk di
Malaysia melibatkan bas ekspress telah menunujukkan bahawa pemandunya telah mempunyai lebih
kurang 19 saman. Pihak berkuasa juga perlu menjalankan pemantauan secara konsisten dan tidak
bermusim. Sehubungan dengan itu, pemeriksaan secara konsisten ke atas setiap kenderaan dan
pemandu perlu dilakukan.
Selain pemeriksaan dan pemantauan, tindakan undang-undang yang tegas perlu
dikuatkuasakan. Hal ini adalah kerana undang-undang yang sedia ada masih tidak mampu menakutkan
pesalah jalan raya. Pihak berkuasa boleh menarik kenderaan yang diubah suai enjin dan bentuknya. Hal
ini adalah kerana kenderaan sebegini tidak mematuhi peraturan jalan raya yang boleh mengakibatkan
kemalangan kemalangan dengan kelajuan kenderaan tersebut. Selain itu saman yang dikenakan juga
perlu lebih tinggi dari yang sedia ada. Selaras dengan itu, penguatkuasaan undang-undang yang tegas
mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

http://tipsptd.com/blog

Page 9

Contoh Esei Bahasa Melayu


Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara kita boleh dikurangkan dengan langkahlangkah yang dicadangkan dengan kerjasama semua pihak. Masyarakat Malaysia perlu lebih peka
tentang implikasi kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya berlanjutan boleh melumpuhkan
sesebuah negara. Slogan Anda Mampu Mengubahnya, perlu ada dalam setiap individu.

http://tipsptd.com/blog

Page 10

Contoh Esei Bahasa Melayu

Esei7:CUTI-CUTIMALAYSIADANKEPENTINGANNYA
Dewasa ini, sering kali dapat kita lihat berita-berita dan promosi pakej percutian dan
pelancongan ke negara yang moden seperti Jepun, Paris dan Australia. Kebanyakan negara ini terkenal
dengan cuaca empat musim dan keindahan pembangunan negara. Namun, negara Malaysia juga
mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang tersendiri. Tidak dapat dinafikan juga negara Malaysia
merupakan negara yang termasyhur dengan keindahan flora dan fauna. Keindahan ini bukan sahaja
menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang sering dikunjungi oleh pelancong luar negara
malah diakui oleh pihak antarabangsa sebagai salah satu negara yang terindah di dunia ini. Oleh itu,
program cuti-cuti Malaysia telah dilancarkan demi kepentingan negara dan bagi jaminan kepada warisan
negara terindah dapat dinikmati.
Antara kepentingan program Cuti-Cuti Malaysia adalah untuk mengeratkan integrasi nasional
negara ini. Kini, perhubungan antara kaum dengan kaum lain amatlah penting. Namun, ramai pelancong
tempatan yang mengunjungi luar negara ataupun negeri lain akan sentiasa berkumpul dalam satu
bangsa dan kaum yang tertentu. Akibatnya, perhubungan antara masyarakat yang berbeza kaum dan
bangsa akan menjadi longgar. Oleh itu, program Cuti-Cuti Malaysia perlu dilaksanakan untuk rakyat
Malaysia yang berbilang kaum ini dapat berkumpul dan bergaul bersama-sama. Pakej-pakej
pelancongan yang sedia ada perlu menetapkan bangsa yang berlainan dalam satu pelancongan. Selain
itu, lokasi-lokasi dan destinasi pelancongan perlu diperbanyak. Agensi pelancongan boleh membawa
pelancong ke tempat-tempat berkaitan dengan bangsa berbeza. Hasilnya, bangsa yang berbeza akan
dapat menikmati keindahan destinasi pelancongan bangsa lain.
Dalam pada itu, pelancongan yang diadakan di kawasan sekolah perlu melibatkan pelajar dari
bangsa yang berlainan. Hal ini patut dilaksanakan agar pergaulan antara pelajar berlainan bangsa dan
agama dapat dilaksanakan dengan lancer. Secara tidak langsung, persengketaan antara kaum yang
sering berlaku dikawasan sekolah akan berkurangan. Masyarakat perlu berkerjasama untuk menjayakan
program ini demi jaminan pergaulan antara kaum dapat berjalan dengan lancar.
Program Cuti-Cuti Malaysia juga membantu membangunkan kawasan pelancongan di kawasan
luar Bandar. Seperti yang kita perhatikan, kawasan luar bandar jarang dikunjungi oleh pelancong.
Perkara ini bukan sahaja melambatkan pembangunan dikawasan luar bandar, malah Wawasan 2020
untuk menjadi sebuah negara yang moden akan tidak dapat direalisasikan. Keindahan kawasan luar
bandar akan tersingkir dan tidak dapat dinikmati. Pihak kerajaan perlu membina lokasi dan destinasi
pelancongan indah untuk menarik perhatian pelancong ke luar bandar. Sehubungan dengan itu, pihak
kerajaan perlu mewartakan hutan simpanan yang berpotensi di kawasan luar bandar bagi memberi

http://tipsptd.com/blog

Page 11

Contoh Esei Bahasa Melayu


peluang kepada pelancong untuk menikmati keindahan alam semula jadi di luar bandar yang indah.
Pelancong juga berpeluang untuk mengetahui cara-cara menanam dan menternak binatang bilamana
membuat lawatan di kawasan luar bandar ini.
Program Cuti-Cuti Malaysia juga dapat menaikkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan
yang cemerlang. Kini, ramai rakyat luar negara mengenali Malaysia sebagai negara perindustrian.
Program ini dapat menonjolkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik dengan
mengadakan promosi besar-besaran di luar negara. Dalam pada itu, program ini dapat menyediakan
pakej pakej pelancongan yang sesuai dengan harga yang murah. Pakej-pakej ini sememangnya
merupakan salah satu factor jumlah kedatangan pelancong asing yang ramai.
Disamping itu, agensi-agensi pelancongan negara kita selalu memberikan layanan yang mesra dan
istimewa kepada pelancong. Menurut kajian Jabatan Menteri Pelancongan, pelancong suka datang ke
negara kita kerana kemesraan rakyatnya dan juga kerana layanan istimewa yang disediakan oleh agensi
pelancongan. Kesimpulannya, Program Cuti-Cuti Malaysia banyak memberi faedah dan penting dalam
pembangunan negara. Rakyat Malaysia perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjayakan
program ini demi mencapai wawasan 2020 dengan sektor pelancongan yang Berjaya. Program Cuti-Cuti
Malaysia patut dijayakan untuk menjana ekonomi negara.

http://tipsptd.com/blog

Page 12

Contoh Esei Bahasa Melayu

Esei8(Bonus):LANGKAH-LANGKAHMENGATASI
MASALAHMEROKOK
Laporan daripada kementerian Pelajaran Malaysia bahawa pelajar yang berumur 7-10 tahun
sudah mula berjinak-jinak dengan rokok merupakan satu fenomena yang harus diberikan perhatian
serius oleh semua pihak. Sekiranya fenomena ini berterusan, apakah yang akan berlaku kepada generasi
akan datang? Sesungguhnya, amalan ini telah mendatangkan pelbagai impak negatif yang kita panggil
sebagai satu tragedi buat perokok.
Pertamanya, amalan buruk ini akan mengakibatkan serangan pelbagai jenis penyakit berbahaya
sehingga mengancam kesihatan masyarakat. Pelbagai penyakit berbahaya ini boleh menyerang perokok
kerana sikap kurang prihatin mereka terhadap amalan bahaya merokok. Selain itu, perokok juga
menganggap bahawa penyakit ini boleh diubati dengan adanya teknologi terkini. Laporan daripada
Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengesahkan bahawa kes kematian akibat amalan ini terus
meningkat setiap tahun. Tegasnya, penyakit ini boleh membunuh rakyat negara dan merencatkan taraf
kesihatan rakyat di negara ini.
Selain serangan pelbagai penyakit, gejala merokok juga akan menyebabkan keupayaan dan
kekuatan mental dan fizikal perokok terganggu. Hal ini demikian kerana pengambilan rokok yang terlalu
banyak dalam satu-satu masa akan menyebabkan masalah kekuatan fizikal dan mental kita akan
terbantut. Akibatnya, pandangan akan menjadi kabur, gigi dan jari akan bertukar menjadi kuning dan
mulut berbau busuk. Bagi golongan pekerja yang merokok, mereka akan gagal menghasilkan produktiviti
yang cemerlang kerana mereka gagal menepati masa dan teragak-agak dalam urusan seharian.
Seterusnya, kesan negatif akibat amalan merokok ialah gejalan ini akan menjejaskan sistem
pembiakan manusia. Untuk kaum lelaki, mereka boleh menjadi mandul dan bagi wanita pula tahap
kesuburan mereka akan menjadi berkurangan. Sekiranya, ibu yang merokok itu mengandung, risiko yang
terpaksa dihadapi ialah kerencatan pembesaran dan keguguran anak. Masalah kanak-kanak cacat di
Malaysia semasa dilahirkan akan meningkat jika pasangan suami isteri mengamalkan tabiat merokok
dalam kehidupan mereka.
Pihak kerajaan perlulah bertindak mengharamkan iklan-iklan rokok di semua bentuk siarannya
dan bukan di televisyen sahaja. Kita tahu bahawa pengeluar mengambil kesempatan dengan tindakan
yang tidak bersepadu oleh pihak berkuasa.pengharaman ini perlu dilakukan secara telus dan tegas oleh
pihak berkuasa. Pengeluar dan pengedar rokok boleh diambil tindakan undang-undang dengan
mengenakan denda yang tinggi.
Kempen-kempen kesedaran juga merupakan cara yang cukup berkesan untuk mengurangkan
gejala merokok. Kempen antimerokok, seperti kempen, Katakan Tak Nak Pada Rokok perlu dijalankan

http://tipsptd.com/blog

Page 13

Contoh Esei Bahasa Melayu


oleh pihak berkuasa dan ianya amat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat. Sekolah juga
boleh mengadakan kempen antimerokok kepada pelajar-pelajar mereka. Pada umumnya, usaha dan
kempen ini perlu dijalankan secara berterusan demi memastikan kesan yang mendalam dapat
disampaikan kepada semua lapisan masyarakat.
Seharusnya, semakin maju dan bertamadunnya masyarakat, amalan merokok ini memang sudah
lama tidak menjadi budaya rakyat negara. Negara kita perlu mempunyai rakyat yang sihat dan berdaya
maju untuk menggerakkan pembangunan negara yang semakin mencabar ini. Sesungguhnya tabiat
merokok ini hanyalah amalan yang sia-sia dan merugikan negara.

http://tipsptd.com/blog

Page 14

Anda mungkin juga menyukai