Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sekolah di Malaysia
Mohd Nazri bin Rasid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
mohdnazrirasid@gmail.com
1. PENGENALAN
Peranan utama pemimpin di sekolah adalah untuk membentuk misi, matlamat dan
objektif sekolah. Guru Besar sebagai pemimpin memainkan peranan penting bagi
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Mohd Nor 2005).
Tugas guru besar sebagai penyelia sebenarnya meletakkan dirinya sebagai pengurus
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jameela Bibi & Jainabee (2011),
tanggungjawab pemimpin instruksional adalah memastikan kurikulum dikenali,
difahami, dihayati dan diterjemahkan dalam PdP yang berkesan. Selain itu mereka juga
perlu berkongsi aspirasi dan visi bersama para guru supaya memahami tanggungjawab
mereka kerana menurut McEwan (2003) misi sekolah harus dikongsi atau dimiliki
bersama oleh semua warga sekolah. Namun cabaran yang dihadapi oleh pemimpin di
sekolah adalah untuk menerapkan amalan kepimpinan instruksional di sekolah.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian ini. Objektif tersebut ialah;
1. Mengenal pasti dimensi kepimpinan instruksional mana yang paling di
amalkan oleh pemimpin sekolah di Malaysia
2. Mengenal pasti kekuatan hubungan antara dimensi kepimpinan instruksional
dengan pemboleh ubah yang dikaji oleh penyelidik di Malaysia.
3.
TINJAUAN LITERATUR
Menjelaskan &
Mendefinisikan
Matlamat
Sekolah
1.Merangka
matlamat
sekolah
2.Menyampaikan/
Menyebarkan
matlamat
sekolah
Mengurus Program
Pengajaran/
Instruksional
1.Penyeliaan dan
penilaian
instruksional
2.Menyelaras
kurikulum
3.Memantau
kemajuan murid
Mewujudkan/Menggala
kkan Iklim
Pembelajaran
Positif
1. Mengawal waktu PdP
2.Membudayakan
perkembangan professional
staf.
3.Mengekalkan ketampakan.
4.Menyediakan insentif kepada
guru
5.Menyediakan insentif kepada
murid
6.Menekankan kecemerlangan
akademik.
Rajah1.1: Kerangka kepimpinan instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1990).
4.0 METODOLOGI
Pencarian maklumat kajian ini dimulakan menggunakan tiga pangkalan data, Google
Scholar, Wiley dan SAGE. Tiga kata kunci iaitu kepimpinan instruksional, kepimpinan
dan pemimpin sekolah turut digunakan dengan menghadkan tahun dalam julat 2010
hingga 2016. Pemilihan artikel kajian dibuat berdasarkan kriteria tersebut; (1)Sumber
pencarian adalah pelbagai samaada jurnal, prosiding, laporan, (2) Artikel berkaitan
dengan kepimpinan instruksional pemimpin sekolah, (3) Artikel berbentuk kuantitatif
yang menyertakan dapatan kajian yang membolehkan kesan sesuatu pemboleh ubah
dikira sama ada memberikan nilai min, sisihan piawai, korelasi ataupun regresi, (4)
Artikel kajian menunjukkan populasi kajian terdiri daripada guru sekolah rendah atau
menengah dan (5) Mengutamakan kajian jenis kuantitatif.
Berdasarkan kriteria yang ditetapkan, sebanyak 10 artikel yang benar-benar
menepati objektif kajian diperolehi melalui pelbagai sumber. Kesemua artikel yang
diperolehi merupakan kajian kuantitatif. Kemudian data hasil analisis dan sintesis
disusun dalam bentuk jadual seperti jadual 2:
Jadual 2: Ringkasan Sintesis Artikel
Penyelidik
Sampel
Tujuan Kajian
Metodolog
i
Dapatan Kajian
Mohd
Ibraheem K.
Aziz et. al
(2015)
Guru- guru di
55 buah
sekolah
menengah di
Negeri
Selangor
seramai 383
orang guru
menggunaka
n teknik
persampelan
rawak
berstrata
Mengkaji sejauh
mana efikasi
kendiri
mempengaruhi
kepimpinan
instruksional
pengetua dalam
pengurusan di
sekolah dan
hubungannya
dengan
pembangunan
kapasiti.
Soal selidik
Jameela Bibi
Abdullah et. al
(2011)
Meninjau amalan
Kepimpinan
insruksional
pengetua sekolah
menengah di
negeri Pahang
berdasarkan
dimensi mengurus
program
instruksional.
Soal selidik,
temubual
Terdapat hubungan
yang tinggi, positif
dan relevan pada
dimensi mengurus
program instruksional
dan menggalakkan
iklim pembelajaran
dengan perubahan di
kalangan pengetua di
negeri Pahang dari
segi afektif.
Masitah
Mohammad
Yusof et. Al
(2013)
300 orang
guru dari 30
buah sekolah
menengah
harian di
Mengkaji amalan
kepimpinan
instruksional
pengetua dan
efikasi kendiri
Soal Selidik
Tahap efikasi-kendiri
guru dalam
pelaksanaan
Pendidikan Alam
Sekitar adalah
negeri Perlis
yang
mewakili
Zon Utara,
Selangor
yang
mewakili
Zon Tengah,
Pahang yang
mewakili
Zon Timur,
Melaka yang
mewakili
Zon Selatan
dan Sarawak
yang
mewakili
Malaysia
Timur.
guru dalam
pendidikan Alam
Sekitar.
sederhana.
tahap amalan
kepemimpinan
instruksional
pengetua adalah
sederhana dan
kesedaran guru
terhadap alam sekitar
juga pada tahap
sederhana.
Keputusan kajian ini
mendapati bahawa
faktor yang
mempengaruhi
efikasi-kendiri guru
dalam pelaksanaan
Pendidikan Alam
Sekitar ialah
kesedaran dan sikap
guru terhadap alam
sekitar serta tahap
amalan
kepemimpinan
instruksional
pengetua.
Mat Rahimi
Yusof et. Al
(2015)
150 guru
sekolah
Menengah di
Terengganu
Sumbangan
kepimpinan
instruksional
maya terhadap
kompetensi
pengajaran guru
sekolah menengah
di Terengganu
Soal Selidik
Kepimpinan
instruksional maya
menyumbang secara
signifikan terhadap
kompetensi
pengajaran guru.
Model interaksi
antara kepimpinan
instruksional maya
dan kompetensi
pengajaran guru
berjaya dibangunkan.
Mohd Yusri
Ibrahim et. al
(2014)
Membangunkan
model kesan
kepemimpinan
pengajaran
pengetua terhadap
kompetensi
pengajaran guru.
Aspek-aspek yang
akan diberi
penekanan adalah
pengesahan
dimensi dalam
konstruk
kepemimpinan
pengajaran
Soal Selidik
berjaya
membangunkan
model kesan
kepemimpinan
pengajaran pengetua
terhadap kompetensi
pengajaran guru
Tiga dimensi
kompetensi
pengajaran guru yang
dicadangkan iaitu
kemahiran interaksi
dengan murid,
strategi pengajaran
dan kemampuan
pengetua,
pengesahan
dimensi dalam
konstruk
kompetensi
pengajaran guru,
sumbangan
kepemimpinan
pengajaran
terhadap
kompetensi
pengajaran, serta
kesepadanan data
kajian dengan
model yang
dicadangkan.
mengawal kelas.
Kepimpinan
pengajaran
mempunyai hubungan
positif dan
menyumbang secara
signifikan terhadap
pengajaran guru.
Nik Mustafa
Bin Mat Ail et.
al (2014)
113 orang
guru di 3
buah Maktab
Rendah Sains
MARA di
Pahang.
Mengkaji
hubungan
kepimpinan
Instruksional
Pengetua dan
komitmen guru
berdasarkan tiga
dimensi; 1.
Mendefinisi
Matlamat
Sekolah, 2.
Menguruskan
Program
Instruksional dan
3. Membentuk
Iklim
Pembelajaran
positif.
Soal selidik
Kertas
Konsep
Kertas konsep
kepimpinan
instruksional
pengetua dan
peranannya dalam
pelaksanaan
sistem Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah (PBS) di
sekolah.
Kajian
Artikel
Sepuluh fungsi
kepimpinan
instruksional dalam
melaksanakan PBS
iaitu merangka
matlamat sekolah,
menyampaikan
matlamat sekolah,
menyelia dan menilai
pengajaran,
menyelaras
kurikulum, memantau
kemajuan murid,
mengawal waktu
pengajaran,
mengekalkan
ketampakan,
menyediakan insentif
untuk guru,
menggalakkan
pembangunan
profesional, dan
menyediakan insentif
untuk pembelajaran
Norazian Ab.
Razak et. Al
(2010)
45 orang
guru yang
dipilih secara
rawak di
sebah
sekolah
menengah di
Kuala
Lumpur
mengenal pasti
persepsi guru-guru
tentang
kepemimpinan
pengajaran
pengetua
berdasarkan
kemahiran
kepemimpinan
pengajaran
pengetua dan
hubungannya
dengan tahap
motivasi kerja
guru di sebuah
sekolah menengah
di Wilayah
Persekutuan,
Kuala Lumpur
Soal Selidik
terdapat perhubungan
antara keempat-empat
bidang kemahiran
Pemimpin
kepemimpinan
pengajaran pegetua
dengan tahap
motivasi kerja guru di
sekolah kajian, dan
hubungannya adalah
positif.
Norizah A.G.
Kiflee et. al
(2015)
120 orang
guru mata
pelajaran
Sejarah di
sekitar Kota
Kinabalu,
Sabah
menggunaka
n teknik
purposive
sampling
Mengkaji
hubungan
kepimpinan
instruksional ,
motivasi kerja dan
kesan ke atas
prestasi guru mata
pelajaran sejarah.
Soal selidik
kepimpinan
instruksional
mempunyai hubungan
yang sederhana kuat
dan positif dengan
prestasi guru
motivasi
kerja
mempunyai hubungan
yang lemah dengan
prestasi kerja
Shafinaz et. al
(2015)
396 orang
guru sekolah
menengah di
Negeri
Sembilan
(i) menganalisis
tahap kecerdasan
emosi dan
kepimpinan
instruksional
pengetua menurut
perspektif guru
(ii) mengenal
pasti adakah
terdapat hubungan
yang signifikan
antara kecerdasan
emosi dan amalan
kepimpinan
instruksional
Soal selidik
terdapat hubungan
yang signifikan antara
kecerdasan emosi dan
kepimpinan
instruksional
pengetua sekolah
menengah di Negeri
Sembilan. Dimensi
pengurusan
perhubungan, dimensi
kesedaran sosial dan
kesedaran kendiri
merupakan faktor
peramal kepada
amalan kepimpinan
pengetua
(iii) dimensi
kecerdasan emosi
yang manakah
merupakan
peramal kepada
amalan
kepimpinan
instruksional
pengetua.
instruksional
pengetua
6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian, kajian yang dilakukan oleh penyelidik mengenai amalan
kepimpinan instruksional hanya dijalankan ke atas pengetua- pengetua sekolah. Secara
umumnya kepimpinan instruksional telah menjadi amalan pemimpin- pemimpin
sekolah di Malaysia secara langsung atau tidak langsung, namun tahap amalan untuk
setiap dimensi didapati berbeza. Kajian menunjukkan tahap amalan pemimpin sekolah
di Malaysia ini tertumpu kepada dimensi; (1) amalan menjelaskan definisi dan
matlamat sekolah, (2) menekankan kecemerlangan akademik dan (3) Menyelaras
kurikulum. Dapatan ini selari dengan dapatan Hallinger (2007) yang menyatakan
pemimpin sekolah secara realiti dan di dalam tugas hariannya akan tertumpu kepada
amalan mendefinasikan matlamat sekolah dan mewujud dan menggalakkan iklim
pembelajaran.
Walaubagaimanapun, penglibatan pengetua sekolah di Malaysia masih kurang
bagi dimensi- dimensi kepimpinan instruksional lain seperti penyeliaan dan penilaian
program intruksional seperti pemantauan kelas dan PdP yang dijalankan oleh guru.
Tugas-tugas pemantauan PdP di kelas- kelas ini dilihat diserahkan kepada penolong
kanan dan juga ketua panitia. Penyeliaan dan penilaian oleh seorang pemimpin sekolah
terhadap guru- guru merupakan sesuatu yang amat penting dan kritikal sekali dalam
menjamin sekolah yang berkesan seperti yang dinyatakan oleh Hargreaves et al.
(2001), Hallinger (2005) dan Leithwood et al. (2004). Pemimpin sekolah boleh
menerapkan kualiti PdP melalui tugas- tugas pencerapan kelas, mengadakan
perbincangan professional dan juga memberi maklum balas mengenai teknik
pengajaran yang dijalankan oleh guru. Dimensi amalan kepimpinan instruksional juga
boleh digunakan dengan lebih meluas lagi seperti merancang aktiviti pengurusan
seperti melantik guru yang benar-benar sesuai untuk melakukan sesuatu tugasan,
menguruskan perbelanjaan dan sumber serta membina suasana sekolah yang kondusif
sesuai untuk aktiviti pembelajaran.
RUJUKAN
Hallinger, P. 2000. A review of two decades of research on the principalship using the
Principal Instructional Management Rating Scale. In annual meeting of the
American Educational Research Association, Seattle, WA
Jainabee, M. K., & Jamelaa, B. A.2011. Promoting Learning Environment and Attitude
towards Change among Secondary School Principals in Pahang Malaysia:
Teachers Perceptions. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 28(2011),
4549.
Masitah Mohammad Yusof, Azizi Muda, Ahmad Makmom Abdullah, Bahaman Abu
Samah, Ramli Basri & Noriati A. Rashid. 2013. faktor- faktor yang
mempengaruhi efikasi- kendiri guru sekolah menengah di Malaysia dalam
pelaksanaan pendidikan alam sekitar. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, Vol. 28, 131153.
Mat Rahimi Yusof & Mohd Yusri Ibrahim. 2015. Proceeding of the Social Sciences
Research ICSSR . Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.
McEwan, E. 2003. Seven steps to effective instructional leadership. Education
Journal, 1 (2), 1-15.
Mohd Ibrahim K. Azeez, Mohammed Sani Ibrahim & Rosemawati Mustapa. 2015.
Kompetensi Kepemimpinan Instruksional di Kalangan Pengetua Sekolah: Satu
Kajian Empirikal di Negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil 2,
Isu 3,1-14.
Mohd Nor. 2005. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, komitmen dan kepuasan kerja
guru: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan dan Hubungan Antara Sekolah
Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan.
BPPDP. Kementerian Pelajaran Malaysia
Mohd Yusri Ibrahim, Aziz Amin.2014. model kepemimpinan pengajaran pengetua dan
kompetensi pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik Januari 2014, Bil. 2 Isu 1. 11-25
Murphy, J .1990. Principal instructional leadership: Changing perspective on the
school. Advances in Educational Administration Journal, 1, 163-200.
Nik Mustafa Bin Mat Ail, Mohd Radzi bin Taib, Hazlina bt Jaafar, Wan Aida Rohana bt
Mohamed Salleh & Mohd Nawawi bin Omar. 2014. Principals Instructional
Leadership And Teachers Commitment In Three Mara Junior Science Colleges
(Mjsc) In Pahang, Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences 191,
1848 1853
Nor Azni Abdul Aziz, Foo Say Fooi, Soaib Asimiran & Aminuddin Hassan.2014.
Proceeding of the Global Summit on Education:.516-525
Norazian Ab. Razak Chua Yan Piaw. 2010. Kemahiran Kepemimpinan Pengajaran
Pengetua Dan Tahap Motivasi Kerja Guru. Jurnal Pemimpin. Isu 10. 75-89.
Norizah A.G. Kiflee & Roslee Talip. 2015. I Instructional Leadership, Work
Motivation, and Work Performance of History Teachers in Sabah, Malaysia.
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.2, pp.147-160
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. (2013) (pp. 1268).
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Shafinaz Bt A. Maulod, Chua Yan Piaw, Hussein Bin Ahmad & Shahrin Bin Alias.
2015. Kecerdasan Emosi Dan Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah.
Jurnal Pemimpin. Isu 11. 78-88.