Anda di halaman 1dari 2

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan
kisar
Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati
dan halus.
Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam
periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih
dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan
akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim
larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian
tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi
sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam
dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.
See Translation
Puding roti comel utk hidangan mnum petang....
Resepi :
-4kpg roti gardenia
-2bj telor
-1/2 cwn susu pekat
-170ml susu cair
-1/2 sudu bsr esen vanilla
-8gm serbuk agar2
-1/2 cwn gula
-2 sudu besar butter
-3 1/2 cwn air
-pewarna pink & hjau

Cara-caranya :
-didihkn 3 cwn air....(baki lg 1/2 cwn utk blend roti)
-masukkn serbuk agar2 & gula
-blend roti yg dikoyakkn, telor,susu pekat, susu cair ,esen vanilla & baki air 1/2
cwn td
-masuk dlm periuk yg dah mndidih- selalu kacau ya..x mo jd ketol2
-masukkn butter & kacau hingga mndidih
-bahagi kpd 3 bekas utk ltk pewarna (wrna ikut suka ati..)
-cara tuang selang seli sampai habis...
*biar sejuk dulu baru simpan lam peti ess ya

Anda mungkin juga menyukai