Cutting Planting

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

emaian cutting cara sifu Phanthitra Thimee

Semaian cara kita...step by step


1 . PENYEDIAAN KERATAN / CUTTING FIG
- panjang sesuai utk disemai antara 3-4 ruas...bergantung pada btg matang
tua atau btg sederhana matang yg ruasnya lbh panjang
- direndam dgn kitosan ( apa sahaja jenama ) ataupun hydrogen peroxide
selama 1-2 jam
- gunakan air mineral atau pun air yg dah ditapis
- cuci kotoran sisa debu. baja ..racun pada keratan menggunakan berus sabut
yg lembut atau pun berus gigi atau apa shj berus yg x terlalu kasar
- perlu dipastikan diberus dgn sempurna
2 . JEMUR ATAU SIDAI KERATAN YG SIAP DICUCI
- perlu disidai n biarkan selama paling kurang 24 jam utk memastikan air
didlm keratan tidak terlalu byk
- ltk ditmpt suhu bilik
. bila cukup kering kita dah mula masuk fasa semaian
3. FASA SEMAIAN
- kalau cara kami..media adalah cocopeat 100%..seperti diketahui cocopeat
adalah media terbaik utk akar berkembang n sihat
- rendam cocopeat dlm air mineral atau bertapis dgn sikit campuran
penggalak akar
- bila cocopeat dh cukup kembang dah boleh mula utk buat bunjut dgn
menggunakan plastik lutsinar
- saiz paling sesuai adalah 3" x 5"
- celupkan pangkal keratan dgn rootbooster dgn membuat kelaran
memanjang pada pangkal keratan yg nk disemai
- ada sesetgh org yg buat rendaman dulu dlm rootbooster selama beberapa
minit tapi kalau rootbooster yg baik..hanya perlu celupkan shj n biar kasi
kering
- mula semaikan dgn masukkan keratan setakat pangkal yg dicelup
rootbooster

- pastikan media x terlalu longgar n terlalu ketat


- selesai fasa ni dah boleh masuk fasa kurungan ( masuk lokap )..hehe
4. FASA KURUNGAN
- kotak plastik yg sesuai adalah saiz 14" x 20" separa lutsinar atau pun yg
gelap
- masukkan bunjut dan tutup rapat selama seminggu tanpa dibuka didalam
suhu bilik
- selepas seminggu..buka kotak utk memeriksa keadaan semaian
selalunya pada peringkat ni..ada akar yg keluar pada btg luar dri bunjut
- gunakan sesuatu yg bersih utk cucikan akar dibtg luar bunjut
- proses membuka kotak pada masa ni haanya dlm 5-10 min
- kuarkan juga jika ada keratan yg rosak
- tutup kembali kotak selepas selesai apa yg patut dibuat
6. FASA KURUNGAN KE 2
- selepas seminggu...kotak boleh mula dibuka antara 3-5 hari sekali
- pada masa ni..jika semaian menjadi..tunas mula keluar n akar juga mula
nampak didinding bunjut
- periksa n tutup kembali sehingga tunas mula berdaun
- kebiasannya ianya mengambil masa antara 2-3 minggu dri mula semaian
7. FASA MENSTABILKAN TUNAS
- selepas semaian keratan mula bertunas n, berdaun agak sesuai..kotak perlu
dibuka n tanpa ditutup masih didlm suhu bilik sehingga daun n btg tunas
mula menghijau
- sebaik daun dah hijau..fasa ni perlu diperhatikan setiap hari
- mula pindahkan kepasu yg sesuai saiz pakai media yg sesuai pada anda
-'saya masih cadangkan pakai cocopeat n cocohusk kecil
- fasa ni adalah fasa paling kritikal pada cara semaian keratan
8. FASA KRITIKAL

- fasa mengubah semaian ke pasu ( bahasa omputeh ..hardening ..hihi )


adalah fasa paling kritikal yg ramai kecundang
- sebaik menukar kepasu..siram dlm anggaran x terlalu basah
- biarkan air siraman turun habis n sungkupkan pasu dgn plastik n ikat kemas
- semaian fasa awal dlm pasu masih perlu diletakkan dlm suhu bilik
- jgn siram selagi nampak wap air yg byk dlm sungkup pasu
- selepas 1-2 minggu bila tunas makin membesar ..semaian boleh mula
dialihkan kesuhu biasa dgn hanya sedikit cahaya matahari pagi sehingga
semaian cukup stabil
- pada masa ni..semaian hanya disiram bila keadaan media dh mula kering
- siram pada tepi keliling pasu utk hindarkan pangkal keratan n akar terlalu
bsh

SELAMAT MENCUBA..LAIN PADANG LAIN BELALANG


LAIN BADANG LAIN PEDANG...HIHI
moga dpt sikit manfaat cara..perlu ditekankan..kejayaan semaian keratan
adalah pada kita utk ikuti n buat step ikut kesesuaian tmpt kita
sbbnya setiap keadaan tmpt masing2 berbeza suhu dsbnya...INSYAALLAH

Anda mungkin juga menyukai