Anda di halaman 1dari 2

Kajian Kes Lli

Lili (bukan nama sebenar) merupakan anak keempat dari sepuluh orang
adik beradik yang mana Lili tinggal di kawasan kampung dan mempunyai rumah
yang sangat kecil. Lili berusia 15 tahun dan ayahnya hanyalah seorang pemandu
lori manakala ibunya mengambil upah mencuci pakaian untuk menampung
keperluan mereka sekeluarga. Keadaan rumah Lili yang kecil berbanding adikberadiknya yang besar menyebabkan Lili tidak selesa berada di dalam rumah.
Oleh kerana ibunya turut bekerja bagi membantu ayah menampung kehidupan
mereka sekeluarga, keadaan rumah sering tidak terurus dan berselerak
menyebabkan Lili sukar untuk mengulangkaji pelajaran. Kehidupannya yang
agak sukar di samping kesempitan hidup menyebabkan keluarga mereka
umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Kehidupan Lili tidak seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain di mana
mereka mendapat perhatian dan kasih sayang serta kewangan keluarga yang
sempurna menyebabkan Lili berasa rendah diri dan malu untuk pergi ke sekolah.
Lantaran itu, Lili pun mula belajar ponteng sekolah dan melepak di pusat
membeli belah. Semasa Lili menjalankan kegiatannya itu,Lili telah berjumpa
dengan Naim yang merupakan seorang penganggur. Oleh kerana layanan dan
apa sahaja kemahuan Lili dituruti Naim menyebabkan Lili terus hanyut dengan
kehidupan dan keseronokkan yang palsu. Lili terus ponteng sekolah dan sering
tidak balik ke rumah. Ibu bapanya langsung tidak menghiraukan perbuatan dan
kegiatan anaknya itu.
Satu hari sewaktu Lili tinggal bersama Naim, dia telah diperkosa dan
keadaan ini menginsafkan Lili. Lili menjadi sangat takut untuk berdampingan
dengan lelaki dan selepas kejadian itu Lili melarikan diri dari Naim dan pulang
semula ke pangkuan keluarga. Perkara ini langsung tidak diketahui oleh
keluarganya dan kini Lili insaf akan kejadian yang menimpa dirinya. Namun, Lili
berasa amat tertekan dan berasa rendah diri, hina dan malu dengan dirinya. Dia
bimbang perkara ini akan diketahui oleh keluarganya dan Lili juga tidak

bersemangat meneruskan kehidupannya yang serba kekurangan dan ditambah


pula dengan tekanan rasa rendah diri.

Anda mungkin juga menyukai