Anda di halaman 1dari 32

ISI KANDUNGAN

BIL

1.0
2.0
3.0
3.1
3.2
4.0
5.0
5.1
5.2

5.3
5.4

5.5
6.0

KANDUNGAN
Penghargaan
Abstrak
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Objektif Kajian
Objektif Am
Objektif Khusus
Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan Kajian
Tinjauan Masalah
Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Tinjauan Buku Latihan Murid
5.2.2 Penyemakan PBS Murid
5.2.3 Tinjauan Analisis Peperiksaan Dalaman
Matematik SMK Bawang Assan Sibu
5.2.4 Sesi Temubual Bersama Murid Tingkatan 1,
Tingkatan 3 dan Tingkatan 4
5.2.5 Borang Soal Selidik
5.2.6 Ujian Pra Ungkapan Algebra
Tindakan Yang Dijalankan
Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
Aktiviti 1 : Pengenalan Kepada Papan Token 10
Ungkapan Algebra.
Aktiviti 2 : Penggunaan Papan Token 10 Ungkapan
Algebra Pada Helaian Kertas Bersaiz A4
Aktiviti 3 : Bermain Permainan Tangga-Ular Algebra
Aktiviti 4 : Ujian Pos Ungkapan Algebra
Aktiviti 5 : Soal Selidik Selepas Kajian Tindakan
Refleksi Kajian
Cadangan Kajian Seterusnya
Bibliografi
Lampiran

HALAMAN
1
2
3
4
4
4
5
5
5
6
6
6
6
7
8
9
11
13
15
17
18
21
22
23 31

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian hanya untukMu, ya Allah. Saya bersyukur kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyempurnakan kajian tindakan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Pengetua SMK Sacred Heart Sibu
kerana telah mengajurkan Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan Penyelidikan Guru
Peringkat Negeri Sarawak 2014, serta Pengarah Institut Pendidikan Guru Kempus Rejang
kerana telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Zon Sarawak 2014.
Sesungguhnya ilmu yang saya peroleh daripada persidangan dan seminar ini telah
membuka minda dan mata saya untuk menjalankan penyelidikan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Encik Nazeri Mohammad, Pensyarah
di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, IPGK Sultan Mizan, Besut Terengganu
kerana sudi membantu saya menyemak serta menerbitkan jurnal untuk penyelidikan saya
ini.
Tidak lupa juga kepada Ustaz Afandi Bin Yusoff, Ketua Unit Kajian dan penyelidikan,
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana sudi berkongsi
maklumat dan bahan terkini mengenai penulisan kajian tindakan serta menyemak draf kajian
tindakan saya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan buat pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar
yang terlibat dalam proses kajian tindakan ini. Tanpa kalian sudah pasti kajian tindakan ini
tidak akan berjaya untuk dihasilkan.
Terima kasih atas segala-galanya, semoga budi dan jasa kalian akan dibalas oleh
Allah SWT hendaknya. Sesungguhnya dengan terhasilnya kajian tindakan ini, maka ia akan
menjadi titik tolak bagi saya untuk menghasilkan kajian tindakan yang seterusnya di masa
hadapan. Insya Allah.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN
ALGEBRA SERTA KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KALKULATOR SAINSTIFIK
MELALUI PAPAN TOKEN 10 UNGKAPAN ALGEBRA DAN PERMAINAN ULARTANGGA ALGEBRA KEPADA 37 ORANG MURID-MURID TINGKATAN 1 SMK BAWANG
ASSAN SIBU SARAWAK
Oleh:
Mohamad Esmandi Bin Hapni
Sekolah Menengah kebangsaan Bawang Assan
CDT 81, Bawang Assan
96000 Sibu Sarawak
ABSTRAK
Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri perlunya penyelidikan diadakan
dikalangan pendidik bagi meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah kerana wujudnya iklim
yang berbeza di sesebuah sekolah. Tujuan kajian tindakan ini diadakan adalah untuk mengubah
presepsi dikalangan murid mengenai ungkapan algebra daripada sukar dan mengelirukan kepada
mudah dan menyeronokkan. Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk mencari penyelesaian
kepada masalah murid yang kurang mahir dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra. Di
mana algebra merupakan asas kepada topik-topik yang lain seperti persamaan kuadratik, persamaan
garis lurus, statistik dan sebagainya. Seramai 37 orang murid tingkatan satu dan seorang guru
Sekolah Menengah Kerajaan Bawang Assan, Sibu terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan murid, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), borang
soal selidik dan ujian pra. Hasil daripada tinjauan awal menunjukkan murid kurang mahir dalam
mempermudahkan suatu ungkapan algebra dan kurang mahir menggunakan kalkulator sainstifik.
Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran
menggunakan kaedah Papan Token 10 Ungkapan Algebra dan Permainan Ular-Tangga Algebra.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Ini dapat
dibuktikan dengan peningkatan min ujian daripada 42 kepada 75. Hasil kajian menunjukkan kaedah
ini adalah mudah serta dapat meningkatkan kemahiran murid menggunakan kalkulator sainstifik
dengan tepat.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Murid-murid di SMK Bawang Assan merupakan murid daripada kalangan penduduk luar
bandar yang agak mundur dari segi kemudahan ICT dan kebanyakkan tinggal di kawasan
rumah panjang. Berdasarkan pemerhatian saya melalui analisis peperiksaan dalaman,
pencapaian murid-murid dari tingkatan satu hinggalah tingkatan lima dalam mata pelajaran
Matematik adalah sederhana dan lemah. Rata-rata murid memperoleh markah di bawah 60
peratus. Melalui temubual yang sempat saya lakukan bersama murid, tingkatan satu,
tingkatan 3 dan tingkatan empat, mereka menyatakan Matematik yang melibatkan huruf
(pembolehubah) menjadikan mereka keliru dalam penyelesaian masalah. Ini membuktikan
murid mempunyai masalah dalam algebra.
Di dalam penyemakan buku latihan dan PBS murid tingkatan satu, saya dapati terdapat
murid mempermudahkan ungkapan algebra 5 + 3p sebagai 8p. Murid ini beranggapan
bahawa 5 + 3 adalah 8 dan dibaca dahulu sebelum p. Perkara ini merisaukan saya kerana
perkara ini adalah asas kepada algebra. Masalah ini perlu dibendung daripada awal bagi
memastikan murid tidak ketinggalan dalam mata pelajaran Matematik apabila mereka
melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Daripada maklum balas murid terhadap pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas
mereka kurang bertanya kerana saya selalu menyatakan perkara yang sama iaitu cuba
buat sendiri, sudah cuba baharu tanya saya. Sebenarnya saya cuba memotivasikan diri
murid untuk berusaha menyelesaikan masalah Matematik itu sendiri daripada mengharap
jawapan terus daripada saya. Ternyata cara ini tidak berhasil dan menjadikan murid
bertambah tidak berminat dengan mata pelajaran Matematik. Saya sedar murid-murid di
sekolah ini adalah tidak sama dengan murid-murid di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
tempat saya mengajar dahulu. Pendekatan yang diambil haruslah berbeza.
Saya bersyukur kerana berkesempatan menghadiri Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan
Penyelidikan Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014 dan Seminar Penyelidikan Pendidikan
Peringkat Zon Sarawak 2014. Bertitik tolak dari situlah saya menyedari betapa pentingnya
penyelidikan diadakan di kalangan pendidik dan berusaha memperbaiki mutu pengajaran
dan pembelajaran saya agar ia lebih seronok dan berkesan.
Berikut merupakan contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam Ujian Pra.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN


Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, satu kajian telah dijalankan
bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kelemahan dalam kaedah
pengajaran. Sememangnya algebra merupakan asas penting dalam Matematik, di mana
topik algebra diajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Di Tingkatan Satu, murid
diajar tentang konsep satu pembolehubah, konsep sebutan dan ungkapan algebra. Ia
melibatkan konsep satu pembolehubah dalam operasi tambah dan operasi tolak. Manakala
di Tingkatan Dua pula, lanjutan topik algebra yang diajar berkaitan dengan kemahiran
ungkapan algebra yang mengandungi sebutan lebih daripada satu pembolehubah. Operasi
yang terlibat ialah operasi darab dan bahagi. Di Tingkatan Tiga, kemahiran algebra yang
diajar adalah berkaitan dengan persamaan linear, pecahan algebra dan rumus algebra
(Spesifikasi Kurikulum Matematik, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011)
Fokus kajian adalah lebih kepada murid Tingkatan Satu dimana fokusnya adalah melibatkan
konsep satu pembolehubah dalam operasi tambah dan operasi tolak. Saya sedar, masalah
ini perlu dikaji dan tindakan yang sesuai perlu dilaksanakan segera secara efektif dan
dikongsi bersama dengan guru-guru Matematik yang lain. Menyedari terdapat murid yang
tidak dapat menguasai kaedah yang dicadangkan dalam buku teks, satu kaedah baharu
diteroka bagi meningkatkan kemahiran murid dalam mempermudahkan suatu ungkapan
algebra. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah yang lebih baik dalam mempelbagaikan
keadah pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid belajar dengan lebih
berkesan. Saya sedar bahawa ketidakserasian murid boleh menyebabkan seseorang murid
itu gagal dalam mata pelajaran Matematik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am
Meningkatkan kemahiran murid mempermudahkan ungkapan algebra.
3.2 Objektif Khusus
i) Meningkatkan minat murid terhadap topik algebra.
ii) Meningkatkan kemahiran murid dalam
menyatakan bilangan sebutan dalan suatu ungkapan algebra.
menyatakan sebutan serupa.
menyatakan pembolehubah.
menyatakan pekali.
mempermudahkan suatu ungkapan algebra.
iii) Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
iv) Menjadikan proses pengajaran yang berpusatkan murid yang menyeronokkan.
v) Menyediakan asas algebra yang kukuh kepada murid untuk topik ungkapan algebra
III di Tingkatan 3.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 37 orang murid Tingkatan Satu SMK Bawang Assan
yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Masalah
Berikut merupakan kaedah yang digunakan oleh saya bagi mengenalpasti punca
permasalahan sebenar :
Tinjauan buku latihan murid
Tinjauan PBS murid.
Tinjauan analisis peperiksaan dalaman Matematik SMK Bawang Assan
Sesi temubual bersama murid.
Borang soal selidik
Ujian Pra
Kaedah Dan
Tarikh
Langkah 1
2 Okt 2014
Langkah 2
2 Okt 2014
Langkah 3
8 OKT 2014

Langkah 4
28-30 Okt 2014

Langkah 5
3 Nov2014
Langkah 6
5 Nov/ 2014

Cara Penilaian
Penyemakan
buku latihan murid
Penyemakan PBS
murid
Tinjauan analisis
peperiksaan
dalaman
Matematik SMK
Bawang Assan,
Sibu
Sesi temubual
bersama murid
Tingkatan 1,
Tingkatan 3 dan
Tingkatan 4
Borang soal
selidik
Ujian Pra
Ungkapan
Algebra

Kumpulan
Sasaran
37 orang murid
Tingkatan 1
37 orang murid
Tingkatan 1
Semua murid
dari Tingkatan 1
hingga
Tingkatan 5
SMK Bawang
Assan, Sibu
Wakil tingkatan
dipilih secara
rawak

37 orang murid
Tingkatan 1
37 orang murid
Tingkatan 1

Tujuan
Mengenalpasti masalah
sebenar yang dihadapi oleh
murid.
Mengenalpasti masalah
sebenar murid.
Melihat prestasi mata
pelajaran Matematik murid
SMK Bawang Assan, Sibu

Mengenalpasti tanggapan
murid terhadap mata
pelajaran Matematik
terutamanya melibatkan
algebra.
Mengenalpasti punca
masalah
Mengenalpasti tahap
penguasaan murid dalam
topik ungkapan algebra.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1 Tinjauan buku latihan murid
Hasil tinjauan mendapati sebilangan besar (60%) murid tidak dapat
mempermudahkan suatu ungkapan algebra. Didapati juga terdapat murid yang
meniru latihan rakan kerana kesilapan yang sama dilakukan oleh beberapa orang
murid bagi soalan yang sama. Terdapat latihan yang dibiarkan kosong (tidak dicuba)
sedangkan latihan tersebut sudah dibincangkan di dalam kelas.
5

5.2.2 Penyemakan PBS murid


Hasil tinjauan mendapati hanya 8 daripada 37 orang murid melepasi Band 4 dalam
mempermudahkan ungkapan algebra untuk PBS Ungkapan Algebra yang pertama.
Kesilapan yang sama dilakukan oleh murid seperti yang dinyatakan dalam tinjauan
buku latihan murid seperti kesilapan tanda positif dan negatif,mengabungkan dua
sebutan tanpa ada pemisah operasi tambah atau tolak dan jawapan akhir yang
salah.
5.2.3

Tinjauan analisis peperiksaan dalaman Matematik SMK Bawang Assan,


Sibu
Analisis ini diperoleh daripada Setiausaha Peperiksaan Sekolah melalui sistem
Moderator Peperiksaan. Didapati markah ujian Matematik murid-murid SMK
Bawang Assan, Sibu adalah rata-ratanya di bawah 60%. Ini menunjukkan prestasi
murid dalam mata pelajaran Matematik adalah sederhana dan lemah.

5.2.4 Sesi temubual bersama murid Tingkatan 1, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4


Guru telah menemubual beberapa orang murid secara tidak formal semasa waktu
rehat sekolah bagi bertanyakan tanggapan mereka mengenai Matematik
terutamanya melibatkan algebra. Antara jawapan-jawapan murid adalah seperti
berikut;
Saya minat Matematik tapi apabila melibatkan huruf saya jadi keliru.
Saya tidak faham apa yang cikgu saya ajar.
Saya tidak suka nombor.
Saya tidak mempunyai kalkulator kerana kalkulator yang saya ada telah hilang.
Matematik bosan sebab terlalu banyak kerja rumah.

5.2.5 Borang soal selidik


Borang soal selidik telah diedarkan kepada 37 orang murid Tingkatan 1 dan berikut
merupakan analisis kepada soal selidik;

Bil

Soalan

1.

Adakah anda meminati mata pelajaran Matematik?

2.

Adakah anda suka dengan pengajaran guru anda?

3.

Adakah anda faham apa yang diajar oleh guru Matematik


anda selama ini?

Peratusan (%)
Ya

Tidak

94.7

5.3

100

92.1

7.9

4.

Adakah anda bosan belajar mata pelajaran Matematik?

5.

Adakah

anda

sering

mengulangkaji

mata

pelajaran

Matematik di rumah?
6.

Adakah anda sering menyiapkan latihan Matematik yang


diberi oleh guru Matematik anda?

7.

Adakah anda suka dengan topik Ungkapan Algebra?

8.

Adakah anda dapat menyatakan pembolehubah dan pekali


dalam satu sebutan?

9.

Adakah anda dapat mempermudahkan suatu Ungkapan


Algebra?

10.

Adakah

anda

mempunyai

kaedah

mempermudahkan suatu ungkapan algebra?

lain

untuk

10.5

89.5

26.3

73.7

86.8

13.2

57.9

42.1

60.5

39.5

57.9

42.1

15.8

84.2

5.2.6 Ujian Pra Ungkapan Algebra


Ujian Pra Ungkapan Algebra ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penguasaan
murid dalam topik ungkapan algebra. Berikut merupakan analisis pencapaian murid
dalam ujian tersebut.
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

NAMA MURID
AISAH BT YACUB
ALANIS SETI AK FRANKLIN
ALBERT RINTING AK GERUSU
AMIRA BT ABDULLAH
AMYLIA VARIANLY AK BINAT
ANDREA SAGA AK AMBAU
ASZRULNIEZA MIERZA BIN ABDUL RAHIM
AZIRA BT ABDULLAH
BARNABAS KENAWANG AK DAUD
BETTY AK KUBOK
BINTANG LOVEENA AK JAYAN
CATHERINE AK SEMPURAI
CECELIA PARADA AK MANJA
CYPRIAN HABENG AK BAYANG
ELIEZA RABAI AK JOHEN LEE
ERICA JAMAS AK PULA
EVELYN AK EMANG
GARRY AK RUDY
GARRY LEE AK DULAH
KELVIN AK EDDIE
LOUSIA AK STEWRT SEGAT

UJIAN PRA
58
83
67
33
50
58
50
25
58
8
25
50
17
75
17
75
50
33
25
33
0

22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37

LOVENA IDAN AK AROK


LYA EXORA AK JOE
MARINE AK MERDAN
MARY TIONG MEI HUA
MASTIKA FIONA AK JILI
MEDELYNA ENTANYANG AK JALIN
NASHA AK LIAM
NICKY WILLIAM AK TATAK
NUR AIDA SHAFIQAH APIT
NUR SAFINAH BT ABDUL RAHIM
NURFAZLIN BT ABDUL RAHIM
TERRENCE KONG
VIVILYNA AK AROK
WESLEY LUANG AK ANTHONY
YONG HUA HAN
ZENY ASLINDA BT MOHD FIRDAUS

25
0
67
83
33
25
83
75
8
50
17
42
50
58
8
42

Julat Markah

Bilangan Murid

Peratusan Murid (%)

0 10
11 20
21 30
31 40
41 50
51 60
61 70
71 80
81 90
91 100

5
3
5
4
8
4
2
3
3
0

13.5
8.1
13.5
10.8
21.6
10.8
5.4
8.1
8.1
0.0

Daripada analisis ini, markah terendah adalah 0%, markah tertinggi adalah 83% dan
markah min daripada Ujian Pra ini adalah 42%.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal didapati murid memang lemah mempermudahkan suatu
ungkapan algebra dan terdapat segelintir murid yang masih belum mahir dalam
penggunaan kalkulator sainstifik. Masih ramai juga murid yang lemah dalam topik
nombor negatif walaupun menggunakan kemudahan kalkulator.
Bagi mengatasi masalah ini murid diperkenalkan dengan kaedah Papan Token 10
Ungkapan Algebra dan permainan Ular-Tangga Algebra. Kaedah Papan Token
10 Ungkapan Algebra bertujuan untuk membantu murid mempermudahkan suatu
ungkapan algebra dengan tepat, manakala permainan Ular-Tangga Algebra
bertujuan untuk membiasakan diri murid menggunakan kalkulator sainstifik.
Selepas murid diperkenalkan dengan kaedah Papan Token 10 Ungkapan Algebra
murid dikehendaki menduduki Ujian Pos Ungkapan Algebra bagi mengenalpasti
keberkesanan kaedah baharu yang dipelajari dan borang soal selidik diedarkan
kepada murid tentang keberkesanan kaedah ini.
8

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian


Aktiviti 1 : Pengenalan Kepada Papan Token 10 Ungkapan Algebra.

Rajah Papan Token 10 Ungkapan Algebra


Rajah menunjukkan Papan Token 10 Ungkapan Algebra yang digunakan oleh guru
dalam memperkenalkan kaedah baharu dalam mempermudahkan suatu ungkapan
algebra. Papan ini menggunakan magnet bagi menarik minat murid.
Kaedah pengenalan lebih kepada penggunaan asas Papan Token 10. Di mana token 10
digunakan untuk memudahkan pengiraan. Nombor-nombor yang terlibat juga hanyalah
nombor bulat.
Contoh : 20x -15y -15x + 10y
Penyelesaian :
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4

:
:
:
:

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7
Langkah 8

:
:

Murid diminta untuk menyalin semula soalan di ruang soalan


Murid diminta untuk menyusun atur sebutan di ruang sebutan.
Murid diminta untuk melabel x dan y di ruang pembolehubah
Murid diminta untuk meletakkan token 10 pekali x dan pekali y
diruang pekali mengikut simbol positif dan negatif dan juga
gundalan.
Ruang positif dan negatif yang mempunyai pasangan token 10
dikeluarkan.
Satu ruang sama ada positif atau negatif sahaja dibenarkan
mempunyai nilai. Sekiranya kedua-dua ruang mempunyai nilai
Token 10 digantikan dengan sistem gundalan.
Pasangan gundalan dikeluarkan.
Murid diminta mengira baki pada setiap ruang dan menulis
jawapan akhir.
9

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Langkah 8

10

Refleksi
Didapati murid-murid seronok menggerakkan magnet token 10. Kaedah gundalan yang
mereka pelajari di sekolah rendah juga dipraktikkan di sini menampakkannya lebih
mudah difahami. Murid mula faham akan asas kepada ungkapan algebra dan mula
seronok mempelajari topik ungkapan algebra. Akan Tetapi aktiviti ini hanya terbatas
untuk nombor-nombor bulat sahaja yang tidak melibatkan nombor perpuluhan dan juga
pecahan.

Aktiviti 2 : Penggunaan Papan Token 10 Ungkapan Algebra Pada Helaian Kertas


Bersaiz A4
Setelah murid memahami asas kaedah Papan Token 10 Ungkapan Algebra ini, saya
mengedarkan Papan Token 10 Ungkapan Algebra versi kertas bersaiz A4 seperti yang
ditunjukkan dalam rajah kepada murid supaya ia lebih fleksibel untuk nombor-nombor
yang lain seperti nombor perpuluhan dan pecahan. Lagipun penyediaannya lebih mudah
dan kos yang rendah yang hanya melibatkan sekeping kertas dan juga dakwat pencetak
untuk mencetak.

Rajah Papan Token 10 Ungkapan Algebra Versi Kertas Bersaiz A4

11

Untuk versi ini Token 10 tidak digunakan lagi tetapi lebih kepada penggunaan kalkulator.
Ruang-ruang yang terdapat dalam versi ini diperkenalkan kepada murid seperti berikut;

Contoh soalan ungkapan algebra :


Permudahkan ungkapan algebra 15x + 12x - 5x + 25y - 14y 13y + 20 7

Langkah 1

: Salin soalan pada ruangan soalan

Langkah 2

: Tulis simbol-simbol pembolehubah pada ruangan simbol pembolehubah

Langkah 3

: Salin sebutan-sebutan serupa pada rumah masing-masing.

Langkah 4

: Salin pekali bagi sebutan pada ruangan pekali mengikut bilik positif dan
bilik negatif.

Langkah 5

: Setiap bilik (positif dan negatif) hanya boleh terdiri daripada satu nombor.
Jika lebih daripada satu nombor, jumlahkan nombor-nombor itu mengikut
bilik masing-masing.

Langkah 6

: Sekiranya setiap bilik positif dan negatif sudah mempunyai satu nombor
sahaja atau sifar, tuliskan operasi tolak di antara dua bilik tersebut.
12

Langkah 7

: Dengan menggunakan kalkulator, cari beza di antara bilik.

Langkah 8

: Tulis jawapan beza di ruangan beza.

Langkah 9

: Tulis jawapan akhir pada ruangan jawapan akhir.

Rajah contoh penggunaan Papan Token 10 Ungkapan Algebra Versi Kertas Bersaiz A4
Refleksi
Daripada aktiviti yang dijalankan ini, jawapan murid adalah lebih tepat. Murid juga
berkeyakinan untuk menjawab soalan ungkapan algebra. Tiada lagi kes meniru jawapan
rakan kerana masing-masing ingin mencuba kaedah baharu yang diperkenalkan. Bila
ajukan soalan, adakah mereka boleh menyediakan sendiri Papan Token 10 Ungkapan
Algebra ini, rata-rata murid menyatakan ya kerana ia hanya terdiri daripada jadual.

Aktiviti 3 : Bermain Permainan Tangga-Ular Algebra.


Setelah murid membiasakan diri dengan kaedah Papan Token 10 Ungkapan Algebra,
murid dihiburkan dengan satu permainan yang melibatkan algebra. Permainan ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menggunakan kalkulator sainstifik agar
kemudahan kalkulator ini dapat digunakan semaksimumnya dalam penyelesaian
masalah Matematik. Rajah permainan ini ditunjukkan seperti berikut ;

13

Rajah Papan Permainan Tangga-Ular Algebra


Cara bermain ;
Langkah 1
Langkah 2

: Baling dadu x dan dadu y untuk memulakan permainan. Gerakan pin


dengan menjumlahkan nombor pada dadu x dan dadu y.
: Apabila semua peserta telah membuat balingan permulaan, peserta
membalingkan dadu x dan dadu y untuk mengerakkan langkah
seterusnya.
Contoh :

Sekiranya pin peserta berada di sini.

Balingan dadu x dan dadu y.


x=2,y=6
Masukkan nilai x dan nilai y dengan menggunakan
kalkulator, jawapan 16.
Peserta bergerak 16 langkah

Sekiranya pin peserta berada di sini.

14

Balingan dadu x dan dadu y.


x=3,y=5
Hanya nilai dadu y diambilkira.
Masukkan nilai y dengan menggunakan kalkulator,
jawapan -4.
Peserta bergerak mengundur 4 langkah.
Sekira peserta berhenti di sini, peserta bergerak
menaiki tangga.
Sekiranya peserta berhenti di sini, perserta bergerak
menuruni badan ular.
Sekiranya peserta berhenti di sini, peserta diminta
untuk membaling dadu x dan bergerak mengikut nilai
dadu x.
Sekiranya peserta berhenti di sini, peserta diminta
untuk membaling dadu x dan dadu y dan bergerak
mengikut nilai hasil tambah dadu x dan dadu y.
Sekiranya peserta berhenti di sini, peserta akan
kehilangan satu pusingan.
Sekiranya peserta berhenti di sini, peserta hendaklah
membaca biodata tokoh dan bergerak selangkah
kehadapan.

Refleksi
Jika disebut permainan sememangnya murid menyukainya. Pada awalnya murid agak
berhati-hati menggunakan kalkulator. Ini kerana bagi mereka yang tersilap mengira
dengan menggunakan kalkulator dan ditegur oleh rakan yang lain, murid itu akan
didenda mengundur pinnya sebanyak 5 langkah. Daripada permainan ini didapati murid
mula pantas menggunakan kalkulator dan jawapan mereka adalah tepat.

Aktiviti 4 : Ujian Pos Ungkapan Algebra


Bagi menguji keberkesanan kaedah Papan Token 10 Ungkapan Algebra, satu Ujian Pos
telah diadakan. Berikut merupakan keputusan dan analisis pencapaian murid dalam
Ujian Pos yang telah diadakan.

15

BIL

NAMA MURID

UJIAN POS

AISAH BT YACUB

100

ALANIS SETI AK FRANKLIN

100

ALBERT RINTING AK GERUSU

83

AMIRA BT ABDULLAH

42

AMYLIA VARIANLY AK BINAT

75

ANDREA SAGA AK AMBAU

58

ASZRULNIEZA MIERZA BIN ABDUL RAHIM

92

AZIRA BT ABDULLAH

33

BARNABAS KENAWANG AK DAUD

92

10

BETTY AK KUBOK

33

11

BINTANG LOVEENA AK JAYAN

75

12

CATHERINE AK SEMPURAI

83

13

CECELIA PARADA AK MANJA

58

14

CYPRIAN HABENG AK BAYANG

100

15

ELIEZA RABAI AK JOHEN LEE

67

16

ERICA JAMAS AK PULA

92

17

EVELYN AK EMANG

83

18

GARRY AK RUDY

67

19

GARRY LEE AK DULAH

67

20

KELVIN AK EDDIE

92

21

LOUSIA AK STEWRT SEGAT

67

22

LOVENA IDAN AK AROK

75

23
24

LYA EXORA AK JOE


MARINE AK MERDAN

50
83

25

MARY TIONG MEI HUA

83

26

MASTIKA FIONA AK JILI

58

27

MEDELYNA ENTANYANG AK JALIN

92

28

NASHA AK LIAM

100

29

NICKY WILLIAM AK TATAK

100

30

NUR AIDA SHAFIQAH APIT

75

31

NUR SAFINAH BT ABDUL RAHIM

100

32

NURFAZLIN BT ABDUL RAHIM

92

33

TERRENCE KONG

58

34

VIVILYNA AK AROK

67

35

WESLEY LUANG AK ANTHONY

58

36

YONG HUA HAN

83

37

ZENY ASLINDA BT MOHD FIRDAUS

42

16

Julat Markah

Bilangan Murid

Peratusan Murid (%)

0 10

0.0

11 20

0.0

21 30

0.0

31 40

5.4

41 50

8.1

51 60

13.5

61 70

13.5

71 80

10.8

81 90

16.2

91 100

12

32.4

Refleksi
Daripada analisis ini, markah terendah adalah 33%, markah tertinggi adalah 100% dan
markah min daripada Ujian Pos ini adalah 75%. Terdapat peningkatan yang ketara
dalam keputusan ujian ini. Saya dan murid-murid berasa seronok dan berpuas hati.

Aktiviti 5 : Soal Selidik Selepas Kajian Tindakan


Untuk mengetahui maklum balas murid terhadap kaedah dan aktiviti yang telah mereka
jalani, satu soal selidik telah dijalankan. Keputusan soal selidik adalah seperti berikut;
Bil

Soalan

1.
2.

Adakah anda menyukai kaedah Papan Token 10?


Adakah Papan Token 10 tersebut senang untuk dipelajari
dan difahami?
Adakah anda boleh menyediakan sendiri Papan Token 10
sekiranya tidak disediakan oleh guru?
Adakah anda akan sentiasa menggunakan Papan Token 10
tersebut dalam mempermudahkan Ungkapan Algebra?
Adakah Papan Token 10 benar-benar membantu anda lebih
memahami cara mempermudahkan suatu Ungkapan Algebra?
Adakah anda telah faham topik Ungkapan Algebra?
Adakah anda telah dapat menyatakan sebutan serupa melalui
Papan Token 10?
Adakah anda yakin dapat mepermudahkan suatu Ungkapan
Algebra dan menyatakan pembolehubah serta pekali dalam
suatu sebutan yang diberi?
Adakah
anda
mempunyai
kaedah
lain
untuk
mempermudahkan Ungkapan Algebra?
Adakah anda bersetuju kaedah Papan Token 10 dan
Permainan Ular-Tangga Algebra diteruskan untuk masa akan
datang?

3.
4.
5.
6.
7.
8.

9.
10.

Peratusan (%)
Ya
Tidak
94.7
5.3
89.5

10.5

76.3

23.7

73.7

26.3

92.1

7.9

52.6

47.4

86.8

13.2

63.2

36.8

7.9

92.1

100

17

5.5 Refleksi Kajian


Setelah melakukan kesemua aktiviti, terdapat perubahan positif dalam diri murid.
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang
ketara. Saya dapati murid mula berminat dengan topik algebra. Kaedah ini sangat
sesuai untuk murid kerana memakan masa yang agak singkat dan jawapan yang tepat
dapat diperolehi dengan mudah. Berikut merupakan perbandingan di antara keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan.

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32

NAMA MURID
AISAH BT YACUB
ALANIS SETI AK FRANKLIN
ALBERT RINTING AK GERUSU
AMIRA BT ABDULLAH
AMYLIA VARIANLY AK BINAT
ANDREA SAGA AK AMBAU
ASZRULNIEZA MIERZA BIN ABDUL RAHIM
AZIRA BT ABDULLAH
BARNABAS KENAWANG AK DAUD
BETTY AK KUBOK
BINTANG LOVEENA AK JAYAN
CATHERINE AK SEMPURAI
CECELIA PARADA AK MANJA
CYPRIAN HABENG AK BAYANG
ELIEZA RABAI AK JOHEN LEE
ERICA JAMAS AK PULA
EVELYN AK EMANG
GARRY AK RUDY
GARRY LEE AK DULAH
KELVIN AK EDDIE
LOUSIA AK STEWRT SEGAT
LOVENA IDAN AK AROK
LYA EXORA AK JOE
MARINE AK MERDAN
MARY TIONG MEI HUA
MASTIKA FIONA AK JILI
MEDELYNA ENTANYANG AK JALIN
NASHA AK LIAM
NICKY WILLIAM AK TATAK
NUR AIDA SHAFIQAH APIT
NUR SAFINAH BT ABDUL RAHIM
NURFAZLIN BT ABDUL RAHIM

UJIAN
PRA

UJIAN
POS

SISIHAN

58
83
67
33
50
58
50
25
58
8
25
50
17
75
17
75
50
33
25
33
0
25
0
67
83
33
25
83
75
8
50
17

100
100
83
42
75
58
92
33
92
33
75
83
58
100
67
92
83
67
67
92
67
75
50
83
83
58
92
100
100
75
100
92

42
17
17
8
25
0
42
8
33
25
50
33
42
25
50
17
33
33
42
58
67
50
50
17
0
25
67
17
25
67
50
75
18

33
34
35
36
37

TERRENCE KONG
VIVILYNA AK AROK
WESLEY LUANG AK ANTHONY
YONG HUA HAN
ZENY ASLINDA BT MOHD FIRDAUS

42
50
58
8
42

58
67
58
83
42

17
17
0
75
0

19

AISAH
ALANIS
ALBERT
AMIRA
AMYLIA
ANDREA
ASZRULNIEZA
AZIRA
BARNABAS
BETTY
BINTANG
CATHERINE
CECELIA
CYPRIAN
ELIEZA
ERICA
EVELYN
GARRY
GARRY LEE
KELVIN
LOUSIA
LOVENA
LYA
MARINE
MARY
MASTIKA
MEDELYNA
NASHA
NICKY
NUR AIDA
NUR SAFINAH
NURFAZLIN
TERRENCE
VIVILYNA
WESLEY
YONG
ZENY

Graf Analisis Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

105
100
95
90
85
80
75
70
65
60
55
50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
Ujian Pra

Ujian Pos

20

Daripada analisis perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos ini,seramai 33 orang
murid menunjukkan peningkatan dari segi markah manakala seramai 4 orang murid
langsung tidak menunjukkan perubahan markah. Empat orang murid ini telah disoal
siasat mengenai prestasi mereka. Jawapan mereka adalah sama iaitu mereka tidak
ingat akan kaedah Papan Token 10 Ungkapan Algebra dan tidak membawa kalkulator
semasa ujian dijalankan.
Secara keseluruhannya, kaedah Papan Token 10 Ungkapan Algebra telah berjaya
meningkatkan pemahaman murid dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra
dan permainan Tangga-Ular Algebra telah berjaya meningkatkan kemahiran murid
menggunakan kalkulator.
Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran ia berjaya dari segi pembelajaran
berpusatkan murid dan murid aktif dalam proses pengajaran serta yakin dengan
jawapan yang ditulis. Murid mula berani tampil kehadapan atau berdiri memberi jawapan
apabila diajukan soalan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Papan Token 10 telah banyak
membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap
apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih
ceria dan seronok. Saya yakin bahawa kaedah Papan Token 10 dapat membantu murid
yang lemah dalam asas algebra.
Pada diri saya pula, kini lebih yakin untuk menjalankan kajian tindakan yang lain untuk
mata pelajaran Fizik dan juga Matematik Tambahan. Kejayaan murid adalah satu
kepuasan kepada saya dan penyuntik semangat untuk terus berjuang dalam arena
pendidikan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya dapati kajian tindakan ini berjaya membantu saya mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Papan Token 10 Ungkapan Algebra ini juga boleh digunakan
untuk mengajar topik Ungkapan Algebra II untuk murid Tingkatan 2. Saya akan meneruskan
kaedah ini dan akan memurnikannya lagi supaya ia boleh digunapakai untuk topik-topik
yang lain
.

21

BIBLIOGRAFI
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Spesifikasi
Kurikulum Matematik Tingkatan 1. BPK
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Spesifikasi
Kurikulum Matematik Tingkatan 2. BPK
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Spesifikasi
Kurikulum Matematik Tingkatan 3. BPK
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi ketiga. EPRD
Faridah Binti Othman. (2013). Contoh Kajian Tindakan Matematik, Lidi Oh Lidi, Satu Kaedah
Untuk Meningkatkan Kemahiran Melorek Rantau Yang memuaskan Ketaksamaan.
SMK Agama Sik Kedah.
Liew Su Tim, Wan Muhamad Saridan Wan Hassan. (1989). Kearah memahami Dan
Mengurangkan Kesukaran Dalam Pembelajaran Matematik. Universiti Teknologi
Malaysia.
Macgregor, M & Stacey, K. (1997). Student Understanding Of Algebraic Notation.
Educational Studies in Mathematics; 33. 1-19.
Marlina binti Ali, Nurulhuda Binti Abu Bakar. (2008). Tahap kefahaman Pelajar Tingkatan
Empat Dalam Tajuk Ungkapan Algebra. Universiti Teknologi Malaysia.
Zaida Binti Sangit. (2007). Satu Kajian Kes, Kesilapan Dalam Ungkapan Algebra Di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

22

LAMPIRAN

Murid menduduki Ujian Pra tanpa menggunakan Papan Token 10

Murid diperkenalkan dengan Papan Token 10

23

Penerangan guru di papan tulis cara penggunaan Papan Token 10 1

Penerangan guru di papan tulis cara penggunaan Papan Token 10 2

24

Murid menduduki Ujian Pos dengan menggunakan Papan Token 10 1

Murid menduduki Ujian Pos dengan menggunakan Papan Token 10 2

25

Murid seronok mempelajari Ungkapan Algebra dengan adanya Papan Token 10

Murid seronok bermain sambil belajar Permainan Tangga-Ular Algebra


Murid seronok bermain Permainan Tangga-Ular Algebra
26

Antara murid yang ditemubual mengenai pandangan mereka


terhadap Matematik dan Algebra semasa waktu rehat

27

Ujian Pra
TINGKATAN SATU
UNGKAPAN ALGEBRA
NAMA :..

KELAS :..

Permudahkan setiap ungkapan berikut :


3x + 5y + 2x + 4y

-15a + 7b + 4a 3b

56p 12 + 13q 23p 11q + 2

-37m + 20n + 15m + 7

Permudahkan setiap ungkapan berikut :


24.3x + 23.6y 15.2x - 12.3y

17.9a + 23.2a - 8.4b + 13.5 15.4

-34.5p + 23.8q + 30p - 12.5q

72.4m 35.9n + 14.7m + 34.2n

Permudahkan setiap ungkapan berikut :

28

Ujian Pos
TINGKATAN SATU
UNGKAPAN ALGEBRA
NAMA :..

KELAS :..

Permudahkan setiap ungkapan berikut :


6x -7y - 3x + 8y

25a + 31b + 4a 23b

13p + 23 - 3q + 18p + 18q + 8

32m - 18n - 25m - 23

Permudahkan setiap ungkapan berikut :


32.1x + 38.3y 27.9x 21.5y

23.3a + 17.2a - 21.5b + 36.7 18.3

37.8p + 13.5q - 23p 43.2q

- 34.7m + 21.6n + 18.9m 29.8n

Permudahkan setiap ungkapan berikut :

29

SOALAN SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN


JANTINA : .
GRED UPSR MATEMATIK
MARKAH UJIAN 1 MATEMATIK
Tandakan ( / ) pada ruang yang diberikan bagi pilihan jawapan anda.

Bil

Soalan

Ya

Tidak

1. Adakah anda meminati mata pelajaran Matematik?


2.

Adakah anda suka dengan pengajaran guru anda?

3.

Adakah anda faham apa yang diajar oleh guru


Matematik anda selama ini?

4.

Adakah anda bosan belajar mata pelajaran Matematik?

5.

Adakah anda sering mengulangkaji mata pelajaran


Matematik di rumah?

6.

Adakah anda sering menyiapkan latihan Matematik


yang diberi oleh guru Matematik anda?

7.

Adakah anda suka dengan topik Ungkapan Algebra?

8.

Adakah anda dapat menyatakan pembolehubah dan


pekali dalam satu sebutan?

9.

Adakah anda dapat mempermudahkan suatu


Ungkapan Algebra?

10.

Adakah anda mempunyai kaedah lain untuk


mempermudahkan suatu ungkapan algebra?

30

SOALAN SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN


( REFLEKSI PELAJAR )
MARKAH UJIAN 1 MATEMATIK
Anda kini telah mempelajari kaedah Papan Token 10 bagi topik Ungkapan Algebra.
Berikan pandangan anda terhadap kaedah tersebut.
Tandakan ( / ) pada ruang yang diberikan bagi pilihan jawapan anda.
Bil

Soalan

1.

Adakah anda menyukai kaedah Papan Token 10?

2.

Adakah Papan Token 10 tersebut senang untuk dipelajari dan


difahami?

3.

Adakah anda boleh menyediakan sendiri Papan Token 10


sekiranya tidak disediakan oleh guru?

4.

Adakah anda akan sentiasa menggunakan Papan Token 10


tersebut dalam mempermudahkan Ungkapan Algebra?

5.

Adakah Papan Token 10 benar-benar membantu anda lebih


memahami cara mempermudahkan suatu Ungkapan Algebra?
Adakah anda telah faham topik Ungkapan Algebra?

6.
7.
8.

Ya

Tidak

Adakah anda telah dapat menyatakan sebutan serupa melalui


Papan Token 10?
Adakah anda yakin dapat mepermudahkan suatu Ungkapan
Algebra dan menyatakan pembolehubah serta pekali dalam suatu
sebutan yang diberi?

9.

Adakah anda mempunyai kaedah lain untuk mempermudahkan


Ungkapan Algebra?

10.

Adakah anda bersetuju kaedah Papan Token 10 dan


Permainan Ular-Tangga Algebra diteruskan untuk masa akan
datang?

31

Anda mungkin juga menyukai