Anda di halaman 1dari 1

ADAB TERHADAP KAWAN

1) Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat-amat


memerlukan bantuan tersebut. Bantulah dengan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
2) Bersikap jujurlah dalam persahabatan, janganlah bersifat hipokrit,
yang mana lain di lidah lain pula di hati. Akibatnya diri sendiri yang
akan kehilangan harga diri
3) Jangan memburuk-burukkan seseorang kawan di hadapan kawankawan yang lain.
4) Jangan membuka aib kawan, kelak Allah S.W.T. akan membuka aib
kita di akhirat kelak.
5) Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu yang
membuta tuli akan menimbulkan perasaan hasad dengki. Sebaliknya,
cemburulah dengan kejayaannya itu dan berusaha untuk mencapai
kejayaan yang serupa.
6) Janganlah menjatuhkan air muka sahabat dihadapan orang lain.
7) Jangan ketawa apabila seseorang rakan mengalami kegagalan.
8) Jangan mengejek dan memperkecil-kecilkan kawan kita. Umpanya
jika seseorang rakan sekelas memberikan satu pendapat, jangan
menolaknya sekali gus, katakanlah kepadanya: pendapat anda baik.
9) Jangan mengejek kawan-kawan kita dengan menggunakan panggilan
yang tidak disukainya.
10) Apabila berada dikalangan kawan-kawan, janganlah berbisik-bisik
dengan seseorang kawan yang lain kerana ia akan mengundang syak di
hati kawan-kawan yang lain.
11) Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita,
mintalah izin kepada mereka terlebih dahulu.
12) Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin.
13) Akhir sekali, saling nasihat-menasihati sesama rakan untuk
melakukan kebaikan dan menjauhi dari sebarang bentuk kejahatan.
1. bagai isi dengan kuku: Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang
berkasih-kasihan)
2. Ukur baju di badan sendiri: Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita
3. 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat :Maksud : Kata
sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
4. . bara yang digenggam biar sampai jadi arang: Maksud : Mengerjakan sesuatu
yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya: Maksud : Mendidik anak biarlah sejak
mereka kecil lagi.