Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Berasal dari perkataan global yang bermaksud menyeluruh. Globalisasi pula bermaksud proses
yg bolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, prmikiran, kebudayaan dsb) disebar keseluruh dunia
(KAMUS DEWAN EDISI KE-4), dibantu pula dengan kemudahan komunikasi, dasar terbuka
yang menjunjung prinsip dunia tanpa sempadan.
Realitinya, pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya Al-Muslimin wa al-Aulamah,
lebih menerangkan situasi sebenar globalisasi ini. Beliau mengatakan globalisasi bermaksud
menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa. Yakni memindahkan sesuatu dari
kawasannya yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang
pengawasan. Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara,
beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat
bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet
Bumi. Bertolak dari sini maka negara-negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dan sesuatu umat
berada dalam zaman yang ditunjangi oleh globalisasi.
Globalisasi(Aulamah) dan Kesejagatan (Alamiyyah) Menurut al-Qardawi, secara eksplisit, erti
globalisasi hampir sama dengan kesejagatan ataupun universal yang dibawa oleh Islam.
Kesejagatan disebutkan dengan jelas oleh al- Quran dalam surah al-Furqan [25]:1 yang
bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi
peringatan kepada seluruh alam
Tegasnya kesejagatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada memuliakan semua keturunan
manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra[17]:70 mafhumnya:
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam
Allah menjadikan manusia sebagai khalifahnya di muka Bumi. Semua yang ada di langit
dipermudahkan Allah untuk mereka. Kesejagatan juga ditegakkan atas asas persamaan antara
manusia dari sudut kemuliaan kemanusiaannya dan dari segi taklif dan tanggungjawab. Manusia
semuanya sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada Allah. Mereka
semuanya sama sebagai zuriat Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW di hadapan
perkumpulan ramai semasa Hajj Wada` maksudnya: Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya
Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang
Arab terhadap orang bukan Arab, tidak juga bukan Arab terhadap Arab. Tidak ada kelebihan
orang yang berkulit merah ke atas orang yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke
atas orang yang berkulit merah, melainkan dengan takwa. (Riwayat Ahmad)
Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran
kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
Namun dalam ayat yang menetapkan persamaan antara manusia ini, al-Quran tidak pula
membatalkan kekhususan rumpun-rumpun bangsa. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah
menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat saling
kenal-mengenal. Sedangkan globalisasi menurut faham Barat seperti yang nyata kepada kita
melalui propagandanya hingga ke hari ini adalah, pemaksaan pengaruh politik, ekonomi,
pengetahuan, budaya dan sosial dari Amerika Syarikat kepada dunia, khususnya dunia Timur
atau dunia ketiga, lebih khusus lagi dunia Islam.
2.0 OBJEKTIF
Globalisasi menyentuh seluruh aspek penting kehidupan.Globalisasi menciptakan berbagai
tantangan dan permasalahan baru yang harus dijawab, dipecahkan dalam upaya memanfaatkan
globalisasi untuk kepentingan kehidupan.Proses perkembangan globalisasi bermula dengan
kemajuan bidang teknologi informasi dan komunikasi. Bidang tersebut merupakan penggerak
globalisasi.Dari kemajuan bidang ini kemudian mempengaruhi sektor-sektor lain dalam
kehidupan, seperti bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain. Contoh sederhana
dengan teknologi internet, rancangan TV, masyarakat di tengah kepesatan bandar hingga ke
ceruk kampung pun dapat mengakses berita dari belahan dunia yang lain secara cepat. Hal ini
akan terjadi interaksi antara masyarakat dunia secara luas, yang akhirnya akan saling
mempengaruhi satu sama lain.
3.0 SKOP KAJIAN
Kajian kami mengenai globalisasi ini akan menekankan tiga aspek penting dan saling
mempengaruhi sesame aspek iaitu politik, ekonomi serta social dan pemikiran. Perbincangan
akan berkitar pada positif dan negatif yang dibawa oleh globalisasi ini serta ancamannya
terhadap sesuatu kaum dan bangsa terutamanya Islam.

4.0 CIRI-CIRI GLOBALISASI


Globalisasi hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa dalam dunia yang rencam ini. Pengaruhnya
sukar dibendung dan mempunyai ciri yang atau tanda yang sepadan setelah dibuat perbandingan
dengan dengan negara-negara lain. Jelas ianya diperkenalkan dan disebarluaskan oleh negara
yang mengaku berkuasa di atas bumi ini. Diantara ciri-ciri yang paling menyerlah tentang
globalisasi ini ialah:

Bersifat tanpa batasan

Setiap negara perlu mengamalkan prinsip dasar terbuka atau akan dicap sebagai negara kuku
besi, junta dan sebagainya. Prinsip dasar terbuka ini akan menjurus kepada dunia tanpa
sempadan dimana peluang dan ujian datang bertalu-talu menanti untuk dimanfaatkan. Namun,
ada diantara saranan prinsip ini yang mengikis serta 'menyelaraskan' nilai dan pegangan
masyarakat di sesebuah negara itu sesuai dengan kehendak pelopornya. Ini bermakna seluruh
alam ini akan berubah menjadi satu unit. Dunia ini seperti sebuah kampung, segala larangan dan
sekatan dahulu telah berjaya dilangkau (Marshall McLuhan,1992,The Global Village:
Transformations in World Life and Media in the 21st Century)
ii

Wujud unsur sains dan teknologi

Sifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempias daripada
kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi komunikasi dan
satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Ini bermakna mana-mana
masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosan apa juga bentuk
penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.
iii

Wujud elemen dominasi(penguasaan) atau monopoli

Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain.
Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Ini
kerana, pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan
justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah pinggiran.
Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya, politik, ekonomi
dan sebagainya.

5.0 IMPAK GLOBALISASI


Disini akan mengupas serba sedikit manfaat dan mudarat yang dibawa oleh globalisasi ini untuk
memudahkan kita membuat penilaian.
5.1 Positif globalisasi
1

Politik

Ekonomi

Menukar landskap politik negara spt malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan
tirani dan monarki raja, kini bertukar kepada sistem demokrasi berparlimen. Sistem
demokrasi berparlimen berasal dari barat ini diperkenal ke tanah air ini dan beberapa
negara lain ini membuka peluang untuk rakyat terlibat sama untuk menentukan pemimpin
mereka dan keputusan-keputusan dalam kerajaan.
Pemerintah dapat mengembeleng pemikiran sesama mereka untuk pertingkatkan taraf
hidup rakyat.
Dapat menjalinkan hubungan luar negara.

Masuknya ke Malaysia pasaraya-pasaraya yang besar (Hyper Mart) seperti Makro,


Carrefour dan Tesco. Contoh lain ialah usaha pengilangan oleh syarikat-syarikat gergasi
antarabangsa kerana mengambil manfaat daripada kos pekerja dan bahan asas yang
murah di Malaysia. Dikatakan bahawa lapangan ekonomi merupakan pemain utama
dalam era globalisasi masa kini.

Sosial dan pemikiran

Dalam bidang perubatan dimana ia adalah satu bidang ilmu yang tidak mengenal batas
sempadan. Ilmu-ilmu berkaitan kajian, ubat dan kaedah pengubatan banyak bertukar,
berpindah dan dikongsi antara negara dengan negara, termasuklah Malaysia. Bahkan
pada masa kini seorang doktor di satu negara boleh mengawasi dan memberi tunjuk ajar
secara lintas langsung kepada pembedahan yang sedang dilakukan oleh para doktor di
negara yang lain.
Membuka peluang pendidikan dan kerjaya kepada wanita sama seperti lelaki. Bahkan,
adakalanya wanita jauh lebih baik dalam sesuatu tugasan berbanding lelaki. Perkara ini
dipromosikan oleh gerakan-gerakan hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan yang
bersifat feminin

5.2 Negatif globalisasi


1

Politik

Globalisasi Adalah Penjajahan Baru dimana keuntungan akan memihak kepada golongan
yang kuat. Ia dicipta demi kepentingan negara-negara kaya melawan negara- negara
miskin, negara-negara dalam Blok NATO (North Atlantic Treaty Organzation atau
Pakatan Atlantik Utara) yang perkasa melawan negara-negara Selatan yang papa.
mendapat keuntungannya ialah negara yang memiliki keupayaan ilmu, telekomunikasi
dan teknologi yang tinggi dan berkembang pesat, terutamanya negara yang mempunyai
kemampuan, kekuatan dan kekayaan yang lebih besar iaitulah Amerika Syarikat.
Membuka pintu seluas-luasnya dengan alasan globalisasi dalam bidang-bidang
perdagangan, ekonomi, eksport import atau dalam bidang maklumat dan telekomunikasi
akhirnya akan menguntungkan pihak yang kuat dan besar. Sementara negara-negara
dunia ketiga seperti yang mereka gelarkan terutamanya negara-negara Islam akan
menjadi seperti yang diungkapkan oleh seorang pemikir Algeria, Malik ben Nabi bahawa
negara-negara ini tidak mempunyai peluang dalam perlumbaan antarabangsa melainkan
hanya mendapat sisa-sisa yang lebih dari negara yang kuat. Itu pun jika masih ada (sisasisa) kepingan-kepingan yang masih elok di sisi mereka untuk diberikan kepada orang
lain.
Pemaksaan penerimaan ideology Negara-negara besar terutamanya Amerika dan Barat.

Ekonomi

System riba menjadi darah daging dalam institusi perbankan walaupun memakai nama
Islam. Mereka hanya menukarkan nama riba atau interest atau faedah itu kepada sesuatu
yang lebih diterima dan lebih Islamik (pg 56, The Foundations of Islamic Banking:
Theory, Practice and Education, Mohamed Ariff and Munawar Iqbal, 2011).
Sektor kewangan tidak stabil kerana tahap kebergantungan yang tinggi terhadap pemain
ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat. Dan malangnya, ekonomi pemain utama ini
merudum teruk sehingga menjejaskan Negara-negara yang kecil yang amat tinggi
pergantungannya kepada mereka.

Sosial dan pemikiran

Globalisasi dalam lapangan isme-isme (pemikiran), contoh terkini ialah pemikiran


pluralisme yang bermaksud semua agama adalah sama dan benar, pemikiran hak asasi

manusia yang menekankan bahawa setiap individu berhak melakukan apa sahaja yang dia
kehendaki, pemikiran liberalisme yang bertujuan membuka agama menjadi hamba
kepada peradaban semasa dan pemikiran feminisme yang menyuruh wanita menjadi
seumpama lelaki tetapi pada waktu yang sama bersaing dan membenci lelaki.
6.0 KESIMPULAN

Mengikut kajian yang kami buat, banyak negara yang telah mengamalkan atau menerapkan
globalisasi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara tersebut kerana globalisasi kerana
globalisasi lebih membawakkan kebaikan dari keburukan. Kebaikan globalisasi ini dapat
membantu negara membaiki sistem politik, ekonomi, dan sosial pemikiran. Kebaikan globalisasi
dalam politik, dapat menukar landskap politik dari tirani dan monarki raja kerana sistem ini
mempunyai keburukan dan sejarah dalam kejatuhan sesebuah negara. Keburukan globalisasi
dalam sistem politik terlalu minimum untuk dibandingkan dengan kebaikan kerana ia boleh lain
lagi. Kebaikan globalisasi dalam ekonomi pula, ia dapat membuka peluang dan ruang pelabur
luar untuk melabur di dalam globalisasi. Keburukan dalam ekonomi dapat diselesaikan dengan
Negara tersebut perlu menetapkan undang-undang islam atau syariat islam dalam institusi
perbankan supaya dapat menjadi rujukan kepada negara globalisasi lain. Kebaikan dalam social
dan pemikiran pula, Negara yang mengamalkan globalisasi dapat menambah baik sistem
keilmuan serta pemikiran, contoh negara akan dapat bertukar-tukar dan berkongsi kecanggihan
teknologi dalam sistem perubatan, pembinaan, pendidikan serta lain-lain lagi. Dan ia dapat
membuka ruang pendidikan dan kerjaya kepada wanita sama dengan lelaki.

Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan bahawa


terdapat lapan aspek positif globalisasi:
(1) Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan
mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
(2) Peningkatan mobiliti so sial dan pengukuhan kelas menengah.
(3) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu
pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.
(4) Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.

(5) Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik,
budaya dan agama berinteraksi.
(6) Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakmanusiaan
mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan
manusia di seluruh dunia.
(7) Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti
pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.
(8) Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.
Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang
berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi
politik dan sosial.
Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan
oleh Chandra dalam Osman Bakar (2004) ialah:
(1) Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan
faktor keuntungan.
(2) Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang
semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektorsektor ekonomi.
(3) Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak
negara terutamanya di negara-negara selatan.
(4) Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat
amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
(5) Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan
yang semakin melebar di negara-negara utara sendiri.
(6) Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai nilai
kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan
manusia.
(7) Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen
menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media
komunikasi global.
(8) Penyebaran budaya pop Amerika yang" menyegarkan paneaindera dan
mematikan roh" .
(9) Keeenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada
kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan
kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.
(10) Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

(11) Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu


demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.
(12) Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.
(13) Pengantarabangsaan penyakit.

Anda mungkin juga menyukai