Anda di halaman 1dari 5

Saturday, 6 April 2013

Tugas Guru di Malaysia Sekarang Makin Teruk


(SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS,
NILAM). Guru Makin Terbeban. Benarkah?

Kami menerima banyak rungutan demi rungutan daripada kalangan


guru-guru di Malaysia yang merasakan terbeban dengan bebanan
tugas yang dihadapi oleh mereka sekarang.
Ada juga kedengaran di mana kerajaan Malaysia ada memandang
serius dengan dengan permasalahan yang melanda dikalangan guru
Malaysia sekarang sehingga ada tertubuhnya jawatankuasa khas
dengan tujuan murni bagi mengkaji bebanan tugas guru Malaysia.
Malangnya..
Malangnya sejak tertubuhnya jawatankuasa tersebut sejak tahun 2010
lagi sehingga sudahpun menginjak tke tahun 2013, masalah beban
tugas guru dikatakan masih lagi belum berjaya diselesaikan.

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber : Berita Harian

Malah, tidak selesai masalah beban tugas guru sebelum ini datang
pula beban tugas yang lain pula apabila kalangan guru merasakan
sejak akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja
perkeranian secara online dan bukan online.

Jikalau sebelum ini guru-guru hanya perlu mencatat markah pelajar


dalam buku rekod. Sekarang? Macam-macam. Itu aduan dan luahan
kalangan guru di Malaysia

Aduan Guru : Senarai Tugas Guru Malaysia


Sekarang?
Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya
untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis
perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDMA, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, ePerolehan, dan lain-lain lagi.
Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah
tanggungjawab guru-guru
Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di
sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar
dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan
merekodkannya pada setiap bulan.
Dengan

adanya

sistem

PBS

(Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah.


Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan
termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS
seperti

membina

instrument

sendiri,

meriso

kertas,

menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke


dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi
setiap 216 soalan.
Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160
band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data).
Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa

menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua


pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus
diambil untuk menyiapkannya.
Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali
menghadapi internal error.
Guru-guru
pemfailan,

perlu

melakukan

pengisian

pelbagai

kerja
jenis

perkeranian,
data,

kerja

penandaan,

pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis


dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan
buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi.
Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan
kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK
kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas
tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa
disambung sampai ke pagi.
Ada nak tambah lagi?
Sehinggakan kalangan guru merasakan dengan pelbagai tugasan
ini,bilakah masanya untuk guru-guru inimembuat persediaan
untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?
Bagi kami sendiri, seeloknya janganlah dibebankan guru-guru dengan
tugas yang tiada kaitan dengan profesion perguruan. Yang mana tiada
kaitan dengan guru-guru jangan ditugaskan kepada guru.
Betulah kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan dan
pengalaman
Kenalan-kenalan guru online dari negara-negara maju seperti
Singapore, Korea Selatan, Jepun, Jerman dan juga USA sendiri tabik
hormat dengan kalangan guru-guru Malaysia melihatkan beban tugas
yang ditanggung mereka. Segala tugas diletakkan di atas bahu
seorang insan yang menggalas profesion guru di Malaysia.

Bagi kami adalah lebih baik daripada menghadap sistem yang tidak
sistematik dan membazir masa termasuklah melaksanakan sistem
yang berulang-ulang seperti yang ada sekarang, adalah lebih baik
berikan ruang masa untuk kalangan guru fokus meningkatkan cara
pengajaran dan teknik pembelajaran bagi menghasilkan kalangan
pelajar yang lebih berkualiti dan berdaya saing
Sebentar, sepengetahuan kami :
Ia sepatutnya tidak dipanggil atau dikenali dengan sistem selagi ia
masih tidak sistematik
Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita,
bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip
seeloknya diserahkan kepada kerani.

Ataupun, kerajaan perlu mengambil lebih ramai kakitangan sokongan


termasuklah mengambil kalangan graduan berjumlah berpuluh ribu
yang masih menganggur di luar sana menggalas tugas sebagai
pembantu guru bukannya kerani. Sekadar cadangan daripada kami.
P/S : Hakikatnya, kami lebih gemar jika guru yang diambil utnuk
mendidik anak bangsa kita adalah dinilai berdasarkan kebolehan
mengajar,kreativiti, keinginan semula jadi ingin mengajar bukanlah
meletakkan profesion guru sebagai pilihan kedua selepas masih tidak
mendapat kerja melalui jurusan yang diambil. Apa respon balas anda
pula?