Anda di halaman 1dari 5

Peribahasa Maksud Sama

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)
belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)
api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)
membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)
lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)
hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi


bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)
masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)
genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)
telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)
embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)
menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)
bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)
sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

Dihantar oleh Munsyi Bahasa pada 10:11 AM 10 komen

05 December 2012
Peribahasa Rekaan
Berikut adalah antara 'peribahasa' yang saja jumpa dalam jawapan pelajar.
1. mencabut rebung biar sampai ke rahangnya
2. biar terang lampu bersuluh
3. bagai emas dalam tepung
4. biar kedekut harta jangan kedekut ilmu
5. merendah diri adalah lebih baik dari meninggi diri
6. melentur buluh biar ke rembung
7. satu murid satu kebijaksanaan
8. yang baik dipakai, yang buruk dibuang
9. meluntur puluh biarlah dari rebungnya
10. mengubati lebih baik daripada merawati
11. merentung buluh biar dari rebungnya
12. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia entah di mana
13. berat sama dijunjung, ringan dijinjing
14. jika mahu berjaya, contohilah orang yang mahu berjaya
15. warna kulit bukanlah ukuran

16. tidak susah untuk susah, tidak senang untuk senang


17. alang-alang mencelup perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan
18. bersatu kita teguh, bercerai kita rombong
19. bersatu kita tegur, bercerai kita rombong
20. berat kita dipingul, ringan kita dijinjingi
21. didaki sama dinaiki, turun sama dituruni
22. di situ ada jalan, ada kejayaan
23. alang-alang ingin, teruslah bersatu padu
24. selagi kita inginkan, selagi itu kita dapat
25. hendah seribi daya, tak hendak seribu dalil
26. mamah dahulu sebelum telan
27. seperti katak di dalam tempurung
28. usaha tanda kejayaan
29. tak kemana kuahnya kalau tak ke nasi
30. ringan sama dijunjung
31. di sini bumi dipijak, di situ langit dijunjung
32. bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat
33. berat lagi bahu dipikul, ringan lagi bahu dijinjing
34. yang tidak datang dengan menggolek, yang pipih tidak akan melayang
35. menentung buluh biar direbungan
36. yang digendung berciciran, yang dikejar tidak dapat
37. di mana bumiku pijak, di situ langitku junjung
38. sakit sama mngaduh, luka sama menyiuk

39. yang baik dipakai, yang buruk dibuang


40. hendak seribu daya, jika tidak seribu dalih
41. mana nak dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung
42. ilmu jambatan kejayaan
43. pemudi tiang bahasa, pemuda jiwa bangsa
44. berat sama dijinjing, berat sama dipikul
45. bagai aur bergantung ketebing, bagai tebing bergantung ke aur