Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN
Selaras dengan kemajuan Negara dalam memacu wawasan 2020, aspek jenayah juga turut
mengalami perkembangan negatifnya. Konsep jenayah itu pada amnya, satu perbuatan yang
menyalahi undang- undang kerajaan. Menurut kamus dewan, jenayah ialah kesalahan yang
dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat hendak melakukan kesalahan itu. Undang
undang pula ialah sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang di gubal (dibuat) oleh
sesebuah kerajaan negeri atau negara dan iannya mesti dipatuhi oleh setiap individu atau
masyarakat tersebut.
Di dalam sesebuah negara demokrasi, Parlimen membuat undang - undang yang mesti
diikuti oleh setiap orang. Berdasarkan definisi yang telah dilampirkan dapatlah dirumuskan
bahawa, jenayah adalah perkara yang melanggar sesuatu peraturan yang telah ditetapkan oleh
kuasa eksekutif dan dilaksanakan oleh bidang kehakiman. Sesuatu perbuatan atau kesalahan
jenayah adalah dilakukan dengan niat salah. Sesuatu perbuatan tidak boleh menjadi jenayah
sekiranya tidak disertai dengan niat, walaupun akibat dari perbuatan seperti itu, membawa
kecederaan atau maut terhadap mangsanya.
Didalam perundangan jenayah moden Lord Kenyon menyatakan pensabitan jenayah
perlu disertai niat dan perbuatan. The intent and the Act must both concur to constitute the
crime 1. Ini bermakna dengan sebab kesalahan sesuatu jenayah itu, maka pelaku kesalahan

itu akan dihukum dengan balasan penjara, atau denda atau diseksa atau boleh di kenakan
hukuman mati jika disabit kesalahan.

2.0 ELEMEN- ELEMEN JENAYAH


1

https://en.wikipedia.org/wiki/Fowler_v_Padget diperoleh pada 1 ogos 2015

Dalam undang-undang jenayah, prinsip actus non facit reum nisi mens sit rea yang
bermaksud an act does not make a man guilty of a crime unless his mind be also guilty
adalah prinsip asas yang dipakai dalam menetapkan sama ada individu itu dapat disabit
kesalahan dan dihukum atas kesalahan jenayah ataupun tidak.
Secara umumnya, prinsip ini menyatakan individu itu tidak disabitkan dengan jenayah
melainkan pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah kedua-dua
unsur ini iaitu:
a. Beliau menyebabkan kejadian ataupun tanggungjawab diletakkan ke atas bahunya
kerana beliau sudah menyebabkan kewujudan keadaan yang dilarang oleh undangundang jenayah iaitu actus reus.
b. Beliau berada dalam keadaan sedar dan fikiran yang waras berhubung dengan sebab
kejadian ataupun wujudnya keadaan-keadaan itu iaitu mens rea.
Perbuatan jenayah ataupun actus reus yang dilakukan tanpa kehadiran niat jahat ataupun
mens rea menjejaskan liabiliti jenayah individu terbabit. Walau bagaimanapun, terdapat juga
jenis perbuatan jenayah yang dikategorikan sebagai tanggungan keras atau strict liability
yang tidak memerlukan sebarang kehadiran niat jahat dalam perlakuan jenayah.
2.1 Actus Reus
Actus Reus ialah elemen fizikal yang perlu ada dalam membentuk liabiliti jenayah atau
tanggungan jenayah. Jenayah ditakrifkan sebagai sebarang perbuatan (conduct), tinggalan
(omission) ataupun keadaan yang dinyatakan dalam definisi jenayah yang dituduh beserta
keadaan sekeliling. Perkara ini selain daripada elemen niat jahat dan apa-apa akibat perbuatan
ataupun tinggalan yang diperlukan oleh definisi itu.

Bagi memastikan kewujudan actus reus dalam perbuatan jenayah, konsep perbuatan dan
kesan yang terhasil daripada perbuatan jenayah perlu dibezakan. Hal ini kerana, actus reus
bukan tertumpu kepada perbuatan semata tetapi memerlukan bukti kelakuan itu mempunyai
akibat yang relevan dengan perbuatan itu.
Dalam memahami konsep akibat jenayah, undang-undang berminat dengan akibat
ataupun kesan dan bukannya kelakuan yang membawa kepada akibat tersebut. Sebagai
contoh, dalam jenayah membunuh. Perbuatan A yang menikam perut dan dada B dengan
pisau secara bertubi-tubi dikira sebagai jenayah. Hal ini kerana hasil tikaman itu diketahui
dapat menyebabkan kematian B. Misal kata, A hanya menikam kaki B dengan pisau, jenayah
itu terhad kepada kesalahan menyebabkan kecederaan parah. Secara lazimnya, tikaman
sedemikian diketahui tidak menyebabkan kematian. Begitu juga dengan situasi apabila
individu melepaskan tembakan ke arah mangsa, tembakan itu tidak menjadi jenayah. Namun,
perkara yang menjadi jenayah adalah apabila peluru itu menembusi tubuh dan mengakibatkan
kematian mangsa.
2.2 Mens Rea
Elemen kedua yang perlu ada bagi mewujudkan tanggungan atau liabiliti jenayah adalah niat
jahat atau mens rea. Actus reus menjadi jenayah apabila disertai mens rea yang sesuai
dengannya. Mens rea digambarkan sebagai satu elemen mental yang diperlukan bagi sesuatu
jenayah. Elemen mental ini boleh jadi dalam bentuk niat bagi melakukan satu perbuatan atau
bagi menghasilkan satu kesan, dan boleh jadi juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil
perbuatan ataupun kesan itu.
Mens rea merupakan keperluan mental yang mesti dipenuhi dan biasanya boleh
dilihat dalam peruntukan seksyen tertentu. Keperluan mental ini mesti dipenuhi kerana

undang-undang jenayah hanya menghukum orang yang melakukan perbuatan jenayah itu
dengan niat. Misalnya dalam seksyen 300 (a) Kanun Keseksaan yang berikut:
Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan
orang dengan salah ialah membunuh orang-jika perbuatan yang menyebabkan
kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian;

Mens rea bagi seksyen 300 (a) ini adalah niat untuk menyebabkan kematian. Untuk didapati
bersalah bagi kesalahan membunuh di bawah seksyen ini, tertuduh mestilah dibuktikan
mempunyai niat untuk menyebabkan kematian mangsa. Gabungan actus reus dan mens rea
akan membuktikan bahawa perbuatan tertuduh, misalnya melepaskan tembakan ke kepala
mangsa, dibuat dengan niat untuk menyebabkan kematian mangsa.
Mens rea bukanlah sesuatu yang boleh dilihat, mens rea disimpulkan melalui tindak
tanduk atau perlakuan tertuduh serta keadaan-keadaan sekeliling tertuduh dalam melakukan
sesuatu perbuatan jenayah.
Dalam menjelaskan kes-kes pembunuhan, persoalan perihal niat tertuduh ketika
melakukan pembunuhan adalah sangat penting. Bagi mengenal pasti niat penjenayah, bentuk
perbuatan, tahap keseriusan, dan sasaran perbuatan jenayah dapat memberi gambaran maksud
yang mahu dicapai olehnya. Sebagai contoh dalam kesalahan mematikan orang, tikaman dan
bahagian anggota tubuh yang ditikam dapat memberi gambaran niat pembunuh, sama ada
mahu mangsanya mati ataupun hanya mahu mencederakannya sahaja. Apabila seseorang
tertuduh menikam senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang
mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi beliau sebenarnya
berniat menyebabkan kecederaaan yang pada kebiasaannya boleh membawa maut.

3.0 ASPEK TANGGUNGAN KERAS DAN TANGGUNGAN MUTLAK


Bagi tertuduh yang disabitkan dengan satu kesalahan jenayah, dia sepatutnya dibuktikan
memenuhi kedua-dua elemen actus reus dan mens rea bagi kesalahan tersebut. Peruntukan
yang memperkatakan tentang kesalahan jenayah itu akan meletakkan elemen mens rea ini
dengan memasukkan perkataan tertentu seperti niat, mengetahui, dengan curang, cuai, dengan
jahatnya, dengan gopoh dan sebagainya. Oleh kerana kebanyakan undang-undang kini
merupakan undang-undang bertulis, maka mahkamah biasanya dalam membuat keputusan
akan cuba memberikan apakah yang pada pendapatnya dimaksudkan oleh penggubal undangundang bertulis itu. Jika tiada perkataan yang berbentuk mens rea seperti berniat, dengan
curangnya, cuai, dengan jahatnya, dengan sengaja, dengan gopohnya atau pengetahuan yang
dimasukkan di dalam peruntukan itu.
Maka mahkamah biasanya akan memutuskan bahawa niat Parlimen adalah untuk
tidak menjadikan elemen tersebut sebagai elemen yang wajib dibuktikan untuk kesalahan itu.
Namun pada masa yang sama, elemen mens rea merupakan elemen asas yang wajib dipenuhi
untuk membuktikan satu kesalahan, sebelum tertuduh disabitkan. Di sinilah timbulnya isu
adakah peruntukan yang tidak meletakkan elemen mens rea sememangnya tidak berniat
untuk menjadikan elemen itu sesuatu yang perlu dibuktikan. Atau adakah elemen mens rea itu
masih perlu dibuktikan walaupun peruntukan itu membisu mengenainya.
Kesalahan tanggungan keras tidak sama dengan kesalahan tanggungan mutlak. Kesalahan
tanggungan mutlak bermaksud tertuduh bersalah tanpa memerlukan sebarang elemen mental
dan dia tidak mempunyai sebarang dalihan, samada berasaskan common law ataupun statut.
Kesalahan ini hanya memerlukan actus reus dibuktikan untuk tertuduh disabitkan. Sementara
kesalahan tanggungan keras merupakan kesalahan di mana Mahkamah mengetepikan elemen

mental bagi mendapati tertuduh bersalah. Tertuduh mesti melakukan perbuatan itu dengan
sengaja. Perbuatan itu mestilah berlaku dalam kawalannya.

4.0 DALIHAN-DALIHAN AM
Bahagian ini akan membincangkan dalihan-dalihan am yang boleh digunakan oleh
tertuduh sebagai belaan terhadap pertuduhan melakukan perbuatan jenayah yang
dikemukakan terhadapnya. Selain daripada dalihan am ini, Kanun Keseksaan turut
menyediakan dalihan spesifik yang boleh digunakan oleh tertuduh seperti yang dilihat dalam
seksyen 300 Kanun Keseksaan. Kejayaan untuk menggunakan dalihan spesifik ini akan
menyebabkan kesalahan itu tidak dikategorikan sebagai kesalahan membunuh tetapi
kesalahan mematikan orang dengan salah.

Tertuduh tidak sepatutnya didapati bersalah

seandainya dia dapat menggunakan dalihan-dalihan am yang disediakan kerana walaupun dia
melakukan perbuatan jenayah itu, tertuduh itu mempunyai dalihan mengenai perbuatan itu.
Mengikut Seksyen 105 Akta Keterangan 1950, seseorang tertuduh mempunyai beban untuk
membuktikan bahawa terdapat keadaan di dalam kesnya yang boleh menyebabkan dalihan itu
terpakai kepada kesnya.
Dalihan-daliham am ini menunjukkan perbuatan tertuduh itu mempunyai justifikasi atau
terdapat sesuatu pada dirinya yang menjadi alasan kepada perbuatannya itu. Sedikit
perbincangan akan dibuat mengenai justifikasi dan alasan. Apabila tertuduh dikatakan
mempunyai alasan dalam melakukan sesuatu perbuatan jenayah itu, tingkahlaku tertuduh
yang menjadi perhatian. Tertuduh tidak bersalah kerana ada sesuatu pada dirinya yang
menyebabkan dia tidak boleh dipersalahkan, misalnya jika dia tidak sempurna akal atau
melakukan sesuatu dalam keadaan mabuk, atau tertuduh merupakan seorang kanak-kanak

yang belum mencapai umur tertentu ataupun jika telah mencapai umur, belum mempunyai
kematangan.
Apabila tertuduh melakukan sesuatu perbuatan jenayah kerana adanya justifikasi, ini
bermakna perbuatan jenayah tertuduh itu diterima sebagai dibenarkan untuk dilakukan oleh
undang-undang. Misalnya A membunuh B. Fakta menunjukkan bahawa B telah datang ke
rumah A dengan sebilah pisau dan cuba menyerang A. A cuba merampas pisau itu dan semasa
pergelutan berlaku, A menikam B yang menyebabkan B mati. Dalam keadaan ini perbuatan A
membunuh B dibenarkan kerana A melakukannya semasa cuba mempertahankan dirinya
daripada serangan B. A di sini mempunyai justifikasi untuk melakukan perbuatan jenayah
itu. Perbuatan A dibenarkan oleh undang-undang untuk mempertahankan dirinya.
Membahagikan dalihan ini kepada justifikasi ataupun alasan turut membantu
Mahkamah dalam menentukan hukuman kerana bagi kesalahan yang dilakukan kerana
justifikasi, Mahkamah tidak perlu mengkhuatiri untuk kesalahan ini berulang lagi. Keadaan
ini berbeza dengan perbuatan jenayah yang dilakukan dengan alasan. Kemungkinan
perbuatan jenayah yang sama berulang adalah besar kerana sesuatu yang ada pada tertuduh
yang menyebabkan tertuduh melakukan perbuatan itu. Dalam keadaan ini tertuduh mestilah
diletakkan di bawah pengawasan. Misalnya bagi seorang tertuduh yang tidak sempurna akal,
dan dia berjaya menggunakan dalihan ini, dia mesti diletakkan di tempat yang mempunyai
pengawasan, agar dia tidak mengulangi perbuatan jenayah yang sama di masa hadapan.
Namun apa yang pasti sama ada justifikasi ataupun alasan, tertuduh tidak didapati bersalah
untuk perbuatan jenayah yang telah dilakukan.

4.1 Dalihan am (silap faham)


7

Dalihan berbentuk silap faham di sini merujuk kepada silap faham nyataan dan bukan
undang-undang. Jika dalihan silap faham mengenai undang-undang dibenarkan, maka
amatlah sukar untuk digunakan bersama dengan maksim yang menyatakan bahawa kejahilan
undang-undang bukanlah suatu dalihan (ignorance of the law is no excuse). Dalam kes Bailey
(1800) 168 ER 657 di mana tertuduh didapati bersalah untuk perbuatan jenayah yang telah
diwujudkan oleh Parlimen semasa dia berada di tengah lautan. Walaupun dia tidak
mengetahui tentang peruntukan Akta itu dan dia tidak mempunyai cara untuk mengetahuinya,
dia masih dianggap bertanggungan.
Apakah yang dimaksudkan dengan silap faham undang-undang? Silap faham undangundang berlaku apabila satu pihak yang mempunyai pengetahuan mengenai fakta telah
membuat kesimpulan yang salah berkaitan dengan kesan undang-undang tersebut. Dalam kes
Kaluram Nenuram AIR (1934) Sin 52 tertuduh telah ke rumah pengadu dengan seorang
pegawai mahkamah untuk menguatkuasakan waran. Pegawai mahkamah memanggil nama
pengadu tetapi tiada jawapan. Isteri pengadu berada di dalam rumah pada masa itu. Apabila
melihat orang yang tidak dikenalinya, isteri pengadu telah menutup pintu rumahnya. Tertuduh
telah menolak pintu itu sehingga menyebabkan isteri pengadu terjatuh dan pengsan. Tertuduh
didakwa mengikut Seksyen 352 untuk kekerasan jenayah dan didapati bersalah. Mahkamah
berpendapat bahawa tertuduh bukan orang yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan
waran itu maka dia tidak berhak untuk menolak pintu sehingga mencederakan isteri pengadu.
Silap faham undang-undang ini boleh berlaku samada kerana tertuduh menyangka bahawa
undang-undang mengenai sesuatu perkara itu ada ataupun tidak, atau silap faham berkaitan
dengan subjek yang diperkatakan oleh sesuatu undang-undang itu.
Seksyen 76 dan 79 Kanun Keseksaan merujuk kepada dalihan berdasarkan silap
faham. Seksyen 76 menetapkan bahawa tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang tertuduh
yang melakukan sesuatu kerana silap faham nyataan bahawa dia terpaksa melakukannya di
8

sisi undang-undang. Sementara Seksyen 79 pula merujuk kepada tertuduh yang melakukan
sesuatu perbuatan jenayah kerana silap faham nyataan bahawa dia dibenarkan untuk berbuat
demikian oleh undang-undang. Di antara kedua-dua seksyen ini, Seksyen 79 adalah lebih luas
kerana dibenarkan oleh undang-undang, boleh merangkumi terpaksa di sisi undang-undang.
Ungkapan dibenarkan oleh undang-undang merujuk kepada keadaan di mana tertuduh
mempunyai sebab yang mencukupi untuk mempercayai bahawa dia dibenarkan untuk
melakukan perkara tersebut. Dalam keadaan ini perbuatannya tidak menjadi satu kesalahan.
Apakah yang dimaksudkan dengan silap faham nyataan? Silap faham nyataan
merujuk kepada kesilapan yang melibatkan sesuatu fakta atau nyataan. Keadaan ini mungkin
berlaku kerana tertuduh tidak mempunyai maklumat yang cukup, atau menerima maklumat
yang salah, terlupa, cuai atau mempunyai syak wasangka. Untuk menggunakan dalihan silap
faham nyataan ini, perlu dibuktikan beberapa perkara iaitu:
(i) Keadaan mengenai perkara yang dipercayai itu, jika benar, membenarkan perbuatan
tertuduh
(ii) Silap faham itu mestilah munasabah, dan
(iii) Silap faham itu mestilah melibatkan silap faham nyataan berkaitan dengan fakta dan
bukan undang-undang
Misalnya dalam kes Chirangi, AIR (1952) Nag 156 tertuduh membunuh anaknya
kerana dia menyangka anaknya itu adalah seekor harimau. Tertuduh menghadapi masalah
bilateral cataract di samping mengalami keadaan suhu badan yang tinggi menyebabkan dia
mengalami temporary delirium. Akibat daripada gabungan kedua-dua masalah ini, tertuduh
dengan suci hati menyangka yang dibunuhnya adalah seekor harimau dan bukan anaknya.
Dia tidak didapati bersalah kerana adanya silap faham nyataan. Dalam kes Bonda Kui, 43 Cri
LJ 787 tertuduh menyangka dia dibenarkan oleh undang-undang untuk membunuh mangsa
9

yang dipercayai sebagai satu makhluk yang memakan manusia. Dia bertindak berdasarkan
silap faham nyataan. Lihat pula kes Abdullah (1954) 20 MLJ 195 tertuduh dituduh merogol
dan perbincangan mengenai Seksyen 79 berbangkit daripada dalihan yang dikemukakan oleh
tertuduh bahawa dia menyangka mangsa berumur lebih daripada enam belas tahun,
sedangkan pada hakikatnya mangsa berusia kurang daripada empat belas tahun. Sementara
dalam kes Sulong Nain (1947) MJL 138 mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak
mempunyai sebarang silap faham mengenai apakah barang yang berada dalam milikannya
iaitu dua biji bom tangan maka dalihan di bawah seksyen 79 ini tidak boleh digunakan.
Selain daripada membuktikan silap faham nyataan, tertuduh juga perlu membuktikan
bahawa tindakan yang dilakukannya adalah dilakukan dengan suci hati. Seksyen 52
mentakrifkan suci hati sebagai melakukan atau mempercayai sesuatu dengan hemat dan
cermat. Di dalam kes ini, peguam tertuduh cuba menggunakan seksyen 76 dan 79 sebagai
dalihan kepada tertuduh. Sebagaimana diketahui, seksyen 76 berkenaan dengan silap faham
nyataan. Manakala seksyen 79 berkaitan dengan silap faham undang-undang. Peguam
tertuduh membawa hujah bahawa anak guamnya telah silap fakta mengenai barang yang
dibawanya dan mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang silap
faham mengenai apakah barang yang berada dalam milikannya dan beliau sendiri mengetahu
bahawa beliau membawa atau memiliki senjata api iaitu dua biji bom tangan maka dalihan di
bawah seksyen 76 ini tidak boleh digunakan. Seksyen 79 juga tidak terpakai di dalam kes ini
tertuduh tidak mempunyai silap faham undang-undang dan sebagaimana diketahui, semua
orang dianggap sebagai mengetahui akan sesuatu undang-undang tersebut.
5.0 ALASAN PENGHAKIMAN DAN KEPUTUSAN
Mahkamah dalam penghakimannya terhadap rayuan perayu terhadap pensabitan bagi
kesalahan membawa senjata iaitu dua bom tangan yang bertentangan dengan Seksyen 3 (1)
10

Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan. Fakta yang tidak dipertikai, iaitu semasa
ditangkap, perayu membawa beg, dan di dalamnya terdapat dua bom tangan beserta dua
sumbu yang lengkap dengan bahan peledak. Perayu dalam keterangannya kepada pihak
mahkamah menyatakan bahawa semasa ditangkap beliau membawa dua bom tangan dengan
niat untuk menyerahkannya kepada pihak polis.
Hakim dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa perayu didapati bersalah
kerana membawa senjata. Ini kerana, pada masa tersebut, Undang-undang Darurat melarang
pemilikan senjata api dan tujuannya adalah bagi menghalang pemilikan senjata api secara
berleluasa setelah tamat perang dan sesiapa yang melakukannya, dikira bertanggungan keras.
Bagi alasan perayu yang menyatakan bahawa beliau berniat untuk menyerahkan bom
tangan tersebut kepada pihak polis, Mahkamah tidak menerima alasan ini. Hakim dalam
penghakimannya menyatakan bahawa tidak syak lagi bahawa tertuduh membawa bom tangan
tersebut ke Seremban bagi tujuan dirinya sendiri, dan beliau tiada niat untuk menyerahkannya
kepada pihak polis. Beliau juga mengetahui bahawa barang yang beliau miliki merupakan
senjata api dan dengan ini beliau didapati bersalah.
Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa perayu didapati bersalah
kerana memliki senjata api iaitu dua bom tangan yang bertentangan dengan seksyen 3 (1)
Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan. Beliau telah disabitkan dan dijatuhkan
hukuman penjara bagi satu tempoh yang ditentukan.

6.0 ANALISIS
Kes ini berkaitan dengan OKT yang menghadapi tuduhan membawa senjata api yang
bertentangan dengan seksyen 3(1) di bawah Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan
1946. Kesalahan tersebut ialah satu larangan keras dan mutlak. Perayu dalam hujahnya
11

mengemukakan dalihan silap fakta di bawah Seksyen 76

Kanun Keseksaan. Namun,

mahkamah menolaknya dan menyatakan bahawa sekiranya seseorang dengan sengaja telah
membawa senjata, dengan ini tiada lagi kesilapan fakta yang boleh diterima dalam
perundangan. Oleh itu seseorang itu memang telah tahu dia membawa senjata dan sekaligus
sememangnya berniat membawa senjata itu. Oleh itu, bagi sesuatu kesalahan jenayah yang
bertanggungan keras, maka elemen mens rea ternyata tidak diperlukan dan memadai dengan
wujudnya elemen actus reus sahaja.
Bagi dalihan am pula, perayu cuba menggunakan seksyen 76 dan 79 sebagai dalihan.
Di dalam kes ini, dalihan silap faham fakta atau nyataan tidak diterima. Ini kerana, perayu
memang telah mengetahui bahawa beliau sedang membawa senjata api ketika ditangkap.
Oleh itu, tiada salah faham fakta yang boleh dibuktikan bagi membuktikan bahawa beliau
tidak mengetahu akan barang yang sedang dibawa itu. Seksyen 79 pula tidak boleh digunakan
dalam kes ini kerana perayu sememangnya mengetahui akan kesalahan membawa atau
memiliki senjata api pada waktu itu dan mustahil beliau tidak mengetahui akan undangundang tersebut. Ini kerana semua orang dianggap mengetahu akan kewujudan undangundang.

7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sesuatu perbuatan atau kesalahan jenayah adalah dilakukan dengan
niat salah. Sesuatu perbuatan tidak boleh menjadi jenayah sekiranya tidak disertai dengan
niat, walau pun akibat dari perbuatan seperti itu, membawa kecederaan atau maut terhadap

12

mangsanya. Namun niat dan perbuatan belum cukup mensabitkan jenayah sekiranya ada
dalihan-dalihan yang diwujudkan oleh pelaku.

8.0 RUJUKAN
ACP (B) Mohd Reduan Aslie. 2009. Jenayah. Kuala Lumpur : Alaf 21 Publication
Fazlur Rahman. 1985. Law and ethics in Islam. In Hovannisian, R.G. (ed) Ethics in
Islam. California: Udena Publication
13

Abdul Aziz Hussin .1988. Panduan Umum Undang-undang Jenayah Di Malaysia . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

14