Anda di halaman 1dari 7

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa

terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT


atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat
ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut
melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:
Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara
agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap
bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur.
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi
bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid
adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah
sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah
mengamalkan dua rakaat solat Dhuha. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh
baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat
rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang. (HR Al-Hakim dan AtTabrani).
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah
dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu
Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah
(7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang
mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di
waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha. (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)..
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak
dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat..
1. Niatnya:
..

2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:.


a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 .
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
Solat Pertama :
As-Syams
1. Audzubillahi minasyaitan nirrajim
Bismillahirrahmanirrahiim
2. Wasysyamsi wadhuhaahaa
3. walqamari idzaa tsalaahaa
4. wannahaari idzaa jallaahaa
5. wallayli idzaa yaghsyaahaa
6. wassamaa-i wamaa banaahaa
7. wal-ardhi wamaa thahaahaa
8. wanafsin(w) wamaa sawwaahaa
9. fa-alhamahaa fujuurahaa wataqwaahaa
10. qad aflaha man zakkaahaa
11. waqad khaaba man dassaahaa
12. Kadzdzabat tsamuudu bithaghwaahaa
13. idzi in ba'atsa asyqaahaa
14. faqaala lahum rasuulullaahi naaqatallaahi wasuqyaahaa
15. .Fakadzdzabuuhu fa'aqaruuhaa fadamdama 'alayhim rabbuhum bidzanbihim fasawwaahaa
16. walaa yakhaafu 'uqbaahaa

Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1. Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
2. dan bulan apabila mengiringinya,
3. dan siang apabila menampakkannya,
4. dan malam apabila menutupinya ,
5. dan langit serta pembinaannya,
6. dan bumi serta penghamparannya,
7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,
9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
11. (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena mereka melampaui batas,
12. ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka,
13. lalu Rasul Allah (Shaleh) berkata kepada mereka: ("Biarkanlah) unta betina Allah dan
minumannya".
14. Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan
mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah),
15. dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu.

Ad-Dhuha.

Bismi Allahi alrrahmanialrraheemi


1. Waaldduha
2. Waallayli itha saja
3. Ma waddaAAaka rabbuka wama qala
4. Walal-akhiratu khayrun laka mina al-oola
5. Walasawfa yuAAteeka rabbuka fatarda
6. Alam yajidka yateeman faawa

7. Wawajadaka dallan fahada


8. Wawajadaka AAa-ilan faaghna
9. Faamma alyateema fala taqhar
10. Waamma alssa-ilafala tanhar
11. Waamma biniAAmati rabbika fahaddith
Solat Seterusnya :
Surah al-Kafirun
1.Qul yaa ayyuhaa alkaafiruuna,
2.laa a'budu maa ta'buduuna,
3. walaa antum 'aabiduuna maa a'budu,
4. walaa anaa 'aabidun maa 'abadtum,
5. walaa antum 'aabiduuna maa a'budu,
6.lakum diinukum waliya diini.
Terjemahan Bacaan Surat Al Kafirun
1). Katakanlah: Hai orang-orang kafir
2). Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
3). Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
4). Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
5). Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
6). Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku
Al-Ikhlas
Bismillahir rahmaanir rahiim.
1. Qul huwallahu ahad.
2. Allahus shamad.
3. Lam yalid wa lam yuulad.
4. Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.
Artinya:
dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
1. Katakanlah: "dialah allah, yang maha esa."
2. Allah adalah tempat bergantungnya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakan.
4. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan dia.
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

5. Berdoa sholat dhuha


Allahumma innadh Dhuha~a Dhuha~uka,
Wal bahaa~a bahaa~uka
Wal jamaala jamaaluka
Wal quwwata quwwatuka
Wal qudrata qudratuka
Wal ishmata ishmatuka
Allahhuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu
Wa inkaana fil ardhi fa~akhrijhu

Wa inkaana mu'asaran fayassirhu


Wainkaana haraaman fathahhirhu
Wa inkaana Ba'idan fa qaribhu
Bihaqqiduhaa~ika wa bahaaika
Wa jamalika wa quwwatika waqudratika
Aatini maa ataita 'ibaadakash shalihin

Fadhilat Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan
ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha
dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di
lautan.

Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan Dhuha. Maka
apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: Manakah orang-orang yang telah
mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat
Allah. (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Saman, Allah berfirman: Wahai
anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang
(Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya. (HR. Haklim
dan Tabrani).

Anda mungkin juga menyukai