Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN TAHUNAN 2015

UNIT SPBT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTERI

Aktiviti-aktiviti Tahunan
Aktiviti-aktiviti tahunan telah dijalankan mengikut perancangan
strategik dengan begitu lancar atas kerjasama guru-guru dan muridmurid. Beberapa program telah dirangka dan dapat dilaksanakan
dengan baik. Antaranya ialah:
1) Ceramah Penjagaan Buku SPBT
2) Pemeriksaan Buku SPBT Berkala (Spot Check)
3) Bilik BOSSku Ceria

Aktiviti

: Bilik BOSSku Ceria

Tempat

: Bilik BOSS

Tarikh

: Februari, Jun dan Oktober

Pelaksanaan : Bilik BOSS SKTP dikemaskini dan diceriakan oleh guru yang
bertanggungjawab dalam memastikan bilik tersebut teratur dan ceria.
Impak

: Program ini amat berkesan unuk menceriakan bilik BOSS ke arah bilik yang
lebih kondusif dan terbaik dari segi prasarana.

Penambahbaikan : Melantik AJK dalam kalangan murid agar pelaksanaan dapat dijalankan dengan
berkala sekaligus meringankan beban tugas guru.

Aktiviti

: Pemeriksaan Buku SPBT Berkala

Tempat

: Semua Bilik Darjah

Tarikh

: Februari hingga September

Pelaksanaan : Selain itu, program Pemeriksaan Buku Berkala untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6
telah dilakukan di bilik darjah. Ini dijalankan oleh Penyelaras SPBT dibantu guru Unit Disiplin dan
pengawas sekolah. Semua buku SPBT yang tidak dibalut akan dirampas sekiranya amaran 2 telah diberi
namun masih ada tindakan diambil. Antara item yang diperiksa ialah dari segi penjagaan buku iaitu
berbalut dan nama murid pada setiap buku yang diperiksa.
Impak

: Program ini sedikit sebanyak memberi kesedaran murid mengenai tanggungjawab


mereka terhadap buku SPBT.. Langkah-langkah yang lebih lanjut tegas akan diambil
sekiranya murid tidak akur dengan peraturan sekolah.

Penambahbaikan

: Program ini seharusnya bukan hanya melibatkan Unit SPBT sahaja, kerjasama

daripada seluruh warga sekolah dapat memberi impak yang lebih mantap dan berkesan pada program.

Aktiviti

: Ceramah Penjagaan Buku SPBT

Tempat

: Dewan SK Taman Puteri

Tarikh

: 27 April 2015

Pelaksanaan :

Unit SPBT Sekolah telah mengadakan ceramah di dewan

SK Taman Puteri

khusus untuk semua warga SKTP . Ceramah Penjagaan Buku SPBT merupakan
kempen untuk memberi ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada semua warga
SKTP kepentingan serta faedah penjagaan buku secara betul. Ceramah ini
disampaikan sendiri oleh Penyelaras SPBT iaitu Puan Mashitah binti Abdul Halim
serta Guru Disiplin Sekolah iaitu Encik Mohamad Azam Bin Patah.
Impak

Ceramah pada hari ini banyak memberikan input yang sangat berkesan
serta menarik minat murid untuk menjaga buku SPBT dengan lebih
baik.

Penambahbaikan:

Pada masa akan datang Unit SPBT merancang untuk bekerjasama dengan sekolah
yang telah menerima anugerah Pengurusan Bilik BOSS Cemerlang iaitu SMK
Sungai Long.

Dokumentasi

Aktiviti Spot Check secara berkali di dalam kelas

Ceramah Penjagaan Buku Teks

Aktiviti menceriakan Bilik BOSS

Penutup
Secara keseluruhannya, segala aktiviti yang dirangka pada tahun ini dapat dijalankan dengan baik.
Segala penambahbaikan akan diteliti agar pelaksanaan program dan aktiviti dapat dijalankan dengan
lebih baik dan sempurna pada tahun berikutnya.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pentadbir, semua guru dan khususnya guru-guru unit
kesihatan serta murid-murid yang telah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan aktivitiaktiviti unit kesihatan
Semoga Unit SPBT akan terus maju dan prestasi dapat dipertingkatkan lagi.

Disediakan oleh:

----------------------------------------(PUAN MASHITAH BT ABDUL HALIM)


Penyelaras SPBT Sekolah

Disahkan oleh,

-----------------------------------------(PN ROSLINDA BINTI KAMISS)


Guru Besar SKTP

Disemak oleh:

------------------------------------(PUAN MASIAH FARIDAH BINTI RAKMAD)


GPK Hal Ehwal Murid SKTP

Anda mungkin juga menyukai