Anda di halaman 1dari 2

,

Ya Allah ya rahman, ya rahim.

Ya Allah, Engkaulah pemilik kekuasaan dan kerajaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan
kepada sesiapa yang engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu daripada sesiapa sahaja
yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Engkau
mahu. Hanya dii tanganMu segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa
untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dan malam. Dan
malam pula Engkau berkuasa menabirkannya dengan siang. Engkau menerbitkan suatu yang
hidup dari suatu yang kaku atau mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku atau mati
dari suatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang
Engkau mahu. Ya Allah menjelanglah kini hari-Mu, beredarlah sudah siang dan malam-Mu.
Ya Allah, Sesungguhnya kami dengan rasa penuh tawaduk menadah tangan pada malam ini,
dalam Majlis Selingkar Kasih Aidil Fitri 1426 Hijrah ini, merafakkan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan nikmat Mu yang tidak terhingga.
Ya haiyuya qaiyuum,
Ya Allah, Engkau berikanlah ketenangan dan ketenteraman hati kepada kami agar kami dapat
memperhambakan diri kepada-Mu dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Engkau jauhilah
kami daripada sebarang perbuatan keji dan mungkar, sebaliknya Engkau bukakanlah pintu
hati kami untuk mentaati dan mematuhi titah perintah-Mu pada setiap detik dan ketika.
Allahumma Antal Azizul Jalil,
Ya Allah, Engkau lindungilah kami daripada sebarang fitnah dunia dan akhirat. Engkau
lindungilah hati kami daripada sifat hasad, dengki, tamak, haloba, bakhil dan khianat sesama
kami. Engkau peliharakanlah kami daripada musuh kami, sama ada yang terang atau yang
tersembunyi.
Ya Allah, Engkau peliharakanlah kami daripada azab seksaan neraka-Mu dan tempatkan kami
di kalangan hamba-Mu yang taat dan patuh kepada-Mu. Tempatkanlah kami di kalangan
syuhada, anbia, dan tabiin. Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui dosa kami, maka
ampunilah kami. Engkau isikan hati kami dengan iman dan takwa, ketaatan dan kepatuhan
hanya kepada Engkau ya Allah.
Allahumma Antal Hasibul Jalil,
Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati kami dan anak-anak kami agar kami dapat menerima
ilmu pengetahuan dengan tenang dan damai. Engkau curahkanlah ilmu pengetahuan yang
berguna kepada kami agar dapat kami manfaatkan untuk kesejahteraan dan kedamaian hidup
hamba-Mu di muka bumi ini. Engkau jauhilah kami dan anak kami daripada perbuatan keji dan
tercela, dijauhi daripada hasutan iblis dan syaitan yang hendak menyesatkan kami.
Ya Allah, Engkau limpahkan kami dengan rezeki-Mu daripada sumber yang halal dan diredaiMu. Engkau hindarilah dari dalam diri kami sifat kufur terhadap nikmat yang telah engkau
anugerahkan kepada kami. Engkau suburkanlah jiwa kami agar menjiwai dan menghayati
hidup bermasyarakat serta bersifat ihsan sesama kami. Ringankanlah tangan kami untuk
menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sanggup menafkahkan untuk
memperjuangkan syariat-Mu. Kami semua menginsafi hanya Engkau sajalah yang dapat
memperkenankan perubahan dan memberi kebahagiaan kepada kehidupan kami.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Ya Allah, Engkau ampunilah dosa kami sama ada yang terang atau yang tersembunyi. Engkau
ampunilah kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah
meninggal dunia. Engkau tempatkan mereka di dalam syurga-Mu dan jauhilah mereka
daripada azab seksaan api neraka-Mu. Ampunilah dosa kedua-dua orang tua kami ya Allah.
Engkau aman sejahteralah kami agar dapat terus beribadat, sujud memperhambakan diri
kepada-Mu.

http://www.sistemguruonline.my

Anda mungkin juga menyukai