Anda di halaman 1dari 12

SMK SINAR BINTANG, KUALA LUMPUR

MANUAL JURUACARA

Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih


Pn. Sheila R. Victor
Oleh:
Rosnah Samlee
Zalina Jusoh

MAJLIS MENYAMBUT KEDATANGAN PENOLONG KANAN TADBIR DAN KURIKULUM SMKSB YANG BARU
PN. MASLIAH BINTI TALIB
1

BIL

QUE
Pengumuman

BUTIRAN
Pengumuman:
1. Pelajar dilarang meninggalkan majlis atau berada diperkarangan sekolah
dalam tempoh majlis berlangsung.
2. Pelajar diminta duduk dalam keadaan senyap dan teratur sepanjang majlis
berlangsung.

Ucapan Pembuka
Majlis

Assalamualaikum w.b.t.
Warga SMK Sinar Bintang, mengalu-alukan kedatangan yang berbahagia Datukdatuk, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian ke
Majlis
Sekalung Budi Sejambak Kasih sempena persaraan Pn. Sheila R. Victor,
Guru SMK Sinar Bintang.
Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon
bimbit atau meletakkan nada silent mode bagi menghormati dan melancarkan
majlis pada pagi ini.
Selain itu, Mohon kerjasama para hadirin agar berdiri semasa ketibaan yang
diraikan iaitu Pn. Sheila R. Victor dan rombongan nanti kerana sejurus beliau
masuk ke dalam dewan kita akan menyanyikan Lagu Negaraku. Harap Maklum

1.

Mengumumkan
ketibaan Yang
Diraikan.
ROSNAH

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Sheila R. Victor dan barisan


pentadbir SMK Sinar Bintang,
Dipersilakan Pn. Sheila R. Victor dan barisan pentadbir smk sinar bintang
untuk masuk ke dewan Bestari bagi acara seterusnya dipersilakan.
BismilLahir Rahmanir Rahim,
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Warga SMK SINAR BINTANG Mengucapkan selamat datang ke Majlis
Sekalung Budi Sejambak Kasih sempena persaraan Pn. Sheila R. Victor
Yang berusaha, Pn. Masliah Binti Talib
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
SMK Sinar Bintang, merangkap Pemangku Pengetua
SMK Sinar Bintang
Yang Berusaha Mantan Pengetua Smk Sinar Bintang
Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Hj. Che Soh
Yang diraikan
Pn. Sheila R. Victor
Puan Goh Lee Kiang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Sulaiman Viraighuti Penolong Kanan Ko Kurikulum,
En. Mohd Yusof Aminurrahman Penolong Kanan PPKI
En. Chelli Thamilselvam Penolong Kanan Petang,
3

- Guru-guru Kanan, guru-guru, dan seterusnya pelajar-pelajar Sidang Hadirin


Dan Hadirat Yang Dihormati Sekelian,
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Salam satu Malaysia , salam sehati dan
sejiwa..
4.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Ucapan pelajar

Majlis diteruskan dengan menjemput wakil pelajar Smk Sinar Bintang iaitu
Khor Xe Xuan yang merupakan ketua pengawas sekolah untuk menyampaikan
ucapan..
Dipersilakan .
Majlis merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada Khor Xe Xuan

Ucapan YDP KGS

Seterusnya, dipersilakan Cik Kow Yean San YDP Kelab Guru dan Staff SMK
Sinar Bintang untuk menyampaikan ucapan
Dipersilakan .
Majlis merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada Cik Kow Yean San atas
ucapan tadi

Ucapan Penolong
Kanan tadbir dan
kurikulum

Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Masliah Binti Talib Penolong Kanan
tadbir dan kurikulum Smk Sinar Bintang untuk menyampaikan ucapan..
Dipersilakan .
Majlis merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada Pn. Masliah Binti Talib
atas ucapan tadi

Persembahan
Multimedia
Biografi

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang


biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan iaitu Pn. Sheila R. Victor.
Marilah kita sama-sama saksi dan hayati persembahan multimedia ini.

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang diraikan Pn.
Sheila R. Victor Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.
5

Jasamu puan akan dikenang


Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Kampung Dermawan di Pulau Ara
Mari singgah menjengkal rotan
Walau puan akan bersara
Budi dan jasa kekal di ingatan
Persembahan
Multimedia

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
disempurnakan oleh Yang diraikan Pn. Sheila R. Victor sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai guru di SMK Sinar
Bintang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
Pn. Sheila R. Victor. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan puan untuk memberikan ucapan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Pn. Sheila R. Victor atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Acara
Persembahan

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan persembahan
daripada Pelajar dan guru SMK Sinar Bintang sebagai kenangan untuk kita
khususnya untuk yang diraikan.
Sekalung penghargaan diucapkan.

Penyampaian
Cenderamata

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
7

mempersilakan Pn. Masliah Binti Talib untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Sheila
bagi menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada sahabat dan
rakan sejawat Pn. Shiela
1. ..
2. .
3. .
4. .
5. .
penyampaian cenderamata hasil sumbangan daripada pelajar SMKSB.
Dipersilakan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar untuk menyampaikan
sumbang tersebut.
1. Peralihan
2. T1
3. T2
4. T3
5. T4
6. T5
Seterusnya,
1. Badan Pengawas PSS
2. Pengawas Sekolah
3.
4.
5.
8

6.
7.
8.
9.

Panitia Geografi
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Semua guru dan staff
Pentadbir

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Puan Sheila panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama
Dari muda hingga berusia
Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua
Kini sudah tibanya masa
Berundur puan kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya


Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya
Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun puan tiada di sisi
Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma
Semoga puan sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

10

Budimu tuan jadi kenangan


Jadi kenangan bertahun tahun
Kami di sini dilupa jangan
Salah dan silap harap diampun.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh dihujung laman
Kalungan budi jambangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Penutup
Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Puan umpama pelita wangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Tirai majlis hampir dilabuhkan. sebelum berundur izinkan kami mengungkap


rasa hati bagi pihak sekolah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Sheila R.
Victor kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
11

kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan ini. Dikesempatan ini
juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
kami mengacarakan Majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
-sesi bergambar
- Sebagai kenangan
Dipersilakan Yang Diraikan Pn. Sheila dan semua jemputan ke Dewan Gemilang
untuk acara seterusnya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.Terima kasih.

12

Anda mungkin juga menyukai