Anda di halaman 1dari 72

i

MODEL HIDRAULIK SUNGAI MENGGUNAKAN MODEL HECRAS 4.0 UNTUK SUNGAI CHEPIR, SIK, KEDAH

ULIL ZUKHAIRI BIN CHE ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / PROJEK SARJANA MUDA


Nama Pengarang

: ULIL ZUKHAIRI BIN CHE ALI

Tarikh Lahir

: 26 APRIL 1979
MODEL HIDRAULIK SUNGAI MENGGUNAKAN
MODEL HEC-RAC 4.0 UNTUK SUNGAI CHEPIR,

Tajuk

: SIK, KEDAH.

Sesi Pengajian

: 2009/2010

Saya mengaku kertas projek ini diklasifikasi sebagai:

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)*
(Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan
dijalankan)*
Saya bersetuju bahawa thesis ini boleh diterbitkan sebagai
akses tidak terhad (full text)

Saya mengaku membenarkan tesis saya disimpan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan sepeti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik UniversitiTeknologi Malaysia


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh:

TANDATANGAN

TANDATANGAN PENYELIA

790426-02-5125

Pm Dr. SOBRI BIN HARUN

(NO K.P / NO. PASPORT)

NAMA PENYELIA

Date: 12 APRIL 2010____

Date: 12 APRIL 2010______

NOTA: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

iv

iii

Saya dengan ini mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Tandatangan

: ....................................................................

Nama Penyelia : PM DR SOBRI BIN HARUN


Tarikh

: 12 APRIL 2010

iv

MODEL HIDRAULIK SUNGAI MENGGUNAKAN MODEL HEC-RAS 4.0


UNTUK SUNGAI CHEPIR, SIK, KEDAH.

ULIL ZUKHAIRI BIN CHE ALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian


daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

5
iv
ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: ..............................................

Nama Penulis : ULIL ZUKHAIRI BIN CHE ALI

Tarikh

: 12 APRIL 2010

6
iv
iii

KHAS BUAT.

Ayahanda Che Ali bin Md Isa dan Bonda Che Hanesswan Binti Mustaffa

UNTUK YANG TERISTIMEWA.

Isteri tercinta Nur Azimah Binti Kamaludin

ANAK YANG DIKASIHI.

Ulil Danish Naufal

Terima kasih di atas pengorbanan, dorongan dan doa yang diberi


sepanjang pengajian ini.

YANG DIINGATI

Jasa baik dan tunjuk ajar oleh Penyelia dan sokongan dari rakan-rakan
seperjuangan, kerana memberikan kerjasama sepanjang tesis ini dihasilkan.
Terima kasih di atas galakan yang diberikan

7
iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapatlah penulis menyiapkan tesis untuk Projek Sarjana Muda ini
yang bertajuk Model Hidraulik Sungai Menggunakan Model HEC-RAS di
Sungai Chepir dalam tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan di tujukan kepada PM Dr Sobri Bin


Harun selaku penyelia projek yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
bimbingan dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan sehingga
terhasilnya laporan ini.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
membantu saya samada secara langsung dan tidak langsung sepanjang
penyiapan projek ini. Tidak ketinggalan juga kepada Jabatan Pengairan Dan
Saliran Negeri Kedah yang telah memberi data dan bantuan sepanjang
menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan dengan setulus
hati.

Penulisan laporan ini tidak dapat dijayakan tanpa sokongan kedua


ayah bonda, isteri serta majikan yang banyak memberi sokongan, nasihat,
semangat dan perhatian yang serius dalam menjayakan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

8
v

ABSTRAK

Kadaralir maksimum di bahagian hulu Sungai Chepir diperolehi dengan


menggunakan program HEC-RAS 4.0 untuk mengenal pasti

profil aliran di

sepanjang Sungai Chepir. Data yang diperolehi daripada saluran yang diperbaiki dan
keputusan menunjukkan bahawa paras air meningkat daripada stesen CH1900
kepada stesen CH4000 di sepanjang aliran Sungai Chepir. Data-data penting adalah
diperlukan untuk menentukan nilai kadaralir maksimum (Q max) Sungai Chepir
contohnya, panjang aliran sungai, luas kawasan tadahan dan kecerunan. Data ini
akan digunakan di dalam persamaan Bransby-William dan seterusnya merujuk
kepada MASMA JPS untuk mendapatkan nilai kadaralir yang maksimum, (Q max).
Nilai maksimum, Qmax adalah berdasarkan pada ARI 100 tahun. Kadaralir
maksimum akan digunakan di dalam program HEC-RAS 4.0, iaitu di bahagian hilir
sungai untuk simulasi memdapatkan profil di sepanjang Sungai Chepir. Apabila
analisis dijalankan menerusi program HEC-RAS 4.0, keputusan menunjukkan
peningkatan paras air berlaku bahagian hulu CH1900 hingga ke bahagian hilir
CH4000, tetapi ia tidak menyebabkan berlakunya limpahan air.

9
vi

ABSTRACT

Maximum flow rate at downstream of Sungai Chepir was computed by using


the HEC-RAS 4.0 program to identify the flow profile along Sungai Chepir. The
data was obtained from these improved channel and results shows that level of water
will increased

from CH:1900 to CH:4000 in Sungai Chepir. Important data is

needed to make the calculation value maximum flow rate,(Qmax) of Sungai Chepir
such as length of the river, catchments area and slope. Data will be used in the
Bransby-William equation and referring the MASMA JPS to get the maximum flow
rate, (QMAX). The maximum value of the Qmax is based on ARI 100 year. The
maximum flow rate will be used in the HECRAS 4.0 program, at the downstream
river to simulate the flow rate profile along Sungai Chepir. When the analysis was
run by the HECRAS 4.0 program, the result shows increasing levels of water from
the upstream CH1900 to downstream CH4000, but it does not cause overflowing to
occur.

10

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

BAB 1

BAB 2

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL

ii
iii
iv
v
vi
vii
ix
x
xii

PENDAHULUAN

1.1
1.2
1.3
1.4

1
4
8
9

Pengenalan
Kenyataan Masalah
Objektif Kajian
Skop Kajian

KAJIAN LITERATUR

11

2.1
2.2
2.3
2.3.1
2.3.2
2.4
2.5

Pengenalan
Sistem Hidraulik Sungai
Keadaan-keadaan Sempadan
Kaedah Ukur Dalam Normal
Pemerhatian
Konsep Tenaga Tentu
Permodelan dan Simulasi
2.5.1 Perisian HEC-1
2.5.2 Perisian HEC-2
2.5.3 Perisian HEC-RAC
2.5.4 MIKE II NAM

11
11
12
12
13
13
15
16
17
18
19

2.6
2.7

Kajian Lepas Sistem Hidraulik


Kaedah Kawalan Banjir

21
23

11
viii
2.7.1 Kawalan banjir Berstruktur
2.7.2 Kawalan Tanpa Struktur
BAB 3

METODOLOGI

27

3.1
3.2

27
27

3.3

3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10

BAB 4

BAB 5

23
25

Pengenalan
Penentuan Ukur Dalam Normal dan Ukur
Dalam Genting
Analisis Hidraulik Dengan Menggunakan
Perisian HEC-RAS 4.0
3.3.1 Data-Data Geometri
3.3.2 Data Kadaralir
3.3.3 Keadaan Sempadan Di Bahagian
Hulu dan Bahagian Hilir
Model HEC-RAS 4.0
Rekabentuk Curahan Hujan
Membina Projek Baru
Memasukkan Data Geometri
Memasukkan Data Keratan Rentas
Memasukkan Data Aliran
Memilih Jenis Aliran

28
30
30
30
32
33
38
40
41
43
44

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

46

4.1
4.2
4.3

46
47
47
47
48
49
53

Pengenalan
Analisis Hidraulik
Keputusan Analisis Hidraulik
4.3.1 Data Geometri
4.3.2 Data Aliran dan Syarat Sempadan
4.3.3 Analisis Data Sedia Ada
4.3.4 Kadaralir di Sepanjang Saliran
CH 1900 hingga CH 4000

KESIMPULAN DAN CADANGAN

54

5.1
5.2

54
55

Kesimpulan
Cadangan

SENARAI RUJUKAN

56

12
ix

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

3.1

Data Hidrologi Untuk Permodelan HEC-RAS

33

3.2

MASMA 13.A (JPS, 2000)

37

13
x

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKASURAT

1.1

Aliran Sungai Utama Negeri Kedah

1.2

Kawasan Tadahan Sungai Chepir, Sik, Kedah

1.3

Sungai Chepir

1.4

Aliran Sungai Chepir CH 1900 hingga CH 4000

10

3.1

Carta Aliran Model HEC-RAS

29

3.2

Aliran Sungai Chepir

31

3.3

Langkah-Langkah Penggunaan HECRAS 4.0

32

3.4

Skrin New Project

38

3.5

Skrin Penukaran Unit

39

3.6

Skrin Membina Geometrik Aliran Sungai Chepir

40

3.7

Data Keratan Rentas

41

3.8

Lukisan Skematik Sungai Chepir

42

3.9

Profil Aliran Maksimum Pada Kala Ulangan 100 Tahun

43

14
xi
3.10

Jenis Aliran Dan Keadaan Sempadan

44

4.1

Data Geometrik

48

4.2

Data Aliran Dan Sempadan

49

4.3

Aras Air Pada Kadaralir Maksimum

50

4.4

Aras Saliran Pada Keadaan Kadaralir Minima

51

4.5

Profil Halaju Aliran

52

4.6

Lengkung Kadaran

52

4.7

Perspektif 3 Dimensi Sungai Chepir

53

0
xii

SENARAI SIMBOL

ARI

Kala Kembali (Average return interval), tahun

TWL

Hujung Hilir Saliran (Tailwater elevation)

Luas Air, m2

Lebar Dasar, m

Ukur Dalam Hidraulik, m

Tenaga Tentu

Emin

Tenaga Tentu Minima

Pecutan Graviti, m/s2

Turun Tenaga Dari Datum, m

Panjang Saluran, m

Pekali Maning

Keliling Basah, m

Kadar Alir, m3/s

Kadar Alir per Unit Lebar, m3s-1

Jejari Hidraulik, m

So

Cerun Dasar Saluran

Lebar Permukaan Air, m

Faktor Pertukaran Unit

Halaju Air, m/s

Ukur Dalam Sliran, m

Yc

Ukur Dalam Genting, m

Yo

Ukur Dalam Normal, m

Cerun Tebing Dasar

Halaju Air, m/s

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Fenomena banjir yang sering berlaku di negara kita pada setiap tahun adalah

perkara biasa yang sudah menjadi peristiwa tahunan. Banjir besar yang sering
berlaku sejak akhir-akhir ini ditambah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,
banjir seringkali terjadi walaupun sesuatu kawasan itu hanya menerima hujan dalam
tempoh masa yang singkat. Kuantiti Aliran air yang tinggi melebihi kapasiti sungai
yang sedia ada akan menyebabkan limpahan berlaku di tebing sungai samada ianya
tambakan buatan ataupun tebing semulajadi. Di kawasan bandar pula, walaupun
dilengkapi dengan sistem perparitan yang baik, banjir masih lagi berlaku disebabkan
oleh sistem saliran yang sediada tidak mampu menampung kuantiti aliran air yang
berlebihan. Bagi meminimakan kesan negatif banjir, beberapa model hidraulik telah
dikenalpasti dan telah digunakan secara intensif dalam kajian, perancangan dan
merekabentuk dalam bidang hidrologi, hidraulik dan ribut taufan.

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama. Antara faktor-faktor


yang menyumbang berlakunya banjir adalah:
i)

Hujan Berterusan
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir

berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan ke sungai. Sungai yang

2
dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah
dipenuhi air.
ii)

Proses Perbandaran
Proses perbandaran menyebabkan banyak kawasan yang telah dibangunkan

dan dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan


mengambil tanah dari kawasan bukit. Lebih membimbangkan lagi apabila ada juga
anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak untuk tujuan pembangunan.
Ia juga akan menyebabkan kawasan-kawasan ini tidak dapat lagi menampung air
larian permukaan maka semua air larian ini akan tertumpu kepada sungai sahaja

iii)

Hakisan Sungai
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu

hakisan yang berlaku secara semulajadi dan pembuangan sisa domestik:

(a)
mengalir

Faktor semulajadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air


deras dan menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan

mulai runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Ini akan menyebabkan
lebar sungai mula mengecil dan kedalaman sungai menjadi cetek.

(b)

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa

domestik seperti sampah sarap dan sisasisa industri ke dalam sungai yang
menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila berlakunya
hujan lebat sudah tentu sungai yang menjadi cetek akibat hakisan dan pembuangan
sampah sarap ini tidak mampu untuk menampung atau mengalirkan air hujan yang
banyak.akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan berlakulah banjir.

iv)

Hutan Tadahan

Hutan juga berperanan besar untuk mengawal dari berlakunya banjir. Hutan
boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar
suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara
2% hingga 20%. Kemudiannya air yang diserap di alirkan ke anak-anak pokok
melalui akar. Pemusnahan hutan akan menyebabkan air hujan akan turun ke bumi
tanpa diserap oleh tumbuhan.Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air
mengalir dengan banyak terus ke dalam sungai. Sungai tidak mampu untuk
menampung kapasiti air yang banyak maka limpahan ini akan menyebabkan
berlakunya banjir.

v)

Sistem Perparitan Tidak Terancang

Masalah banjir juga sering melanda disebabkan oleh kerana kekurangan


sistem perparitan yang dibina. Adakalanya sistem perparitan yang dibina saiznya
terlalu kecil dan cetek, dan tidak dapat menampung kapasiti air hujan pada masa
puncak. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit dan
menyebabkan banjir kilat berlaku.

1.2

Kenyataan Masalah
Kawasan kajian yang telah dipilih untuk menganalisis masalah hidraulik ini

terletak di negeri Kedah Darulaman. Negeri yang terkenal dengan sektor


pertaniannya, maka sudah tentu sistem pengairan merupakan aset utamanya. Sungai
Chepir yang terletak di Daerah Sik, Kedah merupakan merupakan sistem saliran
semulajadi yang berliku dan berpasir dimana wujudnya paras kenaikan aliran air.
Oleh kerana itu Sungai Chepir dipilih untuk kajian ini samaada pada masa hadapan
saliran sungai ini masih lagi mampu untuk menampung kapasiti aliran air yang
banyak ataupun tidak. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran dipertanggungjawabkan

4
untuk melaksanakan projek menaiktaraf sungai tersebut dengan melebar, mendalam
dan meluruskan sungai sekiranya berlaku limpahan pada kadaralir maksimum.

Sungai Chepir sepanjang 2.8 km, merupakan saliran utama di Daerah Sik
Kedah. Pada kadaralir puncak ataupun maksimum maka kenaikan aras air sungai
akan berlaku mungkin akan menyebabkan banjir di daerah Sik, Kedah. Ini boleh
menjejaskan Bandar Sik yang seluas 0.76 km2 dengan populasi penduduk berjumlah
sekitar 2200 orang.

Rajah 1.1: Aliran sungai utama Negeri Kedah

Rajah 1.2: Kawasan Tadahan Sungai Chepir, Sik Kedah

Rajah 1.3: Sungai Chepir


Masalah hidraulik yang berlaku di kawasan Sungai Chepir di mana limpahan
air terjadi akibat daripada pertambahan kadaralir dan keratan rentas sungai yang
tidak mencukupi di sebabkan pembangunan yang tidak terancang. Kajian ini dibuat
untuk mengetahui samada sistem goemetri hidraulik yang baru dibina ini mampu
menampung kapasiti kadaralir aliran air Sungai Chepir. Di dalam kajian ini keadaan
paras air Sungai Chepir direkabentuk iaitu dengan mengambil ambil kira aliran
puncak ataupun maksimum apabila ARI 100 tahun.

Berdasarkan kepada punca-punca yang telah dikenal pasti, maka satu kaedah
dan pendekatan yang terbaik harus diambil untuk mengatasi masalah banjir tersebut.
Maka satu kajian hidraulik yang terperinci perlu dibuat untuk menganalisis
rekabentuk sistem saliran Sungai Chepir, samaada ianya berupaya untuk
menampung kadaralir yang banyak pada masa hadapan.

Oleh itu analisis kajian ini dijalankan dengan mengunakan model hidraulik
dalam bentuk perisian komputer. Seterusnya perisian model hidraulik HEC-RAS

8
(Hydrologic Engineering Center-River Analysis System) versi 4.0 diaplikasikan
untuk analisis hidraulik bagi Sungai Chepir yang telah dinaiktaraf. Akhir sekali
Penganalisaan dan penilaian perlu dibuat terhadap sistem saliran yang sediada
samada ia mampu untuk mengatasi masalah banjir di sekitar kawasan Sungai Chepir
atau tidak. Satu sistem saliran yang sesuai dari segi pengoptimuman aspek
kejuruteraan dan ekonomi perlu diambil kira bagi mencadangkan satu sistem saliran
yang baik dan mampu untuk bertindak sebagai kawasan tadahan pada ketika
kadaralir maksimum.

Pada peringkat

awal nilai kadaralir

maksimum diparolehi dengan

mengunakan kapgiraan secara manual.Nilai kadaralir maksimum, Q di perolehi


dengan merujuk kepada Manual Saliran Mesra Alam Malaysia, MASMA .

1.3

Objektif Kajian
Antara objektif yang telah dikenal pasti dalam kajian ini adalah seperti

berikut:
(a) Menganalisa dan merekabentuk sistem saliran hidraulik yang sesuai bagi
menampung kapasiti kadaralir maksimum pada ARI 100 tahun.
(b) Mengenalpasti Profil aliran sepanjang Sungai Chepir di sepanjang aliran
pada CH 1900 sehingga CH 4000.

9
1.4

Skop Kajian
Lokasi kawasan kajian terletak di Daerah Sik Kedah, di mana skop kajian ini

merangkumi sepanjang saliran Sungai Chepir yang sepanjang 2.1 km.


(a) Menganalisis data hidraulik sungai dengan mengunakan MASMA
(b) Menganalisa kesesuaian saiz geometric sungai asal

10

Rajah 1.4: Aliran Sungai Chepir CH 1900 hingga CH 4000

11

BAB 2

KAJIAN LITERATUR
2.1

Pengenalan
Dalam kajian literature ini, latar belakang teori yang berkaitan dengan kajian

ini termasuk sub topic mengenai permodelan dan rekabantuk hidraulik, proses
permodelan akan diterangkan dengan lebih terperinci dan dijangka dapat memberi
gambaran awal dalam perlaksanaan kajian ini. Keadaan kejadian banjir yang
dibincangkan berlaku akibat daripada kegagalan sistem saliran sungai berfungsi
dengan baik dan tidak mampu menampung kadaralir dalam kuantiti yang banyak.
Keseluruhan penerangan ini adalah menjurus kepada permasalahan banjir dan
kaedah yang digunakan untuk panduan, meramal dan mengatasi kejadian banjir yang
mana ia merupakan sebahagian elemen yang penting yang penting dalam mencapai
objektif kajian ini.
2.2

Sistem Hidraulik Sungai


Sistem hidraulik amatlah penting untuk menilai keberkesanan dan

kebolehlaksanaan bagi sistem saliran yang sediada atau yang akan dibina. Pemilihan
kaedah dalam menjalankan sistem hidraulik ini perlulah mengambil kira beberapa
factor utama termasuklah keadaan tanah dan topografi, kos, penimbangan
perancangan, piawaian rekabentuk, alam sekitar dan pandangan orang awam.
Sebelum sesuatu sistem saliran itu boleh direkabentuk, pilihan dan alternatif perlu
dipertimbangkan dari segi isu kejuruteraan, ekonomi dan dasar persekitaran. Setelah
pilihan dibuat dan keputusan untuk merekabantuk sistem saliran telah ditentukan,
pemerhatian akan difokuskan pula aspek perancangan rekabentuk terperinci dan
pembinaan sistem saliran. (Fisher dan Rosbottom, 2001)

12
2.3

Keadaan Keadaan Sempadan


Sebelum sesuatu saliran itu boleh direkabentuk, adalah diperlukan untuk

mengira keadaan-keadaan sempadan, di mana ia mengandungi kadaralir rekabentuk


dan aras air di hujung hilir sungai yang juga dikenali sebagai tailwater elevation.
Tailwater elevation (TWL) perlukan untuk mengira kadaralir rekabentuk dimana
terdapat dua kaedah utama pengendaliannya iaitu:
a) Kaedah ukur dalam normal
b) Pemerhatian
2.3.1 Kaedah Ukur Dalam Normal

Kaedah ukur dalam normal digunakan apabila bahagian hilir sistem saliran
adalah seragam dari segi bentuk dan kecerunan dengan jarak 0.04 D/s m, di mana D
ialah kedalaman sistem saliran dan s pula adalah kecerunan permukaan air. Jarak ini
adalah merujuk kepada panjang air balik. Ukur dalam air di hujung hilir sistem
saliran adalah dikira dengan mengaplikasikan formula Manning.

13
2.3.2 Pemerhatian

Di sesetengah tapak yang telah berlaku banjir dalam jangka masa terdekat,
maklumat yang mengaitkan kadaralir dengan kedalaman air di sistem saliran boleh
di dapati. Dua isu yang perlu diberi perhatian sekiranya teknik ini ingin digunakan:

i) Ketepatan aras air dan kadaralir yang diperhatikan; dan

ii) Perbezaan di antara kadaralir pengiraan dengan kadaralir maksimum di


tapak.

2.4

Konsep Tenaga Tentu


Dalam kajian hidraulik asas, jumlah tenaga dalam Joule per Newton (sistem

unit antarabangsa) untuk air yang mengalir melalui keratan saluran bole
diungkapkan sebagai jumlah turus dalam meter air. Jumlah tenaga ini bersaaan
dengan jumlah turus dalam meter air. Jumlah tenaga ini bersamaan dengan jumlah
ketinggian di atas datum, turus tekanan dan turus halaju. Jumlah tenaga H (unit
meter @ kaki) sentiasa menyusut pada arah aliran. Jumlah tenaga H1 pada keratan
ialah:
H1 = Z1 + Y1 + V2/2g
Di mana:

(Persamaan 2.1)

Z1

= Ketinggian dasar saluran dari datum pada keratan

Y1

= Ketinggian dasar saluran dari datum pada keratan

V2/2g = Turus halaju untuk aliran pada keratan

Masalah aliran saluran terbuka boleh diselesaikan dengan mudah dengan


mengunakan prinsip tenaga tentu (specific energy) iaitu dengan mengunakan dasar
saluran sendiri sebagai datum. Konsep tenaga tentu telah diperkenalkan oleh
Bakhmeteff pada tahun 1912. Tenaga tentu di takrifkan sebagai aliran air dalam

14
Joule Newton pada sebarang keratan saluran yang dikira sebagai jarak tegak di
antara dasar saluran (sebagai datum) dan garis tenaga. Dengan mengangap tenaga
tentu E, pada sebarang keratan saliran ialah :
E = y + v2/2g

(Persamaan 2.2)

Walaupun garis jumlah tenaga sentiasa menurun dalam arah aliran, tenaga
tentu boleh menaik atau menyusut bergantung pada bentuk muka dasar saluran.
Tenaga tentu adalah fungsi ukur dalam aliran dan kadar alir sahaja. Hubungan antara
tenaga tentu dan lengkung kadaralir

dihasilkan dengan memplot adalah seperti

berikut:

i)

Membiarkan kadaralir, Q malar dan mengkaji hubungan di antara


tenaga tentu, E dan ukur dalam, y ; dan

ii)

Membiarkan tenaga tentu, E malar dan mengkaji hubungan di antara


kadaralir, Q dan ukur dalam, y .

Titik tenaga tentu, E minimum dan kadaralir, Q maksimum adalah titik-titik


yang sama. Ukur dalam aliran pada titik-titik ini adalah ukur dalam genting, yc.
Aliran yang mempunyai ukur dalam yang lebih besar dari ukur dalam genting ( y >
yc) dikenali sebagai aliran subgenting manakala aliran yang ukur dalamnya kurang
dari ukur dalam genting ( y < yc ) adalah aliran genting lampau. Jika ukur dalam
aliran bersamaan dengan ukur dalam genting, keadaan aliran dikatakan genting.

Dengan erti kata lain, tenaga tentu boleh menaik atau menyusut bergantung
pada samada ukur dalam aliran lebih besar atau lebih kecil daripada ukur dalam
genting. Terdapat dua ukur dalam aliran untuk satu nilai tenaga tentu, iaitu satu
untuk aliran subgenting dan satu lagi untuk aliran genting lampau. Daripada
lengkung kadaralir, kenaikan ukur dalam menyebabkan kenaikan kadaralir untuk
aliran genting lampau dan penurunan kadaralir untuk aliran subgenting (Demun,
1997).

15
2.5

Permodelan Dan Simulasi

Permodelan dan simulasi merupakan satu proses untuk membentuk gambaran


sebenarsesuatu elemen dalam kajian yang dilaksanakan melalui penganalisan data
dan maklumat ke dalam sesuatu perisian computer yang digunakan. Simulasi
didefinasikan sebagai satu proses penggunaan sistem perisian yang telah sedia ada,
melalui proses merekabentuk model matematik atau logikal dan perlaksanaa ujikaji
berasaskan computer terhadap model tersebut. Ia dilaksanakan dengan tujuan untuk
mengembangkan potensi dan meluaskan penggunaan sistem sebenar.

Permodelan ini menyumbangkan bantuan yang amat berguna dalam analisis


dan merekabentuk hidraulik. Model komputer digunakan untuk membolehkan
maklumat diproses secara berterusan bagi mencapai sesuatu tujuan. Selain itu model
juga membekalkan ukuran berkuanti dalam memproses maklumat yang berkualiti
kerana ia dapat menjalankan analisis yang berulang-ulang dengan pembolehubah
yang berbeza walaupun dengan set pemalar yang sama dalam model. Dengan itu,
model komputer dapat membantu manusia menyelesaikan masalah dengan lebih
cekap dan berkesan.

Terdapat pelbagai jenis perisian komputer dalam pasaran dan digunakan


secara meluas untuk proses permodelan dan simulasi untuk sistem hidraulik.
Perisian-perisian ini menyediakan pelbagai fungsi dan aplikasi yang berkaitan dalam
kajian hidraulik di dalam bidang kejuruteraan.

16
2.5.1 Perisian HEC-1

Perisian HEC-1 merupakan satu perisian yang digunakan untuk proses


permodelan komputer bagi analisis lebat hujan dan air larian di dalam bidang
hidrologi. Perisian komputer ini dibina oleh Pusat Kejuruteraan Hidrologi di Unit
Kejuruteraan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (Hydrologic Engineering Center
of the U.S Army Corps of Engineers).

Perisian ini digunakan untuk menghasilkan hidrograf sama ada untuk


peristiwa historikal ataupun peristiwa hipotetikal bagi satu atau lebih lokasi di dalam
suatu kawasan tadahan. Untuk mendapatkan keputusan yang tepat, kawasan tadahan
ini dibahagikan kepada beberapa bahagian sub kawasan tadahan. Setiap sub kawasan
tadahan ini mempunyai parameter-parameter hidrologi yang khusus untuk
memudahkan proses analisis, permodelan dan simulasi.

HEC-1 ini mengandungi proses kalibrasi atau tentu ukur dari unit hidrograf,
parameter kadar kehilangan dan aliran, penjanaan dari data rebut hipotetikal,
keperluan keselamatan empangan, analisis kerosakan banjir dan pengoptimuman
komponen sistem kawalan banjir. Selain daripada itu, perisian ini juga dapat
menyediakan pilihan dalam membuat analisis terhadap takungan yang tidak dapat
dikawal dan dilencongkan.

Melalui perisian ini, curahan air hujan akan ditukarkan terus ke dalam air
larian sama ada menggunakan unit hidrograf atau teknik gelombang kinematik
(Kinematic Wave Techniques). Di dalam perisian ini,terdapat beberapa kaedah dalam
penghasilan unit hidrograf yang digunakan seperti kaedah Clark, kaedah Snyder dan
Soil Conservation Service.

17
2.5.2 Perisian HEC 2

HEC-2 adalah perisian untuk mengira profil permukaan air untuk kukuh,
beransur-ansur aliran berubah saluran-saluran yang dalam kedua-dua semula jadi dan
buatan orang. Ia adalah mudah untuk belajar dan menggunakan. Menu-menu,
membantu skrin, dan dokumentasi profesional menyediakan seorang pengguna yang
selesa ruang hubung kait untuk pengguna-pengguna kedua-dua baru dan maju. Input
data adalah menunjukkan prestasi melalui mudah untuk digunakan skrin-skrin
kemasukan data dengan membangkitkan deskriptif. HEC-2, berdasarkan standard
industri Corps aturcara Engineers HEC-2, adalah paling maju susuk permukaan air
atur cara boleh didapati untuk kukuh, beransur-ansur aliran alur berbagai-bagai.
Kedua-dua subgenting dan genting profil boleh dikira. Aturcara boleh menerangkan
mengapa hulu dicipta oleh jambatan-jambatan, pembetung-pembetung, benteng
dalam air, dan struktur-struktur banjir. Aturcara boleh digunakan untuk menilai alur
banjir pencerobohan, mengenal pasti zon-zon bahaya banjir, mengurus perancangan
kawalan banjir, dan reka bentuk dan menilai peningkatan-peningkatan saluran.

HEC-2 boleh menerangkan syarat-syarat berikut:


Analisis kedua-dua subgenting dan genting rejim-rejim aliran
Menghubungkan dan analisis dan rekabentuk pembetung
Pembetung FHWA rutin
FEMA kawasan banjir dan model alur banjir pencerobohan
Pengiraan profil berganda
Tetambak saling menindih

Perisian HEC-2 mempunyai menu-menu, membantu skrin, dan dokumentasi


profesional menyediakan seorang pengguna yang selesa ruang hubung kait untuk
kedua-dua baru dan maju pengguna-pengguna PC. Input data adalah menunjukkan
prestasi melalui mudah untuk digunakan skrin-skrin kemasukan data dengan
membangkitkan deskriptif untuk memasuki dan mengubahsuai data. Tambahan pula,
luas peka konteks membantu disediakan untuk membantu anda melalui sebarang
peragaan keadaan. Antara muka pengguna intuitif ini (bersama dengannya mendasar
enjin pangkalan data dan sistem pakar) adalah generasi-generasi dahulu editor-editor

18
wujud yang memerlukan pengguna untuk berjuang dengan menyusahkan, rahsia,
cenderung ralat leretan kad input.

Mengarah mempamerkan HEC-2 beberapa graf, termasuk asli dan melapisi


masuk ke petak-petak keratan lintang, penarafan lengkung, menyiram petak-petak
susuk permukaan, melapisi ringkasan profil petak-petak, dan lembah sungai 3-D
petak-petak, membenarkan untuk segera menilai hasil-hasil program. Pengguna
boleh memilih segala atau adil sesetengah graf-graf untuk pengeluaran dan sewa
cetakan perisian graf-graf terpilih satu demi satu. Tambahan pula, silang
seksyenseksyen boleh dilihat grafik sepanjang kemasukan data, membenarkan
pengguna untuk segera memeriksa satu keratan lintang untuk input geometri
kesilapan.

2.5.3 Perisian HEC-RAS


HEC-RAS adalah syarikat Hydraulic Engineering Centre River Analysis
System) merupakan perisian komputer bergenerasi baru yang dibangunkan dan
dikeluarkan oleh Pusat Kejuruteraan Hidrologi di unit Kejuruteraan Angkatan
Tentera Amerika Syarikat (Hydrologic Engineering Centre of the U.S Army Corps of
Engineers) untuk mensimulasikan aliran stabil, aliran tak stabil dan juga pengiraan
yang berkaitan dengan pengangkutan enapan di sungai. Perisian ini merupakan
pengganti kepada model HEC-2 di mana ia menawarkan paparan grafik dan
permodelan yang telah diperbaharui.
Ini termasuklah aliran kritikal dan subkritikal, penambahan pilihan jenis
saluran dan sebagainya. Perisian model ini digunakan untuk menganalisis kaitan
antara saluran semulajadi dan buatan manusai dan mengira profil air permukaan
berdasarkan kepada aliran seragam hidraulik satu dimensi. Bagi paparan grafiknya,
skema sistem sungai telah disediakan bagi memudahkan pengguna untuk
mengenalpasti bahagian sungai dan sambungannya. Dengan HEC-RAS, data tidak
perlu disusun untuk analisis yang berbeza.

Perisian ini menganalisis aliran yang melalui jambatan, pembetung, empang


dasar dan sebagainya. Ia juga mentafsirkan ciri permukaan air seperti aliran genting
atau aliran genting lampau. Bagi pemilihan pandangan keratan jambatan dan saluran,

19
proses kemasukan data menjadi lebih mudah malah pengguna boleh melihat
pandangan keratan di bahagian sebelah kanan skrin semasa kerja sedang dilakukan.

Pengguna hanya perlu memasukkan data untuk jambatan dan saluran untuk
mendapatkan hasil di paparan grafik dengan segera. Selain itu, perisian ini juga
digunakan untuk memeriksa ralat yang berlaku semasa proses permodelan
dijalankan. HEC-RAS mempunyai on-line system yang membolehkan pengguna
mendapatkan sebarang jawapan atau maklumat yang diperlukan dengan cepat
melalui internet. (USACE, 2006).

2.5.4 MIKE 11 NAM

MIKE 11 NAM merupakan perisian kejuruteraan yang digunakan untuk


mensimulasikan aliran sungai, kuantiti dan kualiti air serta pergerakan enapan di
sungai, tasik, terusan, empangan dan struktur hidraulik yang lain. Teknik
mensimulasi kadaralir sungai boleh ditentukan dengan memasukkan data kelebatan
hujan dan data sejatpeluhan bagi kawasan tersebut.
NAM adalah singkatan dalam bahasa DENMARK ( Danish ) Nedbor
Astronhmings Model yang bermaksud Model Curahan Air Larian Permukaan (
Surface Runoff Model ). Model ini dihasilkan oleh Nielseen Hassen dari Institut
Hidrodinamik dan Hidraulik, Universiti Teknologi Denmark. Perisian ini sering
diubah suai untuk meningkatkan lagi keberkesannannya oleh DHI ( Danish
Hydraulic Institute).

NAM merupakan satu set penjelasan perhubungan pernyataan matematik


dalam bentuk kuantitatif yang dipermudahkan untuk mewakili kitaran hidrologi.
NAM boleh digunakan untuk mensimulasi curahan hujan di kawasan bandar,
separuh bandar, mahupun luar bandar. Secara amnya, penggunaan model ini boleh
dihasilkan nilai air larian, ketinggian aras air bumi, kandungan lembapan dan kadar
alir air bumi. Bagaimanapun model ini memerlukan beberapa parameter penting
untuk tujuan simulasi.

20

Perisian ini boleh digunakan untuk rekabentuk perincian, pengurusan dan


operasi bagi aliran sungai dan sistem terusan yang mudah mahupun kompleks.
Proses simulasi menggunakan model ini merupakan satu pilihan yang sesuai kerana
hasil yang diperolehi cepat dan tepat.

Perisian MIKE 11 NAM telah digunakan oleh Lee Chung Ling (1998) dalam
membuat simulasi kepada aliran harian di Sungai Selangor untuk tesisnya yang
berjudul Simulasi Aliran Sungai Harian Dengan Menggunakan Perisian MIKE 11
NAM. Menurut beliau, proses simulasi bagi kehilangan data boleh diperolehi
dengan cepat dan tepat berbanding dengan kaedah konvensional.

21

2.6

Kajian Lepas Sistem Hidraulik

Mohd Ekhwan Hj Toriman, Mazlin Mokhtar dan Muhamad Barzani Gazim


(2007) telah menjalankan Analisis Hidrologi-Hidraulik Sungai Pelus Menggunakan
Permodelan 1-Dimensi XPSWMM. Beliau menjalankan bahawa penggunaan sungai
sebagai sumber bagi penjana hidro elektrik merupakan alternatif terbaik tenaga masa
hadapan. Namun begitu, isipadu luahan yang dipesongkan memerlukan anggaran
nilai yang jitu bagi memenuhi keperluan environmental flow. Kajian ini
membincangkan permodelan Sungai Pelus di Perak menggunakan perisian 1Dimensi XP-SWMM kesan daripada cadangan pembinaan hidro elektrik mini di
bahagian pertemuan Sungai Pelus-Yum. Luahan sungai dianggarkan menggunakan
rumus Manning manakala data ukur sungai diperolehi melalui kerja ukur yang
dijalankan pada Februari-Julai 2006. Hasil kajian mendapati rekod cerapan luahan
harian Sungai Pelus ialah 66.7 m3/s (maksimum), 11.391 m3/s (purata) dan 0.6 m3/s
(minimum). Simulasi luahan rendah berdasarkan model 7Q10 mendapati secara
purata, sekali dalam tempoh 50 tahun, nilai terendah 7-hari aliran air sungai ialah
0.763 m3/s. Keupayaan XP-SWMM bagi nodel 1-dimensi juga digunakan bagi
menganggarkan paras air minimum bagi 6km segmen aliran Sungai Pelus yang
akan dipesongkan. Hasil simulasi menunjukkan aras air yang berbeza diantara
minimum 0.36m sehingga maksimum 1.41m selepas pengalihan dilaksanakan.
Maklumat ini kemudiannya akan diaplikasikan di dalam model environmental
flow bagi menentukan aras air yang boleh diterima pada luahan air rendah.

Perbezaan penting dalam geometri hidraulik di kalangan pasir dan lapisan


kelikir sungai-sungai dengan corak-corak saluran yang berlainan. Atas dasar ini,
beberapa gambar rajah untuk diskriminasi berliku-liku dan corak-corak alur bersirat
telah ditubuhkan. Hubungan-hubungan antara lebar saluran dan luahan air, antara
kedalaman saluran dan luahan air, antara lebar dalam nisbah dan luahan air dan
antara saluran mencerun dan luahan air semua boleh menjadi untuk saluran terpakai
corak diskriminasi. Hubungan antara lebar saluran dan saluran kedalaman juga boleh
digunakan sebagai corak untuk saluran diskriminasi.

22
Bagaimanapun, ketepatan untuk saluran hubungan-hubungan ini diskriminasi
corak berbeza-beza, dan dalam melaksanakan perhubungan adalah lebih baik sebuah
pembezalayan jenis corak daripada klasik cerun melaksanakan berfungsi. Punca
untuk perbezaan ini telah dijelaskan secara kualitatifnya. Untuk meramalkan
pembangunan corak-corak saluran keadaan semula jadi berbeza yang bawah, corak
pembezaan sepatutnya menjadi mencari ke atas dasar mandiri atau sekurangkurangnya separa bebas pembolehubah pembolehubah. Hubungan antara kuasa anak
sungai dan saiz butiran bahan dasar boleh digunakan untuk membezakan corakcorak saluran, yang pertunjukan keputusan lebih baik selaras daripada pembezalayan
menggunakan cerun melaksanakan hubungan.

Kevin Tabata dan Edward Hickin, (2003) telah menjalankan kajian tentang
antara saluran geometri dan kecekapan hidraulik berjalin Sungai Columbia, Kanada.
Mereka mendapati bahawa Morfodinamik berjalin sistem alur Sungai Columbia hulu
dalam tenggara orang British Columbia, Kanada, diperiksa menggunakan satu
adaptasi geometri hidraulik yang konvensional menamakan antara saluran geometri
hidraulik . Antara saluran geometri hidraulik mempunyai beberapa ciri tetapi
geometri yang hidraulik dan hilir berbeza dalam ia itu menggambarkan jeneral
penuh-tebing bentuk saluran dan hidraulik saluran-saluran rendah dan menengah
dalam berjalin sistem alur.

Hasil-hasil ini, dengan lain yang berkaitan ukuran-ukuran rintangan aliran,


mengimplikasikan pemecahansaluran itu membawa ke hidraulik ketidakcekapan
(rintangan aliran lebih tinggi) di berjalin Sungai Columbia. Kerana penemuan ini
berbeza daripada yang dilaporkan dalam kajian-kajian di tempat lain, kita
menamatkan kecekapan hidraulik itu tidak memberi satu penerangan umum untuk
anabranching dalam saluran-saluran sungai.

23
2.7

Kaedah Kawalan Banjir

Perancangan untuk mengawal banjir adalah perlu untuk mengurangkan kesan


dan impak negatif akibat berlakunya banjir. Kaedah kawalan banjir boleh dibahagi
kepada dua bahagian iaitu kawalan berstruktur dan kawalan tanpa struktur.

2.7.1 Kawalan Banjir Berstruktur

Kawalan banjir berstruktur merupakan satu cara mengatasi masalah banjir


dari segi kejuruteraan yang bergantung kepada pembinaan fizikal untuk
mengurangkan kesan banjir.

a)

Kawalan Pengurangan Aliran

Pembinaan kolam tadahan di bahagian hulu akan mengurangkan


aliran puncak dan menurunkan paras air dengan menyimpan atau
mengumpulkan air larian hujan sebelum dialirkan sepenuhnya. Kolam
tadahan hendaklah direkabentuk dengan mengambil kira keperluan simpanan
air larian hujan. Walau bagaimanapun, adalah tidak ekonomi untuk
merekabentuk kolan tadahan hanya sebagai kaedah kawalan banjir kerana
pembinaan kolam tadahan menelan belanja yang banyak dan memerlukan
ruang yang besar. Oleh itu, kolam tadahan yang hendak dibina mempunyai
tujuan lain selain sebagai kaedah kawalan banjir supaya pembinaan kolam
tadahan tampak menarik.

b)

Pengubahsuaian Saluran

Paras banjir juga boleh dikurangkan dengan pengubahsuaian saluran


melalui pembersihan saluran sedia ada, pengubahsuaian penjajaran saluran
dan mendalamkan atau melebarkan saluran sedia ada. Selain itu,
pengubahsuaian paras invert juga boleh dilakukan untuk membantu
menambahkan kapasiti untuk menampung air banjir.

24

c)

Penambakan Tebing

Penambakan tebing merupakan salah satu cara pengawalan banjir


yang efektif terutamanya di kawasan pendalaman. Kaedah ini adalah yang
paling efektif dan ekonomi kerana tidak perlu melibatkan tanah bersebelahan
kerana ia berada di kawasan rezab sungai. Apabila paras air meningkat
setinggi

manapun,

ianya

masih boleh menampung kapasiti

untuk

menampung banjir.

d)

Pembinaan Empangan

Empangan boleh mengawal berlakunya banjir dengan efektif dengan


menahan atau mengumpul air banjir sementara, sebelum dilepaskan
sepenuhnya. Pembinaan empangan di kawasan-kawasan strategik pada
lembangan sungai dapat membantu mengurangkan berlakunya banjir. Selain
itu, pembinaan empangan juga boleh digunakan untuk tujuan lain selain
daripada salah satu kaedah untuk mengawal banjir. Antaranya ialah untuk
menampung atau menakung sumber air, sebagai sumber kuasa hidro dan juga
kualiti air sungai.

e)

Penggunaan Pam

Penggunaan pam adalah amat sesuai di kawasan bandar terutamanya


di kawasan yang tanahnya terhad untuk pembinaan sistem saliran tambahan
seperti kolam tadahan. Penggunaan pam dapat mengurangkan air banjir yang
mengalir dalam sistem saluran. Namun begitu, penggunaan pam memerlukan
penyelenggaraan yang kerap untuk memastikan pam dapat berfungsi dengan
baik.

25
f)

Pintu Automatik Hidro-Mekanik

Pintu automatik hidro-mekanik akan tertutup secara automatik dan


mengalirkan lebihan air yang melebihi paras saluran. Pintu automatik hidromekanik ini juga terbuka secara automatik apabila paras air menurun.

2.7.2 Kawalan Tanpa Struktur

Kawalan tanpa struktur tidak melibatkan pendekatan kejuruteraan iaitu tidak


melibatkan pembinaan struktur untuk mengawal berlakunya banjir, antaranya ialah:

a)

Sistem Ramalan dan Amaran Banjir

Sistem ramalan dan amaran banjir merupakan salah satu kaedah yang
digemari oleh negara-negara yang sering dilanda banjir. Kaedah ini
merupakan salah satu kaedah kawalan tanpa struktur yang efektif untuk
mengurangkan kehilangan harta dan nyawa manusia akibat banjir. Sistem
ramalan dan amaran banjir dapat memberikan ramalan tentang paras banjir
sebenar dan paras air sesebuah sungai akibat hujan yang turun dan
kemasukan air ( inflow / outflow ) melalui sempadan sistem sungai. Sistem
ini adalah penting untuk memberi ramalan dan amaran awal terhadap
hidupan atau penempatan di kawasan rendah apabila berlakunya banjir.

b)

Insurans Banjir

Polisi insurans adalah berfungsi untuk memberikan bantuan


kewangan kepada mangsa banjir. Biasanya permintaan insurans adalah tinggi
bagi kawasan yang kerap dilanda banjir.

c)

Perlindungan Terhadap Sumber Semulajadi

Perlindungan terhadap sumber semulajadi bermaksud pengekalan


atau pemuliharaan sumber semualajadi kawasan tadahan hujan. Ini

26
termasuklah kawasan tanah bencah (wetland), kawasan hakisan dan
sedimentasi dan juga perlindungan sempadan pantai. Perhutanan merupakan
satu pendekatan terbaik untuk mengurangkan risiko banjir kerana hutan dapat
berfungsi sebagai sponge untuk menyerap air hujan sebanyak 20% dan
kemudian melepaskan air ini ke atmosfera melalui proses sejatan.

d)

Memaklumkan Orang Ramai dan Pendidikan

Kesan

banjir

dapat

dikurangkan

dengan

memaklumkan

pendudukanpenduduk di kawasan-kawasan yang kerap dilanda banjir tentang


bahayanya banjir. Ini boleh dilakukan dengan mengedarkan peta dan data
hujan ataupun menyediakan papan tanda untuk memberi amaran kepada
penduduk tentang kawasan banjir. Selain itu, program pendidikan alam
sekitar dan pendekatan keadaan sebenar keadaan banjir juga sedikit sebanyak
dapat membantu memberi pengajaran atau maklumat kepada pendudukpenduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir.

27

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pengenalan
Bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Chepir, satu analisis perlu

dijalankan

untuk

mengenalpasti

keadaan

kawasan

profil

aliran

sebelum

mengutarakan rancangan tebatan. Dalam usaha untuk mencapai objektif kajian ini,
adalah perlu untuk menjalankan analisis hidraulik. Analisi hidraulik digunakan untuk
menentukan saiz geometri sungai tersebut yang boleh menampung kapasiti aliran air
saluran dengan mengetahui ukur dalam aliran genting, kehilangan tenaga tentu,
pengelasan profil permukaan. Aras air di sepanjang saluran dapat ditaksir juga
melalui analisis hidraulik. Dengan maklumat yang diperolehi, kawasan banjir dapat
dikenalpasti dan langkah langkah mengatasi dapat dicadangkan bagi mengatasi
masalah banjir ini.

3.2

Penentuan Ukur Dalam Normal dan Ukur Dalam Genting


Skop permodelan yang dijalankan untuk ujikaji ini adalah analisis jenis aliran

mantap. Ukur dalam normal (yo) dan ukur dalam genting (yc) perlu didapatkan
terlebih dahulu untuk menentukan samada aliran tersebut adalah aliran subgenting
(yo > yc) atau genting lampau (yo < yc) bagi membuat penganalisaan profil permukaan
air Sungai Chepir dalam keadaan aliran mantap.

28
Cara pengiraan menggunakan formula Manning :

Persamaan

3.1
di mana

3.3

Q
u
n
So
A &R

= Kadar alir ( m3 /s )
= Unit faktor penukaran, 1.0 untuk sistem unit SI
= Pekali Mannings bagi kekasaran sistem saliran
= Kecerunan dasar sistem saliran
= Fungsi bagi yo

Analisis Hidraulik Dengan Menggunakan Perisian HEC-RAS 4.0


U.S. Army Corps of Engineers River Analysis System (HEC-RAS)

merupakan perisian komputer yang melaksanakan pengiraan hidraulik satu dimensi


bagi seluruh saliran semula jadi atau buatan manusia. HEC-RAS Versi 4.0 berupaya
untuk memodelkan pengiraan profail aras air aliran mantap, mensimulasikan aliran
tidak mantap dan sebagainya. Akan tetapi, profail yang akan dititikberatkan untuk
kajian kes ini ialah profail permukaan aliran mantap. Analisis sistem hidraulik
Sungai Chepir dengan menggunakan model HEC-RAS untuk menentukan profail
aras air dalam keadaan pasang surut aliran mantap. Analisis tentang senario-senario
gabungan antara aras pasang surut HAT dan MHWS dengan kala kembali
yangberbeza-beza bagi menentukan kesannya terhadap sistem saliran akan
dibincangkan dalam bab ini. Permodelan hidraulik dengan menggunakan perisian
HEC-RAS boleh diringkaskan kepada langkah-langkah seperti carta alir berikut:

29

Projek baru

Data-data geometri

Data aliran

Pengiraan hidraulik

Hasil keputusan

Tamat

Rajah 3.1: Carta Alir Model HEC-RAS

30
3.3.1 Data-data Geometri

Keratan rentas bagi sistem saliran diperolehi daripada pelan yang dibekalkan.
Nilai pekali pengecutan, pekali pengembangan dan nilai pekali Manning ditentukan
berdasarkan cadangan yang terdapat di dalam model HEC-RAS. Berdasarkan
pemerhatian, sistem saliran yang sedia ada dibina daripada sistem semulajadi. Oleh
itu, pekali Manning yang digunakan dalam analisis ini ialah, n = 0.03 untuk Sungai
Chepir.

3.3.2 Data Kadaralir

Maklumat untuk kadaralir diperolehi daripada kiraan mengunakan Manual


Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) bagi mendapatkan kadaralir maksima
Sungai Chepir ketika mencapai ARI 100 tahun. Kadaralir dianggap malar sekiranya
tiada persimpangan. Walau bagaimanapun, kadaralir yang berbeza perlu dimasukkan
ke dalam analisis kerana nilai kadaralir adalah berbeza sebelum dan selepas
persimpangan tersebut.

3.3.3 Keadaan Sempadan di Bahagian Hulu dan di Bahagian Hilir

Keadaan sempadan bagi sistem saliran ini perlu ditentukan. Dalam kajian ini,
aliran di bahagian paling hulu ialah pada CH 1900 manakala sempadan di bahagian
hilir ditetapkan pada CH 4000 dan berapa pada sebagai kedalaman kritikal. Pada
sepanjang aliran terdapat 22 jumlah Chanage (CH). Di mana setiap chanage adalah
sepanjang 100m. Jumlah keseluruhan Sungai Chepir yang terlibat dalam kajian ialah
2,100 meter panjang atau 2100 meter.

31

Rajah 3.2: Aliran Sungai Chepir

32
3.4

Model HEC-RAS 4.0

Untuk menilai ciri-ciri hidraulik sistem saliran Sungai Chepir, maka analisis
hidraulik dijalankan. Model HEC-RAS 4.0 dipilih untuk mengimplimentasikan
analisis ini. Rajah 3.2 menunjukkan prosedur bagi penggunaan model HEC-RAS 4.0

Membina Projek Baru


Tajuk Projek dan Lokasi Kajian

Memasukkan Data
Lukis skamatik aliran sungai dan nama saliran.
Memasukkan data saiz keratan sistem saliran
Memilih Jenis Aliran
Memasukan data aliran

Menggunakan Program
Butiran Projek dan pemilihan jenis aliran
subcritical
Keputusan

Rajah 3.3: Langkah-langkah Pengunaan Model HEC RAS 4.0

Jadual 3.1: Data hidrologi untuk Permodelan HEC-RAS

Data hidrologi

Nilai data

Panjang Sungai

2.1 km

Kecerunan sungai

1: 200

Luas kawasan tadahan

2.16 km2

33
3.5

Rekabentuk Curahan Hujan

Parameter yang penting untuk menilai ciri-ciri tindak balas sesuatu peristiwa
hujan terhadap

kawasan tadahannya

adalah

masa

penumpuan

(time

of

concentration), t c. Masa penumpuan tc ini boleh didefinasikan sebagai masa yang


diperlukan oleh air larian permukaan daripada sesuatu bahagian pada jarak yang jauh
untuk sampai ke titik aliran keluar (discharge point) pada sesuatu kawasan
tadahan.Nilai masa penumpuan ini bergantung kepada masa dan bukannya jarak
aliran air larian permukaan tersebut.

Beberapa formula empirikal digunakan untuk menentukan nilai t c, antaranya


persamaan Kirpichs dan persamaan Bransby-William. Selain itu juga nilai t c boleh
juga di anggarkan dengan mengaplikasikan teori hidraul dalam air larian permukaan.

Untuk kajian Sungai Chepir ini pesamaan Bransby-William dipilih kerana


ianya lebih sesuai untuk mendapatkan nilai t c, memandangkan ianya juga
digunapakai dalam MASMA (JPS 2000). Merujuk kepada MASMA, pengiraan
untuk mendapatkan nilai tc adalah seperti berikut :
Persamaan Bransby-William

Masa penumpuan , tc = Fc x L
A1/10 S 1/5

Persamaan 3.2

34

Di mana ,

tc

= Masa Penumpuan (minit)

FC

= Faktor peralihan 58.5 apabila A (Keluasan) dalam km2


atau 92.5 apabila A dalam Hektar

= Panjang aliran sungai , km

= Luas kawasan tadahan (km2 ataupun ha)

= Kecerunan purata sungai (m,km)

Maka :
tc = Fc x L
A1/10 S 1/5

= 58.5 x 2.1
2.16 1/10 x 5 1/5
= 128.85 / 1.49
= 82 min

Setelah masa penumpuan t c, ditentukan iaitu 82 minit maka nilai keamatan


hujan bolehlah di tentukan.Keamatan hujan i, ialah keamatan hujan di mana
berlakunya QP ataupun Q maksimin selepas tempoh Tc.

35

Ayob Katimon dalam bukunya Hidrologi Asas (2007), suatu Rekabentuk


hidraulik, memerlukan nilai i, keamatan hujan dipilih bergantung kepada rekabentuk
ulangan kembali aliran, Tr (Return Period) dan dirujuk kepada lengkung keamatan
tempoh ulangan hujan (IDF Curve) suatu kawasan tadahan.Lengkung IDF juga juga
boleh dinyatakan dalam bantuk persamaan polynomial umum seperti berikut:
ln ( i ) = a + b ln t c + c ( ln tc )2 + d ( ln tc )3
Di mana ,

Persamaan 3.3

i = keamatan hujan
tc = tempoh masa tumpuan

a,b,c & d = pekali polynomial

Jadual 13.A1 (JPS, 2000) menunjukan pada ARI 100 year Sungai Chepir, Sik Kedah
adalah seperti berikut :
a = 6.3203

b = -0.0778

c = -0.0849

d = 0.0026

ln ( i ) = a + b ln t c + c ( ln tc )2 + d ( ln tc )3
= 6.3203+ (-0.0778) ln 82 + (-0.0849) (ln 82)2 + 0.0026 (ln 82)3
= 78 mm/jam

36
Pada nilai, I bersamaan dengan 78mm/jam diperolehi nilai Coefficeint, C ialah 0.9
( aliran pada permukaan Jenis A ). Rujuk pada Design Chart 14.4 Masma JPS.

Q Mak = C x I x A

Persamaan 3.4

= 0.9 x ( 78 x 2.16 x 100 )


360
3
= 42 m /s
Nilai Q maksimum Sungai Chepir pada ARI 100 Year yang diperolehi ialah 42 m3/s.
Kadar alir maksimum ini diambil pada sepanjang sungai 2.1 km dengan keluasan
kawasan tadahan 2.16 km2. Maklumat kadaralir maksimum ini akan di gunakan
sebagai data penting untuk menganalisa hidrograf aliran Sungai Chepir
menggunakan Perisian Hec Ras 4.0

37

Jadual 3.2: Pekali a, b, c, d untuk kawasan Alor Setar,Kedah mewakili Sungai


Chepir.

ARI

5.6790

-0.2462

-0.0993

0.0033

4.9709

0.5460

-0.2176

0.0113

10

5.6422

0.1575

-0.1329

0.0056

20

5.8203

0.1093

-0.1248

0.0053

50

5.7420

0.2273

-0.1481

0.0068

100

6.3202

-0.0778

-0.0849

0.0026

38
3.6

Membina Projek Baru


Sesuatu projek baru dimulakan dengan memilih laman utama Hec Ras 4.0

dan seterusnya memilih menu File untuk menamakan tajuk projek baru tersebut.
New Project pada skrin dipilih untuk membolehkan nama projek dimasukkan.Rajah
3.4 menunjukkan contoh paparan skrin untuk membina New Project. Nama projek
Sungai Chepir ditaip pada ruangan Project dan pada bahagian File Name
dimasukkan psm.prj.

Rajah 3.4: Skrin New Project

39
Pada peringkat awal membina New Project ini unit ukuran hendaklah ditukar
terlebih dahulu daripada US Customary kepada Sistem International (S.I unit). Klik
pada Menu option dan seterusnya ada terdapat paparan skrin untuk penukaran unit
tersebut. Rajah 3.5 menunjukkan paparan skrin tersebut.

Rajah 3.5: Skrin Penukaran Unit

40

3.7

Memasukkan Data Geometri

Data geometri ialah satu model yang dibangunkan untuk menunjukkan


sistem saliran sungai yang bermula dari hulu ke hilir aliran sungai. Laluan saliran
sungai ini akan memberikan gambaran laluan aliran sungai samada sungai tersebut
berada pada keaadan lurus, berselekoh ataupun mempunyai sambungan dengan anak
sungai yang lain. Antara langkah-langkah yang diperlukan untuk membina model
saliran ini ialah:

1. Klik button edit/enter goemetric data pada menu utama Hec Ras
2. Lakarkan laluan saliran sungai dari bahagian hulu ke hilir sungai.
3. Double Klik dan namakan saliran dan nyatakan arah aliran.

Rajah 3.6: Skrin Membina Geometrik Aliran Sungai Chepir

41
3.8

Memasukkan Data Keratan Rentas


Keratan rentas pada sepanjang saliran di tunjukkan pada skrin Cross Section

Data.

Dimensi setiap chanage di masukkan bermula dari chanage CH1900

hinggalah chanage CH4000. Setiap kali ingin memulakan cross section yang baru
maka perlulah klik pada button option dan add new cross section. Maklumat lain
yang perlu dimasukkan ialah panjang saliran untuk setiap change, pekali pengecutan,
pekali pengembangan dan nilai pekali manning. Rajah 3.7 menunjukkan bagaimana
paparan skrin akan menunjukkan gambaran
apabila data dimasukkan.

Rajah 3.7: Data Keratan Rentas

cross section saliran yang terhasil

42
Selepas data cross section dimasukkan maka lukisan skematik untuk Sungai
Chepir akan diperolehi. Rajah 3.8 menunjukkan paparan skrin di mana keadaan pada
sepanjang saliran Sungai Chepir setiap cross section.

Rajah 3.8 : Lukisan Skematik Sungai Chepir

43
3.9

Memasukkan Data Aliran


Terdapat satu profil aliran yang dimasukkan dalam analisis menggunakan

model HEC RAS ini, iaitu aliran untuk kadaralir maksima Sungai Chepir pada
ulangan 100 tahun. Kadaralir maksimum ini adalah penting untuk menentukan pada
keadaan puncak samaada saliran sungai tersebut mengalami limpahan ataupun tidak.
Aliran maksimum ini diperolehi daripada kaedah kiraan menggunakan MASMA
Jabatan Pengairan dan Saliran. Aliran maksimum pada hulu Sungai Chepir iaitu pada
river stesen CH 4000 dimasukkan nilai Q maksimum 42 m3/s. Keadaan Sempadan
(Boudary condition) juga perlu masukkan sebelum analisis dijalankan.

Rajah 3.9: Profil Aliran Maksimum Pada Kala Ulangan 100 tahun

44
3.10

Memilih Jenis Aliran

Aliran yang dipilih untuk analisis ialah jenis aliran mantap di mana
kedalaman saliran pada sepanjang 2.1 km adalah malar sepanjang masa. Pada menu
utama, klik pada butang Run dimana ada terhasil jenis aliran maka di pilih jenis
Steady Flow Analysis. Rajah 3.10 di bawah menunjukkan paparan skrin tersebut dan
aliran Jenis Subcritical di pilih kerana nilai kedalaman normal lebih daripada
kedalaman kritikal.

Rajah 3.10: Jenis Aliran dan Keadaan Sempadan.

45
Selepas analisis berjaya dijalankan, maka keputusan akan dipaparkan dalam
pelbagai pilihan pada menu utama. Antaranya Cross Section Plot, Water Surface
Profil, rating curve dan lain-lain lagi. Keputusan ini akan menunjukkan keadaan
aliran Sungai Chepir pada kadar ulangan 100 tahun samaada aliran melimpah atau
pun tidak. Sekiranya berlaku limpahan akibat daripada kadaralir maksimum tersebut
maka perlulah dinaiktaraf geometri saliran tersebut. Namun sekiranya saliran masih
mampu menampung kadaralir maksimum tersebut maka tidak perlulah dibuat
penambahbaikan kerana ianya mungkin akan melibatkan sejumlah kos yang tinggi.

46

BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti keadaan


Sungai Chepir pada kala ulangan 100 tahun dengan mengambil nilai Q maksimum
sebagai kajian. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah perlulah dipertimbangkan
sekiranya berlaku banjir pada saliran tersebut dan cadangan perlulah berdasarkan
keputusan analisis yang dibuat. Dengan memperolehi data-data utama sungai untuk
dianalisis seperti panjang sungai dan luas kawasan tadahan maka nilai kadaralir Q,
maksimum akan diperolehi bagi menjalankan
Sungai Chepir

analisis hidraulik sistem saliran

menggunakan perisian komputer model HEC-RAS 4.0. Analisis

hidraulik ini bertujuan untuk mendapatkan profil aras air di sepanjang saliran sungai
tersebut agar kawasan yang mengalami banjir dapat dikenalpasti dan seterusnya
keratan rentas sungai yang lebih sesuai dapat dicadangkan untuk mengatasi masalah
banjir.

47
4.2

Analisis Hidraulik

Analisis hidraulik Sungai Chepir, di Sik Kedah ini tertumpu kepada segmen
sistem saliran pada CH 1900 hingga CH 4000 di bahagian hilir sepanjang 2.16 km.
Kadaralir maksimun ialah pada CH 4000, untuk menganalisis hidraulik sistem
saliran dan ianya dijalankan dengan menggunakan kala kembali ARI 100 tahun iaitu
;

a)

Mengenalpasti keadaan aras air saliran Sungai Chepir pada keadaan


maksimum.

b)

Mengenalpasti profil aliran air sepanjang saliran.

c)

Mengenalpasti

rupabentuk

geometrik

saliran

samada

masih

bersesuaian untuk menampung kapasiti aliran maksimum.

4.3

Keputusan Analisis Hidraulik

Analisis hidraulik yang dijalankan dengan menggunakan model HEC-RAS


4.0, didapati pada kedudukan dan bahagian sepanjang sungai chepir tidak melimpah
ataupun dilanda banjir. Oleh itu, selepas analisis dijalankan didapati pada kadaralir
maksimum tidak wujud masalah banjir di Sungai Chepir pada kala ulangan 100
tahun. Ini bermakna selepas analisis didapati tiada limpahan berlaku pada saliran
sungai maka keadaan geometrik sungai masih lagi sesuai.

4.3.1 Data Geometri

Data geometri sistem saliran didapati keadaan fizikal keratan rentas yang
tersediada adalah seperti yang ditunjukkan dalam skematik pada Rajah 4.1. Keratan
rentas tersebut adalah tipikal di sepanjang sistem saliran sungai Chepir dan hanya
berbeza pada nilai invert level dan bank level. Data-data yang diperolehi seterusnya
dimasukkan dalam menu Data Geometri perisian HEC-RAS seperti yang
ditunjukkan:

48

Rajah 4.1: Data Geometrik


4.3.2 Data Aliran dan Syarat Sempadan

Data aliran dalam analisis hidraulik Sungai Chepir ini merupakan nilai
puncak hidrograf kadaralir sebagai data sempadan hulu. Kadaralir puncak ini
diperolehi daripada hidrologi kawasan tadahan disepanjang 2.1 km Sungai Chepir.
Kiraan untuk mendapatkan nilai kadaralir maksimum ditunjukkan pada Persamaan
3.3, di mana pada peringkat awal persamaan Bransby-Williams digunakan dan
seterusnya persamaan di dalam MASMA Jabatan Pengairan dan Saliran akan diambil
sebagai rujukan. Keadaan kadaralir pada kala kembali ARI 100 tahun iaitu kadaralir

maksima pada stesen CH4000. Syarat kedudukan sempadan bagi kedalaman normal
adalah 0.01 seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.2:

49

Rajah 4.2 : Data Aliran dan Sempadan

4.3.3 Analisis Data Sedia Ada

Sistem saliran yang sediada adalah terdiri daripada jenis saliran terbuka yang
dibina dari tebing tanah dan sedikit berselekoh di Sungai Chepir . Berdasarkan
pengiraan, keratan rentas yang asal didapati masih dapat menampung kadaralir
maksima ketika mencapai ARI 100 tahun dan jenis aliran untuk saluran ialah
daripada jenis subgenting (subcritical). Aliran bermula pada stesen CH 1900 dan
berakhir pada CH4000. Nilai kadaralir maksimum berlaku pada CH4000 dan
sempadan yang digunakan ialah kedalaman kritikal. Keputusan analisis untuk
senario ini ditunjukkan dalam Rajah 4.3. Pandangan menunjukkan paras aras air di
dalam saliran pada keadan kadaralir puncak dan kedudukan tebing sungai.

50

Rajah 4.3: Aras air pada kadaralir maksimum

Pada

kedudukan CH 1900, didapati keadaan aras sungai adalah minimum. Masih

banyak lebihan untuk free board ,maka profil sungai masih lagi baik tanpa
mengalami limpahan. Rajah 4.4 menunjukkan aras pada CH1900.

51

Rajah 4.4 : Aras saliran pada keadaan kadaralir minima (lower reach)

Rajah 4.5: Profil halaju aliran

52

Rajah 4.6: Lengkung Kadaran

53
4.3.4 Kadaralir di Sepanjang Saliran CH 1900 hingga CH 4000
Ini menunjukkan bahawa kadaralir bagi Sungai Chepir pada keadaan
maksima masih lagi dapat menampung kapasiti air sungai tersebut pada kala ulangan
100 tahun. Ia tidak menjejaskan rekabentuk hidraulik sungai tersebut dan
geometriknya. Analisis dan simulasi pada Rajah 4.7 menunjukan kadaralir di
sepanjang aliran sungai. Didapati bermula pada CH 1900 aras air terus meningkat
sehinggalah pada hilir saliran CH 4000, namun tiada limpahan yang berlaku.
Walaupun peningkatan aras air berlaku namun ianya masih lagi terkawal. Bagi
kawasan free board pula ianya dianggarkan masih lagi selamat iaitu dengan jarak
600 mm dari aras tebing tanah.

Rajah 4.7: Perspektif 3 Dimensi Sungai Chepir.

54

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1

Kesimpulan
Permodelan dengan mengunakan perisian computer dapat menyediakan satu

kemudahan yang amat berguna untuk menganalisis sistem saliran tepat dan lebih
baik. Ini jelas ianya dapat menjimatkan masa kerana dengan data yang diperolehi
analisa mampu diperolehi dengan lebih cepat dan memberi satu gambaran yang jelas
dan hampir menyamai keadaan sebenar.

Model HEC-RAS 4.0, digunakan untuk mensimulasi sistem hidraulik saliran


bagi mengetahui keadaan profil, saliran aliran seragam dan tidak seragam, lengkung
kadaran, plot air permukaan, aliran hidrograf dan ciri hidraulik. Sistem ini dapat
memudahkan dan mengenalpasti sesuatu saliran samada mengalami limpahan yang
boleh menyebabkan banjir bagi sesuatu kawasan ataupun tidak.

Daripada simulasi yang telah dijalankan, ianya menunjukkan paras air di


sepanjang 2.1 km meningkat dari stesen CH 1900 hinggalah CH 4000. Walaupun
terdapat peningkatan aras air di sepanjang saliran, didapati ianya masih selamat dan
tidak berlaku limpahan apabila kadaralir maksimum kala kembali 100 tahun. Ini
kerana saiz geometri dan rekabentuk saliran tersebut masih memenuhi spesifikasi
kejuruteraan untuk menampung kapasiti aliran sungai.

55
5.2

Cadangan
Bagi menambahbaik dan memperolehi keputusan yang lebih tepat, maka

dicadangkan beberapa kaedah yang perlu di ambil adalah seperti berikut:

(a) Membuat perbandingan keputusan analisis hidraulik HEC-RAS ini dengan


kaedah HEC-HMS, samaada wujudnya perbezaan yang ketara ataupun tidak.
(b) Mengangarkan nilai kedaralir maksimum, Q mak dengan menggunakan
persamaan Manning.

56
SENARAI RUJUKAN

Ernywati binti Haji Basri, ( 2008 ), Model Hidraulik Sungai Menggunakan Model
HECRAS di Sungai Klawang dan Sungai Triang Projek Sarjana Muda,
Universiti Teknologi Malaysia.
Ayob Katimon, ( 2007 ), Asas Hidrologi terbitan , Universiti Teknologi
Malaysia.
Demun, Amat Sairin. (1997), Hidraulik Saluran Terbuka Dengan Penggunaan
Komputer Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Ros Aminah Binti Ismail (2007), Analisis Dan Rekabentuk Sistem Saliran Bagi
Kawalan Banjir Di Taman Sri Lambak, Mukim Kluang, Johor Projek
Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Ekhwan Hj Toriman, Mazlin Mokhtar dan Muhamad Barzani Gazim (2007)
Analisis Hidrologi-Hidraulik Sungai Pelus Menggunakan Permodelan
1-Dimensi XPSWMM Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Fisher, Karen and Ramsbottom, David (2001). River Diversions: A Design Guide
London: Thomas Telford Ltd.
Ling Wei, ( 2005 ), Analisis Banjir Bagi Sungai Yang Dipengaruhi Oleh Kesan
Pasang Surut Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

57
Lee Chung Ling, (1998), Simulasi Aliran Sungai Harian Dengan Menggunakan
Perisian MIKE 11 NAM Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia.
Kevin Tabata, Edward Hickin, (2003), Interchannel hydraulic geometry and
hydraulic efficiency of the anastomosing Columbia River, southeastern
British Columbia, Canada Department of Geography, Simon Fraser
University, 8888 University Drive, Burnaby, British Columbia, V5A 156,
Canada.
Kementerian Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (1989), Rational Method of
Flood Estimation For Rural Catchments In Peninsular Malaysia.
USACE, (2006), Hydraulic Engineering Centre River Analysis System
HECRAS
Manual Application Guide Chapter 10 Stream Junction, 207-222.

Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Malaysia (2000), Urban Stormwater Management
Manual, named as Manual Mesra Alam Malaysia (MASMA).

Anda mungkin juga menyukai