Kajian rintis:
responden kajian rintis mempunyai ciri-ciri yang setara dengan responden kajian
sebenar.
selepas kajian rintis, alat kajian dimurnikan mengikut maklumat yang dikumpulkan
melalui kajian rintis.
Huraikan fungsi ujian-ujian statistik berikut: Ujian-t, Ujian ANOVA, Ujian Khi
Kuasa Dua, Ujian Korelasi Linear.
a.
Ujian-t digunakan untuk membezakan data dua kumpulan subjek bagi suatu
variabel tertentu. Contoh: membezakan kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan dari
segi kemahiran berfikir.
b.
Ujian ANOVA - digunakan untuk membezakan data tiga atau lebih daripada tiga
kumpulan subjek bagi suatu variabel tertentu. Contoh: membezakan bangsa A, B, C dan
D dari segi kemahiran berfikir.
c.
Ujian Khi Kuasa Dua untuk melihat perhubungan antara dua variabel yang
mempunyai beberapa peringkat dalam setiap variabel tersebut. Contoh: mengenal pasti
hubungan antara jantina (2 peringkat, lelaki dan perempuan) dan tahap kepuasan kerja
(3 peringkat, iaitu puas hati, sederhana puas hati dan tidak puas hati)
d.
Ujian Korelasi linear - melihat korelasi antara dua variabel. Contoh: hubungan
antara prestasi dalam mata pelajaran matematik dan kecerdasan IQ.
KAEDAH TINJAUAN
Bersifat deskriptif
JENIS TINJAUAN
Jumlah data boleh dikumpulkan dengan agak mudah daripada pelbagai sumber primer atau sekunder
Pemboleh ubah bebas tidak boleh dimanipulasi seperti uji kaji makmal
Perkataan yang tidak sesuai dan kedudukan soalan dalam soal selidik boleh
menyebabkan bias
KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang
ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
Pemerhatian Peserta
melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang
hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.
penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih
sah dan boleh dipercayai.
kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang
tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta