Anda di halaman 1dari 17

a)

Sistem Pendidikan Kondusif Dalam Melahirkan Guru Kreatif dan Inovatif

1.0

Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia melalui satu frasa yang baharu dalam melahirkan

generasi yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan mampu bersaing dengan cabaran
dunia global. Kemahiran belajar abad ke 21 atau dikenali 21st Learning Skills adalah
merupakan satu cabaran kepada guru-guru di sekolah untuk memastikan para pelajar
didedahkan dengan pembelajaran abad ke 21 yang tidak lagi hanya meliputi kemahiran asas
3M (menulis, membaca dan mengira) sebaliknya mendorong pelajar memiliki kemahiran
yang tinggi dalam aspek pemikiran dan kreativiti. Hal ini kerana, perkembangan ekonomi dan
pembangunan negara turut bersandarkan kepada sistem pendidikan yang maju. Pendidikan
memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah
negara. Hasnah et al., (2009) menyatakan salah satu tonggak kepada peningkatan daya
saing negara ialah melalui sistem pendidikan. Ini berdasarkan kemenjadian seseorang
individu yang memiliki ilmu dan kemahiran yang tinggi untuk membolehkan mereka bersaing
di peringkat global adalah bermula dari sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa dalam
melahirkan generasi berkemahiran tinggi.
Menurut Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap
ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Dalam menghadapi
persaingan global dari sudut pembangunan ekonomi, kejayaan sesebuah negara amat
bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat.
Oleh itu, negara yang mempunyai rakyat yang memiliki modal budaya yang tinggi akan
menikmati kemajuan ekonomi yang tinggi. Menurut Low & Lay (2013), untuk mencapai daya
saing yang tinggi di peringkat global yang berasaskan inovasi, maka pendekatan yang
sistematik dan menyeluruh untuk membangunkan modal insan berkepakaran tinggi amat
diperlukan.
Satu dari teras utama misi nasional dalam RMK ke-9 adalah untuk meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi bagi memupuk warganegara yang mempunyai minda
kelas pertama (Jabatan Perdana Menteri, 2006). Perkara ini hanya dapat dicapai melalui
satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Dengan ini adalah menjadi hasrat
utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya pendidikan di negara ini adalah
berkesan dan berkualiti serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa (Low & Lay, 2013).
Oleh kerana itu, dari masa ke semasa, sistem pendidikan negara melalui satu perubahan
dari segi dasar dan perlaksanaannya agar dapat mengikuti perubahan semasa dan

melonjakkan

sistem

pendidikan

negara

agar

setaraf

dengan

sistem

pendidikan

antarabangsa.

1.1

Definisi

1.1.1

Definisi Kondusif
Menurut Noriati A. Rashid et. al (2009). Kondusif membawa maksud sesuai. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat pula, kondusif bermakna baik, sesuai dan sebagainya untuk
membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu dan dalam melahirkan suatu
generasi baru pemikiran dan intelektual yang berwibawa. Justeru, sistem pendidikan yang
kondusif membawa makna menyesuaikan dasar dan kurikulum sedia ada dengan
melakukan suatu perubahan bagi memenuhi keperluan semasa agar dapat melahirkan
generasi berintelek tinggi dan mampu berdaya saing. Dalam mewujudkan modal insan yang
cemerlang, maka segala perubahan yang dilakukan oleh pihak kementerian pendidikan
adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI).
Oleh itu, sistem pendidikan yang kondusif mendorong guru-guru untuk menjadi lebih
kreatif dan inovatif selari dengan hasrat kementerian pendidikan untuk meningkatkan tahap
profesional guru dalam bidang yang diceburi. Kementerian menggalakkan guru-guru untuk
lebih peka dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang bersifat kreatif dan inovatif agar
dapat merangsang minda pelajar berfikir pada aras tinggi dan mampu mengaplikasikan
kemahiran kemahiran yang lain selain dari 3M dalam melahirkan pelajar yang cemerlang
dan berkemahiran tinggi.

1.1.2

Definisi Guru Kreatif dan Inovatif


Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu

yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga
merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya
sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah inovatif yang bererti
bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu
yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)

Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) atau
mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai
dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih
dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi
di dalam melonjak transformasi pendidikan negara, dengan idea dan kepakaran yang
diterpakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber
ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan
Ahmad Subki bin Miskon (2010), mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif
dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat
kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan
negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi..
Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi
yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks
budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa.

2.0

Sistem Pendidikan Kondusif


Sistem pendidikan yang kondusif adalah merujuk kepada segala dasar dan polisi

yang didasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan serta


martabatkan sistem pendidikan di Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan
antarabangsa. Memandangkan dunia semakin bergerak ke arah dunia berteknologi tinggi,
sistem pendidikan negara juga perlu melalui satu perubahan ke arah sistem pendidikan
global iaitu yang mampu melahirkan pelajar berkemahiran tinggi, berpemikiran kritis, kreatif
dan inovatif. Ini bagi melahirkan generasi berdaya saing dan mampu mengaplikasikan
kemahiran yang ada dalam menjana pembangunan negara di masa hadapan.
Justeru, dalam melahirkan guru yang kreatif dan inovatif, maka kerajaan telah
mengadaptasikan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan agar ia relevan dengan
perkembangan semasa dan seterusnya melahirkan generasi berdaya saing. Antara
perubahan yang dilaksanakan adalah:
1. Penganugerahan sekolah berprestasi tinggi (SBT) kepada sekolah yang layak dan
menepati kriteria yang ditetapkan oleh KPM
3

2.
3.
4.
5.

Peningkatan Amalan Profesionalisme Guru (CPD)


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Perubahan dasar kurikulum sekolah dari KBSR/KBSM kepada KSSR/KSSM
Latihan Perguruan iaitu dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut
Pendidikan Guru (IPG)

2.1

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Apabila disebut mengenai sekolah berprestasi tinggi (SBT), ia adalah merupakan

satu

perkara

yang

amat

diidamkan

oleh

para

pentadbir

sekolah

terutamanya

memandangkan ia membawa satu imej yang baik dan tinggi kepada kedudukan sekolah
berbanding sekolah-sekolah biasa yang lain. Meskipun begitu, untuk mencapai taraf tersebut
bukanlah suatu usaha yang mudah. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai
sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah
dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat
tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan
berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Rasional penubuhan SBT
adalah untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik, menghasilkan murid cemerlang
dan

merapatkan

jurang

antara

sekolah

dalam

sistem

pendidikan

di

Malaysia.

Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa


Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
Terdapat tiga saringan yang perlu dilepasi oleh sesebuah sekolah. Setelah melepasi
saringan tesebut, terdapat beberapa kriteria yang diambilkira dalam pengiktirafan SBT iaitu:

Menunjukkan trend pencapaian akademik yang menaik bermula dengan Take Off
Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam.

Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang


setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi

Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang


menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti.

Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar
negara dengan menggunakan piawaian antarabangsa seperti Trends in International

Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student
Assessment (PISA).

Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat.

Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri
atau pada peringkat antarabangsa.

Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi sama di dalam dan di luar
negara dalam pemindahan kredit, kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan
dan prasarana.

Melalui pengiktirafan SBT, ia menggerakkan tenaga pengajar di sekolah tersebut untuk


memberikan sepenuh komitmen yang tinggi dalam melahirkan modal insan yang cemerlang
dalam pelbagai bidang. Justeru itu, melalui pengiktirafan SBT, guru perlu sentiasa mencari
dan memperbaharui kaedah pengajaran dan pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar
yang berfikiran kreatif dan inovatif. Oleh kerana itu, guru juga perlu turut menjadi kreatif dan
inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dari masa ke semasa bagi memastikan
kualiti murid yang dihasilkan adalah yang berkemahiran tinggi dan terbaik.

2.2

Peningkatan Amalan Profesional Guru (CPD)


Selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang berkualiti seterusnya

menjana pembangunan ekonomi negara, PPPM 2013-2025 (KPM, 2012) menekankan


pembangunan profesional guru. Guru akan menerima sokongan yang lebih besar untuk
memberi mereka mencapai potensi penuh. Kerajaan telah merancang program latihan
kepada guru untuk meningkatkan profesional dan pembangunan diri masing-masing.
Kebanyakkan program ini akan dijalankan di peringkat sekolah kerana ianya terbukti
berkesan. Latihan ini membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka
selaras dengan tahap kecekapan yang dijangkakan daripada seorang guru.
Pembangunan profesional guru yang sedia ada perlu dibuat penambahbaikan secara
komprehensif untuk menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan
berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan keupayaan guru,
komitmen guru, mengubah sikap guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar
(Muzirah & Nurhana, 2013). Satu program pembangunan profesional berasaskan sekolah
yang telah terbukti sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakkan negara

ialah Lesson Study. Menurut Ng, Robert Peter dan Toh (2009) salah satu pendekatan untk
Continuing Profesional Development (CPD) ialah Lesson Study.
Lesson study merupakan penelitian atau pengkajian terhadap pengajaran. Ia
merupakan satu program pembangunan guru yang membentuk sebuah komuniti belajar
secara konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi
diri individu guru dan anggota kumpulan (Muzirah & Nurhana, 2013). Melalui lesson study,
guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif
ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka suoaya dapat memberi impak positif
terhadap aspek pembelajaran pelajar. Justeru penggunaan strategi PdP yang efektif mampu
meningkatkan minat, motivasi dan KBAT untuk mengekalkan kualiti pembelajaran pelajar. Ini
terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh Muzirah dan Nurhana (2013) yang mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan lesson study dengan keberkesanan
pembelajaran pelajar.
Lesson study adalah salah satu bentuk kajian tindakan (Action Research)
memandangkan ia melibatkan kitaran mengkaji, merancang, melaksanakan kajian
pengajaran dan refleksi (study, plan, do research and reflect cycle) analogi kepada kitaran
rancang-bertindak-pemerhatian-refleksi (plan-act-observe-reflect cycle) sebagaimana yang
dicadangkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Ia digunakan secara meluas sebagai
model untuk pembangunan guru dalam pendidikan Matematik dan diamalkan oleh guru-guru
Jepun lebih daripada 40 tahun. Lesson study dianggap sebagai latihan berasaskan sekolah
(School-based in-service training) (Isoda, 2008; Lim, 2008). Kini ia digunakan sebagai satu
alat untuk membina komuniti profesional secara kolaboratif, meningkatkan pengajaran dan
meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu seperti Sains, Bahasa dan
Sejarah (Ng, Robert Peter & Toh, 2009).

2.3

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara

Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan


yang baru. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah tentang
kementerian yang akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem
dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksananaan program. Semasa tempoh
pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah peningkatan
kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem dan

meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan


melatih pengetua dan guru besar.
Di dalam PPPM, terdapat sebelas anjakan strategi pelan pembangunan pelajaran
malaysia yang mana salah satunya adalah melakukan transformasi profesion keguruan
sebagai profesion pilihan. Antara transformasi keguruan yang dilaksanakan adalah :
1. Meningkatkan Standard Kemasukan Bagi Guru Pelatih Dan Ambilan Guru Baharu
Kementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan
memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat
persekolahan. Selain itu kementerian bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya
bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan. Seterusnya,
bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan yang setara bagi
program latihan perguruan.
Malahan, Kementerian juga akan menetapkan standard yang lebih ketat untuk
bergraduat daripada latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai guru
permulaan bawah Kementerian. Pada masa hadapan, guru permulaan akan dipilih hanya
apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka perolehi melalui
praktikum dan kerja kursus semasa latihan perguruan. Ini membantu meningkatkan
kepercayaan masyarakat kepada kebolehan guru dan kompetensi mereka terhadap bidang
yang diajari selain menghasilkan guru yang benar-benar berkualiti sahaja yang diambil untuk
menggalas tanggungjawab sebagai pendidik.
2. Mengukuhkan Kaitan Antara Prestasi Dengan Kompetensi
Kementerian juga menyediakan satu instrument yang mengandungi kompetensi yang
perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka. Kompetensi ini
merentas empat dimensi yang berbeza iaitu pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai
profesional, aktiviti di luar bilik darjah, dan sumbangan profesional. Instrumen ini akan dirintis
pada tahun 2013 dan diguna pakai pada tahun 2014 bagi menggantikan semua instrumen
yang ada pada masa ini, termasuk LNPT. Ini bertujuan meningkatkan tahap kompetensi guru
dan memastikan guru sentiasa bergerak maju dan berdaya saing.
3. Menekankan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Kementerian akan membangunkan portfolio program latihan bagi setiap aspek
keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program
latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru, seperti
7

pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras ini
diwajibkan kepada semua guru. Modul lain akan dijadikan elektif bagi membolehkan guru
membuat pilihan berdasarkan minat dan kekuatan peribadi, atau mana-mana bidang yang
dikenal pasti untuk meningkatkan profesionalisme guru. Dalam membangunkan portfolio ini,
Kementerian akan lebih menumpukan kepada program pembelajaran berasaskan sekolah.
Dua inisiatif akan dilancarkan pada Januari 2013 untuk memperkenalkan guru
kepada program pembangunan profesionalisme baharu. Inisiatif pertama ialah pewujudan
perpustakaan video e-Guru yang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik. Inisiatif
kedua ialah peluasan program bimbingan guru iaitu Pembimbing Pakar Pembangunan
Sekolah (School Improvement

Specialist Coaches SISC+) yang pertama kali

diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0.


4. Meningkatkan Kualiti Persekitaran Kerja Guru
Kementerian juga akan mengambil dua tindakan utama iaitu yang pertama, Kementerian
telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia ada untuk
menghapuskan pertindanan keperluan data. Tiga pangkalan data telah disasarkan bagi
proses awal penyeragaman data iaitu, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang
digunakan untuk menggabungkan keputusan murid daripada peperiksaan semester
berasaskan sekolah, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang
digunakan untuk menjejak keputusan pentaksiran berasaskan sekolah dan Sistem Maklumat
Murid (SMM) yang mengandungi data sekolah dan guru.
Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di
sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 orang murid. Kaedah yang
dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula guru
tambahan,

dan

mengetatkan

penguatkuasaan

kuota

enrolmen.

Ni

bertujuan

memaksimumkan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif selain dapat


membantu guru untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

2.4

Perubahan Kurikulum KBSR/KBSM kepada KSSR/KSSM


Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan

penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah


untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
8

dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Transformasi dari
kurikulum KBSR kepada KSSR bertujuan bagi menyiapkan pelajar dalam menghadapi arus
cabaran 21st Learning Century yang banyak menggalakkan pelajar menggunakan
kemahiran berfikir pada aras yang tinggi. Secara ringkas, bentuk KSSR ini dapat dirumuskan
seperti berikut:
1. Hasrat KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu
belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do),
belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk
peribadi (learning to be).
2. Prinsip KSSR berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, pendidikan saksama untuk semua murid dan pendidikan
seumur hidup.
3. Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
4. Memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul. Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan
asas 4M. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi
kemahiran 4M.
5. Diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
dan Modul Elektif.
6. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama
iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran.
7. Dalam memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR, elemen yang baharu telah ditambah
iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
8. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan Standard. Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap
persekolahan.
9. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan transformasi
daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan
kepada sistem yang lebih holistik. Komponen PBS dalam sistem pentaksiran

kebangsaan merangkumi:
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik
9

2.5

Naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru


Bagi memastikna profesion keguruan terus mendapat penghargaan dan mampu

melahirkan graduan yang cemerlang, maka pihak kementerian telah mengambil inisiatif
dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mana
membolehkan IPG melahirkan graduan dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan.
Melalui

pengisytiharan

naik

taraf

ini,

maka

IPG

boleh

melaksanakan

Program

Pensiswazahan Guru seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR),


latihan praperkhidmatan kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan
SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
Tujuan naik taraf ini adalah untuk melahirkan para graduan yang bakal menyandang
gelaran guru mampu menghasilkan sesuatu kelainan dan berkualiti dalam menghasilkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Program PISMP adalah program penganugerahan
ijazah sarjana muda perguruan yang mana pelajar akan dianugerahkan ijazah sarjana muda
kepujian. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti
dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme dalam
bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar-pelajar ini akan didedahkan dengan
kurikulum yang akan membentuk insan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan bersepadu.

Konsep the personhood of teachers dan pendekatan humanistik akan diberi fokus.

Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai
pendidik.

Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman


klinikal (clinical experience).

3.0

Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.


Kesan Kepada Pendidikan Negara
Melalui transformasi pendidikan yang dilakukan oleh pihak kementerian, banyak

perubahan dan anjakan yang telah terlaksana dalam memastikan sistem pendidikan di
Malaysia sentiasa mengikuti arus semasa dan bersesuaian dengan cabaran alaf 21.
10

Pembelajaran Abad ke 21 amat mencabar dan memerlukan guru untuk bertindak proaktif
dalam memastikan pelajar mampu menguasai tidak lagi hanya kemahiran 3M iaitu
membaca, mengeja dan mengira tetapi perlu menguasai kemahiran menaakul iaitu
menggunakan akal fikiran pada aras yang tinggi sehingga mampu berfikir dengan lebih
kreatif dan inovatif.
Guru yang kreatif dan inovatif bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam akademik tetapi turut membantu mendorong pelajar untuk menggunakan
sepenuhnya kemahiran berfikir dengan lebih berkesan terutamanya melibatkan sesuatu isu
atau pembelajaran yang memerlukan pelajar untuk berfikir, menaakul, menyelesaikan
masalah serta menyatakan pendapat yang bernas. Ini amat penting memandangkan
pembelajaran alaf ke 21 menyaksikan pendidikan lebih terarah kepada teknologi dan
komunikasi yang perlu dikuasai oleh semua guru dan pelajar. Corak pengajaran tradisional
berasaskan chalk and talk tidak lagi berkesan dalam mebangunkan sahsiah dan motivasi
diri pelajar untuk berfikir dan bertindak dengan sendiri dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Kerana itu, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh guru perlu lebih
bersifat kreatif dan membina keyakinan diri pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru atau
bersifat hands-on. Ini mampu membantu melahirkan pelajar yang berdaya saing dan
berfikiran matang dan kreatif.
Transfomasi pendidikan negara membawa satu perubahan yang besar kepada
sistem pendidikan negara sekaligus memberi kesan kepada kakitangan awam terutamanya
golongan pendidik. Transformasi ini membawa kebaikan kerana perubahan dasar dan polisi
serta kurikulum yang dilakukan oleh pihak kementerian bertujuan untuk memastikan sistem
pendidikan sentiasa mengikut arus semasa dan setiap golongan pendidik bersedia
menghadapi arus perubahan tersebut. Teknologi dan komunikasi meninggalkan kesan yang
mendalam kepada sistem pendidikan dan kerana itu, dengan segala perancangan dan
perubahan dasar adalah bertujuan untuk menyesuaikan golongan pendidik dengan arus
kemodenan dan mengadaptasikan kebolehan diri mengikut arus semasa. Ini bukan sahaja
bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi guru tetapi turut membantu guru untuk
menjadi lebih proaktif dan komited dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
guru.
Oleh kerana itu, ia membawa kesan yang positif kepada sistem pendidikan negara
serta memberikan satu cabaran yang terbaik kepada golongan guru untuk meningkatkan
tahap kompetensi masing-masing dalam menggalas amanah melahirkan generasi yang
mampu berdaya saing di peringkat global.

11

4.0

Rumusan
Kesimpulannya, sistem pendidikan negara sentiasa mengalami perabuhan dari masa

ke semasa serta turut memberi kesan kepada profesion keguruan. Impak yang diterima
membawa atu bentuk transformasi yang menuntun semua golongan pendidik untuk berubah
dan sentiasa bergerak ke hadapan agar mampu bersaing dengan cabaran dalam
pendidikan. Hal ini kerana, negara maju semakin menonjolkan watak-watak yang cemerlang
yang mampu lahir dari sistem pendidikan mereka. Maka dengan itu, Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam melahirkan generasi pelajar yang mampu berdaya saing di peringkat
global dan mempunyai aras pemikiran yang tinggi setanding pelajar-pelajar di negara maju
yang lain.
Justeru itu, pencapaian demi pencapaian yang ditonjolkan oleh pelajar Malaysia di
persada antarabangsa menunjukkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia mampu
menghasilkan guru yang lebih kreatif dan inovatif. Guru bersifat lebih terbuka dan
memberikan pengajaran dengan lebih berkesan selari dengan hasrat yang dutarakan oleh
pihak kementerian pendidikan untuk melahirkan modal insan yang bukan hanya cemerlang
dalam bidang akademik tetapi dari segi jasmani, emosi dan rohani. Guru kreatif dan inovatif
adalah guru yang sentiasa berusaha menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam kerjayanya
sebagai seorang guru dan sentiasa komited dalam mendidik pelajarnya sehingga menjadi
pelajar yang cemerlang.

b)

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang Kreatif dan Inovatif

Kaedah Dam Ular Pintar

12

Dam

suku

kata

kvk+kvk

ini

merupakan

gabungan

elemen

permainan

dan

pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan mengenali suku kata


kvk+kvk dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam suku kata ini
cuba menampilkan kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan menimbulkan
rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanak memang akan teruja dengan
bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan saiz dam huruf daripada saiz dam ular
biasa akan menjadi daya penarik kepada murid.
Permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa, tetapi dengan menggunakan dadu
gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk melambung dadu dan setelah
mendapat bilangan langkah yang perlu dilalui, murid akan memijak dam suku kata sambil
menyebut suku kata yang dipijak, contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira
sampai tiga agar dia tahu destinasinya di mana, setelah itu, murid memijak suku kata
tersebut sambil menyebut suku kata yang dipijak. Guru dikehendaki membantu murid dalam
proses menyebut suku kata kvk+kvk dengan betul. Setelah sampai ke destinasi, guru boleh
meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut berhenti di situ.
Saya juga membuat Dam Ular Pintar yang besar yang boleh dimainkan oleh murid kelas
dengan menggunakan chip seperti gambar dibawah.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Dam Ular Pintar
KAEDAH
Hasil dari pemerhatian saya mendapati pelajar-pelajar

GAMBARAN

gemar bermain dam ular tradisional pada masa lapang.


Hasil dari pemerhatian ini, timbul idea untuk menjadikan
permainan ini sebagai satu kaedah dan bahan bantu
mengajar yang boleh saya gunakan untuk mengajar
suku kata kepada murid-murid lemah di Tahun 1 dan 2.
Saya mendapati bahawa pelajar lebih tertarik kepada
dam yang berwarna cantik dan bersaiz besar.

13

Gambar 1

LAKARAN KONSEP
Konsep
Dam untuk alat ini, diadaptasi daripada reka bentuk
Ular
dam
ular yang tradisional. Konsep permainan Dam Ular
Pintar ialah ;
1. Pemain akan membaling dadu dan akan
gambar 2
menjalankan chip mengikut angka pada dadu.
2. Jika pemain terkena pada nombor yang
mempunyai tangga, pemain perlu mencabut satu
Kad
Pintarkad pintar yang mengandungi soalan.
3. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut,
maka ganjaran untuk menaiki tangga akan
diberikan, jika gagal pemain tidak dibenarkan
untuk menaiki tangga.
Gambar
3
4. Manakala
jika pemain terkena pada nombor yang
mempunyai ular, pemain perlu mencabut satu
kad pintar yang mengandungi soalan.
5. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut,
maka pemain dapat mengelak dari dimakan ular.
6. Sesiapa yang sampai paling awal diisytiharkan
pemenang.

Melalui cara ini saya melihat murid akan lebih seronok belajar dan dapat mengusai suku kata
dengan lebih baik kerana ia memudahkan mereka untuk mengingati sesuatu suku kata
berdasarkan corak permainan dam ular pintar ini. Unsur unsur kreatif adalah dimana saya
menerapkan elemen suku kata dalam damular tradisional dan menjadikan ia dama ular
pintar dengan menghasilkan papan dam yang lebih besar dan boleh dimainkan oleh
sejumlah murid. Manakala aspek inovasi adalah dengan menggunakan dam ular tradisional
yang dubah reka bentuk dalaman agar bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran
suku kata kvk+kvk.

Refleksi
14

Sepanjang melalui proses menyelesaikan tugasan EDU 3109 ini, saya telah
memperoleh banyak pengalaman dan mendapat input-input baru berkaitan pendidikan serta
isu keguruan. Tugasan bagi subjek ini bukanlah sesuatu yang mudah dan agak mencabar
buat saya. Telah terbayar rasanya, segala usaha, penat lelah dan pengorbanan yang telah
dicurahkan apabila tugasan ini berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Sesungguhnya tugasan ini merupakan sebuah wahana rintis ilmu yang amat baik untuk
direnungi dan dihayati demi memastikan profesion keguruan terus berkembang dan mampu
melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsian dan keperibadian.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya di atas segala
tunjuk ajar dan panduan yang diberikan di dalam kelas sepanjang saya mengikuti kursus ini.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usaha saya menyelesaikan kerja
kursus ini, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang
ditetapkan. Langkah pertama bagi pelaksanaan tugasan ini adalah pencaran isu yang
bertepatan dengan sistem pendidikan Malaysia yang mampu melahirkan guru yang kreatif
dan inovatid dan juga profesion keguruan. Saya telah melayari laman-laman web tertentu,
mencari, memahami dan memilih isu yang

tertentu. Seterusnya saya telah berbincang

dengan rakan-rakan dan merujuk kepada pensyarah subjek bagi membincangkan


kesesuaian isu yang dipilih dengan kehendak tugasan subjek.
Dari aspek pemerolehan maklumat, saya telah membuat rujukan bahan-bahan ilmiah
seperti buku-buku yang berkaitan dan artikel daripada majalah serta akhbar atas talian. Di
samping itu saya melayari laman-laman web tertentu berkaitan pendidikan bagi
meningkatkan pemahaman saya berkaitan guru kreatif dan berinovasi dan transformasi
pendidikan yang berlaku pada hari ini. Saya turut membuat pembacaan berkaitan programprogram dan pelan-pelan yang direncanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam usaha melahirkan sistem pendidikan yang kondusif dalam melahirkan guru yang
kreatif dan inovatif.
Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat memperoleh pengalaman dan kemahiran
untuk membaca secara dan berfikir secara kritikal. Aspek ini saya peroleh melalui proses
menganalisis bahan bacaan yakni artikel yang telah saya pilih dan kemudiaannya mencari
bahan rujukan bagi proses mengulas perkara-perkara tertentu yang terdapat dalam artikel
berkenaan. Pembacaan secara kritikal memerlukan saya memahami konsep, istilah, logik
dan sebagainya. Manakala pemikiran kritis menuntut saya membuat banyak rujukan untuk
penjanaan idea.

15

Tugasan bagi subjek ini telah membuka hati saya untuk menjadi seorang yang lebih
sensitif tentang profesin yang telah saya pilih iaitu profesin keguruan. Isu-isu berkaitan
pendidikan dan keguruan merupakan antara isu yang kerap diperkatakan. Dalam hal ini,
sebagai seorang bakal guru, saya tidak sepatutnya mengambil remeh tentang isu-isu ini
memandangkan saya sendiri berada dalam bidang ini. Hal ini juga selari dengan hasrat
kerajaan untuk melahirkan guru yang mempunyai kompetensi yang tinggi dalam kerjayanya
sebagai guru bagi mempersiapkan pelajar menghadapi arus cabaran pmbelajaran abad ke
21 yang memerlukna pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dari aspek berfikir secara
kreatif dan berinovasi.
Terdapat juga kesukaran saya dalam menyiapkan tugasan ini iaitu memastikan isi
yang diolah bersesuaian dengan tajuk soalan dan menepati kehendak soalan. Ia
memerlukan ketelitian agar isi yang diberikan membawa maksud kepada apa yang hendak
diperkatakan dalam kerja kursus ini. Selain itu, dalam memeperolehi maklumat berkaitan
kerja kursus ini juga, saya perlu meneliti banyak aspek seperti apa yang terdapat dalam
sistem pendidikan Malaysia yang mampu menjana perubahan dalam melahirkan guru yang
kreatif dan inovatif. Ia jugabkanlah merupakan satu tugas yang mudah memandangkan isu
tesebut terlalu luas skopnya dan saya perlu memikirkan dan mengkaji elemen yang
bersesuaian untuk diketengahkan dalam kerja kursus saya ini.
Selain itu kekangan masa untuk mencari bahan dan tanggungjawab terhadap kerja
dan keluarga juga menjadikan ia sedikit sukar bagi saya kerana kesibukan dengan kerja dan
tanggungjawab yang lain yang menuntut masa lapangan saya. Walaubagaimanapun, saya
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan sekelas yang
banyak berkongsi maklumat dan idea dan membantu saya sehingga berjaya menyudahkan
tugasan ini dengan jayanya. Harapan saya agar segala ilmu dan kemahiran yang saya
peroleh sepanjang proses yang saya lalu bagi menyelesaikan tugasan ini tidak saya persiasiakan. Ilmu hanya benar-benar bermanfaat sekiranya dijadikan amalan.

16

5.0

Rujukan

Abdul Sukor Abdullah. (Jun 2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan
Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 14(01). IAB, Genting
Highlands : Pp 18 20
Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT. Kuala
Lumpur. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (Jun 2009). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. Kuala
Lumpur : Mc Graw Hill
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam
Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zahri Ramlan. (Bil. 58 Mac 2009). Guru Inovatif didik pelajar alaf kini. Pendidik, muka surat
50-53.
Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah
Publication.

17

Anda mungkin juga menyukai