Anda di halaman 1dari 10

NOVEL SILIR DAKSINA

Silir Daksina
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama
Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari,
Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan
kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di
Batu
Pahat,
Johor.
Keputusannya
untuk
ke
kampung
arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi
melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan
umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia
sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di
Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal
kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung
kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan
bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan
hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan
sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di
Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal
seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal
mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu
mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang
yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal
dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin
kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu
kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan.
Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal menari.

NOVEL SILIR DAKSINA

Silir Daksina Bab 1


Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolaholah ditarik untuk membacanya seperti ada daya tarikan magnet
terhadapnya. Haiqal begegas pulang ke rumah untuk membaca
manuskrip itu secepat mungkin. Cara taipan di dalam manuskrip
itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada
mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam
Abdullah Bin Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama
Abdullah bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya membuatkan
Haiqal tertanya-tanya sejarah hidup beliau. Apabila Haiqal
bertanyakan lebih lanjut berkaitan
individu tersebut kepada
uminya, uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab
pertanyaan anaknya yang cuba untuk menyingkap identiti
individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori hidupnya
pada umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang walidnya
sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya
berasa sebak untuk menyatakan perkara tersebut di samping
memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya. Haiqal juga
turut sebak apabila melihat uminya menangis.
Silir Daksina Bab 2
Suasana petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai
Batu Buruk. Haiqal menikmati segelas teh tarik dan sepiring
keropok lekor di sebuah gerai yang menghadap ke pantai. Ketika
Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya, seorang gadis duduk
di hadapannya sambil tersenyum.
Haiqal begitu mengagumi gadis yang bernama Ratna itu.
Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi usahawan
yang berjaya. Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM, Ratna
tidak pernah berputus asa. Impian Ratna ialah ingin memiliki
restoran sendiri di bandar Kuala Terengganu. Dia juga senang
berkawan dengan Haiqal kerana Haiqal memberi semangat
kepadanya.
Haiqal
juga
sempat
menyembunyikan

NOVEL SILIR DAKSINA

kekecewaannya apabila gagal ditempatkan di institut pengajian


tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di tingkatan
enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati
manuskrip ayahnya sementara menunggu keputusan STPM.
Kemudian, Haiqal mengajak Ratna berjalan-jalan di pantai.
Mereka berjalan beriringan menuju ke arah pantai. Pantai itu telah
mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah ayahnya
bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan
ayahnya. Namun, Haiqal akan menemui jawapannya setelah
membaca manuskrip itu. Rupa-rupanya, uminya tidak mengetahui
manuskrip yang dikirimkan oleh seorang yang berbangsa cina,
Ong See Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa sama
dengan alamat yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di
Johor.
Silir Daksina Bab 3
Senaskhah Manuskrip Lama
(I)
Secangkir kopi o pekat menjadi penemanku untuk bersengkang mata
sehingga dinihari. Aku teringatkan anak kecil itu tadi. Aku tertarik hati
melihat dia mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih menari
dengan gembira. Apabila menyedari aku memerhatikannya, dia tersipu-sipu
dan dia segera berlari mendapatkan ayahnya. Keletahnya amat
menghiburkan aku.
Bunyi alat-alat muzik yang saling bertingkah enak untuk didengar. Irama
berentak jingcat, masri,melayu dan alip-alip yang silih berganti amat
mengasyikkan. Aku mengagumi rakan-rakan sebayaku yang gigih berlatih
menari zapin. Golongan vateran di kampungku amat bersungguh-sungguh
mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Aku akan datang ke balai
raya untuk belajar meskipun aku tidak mahir menari zapin. Selesai berlatih
zapin, kami akan duduk di warung Pak Dolah untuk bersembang-sembang.
Suatu malam sebelum aku pulang ke rumah , aku berborak-borak dengan
Tauke Lim . Tauke Lim sempat bergurau denganku membuatkan aku ketawa .
Aku terus memuji Ai Ling yang mempunyai bakat dalam tarian zapin . Aku
bercadangkan kepada Tauke Lim untuk membenarkan Ai Ling menyertai
kumpulan zapin kanak-kanak yang sedang aku asuh sekarang tetapi Ai Ling
seorang yang sangat pemalu .

NOVEL SILIR DAKSINA


Sebenarnya apabila teringat Ai Ling , aku akan teringat Aiman yang
seusia dengannya . Terubat rinduku terhadap Aiman Apabila melihat Ai Ling .
Ai Ling bukan sahaja periang malah manja .
Kopi yang telah ku bancuh tadi kini ku hirup. Mataku payah hendak lelap
sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang aku melaksanakan tugas,
bersembang dengan Tauke Lim atau menulis puisi atau cerpen. Ilham
adakalanya datang dan adakalanya tiada.
Aku melihat kearah rumah Tauke Lim . Tanah yang didiaminya
sebenarnya dibeli daripada arwah ayahku yang pada asalnya tanah itu
merupakan kebun getah yang terbiar . Suatu petang , Tauke Lim bertemu
dengan ayahku dan berbual-bual tentang kebun getah milik ayah . Sebelah
malamnya pula , ayah memberitahu ibu tentang kehadiran Tauke Lim ke
sini . Ayah juga bercerita tentang Tauke Lim sebelum dia ke kampung ini .
Hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah akrab. Dia akan membawa
keluarganya ke rumahku jika ada masa lapang dengan membawa buah
tangan. Tauke Lim amat rajin. Dia dan isterinya akan menoreh getah pada
sebelah pagi dan meronda untuk meraih hasil-hasil kampung untuk dijual
pada sebelah petang. Hasil kegigihannya,Tauke Lim dapat mengumpulkan
wang dan membeli setengah ekar kebun getah ayah untuk dijadikan tapak
rumah yang kekal sehingga hari ini.
Dalam diam , sudah hampir lapan belas tahun Tauke Lim menetap di desa
ini . Anak sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya
dan Ai Ching akan menduduki peperiksaan SPM . Tauke Lim betah tinggal di
desa ini kerana hidupnya sekeluarga seperti orang melayu . Arwah ayahku
amat menyayangi Ai Ling dan Ai Ching . Ayahku menganggap mereka seperti
cucu sendiri kerana merekalah tempat ayah menumpahkan kasih sejak emak
tiada . Aku teringatkan Aiman . Nostalgia itu terlalu menyentuh hatiku .
Pagi yang kelihatan pucat . Tauke Lim , Ai Ching dan Ai Ling datang ke
rumahku untuk memintaku menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan
memintaku membelikan bateri kereta . Aku menerima mereka dengan
senyuman . Anak-anak Tauke Lim bersekolah di sekolah kebangsaan kerana
Tauke Lim berpendapat bahawa sekolah melayu dan sekolah cina sama saja .
Perkara yang penting ialah mereka belajar dan rajin . Aku memulakan
perbualan dengan Ai Ling dengan mengajaknya menumpangku ke sekolah .
Ai Ling menolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkanku . Ai Ling
berjanji untuk meminta izin daripada ibu bapanya setelah aku cuba untuk
mendapatkan kebenaran untuk Ai Ling menumpangku ke sekolah .

NOVEL SILIR DAKSINA


Tiba di sekolah, Ai Ling berjalan agak pantas menuju ke bangunan kantin
setelah mengucapkan terima kasih kepadaku . Ingatanku terhadap Aiman
kembali menyerang . Jeritan loceng telah menyentap lamunanku . Aku
mengeluarkan barang-barangku dari perut kereta menuju ke bilik guru .
Hanya aku dan cikgu Tipah sahaja di dalam bilik guru itu cikgu tipah
menanda buku pelajarnya sambil membebel . Aku hanya mendengar dan
bercakap tentang pelajar-pelajar zaman sekarang . Ketika aku asyik
menyemak minit mesyuarat , cikgu Tipah bercakap tentang Ai Ling . Menurut
cikgu Tipah , Ai Ling berminat hendak belajar Pendidikan Agama Islam dan
lebih suka membaca buku kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh islam .
Bagiku, ini merupakan satu permulaan yang baik untuk aku mendekatinya .
(II)
Aku membantu Tauke Lim menukar bateri keretanya. Keadaan berlecak
di tempat letak kereta rumah Tauke Lim menyebabkan ketidakselesaan
ketika sedang menukar bateri kereta itu. Tauke Lim sendiri mahu membuat
rumah kereta supaya keadaan itu dapat dielakkan. Aku juga ada bergurau
dengan Tauke Lim supaya menukar kereta. Sifat jimat cermat yg ada pada
diri tauke lim membuatkan pada fikirannya ia hanya membazir kerana dia
tidak berjalan jauh.Selapas itu, Tauke Lim mengajak Aku utk ke pekan. Aku
terlihat senyuman Ai Ling semasa mengundurkan kereta namun senyuman
Aiman juga yg lebih manis berbanding senyuman Ai Ling. Sesampai mereka
di kedai mamak itu, mereka dapat melihat kedai itu sesak kerana kedai itu
berdekatan dengan kawasan perindustrian. Tauke Lim bertanya kepada Aku
tentang Aku yg mengajak Ai Ling tumpang menaiki keretanya utk ke sekolah.
Tauke Lim segan kerana keluarga Aku banyak membantu keluarganya. Aku
menyatakan kesunyiannya kerana tiada keluarga di sisi. Aku tidak mahu
suasana menjadi hiba lalu bertanya kepada Tauke Lim sama ada keluarganya
dapat menghadirkan diri mereka utk ke latihan zapin dan kompang kerana
Aku tidak dapat mengikutinya. Keluarga Tauke Lim semestinya
menghadirinya kerana mereka amat meminati seni kebudayaan.
(III)
Lagu selendang mak inang yg dimainkan oleh kumpulan zapin dpurnama
sememangnya mencuit perasaan . Beberapa org penduduk kmpg yg
menyaksikan latihan itu turut bertepuk tngn mengikut rentak lagu yg
dimainkan . Setelah dipujuk oleh tauke lim akhirnya aku juga turut menyertai
mereka menari bersama wak aruf , wak parmin , roslan dan ramli . Aku
sempat menjeling ke arah ai ling yang kelihatan ceria melihat aku menari .

NOVEL SILIR DAKSINA


Setelah selesai latihan , pak hj salam yg merupakan ketua kump zapin
dpurnama berjumpa dengan aku tauke lim dn bbrp rakan lain yang terlibat di
ats pentas . Pak hj salam memberitahu bahawa yb samsuri dan pegawai drps
yayasan wawasan negeri juga akn dtg ke kmpg mereka dua minggu lagi .
Jadi mereka perlu membuat persediaan yg rapi supaya semua berjln lancar
kerana rentak tarian zapin jincat ni akn dikaji dn diwartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Zapin ni juga akn dipersembahkan kepada
menteri besar pada bulan november . Mereka perlu buat yg terbaik kerana
ini sajalah peluang utk menghidupkan kumpulan dpurnama yg sudah lebih
20 tahun terkubur . Hj kemat memintaku untuk menyiapkan atur cara
pembersahan nnt dn begitu juga paluan kompang utk menyambut yb
samsuri dn pegawai drpd yayasan itu . Tauke lim pula ingin menanggung kos
perbelanjaan utk bhgian jamuan . Selepas bersurai , aku berbincang pula
dgn roslan , ramli dan abg bakir . Aku meminta cadangan drpd abg bakir utk
aturcara majlis . Abg bakir mencdgkn supaya diadakan persembahan puisi
sama ada drpd anak muridnya ataupun dari dia sendiri kerana bakat yg ada
tidak boleh disimpan . abg bakir memujuknya supaya tidak merajuk lagi .
Adakah aku merajuk ataupun sbnrnya aku tlh tenggelam.

(IV)
Aku melangkah pantas ke tempat letak kereta,akusudah terlewat kerana
berbincang dengan Cikgu Zanariah,guru bertanggngjawab untuk mengurus
pertandingan puisi.Aku lihat Ai Ling tergolong dalam senarai nama murid
yang memasuki pertandingan.Ketika itu,Ai Ling sedang menunggunya sambil
membaca buku puisi.Ai Ling suka berpuisi tapi dia takut untuk bertanding
kerana tidak pernah menyertainya sebelum ini .Aku menyarankannya untuk
belajar dia belajar denganku.Petang itu,Ai Ling datang ke rumahku bersama
Ai Ching.Aku meminta Ai Ling membaca sajak yang dipilih berulang kali
manakala Ai Ching membaca majalah yang berada di atas meja .Setelah
berpuas hati dengan kelancaran Ai Ling,aku menyuruh dia berdiri untuk
menguji pernafasannya.Aku mengingatkannya supaya tidak berputus asa
untuk melakukan perkara tersebut.Ai Ling berterima kasih denganku kerana
mengajarnye.Setelah itu,mereka pulang.
(V)
Kemenangan Ai Ling dalam mendeklamasikan sajak menjadi buah mulut
penduduk kampung.Tauke Lim telah belanja pelanggan di Warung Pak Dolah
asbab kemenangan anaknya.Tauke Lim juga mengucapkan terim kasih

NOVEL SILIR DAKSINA


kepadaku sebab mengajar Ai Ling.Ada segelintir penduduk kampung
bertanya kepadaku mengapa tidak meneruskan kebolehanku.Aku masih
tiada jawapan sehingga teringatkan kenangan manis ketika aku muda dahulu
dan mengingatkan kembali kepada Aiman.Hidupku seperti ayah yang
menjadikan Ai Ling sebagai tumpangan untuk mencurahkan kasih.
(VI)
Kampung Seri Purnama telah menjayakan persembahan zapin dihadapan YB
Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri.Paluan kompang bergema sebaik YB
Samsuri masuk.Yang membuat persembahan semua telah besedia.Majlis
bermula pada jam 9.30 malam,setelah bacaan doa,Ai Ling mendeklamasikan
sajaknya.Kemudian,persembahan zapin D'Purnama.Mereka telah melakukan
persembahan sebaiknya sehingga dapat peruntukan kewangan bagi
melengkapakan peralatan dan pakaian zapin.Majlis diakhiri dengan lagu
Gholiyabu.Kemudian penduduk kampung YB Samsuri dan Yayasan Warisan
Negeri menikmati juadah yang disediakan .Mereka semua berpuas hati
dengan majlis pada malam itu.Pihak tertentu juga sedang mencari jalan bagi
mendekatkan anak muda dengan kebudayaan untuk menjadi pelapis
mereka.

(VII)
Masa berlalu dengan pantas,Ai Ling sudah berusia 12 tahun.Kesihatan diriku
juga mengancam kegiatanku kerana terpaksa berulang-alik ke hospital.Namu
tetap kugagahkan juga tugasku,aku tidak mahu mereka melihat
kesakitanku.Pada suatu petang,aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke
pantai.Aku mengajak Ai Ling duduk di sebatang pokok kelapa yang tumbang
dan berbual dengannya tentang sejarah hidupku.Pelbagai perkara yang Ai
Ling tahu mengenaiku.Semua perkara yang berlaku dalam hidupku
membuatkan aku sedar bahawa kehidupan initidak ubah seperti merentas
samudera yang luas tetapi itulah hakikat yang harus ku telan.
(VIII)
Bagiku bulan Ogos merupakan yang menyesakkan kerana Kampung Seri
Purnama menjadi tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim
dan Program Berkampung dan berpuisi akan dilancarkan. Aku mengira orang
yang
sibuk
dalam
majlis
tersebut.Ai
Ling
juga
giat
berlatih
untukmemantapkan persembahannya.Petang itu,aku duduk di beranda
rumah sambil menyemak buku draf program.Suara alam sememangnya

NOVEL SILIR DAKSINA


indah,aku tidak tahu berapa lama lagi bisa mendengar nyanyian.Aku hanya
mampu berdoa untuk diberikan kekuatan.Ai Ling datang membawa makanan
kegemaranku .Ketika itu,aku sedang menulis manuskrip dan berjanji akan
menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya.Aku merasakan bahawa
saat-saat bersama Ai Ling sesuatu yang harus aku hargai.Kemudian,Ai Ling
bertanya kepadakuadakah aku sakit namun aku menafikannya.Ai Ling juga
bertanya kepadaku bila untuk membawa Aiman ke sini dan aku hanya
menjawab suatu hari nanti.Adakalanya aku kasihan kepada Ai Ling tetapi aku
berharap suatu hari nanti Ai Ling akan mengerti juga.
(IX)
Dua hari lagi majlis Sekampung Puisi akan dijalankan. Balai raya dicat
baharu. Pelbagai buku sastera dipamerkan di situ. Puisi yang akan dibacakan
juga dipaparkan. Gambar dan profil penulis karya sastera tersohor tanah air
juga dipamerkan. Pentas persembahan juga terhias indah. Semua pemduduk
kampung sibuk bergotong-royong bagi menjayakan majlis itu. Seandainya
program itu berhasil, Aksara yang pernah aku sebut dahulu pasti akan lahir
di sini. Dalam waktu yang singkat, aku dapat menyiapkan puisi tersebut.
Sebahagian maniskrip sempat aku taip dan aku simpan dalam sekeping
sampul surat besar. Sakit kepala yang menyerang terpaksa aku tahan.
Sebelum tidur, aku menunaikan solat sunat kerana tetasa Allah begitu
hampir denganku. Malam itu, aku merasakan keanehan dalam diriku.
Rinduku terhadap Aiman terlalu mendalam. Aku ambil potretnya lalu aku
tatapi dan aku dakapkan ke dada. "Aiman, ayah amat rindu Aiman.
Datanglah Aiman". Aku terus menangis.

Sinopsis Silir daksina 4


Haiqal mengelap air mata yang jatuh dipipinya.Hatinya sangat tersentuh
dan dia seolah-olah mendengar bisikan itu.Dia juga dapat merasakan
tempias hidup Abdullah bin Kayan yang sunyi dan terlalu memendam rasa
itu.Haiqal bertanya kepada dirinya perlukah dia ke sana.Namun dia juga

NOVEL SILIR DAKSINA


terfikir akan nasibnya jika dia ke sana kerana dia tidak mempunyai kenalan
di sana dan halangan terbesarnya ialah uminya.Haiqal segera menukar
pakaiannya dan mencapai kunci skuternya serat topi keledarnya.Umi dan
walid yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berasa hairan dengan
tindakannya itu.Umi bertanya kepada Haiqal ke mana tujuannya pada waktu
malam begini.Haiqal memberitahu uminya bahawa dia ingin pergi ke pantai
untuk bertemu Ratna di atas urusan penting yang ingin dibincangkan.Umi
berpesan kepada Haiqal supaya berhati-hati
Ratna kelihatan hairan dengan kedatangan Haiqal di gerainya pada malam
itu.Ratna mengambil pesanan daripada Haiqal sebelum datang membawa
numan yang dipesan oleh Haiqal dan dirinya.Ratna bertanya kepada
Haiqal,apakah masalah yang dihadapinya kerana mukanya tidak seceria
selalu.Haiqal menceritakan kepada Ratna tentang kandungan manuskrip itu
dan dia berasa bingung dengan aksara yang bakal lahir.Ratna
mencadangkan kepada Haiqal supaya bertanya kepada umi kerana hanya
umi yang mempunyai jawapannya.Haiqal kemudian menikmati makan
malamnya.
Ratna memberitahu Haiqal hasratnya untuk menutup kedai awal kerana
kehabisan bahan memasak.Haiqal sempat mengusik Ratna .Ratna tersipu
malu.Haiqal memberitahu Ratna bahawa dia tidak mahu membuat uminya
marah lagi.Ratna menasihati Haiqal supaya fikir masak-masak sebelum
membuat keputusan .Haiqal mengucapkan terima kasih sebelum pulang.
Sinopsis Silir Daksina 5
Bab 5 - rindu
Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat
terkilan apabila tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama
ayahnya.
Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang
timbul dalam mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri
Purnama tergambar di matanya dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal
amat kagum dengan kehebatan ayahnya. Baginya, ayahnya bukan calangcalang orang kerana kehebatannya dalam menari zapin dan memalu
kompang. Dia berasa rugi kerana tidak dapat hidup bersama ayahnya.
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya
mahukan dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah
yang menunjukkan kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.

NOVEL SILIR DAKSINA


Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk
berhadapan dengan uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan
sehinggakan dia benar-benar makan hati dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah
ayahnya buat kali terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya
langsung tidak memberikan ruang. Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat
merasai dakapan kasih sayang ayahnya walau hanya seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia
risau akan dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan
itu kepada uminya tetapi uminya pernah beritahunya bahawa dia akan
mengetahui semuanya setelah dewasa.

Anda mungkin juga menyukai