Anda di halaman 1dari 16

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan

kerana telah melindungi saya dalam proses membuat kerja kursus pendek Tamadun
Islam dan Tamadun Asia sehingga saya dapat menyiapkan kerja ini dengan jayanya.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja khusus ini.
Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak, sudah tentu saya tidak dapat
melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu En. Zaradi Bin Sudin yang telah banyak membimbing saya
dalam tugasan ini. Jutaan terima kasih buat beliau kerana telah banyak memberi
panduan dan teguran sepanjang menyiapkan kerja khusus ini. Saya akan
memanfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan dan pengalaman yang telah saya
dapat.
Tidak lupa juga penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
banyak memberi sumbangan dari segi mental dan kewangan. Tanpa sokongan padu
mereka, saya pasti sudah berputus asa dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu,
saya ingin berterima kasih kepada semua rakan yang telah banyak memberi
bantuan dan panduan sepanjang kerja khusus ini dilakukan. Ajaran dan teguran
yang berguna amatlah saya hargai dan amat bersyukur kerana mempunyai rakan
yang sangat membantu.

Pengenalan
Tamadun merupakan satu perkataan yang diambil daripada perkataan Arab
madana yang membawa maksud perbuatan pembukaan bandar atau kota dan
perbuatan memperhalus budi pekerti. Tamadun juga boleh didefinisikan dalam
banyak erti mengikut bahasa yang berbeza. Seperti bahasa Inggeris, perkataan
civilize yang juga membawa maksud tamadun bererti memperbaiki tingkah laku
yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut
keperluan masyarakat. Manakala perkataan tamadun daripada bahasa Greek, iaitu
kei membawa maksud terbentang atau terhampar atau sesuatu yang datang
kepada kita. Di sini, kita dapat lihat bahawa tamadun mempunyai pelbagai tafsiran
dan pengertian yang tersendiri.
Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), kita akan secara tidak
langsung mempelajari tentang tokoh-tokoh tamadun yang terdapat dalam tamadun
Asia dan tamadun Islam. Kita juga akan dapat menilai sumbangan tokoh-tokoh ini
dalam pembinaan tamadun dunia. Selain itu, kita juga dapat mempelajari apakah
sumbangan yang telah mereka lakukan dalam memperjuangkan negara kita
daripada dijajah oleh kuasa luar. Namun, bukan itu sahaja. Mereka juga banyak
memberi sumbangan kepada apa yang telah kita rasai dan alami sekarang, sebagai
contoh pemikiran, falsafah dan pendidikan yang kita dapat sekarang. Melalui
sumbangan tokoh-tokoh ini, kita dapat mengetahui sesuatu benda dengan lebih
mendalam dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Di samping itu, dengan mempelajari TITAS, kita dapat mengambil iktibar
daripada kekuatan dan kelemahan yang ada pada tokoh-tokoh yang dipelajari dan
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

1. Latar belakang Hamka dan Mahatma Gandhi


1.1. HAMKA (1908M-1981M)
Riwayat hidup dan latar belakang
Hamka merupakan salah seorang tokoh pujangga Islam yang sangat terkenal
di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Gelaran Hamka telah diambil daripada nama
penuh beliau iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau telah dilahirkan pada
tanggal 17 Februari 1908 Masihi bersamaan dengan 14 Muharram 1326 Hijrah.
Beliau telah dilahirkan di desa Tanah Sirah, Kabupaten Maninjau Sumatera Barat,
Indonesia. Hamka dilahirkan sebagai anak sulung daripada tujuh orang adik beradik
daripada hasil perkahwinan pasangan suami isteri Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah
dan Siti Safiyah. Keluarga beliau merupakan keluarga yang berlatar belakangkan
golongan yang kuat beragama. Bapanya, Syeikh Haji Abdul Karim yang juga dikenali
sebagai Haji Rasul merupakan pelopor Gerakan Islah di Minangkabau. Hamka
mengikut jejak langkah bapanya yang merupakan seorang ulama yang tersohor
pada awal abad ke-18 Masihi.
Hamka adalah seorang ulama yang sangat dihormati. Beliau telah mendapat
gelaran Buya yang diambil dari perkataan Arab Abuya atau Abi yang membawa
maksud ayah atau seorang yang sangat dihormati. Buya Hamka telah mendengar
perdebatan yag sengit mengenai kefahaman agama seawal umur 3 tahun. Hal ini
kerana bapanya sangat aktif dalam gerakan menentang ajaran Rabitah. Pada tahun
1918, Haji Rasul telah menubuhkan pondok pesantren di Padang Panjang yang
diberikan nama Sumatera Tawalib. Bermula dari saat penubuhan pesantren
tersebut, Buya Hamka telah menyaksikan sendiri segala usaha bapanya dalam
menyebarkan fahaman dan keyakinan yang betul tentang agama Islam. Pada akhir
tahun 1924, sewaktu Buya Hamka berusia 16 tahun, beliau telah berangkat ke
Tanah Jawa, Yogyakarta untuk mendalami ilmu tentang Pergerakan Islam Moden.
3

Buya Hamka mula mengenali perbezaan antara Pergerakan Politik Islam iaitu
Sarekat Islam Hindia Timur dan Gerakan Sosial Muhammadiyah.
Buya Hamka mempunyai satu hobi yang unik sejak beliau muda lagi iaitu
menyimpan tongkat. Tongkat tersebut merupakan hadiah yang diterimanya ketika
beliau merantau ke negeri-negeri lain. Oleh kerana beliau suka merantau, beliau
telah memiliki koleksi tongkat yang sangat banyak. Beliau juga suka
menghadiahkan tongkat-tongkat beliau kepada orang-orang tertentu sehingga
tongkat-tongkat peninggalannya menjadi 11 batang. Buya Hamka juga pernah
menerima hadiah tongkat daripada Bung Hatta, seorang Proklamator Kemerdekaan
selepas kematian Bung Hatta. Buya Hamka telah menunaikan umrahnya pada 17
Februari 1958, iaitu pada ketika usianya tepat 50 tahun. Beliau telah berdoa di
bawah lindungan Kaabah agar sisa hidupnya bermanfaat dan dapat meneruskan
cita-cita yang diwarisi dari bapanya. Hamka telah kembali ke rahmatullah pada 23
Julai 1981M bersamaan dengan 22 Ramadhan 1401H.

1.2

. MAHATMA GANDHI (1869M-1948M)

Sejarah hidup dan latar belakang


Mahatma Gandhi atau nama sebenar beliau Mohandas Karamchand Gandhi
merupakan seorang tokoh dunia yang sangat masyhur di seluruh pelosok dunia.
Beliau telah dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Porbandar, sebuah pekan kecil di
wilayah Gujarat hasil perkahwinan satu pasangan suami isteri, Karamshad dan
Putlibai. Mahatma Gandhi merupakan seorang pemimpin spritiual dan tokoh politik
yang hebat, setanding dengan nama panggilannya yang membawa maksud
berjiwa hebat. Nama sebenar beliau, Mohandas, membawa makna Krishna (tuhan
agama Hindu). Mahatma Gandhi merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik
beradik. Beliau dilahirkan dalam kasta Vaisyu, iaitu kasta ketiga mulia daripada
empat kasta masyarakat Hindu.
Sewaktu zaman kanak-kanaknya, Mahatma Gandhi merupakan seorang
budak biasa yang sangat pemalu dan sederhana. Beliau juga sering pulang awal ke
rumah selepas tamat sesi persekolahan untuk mengelakkan diri daripada berbual
dengan rakan-rakannya yang lain. Beliau sering bimbang jika beliau akan
diketawakan oleh orang lain. Mahatma Gandhi juga seorang pelajar yang pasif,
tidak gemar menyertai mana-mana sukan dan permainan. Ketika beliau berumur 13
tahun, beliau telah dikahwinkan dengan seorang gadis bernama Kasturba. Kasturba
merupakan seorang anak kepada pedagang di Porbandar. Mahatma Gandhi
langsung tidak tahu akan perkahwinan ini dan beliau sendiri baru pertama kali
berjumpa dengan isterinya ketika hari perkahwinannya. Walaupun begitu, Mahatma
Gandhi hidup bahagia bersama isterinya selama 62 tahun.
5

Seawal usia 19 tahun, Mahatma Gandhi telah dihantar ke London untuk


menuntut ilmu perundangan. Namun, kehidupannya di sana tidak menggembirakan
beliau. Beliau berasa sangat sunyi tanpa keluarga di sisinya. Gandhi telah berazam
untuk tidak berfoya-foya, menjauhi arak dan meneruskan amalan vegetariannya.
Hal ini menyebabkan beliau disisih oleh rakan-rakannya yang lain yang
membuatkan hidupnya menjadi lebih sepi. Setelah 32 bulan beliau menuntut ilmu
perundangan di sana, beliau telah lulus peperiksaan akhir Inner Temple Inn of Court.
Beliau telah dilantik untuk menjadi peguam di India pada tahun 1891. Namun
begitu, sifatnya pemalu yang masih lagi membelenggu beliau menyebabkan beliau
gagal untuk menjadi seorang peguam. Beliau akan menjadi gugup dan gementar
saat beliau bangun untuk berhujah. Akhirnya, firma guamannya gagal untuk
dipertahankan.
2. Nilai dan sifat terpuji Hamka dan Mahatma Gandhi
Buya Hamka merupakan seorang hamba yang sangat taat pada perintah
Allah S.W.T.. Beliau yang telah dilahirkan dalam keluarga yang taat pada agama.
Beliau selalu mengembara untuk menyampaikan dakwah. Pernah suatu ketika,
beliau terjatuh selepas selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Agung Al-Azhar.
Hal ini menyebabkan tulang di sekitar tumitnya patah. Beliau terpaksa
menggunakan kerusi sewaktu menyampaikan dakwah beliau. Walaupun begitu, ia
tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menyebarkan kefahaman tentang
agama Islam yang sebenar.
Hal ini juga dapat dilihat dalam diri Mahatma Gandhi. Beliau juga merupakan
seorang yang sangat taat dan patuh pada perintah agama Hindu. Ibunya, Putlibai
merupakan seorang yang sangat alim dan Mahatma Gandhi telah dipengaruhi oleh
ibunya untuk turut sama menjadi seorang yang alim dalam agamanya. Beliau tidak
pernah lupa berdoa ketika makan dan sering berpuasa. Gandhi juga sering
mengelakkan dirinya daripada memakan daging. Selain itu, ibunya juga
mengajarnya untuk tidak mementingkan kemewahan dan harta benda. Akhirnya,
Gandhi telah dilantik untuk menjadi pemimpin kerohanian di India.
Selain itu, Buya Hamka juga mempunyai semangat yang tinggi dalam
berdakwah. Buya sering mengembara dalam menyampaikan dakwahnya. Buya
pernah berdakwah hingga ke Negara Timur Tengah, Eropah dan Afrika. Pada 17
6

September 1975, Buya pernah menggunakan Surah Al-Mumtahanah ayat 7-9 untuk
menerangkan dasar toleransi agama kepada Presiden Suharto di Istana Negara.
Beliau juga pernah menjelajah ke Masjid Cordova seorang diri tanpa ditemani
sesiapa. Disebabkan Buya sering mengembara ke luar negara, seorang pegawai
imigresen di Pelabuhan Udara Halim Perdana Kusuma pernah menegur Buya dan
berkata Buya sudah tua masih jalan juga (Rusydi Hamka, 2002).
Berbeza dengan Mahatma Gandhi, beliau merantau bukan untuk
menyebarkan ajaran agamanya, sebaliknya beliau merantau ke negara orang demi
menyebarkan konsep yang dipegang oleh beliau iaitu konsep Satyagraha.
Satyagraha bermaksud menegakkan kebenaran bukan dengan menyebabkan
penderitaan pada pihak lawan tetapi sebaliknya menanggung penderitaan itu
sendiri. Kesedaran ini datang dalam diri beliau ketika beliau menjejakkan kaki ke
negara Afrika Selatan. Beliau melihat penindasan yang dilakukan oleh masyarakat
berkulit putih ke atas masyarakat India. Masyarakat India telah dibawa masuk untuk
melakukan tugas-tugas berat seperti bekerja di lading tebu. Kebanyakkan
masyarakat India hidup dalam keadaan daif dan papa. Mahatma Gandhi menjadi
ketua pemimpin di India dan menjadi sangat terkenal di Afrika Selatan.
Antara sifat terpuji lain yang ada dalam diri Buya Hamka ialah sifat beliau
yang sangat suka membantu orang yang berada dalam kesusahan. Pernah terjadi
satu peristiwa, seorang wanita yang bernama Farida telah berkahwin dengan
seorang pemuda mualaf yang bernama Tobing. Tobing yang merupakan seorang
pemuda yang beragama Kristian telah memeluk Islam ketika berkahwin dengan
Farida. Mereka telah menetap di Jakarta,negeri kelahiran Farida. Malangnya, pada
suatu hari, Tobing telah memaksa Farida dan anaknya berpindah ke Sumatera,
negeri asal Tobing dan telah dipaksa untuk menukar agam kepada agama lama
Tobing, Kristian. Tobing telah murtad dan memaksa Farida untuk turut sama
menukar agama namun Farida enggan. Farida telah melarikan diri ke Jakarta dan
telah meminta bantuan daripada Buya Hamka untuk memfailkan perceraiannya.
Setelah segala urusan perceraian selesai, Buya telah mempersilakan Farida untuk
terus menetap bersama anaknya-anaknya.
Mahatma Gandhi sebaliknya, sering menghabiskan masanya yang terluang
dengan memintal dan menenun. Menurut Gandhi, menggunakan roda pintal dan
7

kerja menenun di rumah boleh membantu memulihkan kembali ekonomi


kampungnya dan membasmi kemiskinan (Nicholson, 1997). Beliau berpendapat
bahawa tahap kemiskinan penduduk-penduduk kampung yang teruk disebabkan
oleh perusahaan kraf tangan kampung yang telah dihancurkan oleh penduduk
bandar dan kilang kain British. Sepanjang hayatnya, Gandhi telah menetapkan
kuota terhadap dirinya sendiri untuk memintal 200 ela benang setiap hari. Beliau
sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam semata-mata untuk memenuhi
kuota yang telah ditetapkan oleh dirinya sendiri. Hal ini secara tidak langsung
membuktikan Mahatma Gandhi seorang tokoh yang sangat menjaga kebajikan
masyarakat di kampungnya.

3. Sumbangan dan hasil karya


Hamka sangat terkenal dengan hasil karya ilmiahnya yang terbesar, Tafsir alAzhar. Buya Hamka telah mula menulis Tafsir al-Azhar ketika Buya telah ditangkap
dan dipenjarakan oleh Presiden Sukarno. Tafsir al-Azhar mempunyai 30 jilid
keseluruhannya. Buya telah berjaya menyiapkan kesemua jilid tafsir ini sebelum
Buya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tafsir ini ditulis khusus untuk
golongan belia di Alam Melayu yang tidak mampu untuk memahami bahasa Arab
tetapi sangat meminati untuk mendalami agama Islam. Selain itu, Buya juga pernah
menerbitkan sebuah karya bertajuk Sejarah Umat Islam pada tahun 1961. Karya ini
banyak berkisar tentang asal-usul bangsa, bahasa dan agama orang Melayu dari
zaman dahulu hinggalah kedatangan agama Hindu dan Buddha. Buku ini juga
merangkumi huraian tentang penyebaran agama Islam ke Alam Melayu, pengaruh

dan kesan agama Islam terhadap masyarakat Melayu, dan pertembungan yang
berlaku antara Islam dan penjajah Barat pada abad ke-16 dan abad ke-17.
Kebanyakkan hasil karya Buya Hamka telah digunakan di Indonesia,
Singapura dan Malaysia. Salah satu daripada novelnya yang terkenal dan telah
digunakan di Malaysia adalah novel yang bertajuk Di Bawah Lindungan Kaabah.
Novel ini telah ditulis pada tahun 1936 dan masih digunakan sehingga sekarang.
Dalam novel ini, Buya telah mengkritik tentang soal ketinggian darjat ataupun
status seseorang individu mahupun dalam hidup bermasyarakat. Buya mengkritik
tentang keangkuhan keluarga bangsawan jika martabat wanita melebihi seorang
lelaki. Islam mengajar bahawa semua orang berada pada tahap dan kedudukan
yang sama, tidak kira golongan bawahan mahupun golongan diraja. Perkara yang
dapat membezakan kedudukan seseorang individu di sisi Allah S.W.T. hanyalah
keimanan dan ketaqwaan seorang hamba kepada pencipta-Nya.
Sepanjang hayatnya, Buya Hamka telah menghasilkan sebanyak 118 buah
karya, bermula dari karya pertamanya Khatibul Ummah, Jilid I pada tahun 1925
sehinggalah ke akhir hayatnya. Ilham Buya untuk menulis dan mengarang boleh
datang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Buya pernah berkata kepada
sahabatnya Mengaranglah dulu dengan ilham. Tulis apa yang kau lihat, alami dan
rasakan, baru kemudian kau lengkapi dengan bacaan. (Rusydi Hamka, 2002)

Bagi Mahatma Gandhi pula, beliau telah mula menulis sejak berumur 12
tahun. Karya pertama beliau banyak berkisar tentang zaman kanak-kanaknya.
Beliau juga sedikit sebanyak telah menceritakan kisah keluarganya dalam hasil
karya pertamanya. Selain itu, beliau juga telah menyelitkan kisah perkahwinannya
bersama isterinya, Kasturibai dan juga adat perkahwinan dalam masyarakat Hindu.
Berlainan dengan Hamka, Gandhi banyak menghasilkan karya yang berkisar
tentang kesedaran dalam memperjuangkan hak dan kebenaran yang patut dituntut
oleh rakyat yang tertindas, khususnya masyarakat India di negara mereka sendiri
dan juga masyarakat India di Afrika Selatan.

Karyanya yang bertajuk An Autobiography: The Story of My Experiments with


Truth adalah salah satu karyanya yang amat terkenal. Karya ini banyak
memfokuskan tentang perjuangan beliau untuk menggunakan kaedah lemah
lembut dan berhemah ketika menentang keganasan. Beliau mengajar golongan
yang tertindas untuk berusaha merapatkan hubungan sesama mereka melalui
perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati. Selain itu, beliau juga telah
menceritakan tentang dirinya yang hanyalah insan biasa namun mempunyai citacita dan matlamat yang tinggi. Beliau juga telah menceritakan tentang kisah
ayahnya yang hanya hidup dalam kesederhanaan dan tidak mementingkan harta
benda. Sejak kecil Gandhi telah diajar oleh ayahnya untuk sentiasa hidup dalam
kesederhanaan. Mengamalkan segala yang telah dipelajari oleh ayahnya, Mahatma
Gandhi hidup dalam kesederhanaan dengan hanya memakai dhoti dan hidup hanya
dengan memakan sayur-sayuran. Buku ini sedikit sebanyak telah mengajar
seseorang untuk hidup tanpa mementingkan harta benda dan kekayaan.
Antara karya lain yang telah ditulis oleh Mahatma Gandhi ialah Satyagraha
In South Africa. Buku ini telah ditulis untuk menyuarakan rasa tidak puas hati beliau
terhadap pemerintahan Inggeris di Afrika Selatan. Menerusi karya beliau yang ini
juga, beliau telah mengkritik dasar diskriminasi yang berlaku di Afrika Selatan.
Selain itu, beliau juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk To The Women,
Ghandi Series. Gandhi telah mengetengahkan hal berkaitan hak wanita yang
sepatutnya diberi setanding dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan. Pada
pandangan beliau, kaum wanita seharusnya keluar dari kepompong sistem
tradisional dan bersama-sama menuntut hak mereka dalam bidang politik dan
ekonomi bersama-sama kaum lelaki.

Hamka telah banyak menyumbangkan pemikirannya dalam bidang


keagamaan. Beliau telah dilantik untuk menjadi penasihat pimpinan Pusat
Muhammadiyah pada tahun 1950 dan telah memegang jawatan ini sehingga ke
akhir hayat beliau. Pelantikan Hamka sebagai penasihat pimpinan Pusat
Muhammadiyah ini telah membuktikan bahawa Hamka adalah seorang anggota
organisasi Muhammadiyah yang sangat aktif. Sepanjang penglibatan beliau dalam
10

organisasi Muhammadiyah, beliau telah banyak memberi sumbangan seperti


mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah di Padang Panjang. Beliau
juga telah beberapa kali memangku jawatan sebagai pemimpin Muhammadiyah,
antaranya ialah Majlis Konsul Muhammadiyah di Sumatera Tengah pada tahun 1934,
pemimpin Muhammadiyah Sumatera Timur pada tahun 1942, dan anggota
pemimpin pusat Muhammadiyah pada tahun 1953. Sebagai menghargai jasa beliau,
nama Hamka telah diabadikan sebagai nama pusat pengajian tinggi kepunyaan
Muhammadiyah di Jakarta iaitu Universiti Hamka.
Di samping itu, Hamka juga telah mewarisi sifat reformis daripada ayahnya.
Beliau telah menentang sekerasnya amalan khurafat, tahyul dan bidaah yang boleh
mensyirikkan Allah S.W.T.. Buya Hamka telah menghasilkan sebuah buku yang
bertajuk Merantau Ke Deli (1940M) untuk mengkritik amalan adat-adat masyarakat
Melayu yang mengandungi amalan tahyul dan khurafat. Sebagai contoh, beliau
telah mengkritik amalan campur tangan kaum keluarga dalam kehidupan berumah
tangga sehingga menyebabkan berlakunya penceraian yang telah diamalkan oleh
masyarakat Minangkabau. Amalan takliq, iaitu amalan menerima sesuatu ajaran
secara membuta tuli juga telah ditegah oleh Hamka. Dalam usaha beliau untuk
menolak amalan takliq, beliau telah menganjurkan penggunaan akal dalam
memahami agama. Beliau juga telah dikenali sebagai seorang mujaddid kerana
sumbangannya yang banyak terhadap kemajuan dan dakwah agama Islam.
Pada usia muda, Hamka turut serta berjuang untuk mempertahankan negara
beliau, Indonesia daripada jatuh semula ke tangan Belanda. Beliau banyak
membantu perjuangan ini melalui penyampaian pidato dan juga dengan menyertai
kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Buya Hamka telah dilantik menjadi ketua
Barisan Pertahanan Nasional Indonesia pada tahun 1947. Selain itu, Buya juga telah
menganggotai Konstituante Masyumi (Parti Majlis Syura Muslimin) dan seterusnya
menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1955.

Mahatma Gandhi, sebaliknya, lebih banyak memberi sumbangan dalam halhal hak kesamarataan dan juga perjuangan Satyagraha. Perubahan pertama yang
11

telah beliau perjuangkan adalah penghapusan sistem kasta. Gandhi telah


menjelajah ke seluruh negara India untuk memahami situasi sebenar di India.
Setelah itu, beliau melibatkan diri beliau dalam bidang politik bagi merealisasikan
perjuangan beliau. Ghandi telah memperjuangkan hak-hak golongan untouchable.
Golongan untouchable adalah golongan paling rendah dalam sistem kasta. Mereka
dilayan secara buruk dan bekerja hanya sebagai pembersih jalan, petani,
mengangkat najis dan sebagainya. Golongan ini telah didiskriminasikan dan hanya
dibenarkan untuk tinggal di kawasan yang kotor dan tidak dibenarkan untuk bergaul
dengan golongan India yang lain. Usaha beliau untuk menghapuskan sistem kasta
ini telah menyebabkan beliau mendapat pelbagai kritikan dan kebencian oleh
golongan atas dalam sistem kasta. Namun, berkat usahanya, akhirnya misi beliau
untuk menghapuskan sistem kasta telah berjaya dan masyarakat di India dapat
disatupadukan.
Gandhi juga pernah beberapa kali ditangkap dan dipenjarakan ketika
penjajah British menguasai India. Beliau telah dipenjarakan kerana beliau telah
mengetuai kempen membantah cukai garam pada tahun 1930. Pada ketika ini,
ramai masyarakat India mengambil garam dari laut dan menghasilkannya sendiri.
Penangkapan kali kedua berlaku pada tahun 1942, ketika Gandhi mengkritik dasardasar penjajah dan tidak mahu memberi kerjasama kepada kerajaan British selagi
mereka tidak memberi jaminan kemerdekaan kepada India. Sepanjang beliau
ditangkap, Gandhi telah berpuasa dan akhirnya beliau telah dibebaskan. Kerajaan
British bersetuju untuk memberi jaminan kemerdekaan India dengan syarat Parti
Kongres berbaik semula dengan Liga Islam.
Negara India akhirnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1947 dan telah
dipecahkan menjadi dua negara iaitu India dan Pakistan. Walaupun begitu, orang
Islam dan penganut Hindu masih lagi belum menghentikan pergaduhan mereka.
Gandhi berasa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Akhirnya beliau telah
melakukan mogok tidak mahu makan walau sedikit pun selagi penganut Hindu dan
Islam tidak berbaik-baik. Gandhi sanggup mati kelaparan daripada melihat mereka
bergaduh sehingga berlakunya pertumpahan darah. Melihat akan perkara ini,
mereka akhirnya bersetuju untuk berdamai antara satu sama lain. Besarnya jasa
dan sumbangan Gandhi untuk mencapai keamanan sehingga sanggup
mengorbankan dirinya sendiri.
12

4. Kesimpulan
Daripada penghasilan kerja khusus pendek TITAS, dapatlah disimpulkan
bahawa Hamka dan Mahatma Gandhi telah banyak memberi sumbangan mereka
dalam tamadun dunia yang ada sekarang. Hasil kajian dan penat lelah mereka
dalam mencari dan mencurahkan ilmu ternyata sangat berguna dari zaman
dahulu hingga sekarang. Jika mereka tiada, tamadun dunia sekarang mungkin
akan menjadi huru-hara. Akan lahirlah insan dan masyarakat yang hidup dalam
keadaan yang tidak beradab.
Selain itu, sumbangan yang telah dilakukan oleh mereka secara tidak
langsung telah memberi kesan kepada keamanan dunia yang kita kecapi
sekarang. Jika bukan dengan pertolongan Mahatma Gandhi yang menyatukan
penganut agama Hindu dan Islam, mungkin hingga sekarang penganut agama
Hindu dan Islam masih lagi berbalah sesama sendiri sehingga akan berlakunya
pertumpahan darah. Jika bukan dengan usaha Gandhi untuk menghapuskan
sistem kasta, kaum India mungkin masih lagi mempunyai golongan yang
tertindas.
Kesimpulannya, sumbangan dan jasa tokoh-tokoh tamadun Islam dan
tamadun Asia haruslah disanjung tinggi dan diberi penghargaan. Kesusahan
yang telah mereka alami telah membawa kesenangan dalam hidup kita
sekarang.

5. Refleksi

13

Sepanjang penghasilan kerja khusus ini, saya telah banyak mendapat


pengajaran dan motivasi untuk diri saya sendiri. Menyelami latar belakang
Hamka dan Mahatma Gandhi, saya berasa sangat bersyukur dengan kehidupan
yang saya lalui sekarang. Saya dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan
untuk memberi saya hampir semua benda, tetapi tidak bagi Hamka dan Mahatma
Gandhi. Kedua-dua tokoh ini hidup dalam penuh kekurangan tetapi mereka tidak
pernah merungut dengan apa yang mereka miliki, sebaliknya Mahatma Gandhi
lebih suka untuk hidup dalam kesederhanaan. Ini adalah salah satu sikap yang
patut saya contohi sepanjang kehidupan saya.
Selain itu, semangat yang jitu yang ada dalam diri kedua-dua tokoh hebat ini
juga patut disanjung dan dicontohi. Semangat mereka dalam menyebarkan
fahaman dan pemikiran mereka walau apa pun dugaan dan cabaran yang datang
tidak pernah luntur. Mereka tetap berjuang sehingga matlamat dan misi mereka
tercapai. Daripada nilai murni ini, saya sedar bahawa saya seharusnya
meneruskan perjuangan saya dalam mencapai matlamat dan misi saya sebagai
seorang pelajar. Saya perlu hadapi semua dugaan dan cabaran yang datang
ketika bergelar sebagai seorang pelajar dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
Kegagalan yang dialami sekali bukan bermaksud gagal buat selama-lamanya.
Mahatma Gandhi yang pernah gagal untuk mempertahankan firma guaman
beliau tidak pernah menganggap bahawa pekerjaannya sudah musnah.
Sebaliknya, beliau telah menggunakan kelebihan yang beliau ada untuk
melibatkan diri beliau dalam bidang politik. Contoh ini boleh diaplikasikan dalam
proses menuntut ilmu. Saya perlu sedar bahawa kegagalan yang pernah saya
alami bukanlah peluntur semangat sebaliknya ia patut dijadikan pembakar
semangat untuk terus gigih dalam melakukan sesuatu.
Di samping itu, saya juga seharusnya mencontohi sikap Hamka yang sangat
taat pada agama Islam. Walaupun usia Hamka sudah tua, dengan keadaan
fizikalnya yang memerluka beliau menggunakan tongkat,beliau masih
menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia. Saya seharusnya lebih
mendekatkan diri saya dengan Allah S.W.T. dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hal duniawi dan ukhrawi seharusnya
diseimbangkan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan fizikal
14

saya yang masih sempurna, saya tidak mempunyai alasan untuk tidak
menunaikan ibadah saya kepada Allah S.W.T..
Rujukan
Buku
Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Dr. Raudhah Ali,
Mohd Hilmi Rozali, Mahdi Shuid. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Tenggara (TITAS). Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nicholson, M. (1997). Tokoh-Tokoh Dunia Mahatma Gandhi. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haji Rusydi Hamka. (2002). Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu:
Menatap Peribadi dan Martabatnya. Shah Alam: Pustaka Dini.
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Pemikiran Etika Hamka. Cheras: Utusan
Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Internet
Mahatma Gandhi. Biography. (n.d.). Retrieved from
http://www.biography.com/people/mahatma-gandhi-9305898
History politics: Mahatma Gandhi. (2011). Retrieved August 19, 2013, Retrieved
from http://www.sscnet.ucla.edu/southasia/History/Gandhi/gandhi.html
Biodata Prof. Dr. Hamka. (2011). Retrieved August 20, 2013, Retrieved from
http://www.puisitera.com/2011/09/biodata-prof-dr-hamka.html
Jurnal
Zulkifli Mohd Yusof, & Abdul Hafiz Abdullah. (2013). Pemimpin Menurut Pandangan
Hamka. Retrieved from
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/4892/02Kepimpinan
%20Menurut%20Pandangan%20HAMKA%20Abdul%20Hafiz.pdf

15

Muhammad Uthman El-Muhammady. (2004). Beberapa Aspek Dari Pemikiran


Hamka Tentang Pendidikan. Retrieved from
http://www.oocities.org/traditionalislam/Pemikiran_Hamka.htm

ISI KANDUNGAN

Bil
1
2
3

Perkara
Penghargaan
Pengenalan
Latar Belakang Tokoh
i.
ii.

4
5
6
7
8
9

HAMKA
Mahatma Gandhi

Sifat dan Nilai Terpuji Tokoh


Sumbangan dan Hasil Karya
Kesimpulan
Refleksi
Rujukan
Lampiran

Muka surat
1
2
3-4
5
6-7
8-11
12
13
14
15-18

16

Anda mungkin juga menyukai