Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR

RASUL S.A.W

menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam


terhadap junjungan besar rasulullah s.a.w

Pembuka Bicara

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak


(sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih
mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan
manusia umumnya.




.

.
Assalamualaikum...WBT

Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami nabi


Muhammad s.a.w sebagai hamba, Nabi dan Rasul mu yang
ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda.
Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan
sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau
sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam mu dan sebanyak
yang dirangkum oleh kitab suci mu..Amin Ya Rabbal alamin

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan


maulidur rasul peringkat kolej tahun 1434 H, 2013 masihi.

Ceramah maulidur rasul

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,


Sifat terpuji junjungan rasulullah,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
wassatiah tonggak kesatuan ummah

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang
diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Warga dewan yang dirahmati sekelian,

Protokol
1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita ..............
3. Yang di hormati En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua
PIBG Sekolah
4. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn
Zaidah Binti Danial
5. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen
Bin Sapiei
6. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
7. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
8. Para pelajar yang di rahmati sekelian
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur
ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu
dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan
akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk
kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan
Gemilang SMV Juasseh bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013
bersamaan dengan 1434 hijrah.
Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan
Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan
kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan
menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat
perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras
dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1434 Hijrah;
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
Bacaan doa
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita
bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon
keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz
Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan
******************Bacaan Doa*****
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih
kepada Ustz Hasbullah Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.
Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,
Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi
memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan
besar rasullullah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum
bahawa rasullullah s.a.w merupakan pemimpin yang agung
yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman.
Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat

Majlis maulidur rasul 1433 H di bawah tema wassatiah


tonggak kesatuan ummah diteruskan lagi dengan
mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita.
Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar
mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di
sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Ustaz ...............
untuk menyampaikan ceramahnya ...dipersilakan
..................................................................ceramah................
................................................
NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
JADI IKTIBAR PADA SEMUA
Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh
dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di
sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai
umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Al-fadzil Ustaz .
Pemberian cenderamata
Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk
memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi
menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat
sekolah tahun 1432 H ini.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang
berusaha Timbalan pengarah sokongan akademik Pn Zaidah
Binti Danial, untuk menjemput dan mengiringi yang
berbahagia Tuan Pengarah Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil
ustaz ...................... untuk menerima cenderamata
penghargaan dipersilakan
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha
Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan
cenderamata itu tadi.
PENUTUP

Limau purut berbuah sarat


Dipetik datuk di simpan di para
Makanan terhidang tanda isyarat
Isyarat untuk menjamu selera
Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian
Acara majlis sambutan maulidur rasul berhenti seketika.
Majlis akan diteruskan lagi jam daripada sekarang. Untuk
itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang
berbahagia pengetua cemerlang puan norasikin binti md
shazilli dan seterusnya menjemput dan mengiringi Yang
dimuliakan tuan penceramah kita dan semua para tetamu
untuk meninggalkan majlis. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai