Buku Panduan Guru ini mengandungi nota-nota bagi setiap genre yang terkandung
dalam teks Kesusasteraan Melayu.
1. Novel
i.
Naratif Ogonshoto
Senarai Genre
1
1. Novel NaratifOgonshoto
PUISI MODEN
1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti)
2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)
3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh)
4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar)
5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali)
6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin)
7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman)
8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman)
9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib)
10. Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain)
11. Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said)
12. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai)
13. Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi)
14. Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S)
15. Pancang Kenangan (Khadijah Hashim)
16. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar)
17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra)
18. Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari)
19. Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob)
20. Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin)
21. Ranting (Hilmi Rindu)
22. Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly)
23. Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman)
24. Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat)
25. Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.)
26. Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri)
CERPEN
1. OOOOOOOOOOO (Shahnon Ahmad)
2. Rindu Seorang Rafiq (Nisah Hj. Haron)
3. Res Judicata (Aidil Khalid)
4. Namun Itulah Hakikatnya (Nazel Hashim Mohamad)
5. Air Mata Dalang (Rahimidin Zahari)
6. Profesor Sufi (A.Rahmad)
7. Gulai Sembilang untuk Abah (Fauziah Mohd. Ismail)
8. Kami Akan Mati, Lin (Serojatheavy Balakrishnan)
9. Perspektif (NF Abdul Manaf)
10. Bukit Emas (Mufidah Hanum Yusuf)
DRAMA
2
1. Anna (Kemala)
2. Mat Piah dan Mr. Blackway (Mahizan Husain)
PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)
2. Pantun Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
3. Nilai Insan )Pantun Enam Kerat)
4. Seloka Boros dan Jimat
5. Seloka Kehilangan Adat Melayu
6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
7. Gurindam 12 (Fasal 2 dan 5)
8. Gurindam Beberapa Petua Hidup
9. Syair Seratus Siti
10. Syair Bidasari
PROSA TRADISONAL
1. Raden Puspa Kencana
2. Hang Tuah di Utus ke Siam
3. Hikayat Parang Puting
PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sekolah menengah diperkenalkan bertujuan
untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati,
menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera
Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah memantapkan cita rasa sastera
dalam kalangan masyarakat.
Buku Panduan Guru Kesusasteraan Mealyu disediakan sebagai bahan rujukan untuk
membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku ini mengandungi nota-nota
bagi setiap genre sastera yang terkandung dalam teks baru Kesusasteraan Melayu
yang akan diguna pakai bermula tahun 2015.
Teks Kesusasteraan Melayu yang baru ini adalah untuk menggantikan teks yang telah
digunakan di sekolah sejak tahun 2010 hingga 2014. Bermula pada tahun 2015 jumlah
genre dalam teks Kesusasteraan Melayu telah dikurangkan daripada 106 genre kepada
3
52 genre sahaja.
dengan
perkembangan
pendidikan
masyarakat
global.
Jumlah
genre
yang
berkurangan ini diharapkan akan dapat menarik lebih banyak murid yang akan
mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan
pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam penghasilan Buku Panduan Guru
ini. Buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang
mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak
kementerian.
vi.
vii.
untuk
memperkembang
dan
merupakan
dokumen
iringan
yang
memperincikan
SP.
HSP
yang
dicapai
aktiviti/teknik/sumber/nota
melalui
kemahiran
berbahasa
yang
merupakan
maklumat
dan
cadangan
tambahan
yang
NOVEL
(Anwar Ridhwan)
SINOPSIS
Prolog: Kawai Maru
Watak tidak bernama (kami) telah bekerja dengan Tuan Kawai sebagai kelasi di kapal
yang bernama Kawai Maru. Kapal Kawai Maru merupakan sebuah kapal lengkap milik
Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Kini dia sudah
menjadi kaya raya. Tuan Kawai seorang yang mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang dunia laut dan isinya. Dia selalu meluahkan rasa malunya kerana
Jepun harus mengimport ikan dari Amerika, China, Thailand, Rusia dan malah sejauh
dari India dan Chile. Baginya, Kawai Maru adalah sebahagian daripada jawapan. Lebih
daripada tiga juta tan ikan laut dalam didaratkan di Jepun setiap tahun. Kawai Maru
mesti merebut sebahagian besar rezeki. Melalui sistem telekomunikasi dan pasaran
yang canggih, Kawai Maru dikunjungi kapal-kapal yang lebih kecil setiap minggu.
Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru dijual terus di perairan antarabangsa.
Ikan merah dan tuna menarik perhatian ramai dan terdapat di perairan Ogonshoto.
Watak tidak bernama (kami) berasa harian apabila Kawai Maru mendarat di Ogonshoto
yang merupakan kepulauan yang dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun. Di perairan
Ogonshoto, kerap berlaku gelombang besar walau bagaimanapun Tuan Kawai tidak
serik ke situ kerana Ogonshoto merupakan lubuk ikan luar biasa banyaknya di Pasifik.
Dengan itu kami telah berkali-kali ke Ogonshoto dan mendarat sambil mendapatkan
hiburan panas di hotel-hotel Tatanamu. Kami bukan sahaja bergaul dengan rakyatnya
malah berkongsi cerita-cerita lain selain daripada cerita kehidupan laut. Setiap kali tidur
kami teringat kisah yang telah dikutip berkali-kali dan disusun sehingga lengkap cerita
tersebut sehingga menjadi lebih jelas selepas peristiwa Tsunami yang dahsyat.
Di
pulau asing itulah kami bertemu dengan nakhoda dan para pengikutnya dari Ogonshoto
yang mencari daratan baru. Semua kisah ini dibawa oleh kami sepanjang pelayaran
dengan Kawai Maru.
Bab 1 - Kolonial
9
Kisah pertama bermula dengan cerita presiden. Pesiden berasal daripada keluarga
miskin, dikatakan anak haram ketika berusia tujuh tahun. Dia tertarik dengan kapal
besar yang dimiliki oleh orang Eropah dan belayar mengikuti kapal milik nakhoda
Eropah. Presiden merupakan anak kecil Malagana (ibu negeri Ogonshoto) yang pintar
menjadi anak angkat kepada nakhoda kapal tersebut. Dia diberi pendidikan sehingga
ke universiti. Setelah lebih dua puluh tahun di tanah Eropah, dia menghabiskan masa
bersama-sama rakannya dalam sebuah kapal dan mereka telah karam hingga sampai
ke persisiran negaranya dan dengan pertolongan orang ramai dia telah berjumpa
dengan ibunya .
Dia mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Eropah dan menyertai parti politik
paling popular di Ogonshoto yang didokong pihak polis, tentera dan karyawan umum.
Setelah tiga tahun berada dalam kancah politik, dia dilantik sebagai timbalan presiden.
Enam bulan selepas perlantikan itu, presiden mati dalam tidurnya dan kemudiannya dia
ditabalkan sebagai presiden baru. Presiden baru agak tegas dalam pentadbirannya.
Baginya setiap tentangan mesti dihapuskan seawal mungkin dengan apa cara
sekalipun. Ancaman pertama presiden ialah mahasiswa. Tindakan segera diambil
konsep asrama universiti, tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan
kolektif segera, dihapuskan serta-merta. Orang-orang presiden semakin mengerti akan
falsafah serta pemikiran presiden yang terdidik di sebuah negara demokrasi sekali gus
negara kapitalis Eropah. Oleh sebab itulah Presiden diberi gelaran yang tidak baik
Belut Selat Morauka kerana tubuhnya yang licin dan licik. Dewa Badak kerana tidak
pernah berasa kenyang, Monyet Hitam kerana perangainya yang kejam, dan
Kolonial kerana berlagak sebagai seorang pegawai colonial.
Bab 2 - Jeneral
10
Jeneral baru bersara daripada angkatan bersenjata. Kisah pertempuran dan kejayaan
di beberapa Pulau Pasifik ketika perang dahulu, masih diingat oleh penduduk
Ogonshoto terutama generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Dia memilih untuk tinggal di
Ture selepas bersara. Peristiwa beberapa ekor paus biru dilihat buat pertama kalinya di
laut Selat Gareva setelah tidak muncul selama empat tahun dianggap petanda baik
untuk dia dan isterinya tinggal di Ture. Konflik berlaku di Ture
pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncak wakil telah
mengatur
Bab ini berkisar kepada anak angkat presiden yang suka membidik tupai kerawak
jantan. Pemuda ini kemudian ditembak oleh presiden. Manakala tentera presiden juga
telah memotong lidah pemuda itu sekerat dan kedua-dua pergelangan tangannya
dikerat. Dalam kesakitan pemuda tersebut mencari bantuan. Akhirnya dia dibantu oleh
resi yang bertapa di hutan itu.
Bab 6 - Pentafsir
Bab ini mengisahkan pentafsiran arahan presiden yang melibatkan seorang pentafsir
tua, seorang resi muda, dan seorang pegawai presiden. Pentafsiran yang dianggap
salah oleh presiden, menimbulkan kemarahannya. Pentafsir dari Tatamanu akhirnya
meninggal dunia, sepasang matanya tetap terbuka memandang ke arah laut. Dia salah
mentafsir ayat si pentafsir tua bahawa tua akan tiba dari laut menuju ke pantai.
Bab 7- Jari
Seorang guru yang mempertaruh nasib dirinya kerana cuba mengkritik pemerintah. Dia
berjanji akan memotong jari manisnya sekiranya makalah kritikannya terhadap
pemerintah diterbitkan dan tidak mendatangkan masalah kepada diri dan keluarganya.
Ternyata pada peringkat awal tidak ada apa-apa yang berlaku, lantas dipotong jarinya
itu namun selepas sekian lama, dia dan keluarganya menerima hukuman. Dia harus
keluar dari Tatamanu dan saudaranya diturunkan pangkat dan harus berpindah. Guru
itu juga telah mempertaruhkan nasibnya buat kali kedua. Tiga syarikat dari Turki, Jepun
dan Jerman dikatakan akan ke pedalaman Kuri untuk menutuh hutan untuk dijadikan
padang golf. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di situ dan guru itu juga
kerana kesannya mengakibatkan
menghadapi masalah sekiranya musim kemarau melanda. Guru itu yakin bahawa
projek itu akan dibatalkan dan pedalaman Kuri tidak akan menjadi padang golf kerana
risiko besar terpaksa ditanggung oleh penduduk sekiranya projek itu diteruskan. Namun
keputusan presiden di luar jangkaan. Padang golf bertaraf antarabangsa tetap didirikan
di kawasan tersebut. Guru itu sekali lagi menunaikan janjinya.
12
Kesimpulannya
cerita
ini
berkisarkan
kepada
kelakuan
seorang
guru
yang
mempertaruhkan jarinya ketika dia sangsi sama ada keinginannya akan tercapai atau
tidak. Hal inilah yang mengorbankan jari-jarinya.
Bab 8 - Kamera
Bab ini mengisahkan seorang pemuda yang terpilih ke Tokyo mewakili Ogonshoto di
bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Beliau berjaya mencipta sebuah kamera
yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan
jenayah.
Dia tidak sangka dirinya terpilih kerana tiga sebab, ada beberapa orang penyelidik
muda lain yang berbakat di Tatamanu. Dia pula berasal dari Runakita, kota
pembangkang dan lebih buruk lagi abang tuanya dahulu merupakan seorang aktivis
hak asasi manusia yang menghilangkan diri sampai sekarang. Justeru, pemilihannya
sangat memeranjatkan. Dalam tempoh empat bulan di Tokyo yang sekarang seolaholah dua minggu sudah berakhir. Wang baki elaun pemerintah yang telah diberikan
padanya sangat lumayan dan dia telah ke Bandar Elektrik Akihabara untuk membeli
beberapa barangan untuk kamera eksperimental itu, sebuah kamera hitam, perakam
suara saiz mini, dan beberapa barang lagi. Setelah sampai di Tatamanu dia telah
membeli akhbar untuk mengetahui berita semasa di tanah airnya. Sedang dia
membelek-belek akhbar matanya terpandang satu iklan yang aneh. Iklan itu
memuatkan foto seorang lelaki tua bekas komandan tentera, juga permohonan
maafnya yang sangat umum dengan meminta maaf kepada semua rakyat sepanjang
perkhidmatannya sebagai Angkatan Bersenjata Republik Ogonshoto. Menurut pemandu
teksi, komandan itu telah sakit teruk dan meracau, anak-anaknya pula tidak seorang
pun mahu menjaganya. Hanya isterinya yang tua dan lumpuh menjaganya. Pemuda itu
telah segera ke rumah komandan itu dan mendengar perbualan komandan bersamasama seorang lelaki yang tegap. Menurut komandan tersebut dia sangat menyesali
segala dosa-dosa lampaunya dan telah membunuh orang atas arahan Presiden.
Komadan tersebut akhirnya dihantar ke hospital tentera bagi mengelakkan segala
rahsia antara dia dan presiden dibocorkan. Melalui kamera pemuda tersebut, dia dapat
melihat bagaimana abang tuanya telah dibunuh oleh komandan tersebut. Kameranya
13
merupakan satu teknologi yang membolehkan kita memanggil semula peristiwa masa
lampau dengan merakamkan visual serta suaranya. Pergerakan serta perbuatan
manusia yang dilakukan secara terang atau bersembunyi.
Melalui kamera
eksperimental itu, pemuda tersebut ingin membawa berita kematian abangnya ke muka
pengadilan. Belum pun sempat pemuda itu ingin mengambil salinan laporannya, dia
akhirnya ditahan oleh seorang tentera dan terus menggarinya kerana didakwa
menggunakan kamera yang belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto.
Komandan juga telah mati setelah melihat gambar-gambar yang dihantar oleh pemuda
tersebut. Pemuda itu dilepaskan namun kematian abangnya belum mendapat
pengadilan.
Bab 9 - Bahtera
Mengisahkan seorang nakhoda di Ogonshoto membina sebuah bahtera besar yang
akan digunakan untuk menyelamatkan penduduk Ogonshoto kerana telah diramal
bahawa kawasan tersebut akan menghadapi bencana alam.
Lelaki berumur akhir lima puluhan dan merupakan bakal nakhoda bahtera itu berdiri
dan membiarkan angin agak kencang memukulnya hingga baju longgarnya yang
berwarna jingga berkibar bagai gada-gada. Ketika dia sedang melihat laut tiba-tiba dia
ternampak seekor penyu gergasi. Kejadian itu diceritakan kepada sekumpulan lelaki di
warung, tetapi mereka tidak mempercayainya malahan mengejeknya. Menurut seorang
lelaki dia tidak percaya mengenai berita itu namun pernah mendengar berita bahawa
hanya penyu raksasa dapat merasakan gelisah perut bumi yang akan menggegar jadi
gempa. Nahkoda merancang membina bahtera di atas bantuan orang ramai, bahtera
siap mengikut perancangan. Jadi, penyu raksasa itu beredar jauh dan dalam tidak
diketahui arah tujuannya. Angin kencang mula melanda, penduduk Ogonshoto mula
mendaftar diri sebelum dibenarkan menaiki bahtera. Penduduk yang dahulunya sering
mengejeknya kerana membina bahtera dan ceritanya tentang penyu gergasi telah mula
mempercayainya. Dia semakin ramai pengikut, namun dia ditentang oleh anak lelakinya
dan tidak mempercayai bahawa akan berlaku gempa yang besar. Kerja-kerja
pembinaan bahtera giat dilakukan walaupun ditentang oleh anaknya sendiri. Anak lelaki
nakhoda akhirnya berjaya dipujuk dan bersama-sama menaiki bahtera itu. Gelombang
14
besar akhirnya melanda namun mereka semua selamat di dalam bahtera sehingga
berjumpa daratan.
Epilog
Apabila kapal Kawai Maru berlabuh di perairan pulau kami bertemu dengan bahtera
dari Ogonshoto. Nahkoda dan penumpang bercerita peristiwa Tsunami dan kisah-kisah
itulah kami bawa sebagai naratif yang disampaikan dari bibir ke bibir. Peristiwa itu telah
berlaku berpuluh-puluh tahun sehingga aku sendiri telah berusia 80 tahun dan telah
meninggalkan Kawai Maru. Aku menghabiskan sisa-sisa hidupku di rumah orang-orang
tua daerah Kita Tokyo. Aku masih mengingati kampung halamanku di Malaya.
TEMA
Tema merupakan persoalan utama yang diungkapkan dalam sesebuah karya sama ada
secara langsung ataupun tidak. Novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
bertemakan kemasyarakatan seperti kepincangan dalam kepimpinan dari segi
kehidupan sosial, ekonomi dan politik serta pembangunan terhadap kepulauan
Ogonshoto yang diterajui oleh Presiden.
PERSOALAN
Persoalan merupakan perkara sampingan yang mempunyai hubungannya dengan
tema. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Antaranya adalah:
Keruntuhan Moral dalam Penggunaan Kekuasaan
Manusia sanggup melakukan apa sahaja. Nilai-nilai kemanusiaan sudah tidak ada lagi.
Contohnya dalam bab Mainan.
Tentera Presiden pula memotong lidah dan kedua-dua pergelangan tangan anak angkat
Presiden. Dalam bab Jeneral. Konflik berlaku di Ture,
pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncaknya jeneral
15
acara
memuja
semangat
rumah,
dia
turut
Ridhwan.
Contohnya
Kapal
Kawai
Maru
dilengkapi
dengan
sistem
telekomunikasi dan pasaran yang canggih. Lantaran itu, Kawai Maru dikunjungi kapalkapal yang lebih kecil setiap minggu. Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru
dijual terus di perairan antarabangsa. Selain itu, Kawai Maru mempunyai komputer
yang menyambung pandangan mata satelit. Isyarat mata satelit itulah yang dapat
mengesan ikan-ikan di perairan tertentu. Selain itu dapat dikesan dalam bab Kamera.
Seorang pemuda yang mengikuti program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, bukan
sahaja telah berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa
lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah.
16
Melalui program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, seorang pemuda berjaya
mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh
membongkar perbuatan jenayah.
Dalam satu peristiwa yang lain dapat dilihat ciptaan yang hidup. Seorang resi muda
berjaya mencipta ikan-ikan daripada tanah liat yang bewarna-warni. Ikan-ikan tersebut
kelihatan realistik.
Pembangunan yang Mengorbankan Alam Sekitar
Pembangunan akan dilaksanakan jika memberi keuntungan kepada negara tanpa
mengambil kira implikasi daripada pembangunan tersebut. Contohnya dapat dikesan
dalam bab jari. Pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa dijangka memberi
keuntungan kepada negara. Projek ini diluluskan oleh presiden walaupun memberi
kesan kepada kawasan tadahan hujan.
Kebebasan Media dalam Kalangan Masyarakat
Pihak pemerintah masih mengawal kebebasan media. Hukuman dikenakan kepada
sesiapa sahaja yang berani mencabar kepimpinan sebuah negara. Contohnya dalam
bab Jari. Bukan sahaja guru itu terpaksa bertukar tempat kerja malah saudarasaudaranya juga. Ada yang ditukarkan tempat kerja dan ada juga yang diturunkan
jawatan. Hal ini berlaku kerana guru itu menghantar kepada akhbar makalah kritikan
kepada pemerintah.
Penyelewengan dalam Kepimpinan
i.
Dalam novel Naratif Ogonshoto dapat dikesan ciri-ciri pemimpin yang tidak mendekati
jiwa rakyat. Hal ini dapat dilihat melalui pengakuan Presiden sendiri seperti:
Di lapangan terbang, Presiden dari Afrika itu sebelum berlepas pulang sempat
berkata, Saya kagum bahawa Bapak Presiden amat dihormati oleh anggota
Dewan Kepresidenan dan rakyat Ogonshoto.
Menentang mata rakan sejawatannya, Presiden membalas dengan ungkapan
yang pernah dilontarkan Caligula. Mereka tidak menghormati saya. Mereka
takut kepada saya.
17
ii.
merupakan
salah
satu
faktor
kanak-kanak
di
Ogonshoto
tidak
dia sudah berjaya dan dihormati oleh masyarakat. Ini membuktikan dia masih lagi tahu
asal usulnya dan tidak lupa diri. Hal ini dapat dilihat seperti dalam petikan di bawah:
Dia lelaki yang sempurna, yang sedari kecil kecil kepintarannya telah
dikesan seorang nakhoda Eropah. Di tanah asing itu dia menjadi kesayangan
keluarga nakhoda, dikagumi dan dihormati oleh rakan siswa dan gurunya.
Kajian-kajiannya yang memihak pada keselamatan awam dan demokrasi
mendapat sanjungan pensyarah dan profesornya. Apa lagi? Dia pulang
sebagai lelaki gagah, berhadapan dengan seorang perempuan tua yang agak
hodoh berkeriputan, hatta tetap dipeluk lututnya demi rasa hormat seorang
anak yang tahu asal-usulnya.
19
PUISI
MODEN
20
Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi
fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi
darah daging generasi muda.
Rangkap 2
Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda
kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif.
Rangkap 3
Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda
generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi
muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan
harapan kepada generasi muda semakin musnah.
Tema
Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.
Persoalan
1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh
budaya yang mementingkan keseronokan.
2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia
luar..
3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah
mempengaruhi generasi muda masa kini.
Seorang Tua di Kaki Tamadun
(Fadh Razy)
Maksud
Rangkap 1
21
sajak
ini
ialah
kemasyarakatan.Pembangunan
yang
dijalankan
telah
mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak
memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai
pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah
itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.
Rangkap 2
Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat
perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang
dihadapi.
Rangkap 3
Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan
seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.
Rangkap 4
Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara
Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa
hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.
Tema
Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara
Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah
banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang
pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.
Persoalan
1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan
Contoh:
aku harap ingatanmu masih
luas untuk menakung sejarah
yang kaukuasai dengan darah dan helah
2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat
Contoh:
sekarang kau harus berkata
3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa
24
Contoh:
Menterjemah Bahasa
(Abd. Rahim Omar)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar
ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan
penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan.
Rangkap 2
Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya
hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu
dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa.
25
Rangkap 3
Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri
bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana.
Rangkap 4
Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah.
Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada
kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan
negara bangsa.
Tema
Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan
pelbagai bangsa dan budaya.
2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban
bangsa.
3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan
terus berkembang
26
Tema
Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersamasama memajukan dan membangunkan negara.
Persoalan
1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi
kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.
2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan
hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi
untuk saling mengenal dan memahami.
3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara
melalui satu bahasa.
4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah
negara yang mempunyai pelbagai bangsa.
5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta.
6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di
bawah satu negara.
7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam
menangani sesuatu perkara.
8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan
negara.
28
mencabar
sesiapa
sahaja
yang
berani
mencemarkan/menimbulkan
berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku.
Rangkap 3
Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus
mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka
sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih
sayang yang suci dan murni.
Tema
Bertemakan
semangat
patriotik
dan
sentiasa
bersemangat
dan
bersedia
Persoalan
1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan
tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara.
mereka
yang
menimbulkan
ketegangan
dan
konflik
Menentang
dalam
negara
2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa
nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa
menentang penjajah yang datang silihberganti.
Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang
tua yang hampir meninggal dunia.
Rangkap 2
Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia
menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk
menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut.
Rangkap 3
Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana
kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya.
Rangkap 4
Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di
hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi
daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah.
Rangkap 5
Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya.
Rangkap 6
Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang
menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah
bersedia untuk kembali kepada Penciptanya)
Tema
Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang
hidup akan berakhir dengan kematian.
Persoalan
32
33
34
Rangkap 3
Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam
dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah.
Rangkap 4
Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai
impiannya sebagai penulis/karyawan.
Rangkap 5
Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta
peranannya dalam masyarakat.
Rangkap 6
Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan
budaya nenek moyang.
Tema
Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi
kehidupan.
Persoalan
1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup
Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan
2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran
Contoh:
Contoh:
Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan
sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.
Tema
Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap
utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak
terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi.
Persoalan
1. Kematian orang yang tersayang penyajak menerima kematian ibunya walaupun
dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut.
2. Kesepian menjalani kehidupan penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya
dan sentiasa terkenangkan ibunya.
3. Kesabaran menjalani kehidupan ibu penyajak merupakan seorang yang
penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan
penyajak.
Kata Bukit Kepada Jentolak
(Mohd Faizal Said)
Maksud
Rangkap 1
Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah
berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan.
Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan
deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.
Rangkap 2
Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.
Rangkap 3
38
Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan
sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh.
Rangkap 4
Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.
Tema
Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin
kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia.
Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.
Persoalan
1. Kuasa wang Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih
mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam.
2. Peristiwa bersejarah Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah
berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak.
3. Kemusnahan alam sekitar Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut
keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh
menyebabkan kejadian tanah runtuh.
39
1.
2.
3.
4.
41
42
Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan
mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin
ada yang menghadapi pelbagai masalah.
Rangkap 5
Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian
masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai
dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.
Tema
Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup
berkongsi masalah bersama-sama.
Persoalan
1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya.
2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang
tersembunyi di sebaliknya.
3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk
mengkhianati sahabat atau kawan.
43
sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari
tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada
pandangan mata.
Tema
Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk
bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada
penghujung.
44
Persoalan
1. Berbuat jasa Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira
manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan.
2. Kesetiaan dalam perhubungan Perhubungan manusia dengan matahari sangat
rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun
jasadnya sudah tidak kelihatan lagi.
3. Kesyukuran Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh
kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.
Pancang Kenangan
(Khadijah Hashim)
Maksud
45
Rangkap 1
Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak
menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang
kemusnahan alam akibat proses pembangunan.
Rangkap 2
Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa
kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka
terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi
pembangunan.
Rangkap 3
Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar
suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan
kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah
tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu
menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan
sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku.
Tema
Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.
Persoalan
1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan.
2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar.
3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang
bersifat negatif.
4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus.
Kolek Bonda
(Aminah Mokhtar)
Maksud
46
Rangkap 1
Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari
tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan
sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah
pulang nanti.
Rangkap 2
Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua
berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan
maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini
telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama.
Rangkap 3
Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda
apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya.
Dia dengan penuh hemah
meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang
tinggi.
Rangkap 4
Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya)
memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan
penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan
mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia.
Rangkap 5
Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya.
Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan
jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang
hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi
dunia.
Rangkap 6
Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek
bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua
47
kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda.
(menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia)
Tema
Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan
berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi
contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan
memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi.
Persoalan
1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda
dalam mencorak wawasan negara.
2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi
dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam.
3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam
mempertahankan kelestarian budaya bangsa.
4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi
muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh
menjejaskan kelestarian budaya warisan.
5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara
serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/
perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut.
6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi.
7. Mengotakan apa yang dikata.
8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan
kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat
9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang,
mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik
Kuntum Rahsia dari Taman Takdir
(WB. Rendra)
Maksud
48
Rangkap 1
Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk
kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam
kehidupan.
memerlukan
kesabaran. Akhirnya,
kesabaran
itu
akan
membina
sebuah
kebahagiaan.
Tema
Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan
perlu disemai dengan kesetiaan.
Persoalan
1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan.
Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia
2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian.
sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa
3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan
Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa
Aku Tidak Berani Berjanji
(Rosli K. Matari)
Maksud
49
Rangkap 1
Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang
difikirkannya.
Rangkap 2
Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau
pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut.
Rangkap 3
Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba
menggugat dirinya.
Rangkap 4
Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding
ancaman daripada orang lain.
Rangkap 5
Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan
begitu sahaja.
Rangkap 6
Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah
kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura.
Rangkap 7
Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras
namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya.
Rangkap 8
Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin.
Rangkap 9
Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya.
50
Tema
Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita
membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak
hatinya.
Persoalan
1. Jati diri seorang pemimpin.
4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak
mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya.
Contoh:
Rangkap 3
Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya
sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya.
Rangkap 4
Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan
terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya
berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya.
Rangkap 5
Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu
dimakbulkan.
Tema
Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman
yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam
mengubah kehidupan.
Keyakinan dalam
segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita.
Persoalan
1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik
(sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan.
Contoh:Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu
pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya.
Contoh :Kupahat cengal menjadi perahu
53
yang
54
55
menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi
yang mulia.
Rangkap 6
Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa
untuk seluruh umat manusia
Tema
Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut
mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga
bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha
pencipta untuk seluruh umat manusia.
Persoalan
1. Kasih sayang seorang wanita Wanita digambarkan sebagai insan yang
mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah.
2. Kesetiaan kaum wanita Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu
keistimewaan yang dimiliki oleh wanita.
3. Wanita adalah anugerah Tuhan Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak
adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.
56
Ranting
(Hilmi Rindu)
Maksud
Rangkap 1
Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh
peranan individu atau organisasi.
Rangkap 2
Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan
sumbangan individu atau organisasi tertentu yang
mengharapkan balasan.
Rangkap 3
Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak
menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu
dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan
perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu
yang membantu.
Rangkap 4
Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan
tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap
yang
Rangkap 5
Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi
kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selamalamanya.
Tema
Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi
dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang
lain.
Persoalan
1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas
sumbangan orang lain atau pihak tertentu.
2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.
58
Rangkap 2
Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa
sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan
sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.
Rangkap 3
Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan
keindahan alam semula jadi.
Rangkap 4
Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar
disekeliling begitu mesra dengannya.
59
Rangkap 5
Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula
jadi yang terdapat di gunung legenda ini.
Tema
Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia.
Persoalan
1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan.
2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat.
3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada
orang ramai.
4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada
masyarakat.
60
menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun
menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar
ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya
yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa.
Rangkap 5
61
Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana
dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya
sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang
tidak ternilaikan itu.
Tema
Bertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya
yang begitu
tabah dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga
dekad dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu
ampuh seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang
berikutan serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti
dan membalas budi ibunya selama ini.
Persoalan
1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan
penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana
kehidupan manusia.
Meragut
kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin.
Contoh : -
Contoh :-
Contoh:-
Sesudah glaukoma
pada usia delapan puluh
kamu diterpa ahmar pula
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
Sesudah glaukoma
pada usia delapan puluh
62
3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera
yang berfungsi
Contoh:-
Contoh:-
4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu
berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka.
5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai
beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang
ditanggung.
menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih
63
Contoh:-
kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang
Contoh:-
Contoh:-
64
Rangkap 2
Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah
yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah
yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang
teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti
nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki.
Rangkap 3
Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup
mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu.
Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan
masayrakat yang hidup dalam kesusahan.
Rangkap 4
65
Rangkap 5
Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang
dialami selama-lamanya.
Tema
Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan
dalam mencari rezeki.
Persoalan
1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.
2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat.
3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan
untuk mencari rezeki.
4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.
66
lahirnya para
cendekiawan/ilmuan negara.
Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka
hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang.
Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita
menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus.
Rangkap 2
Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi
yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan
pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di
pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya.
Rangkap 3
Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/
ukhwah atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan
mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih
67
kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik
serta unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini.
Rangkap 4
Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat
pengiktirafan tertinggi dunia
terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau
berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya
dipelihara untuk
Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut.
Tema
Menghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus
lestari dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban
dan kemajuan zaman.
Persoalan
1. Alam sekitar :
Para intelektual, ahli korporat, golongan
melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.
Contoh:Mari kita jabat tangan transformasi
Membingkis salam segar atas nama bestari
Di landskap indah universiti berkualiti
Kerana di sini lahirnya graduan berjaya
Di menara gading yang tersohor dan ternama.
2. Jati diri dan moral
68
dinikmati bukan sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain.
Contoh:Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya
Segulung ijazah dari universiti ternama
Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita
Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita
Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang
Laung gunung berapi pernah mengutus salam
Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang
Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan.
3. Wawasan Negara
Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu
mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat
pembangunan negara.
Contoh:Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan
Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam
Apalah maknanya kemajuan
Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam
Apalah maknanya perubahan
Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan
4. Khazanah warisan negara harus dipelihara
Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia
akan
mengakibat
bencana
alam
yang
boleh/telah/akan
mengakibatkan
Sikap dan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang
murni. Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek
moyang. Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh
melekakan namun kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat
membentuk iman yang kuat dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan
berjaya mendepani dugaan dan cabaran.
Rangkap 3
Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa.
Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan
kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.
Tema
Bertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya
ke jalan yang benar.
Persoalan
1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia.
2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan nafsu
yang boleh membawa kepada keburukan.
3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi oleh
pengaruh dari luar.
4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya setiap
masyarakat mempunyai hati yang murni.
71
CERPEN
72
00000000000
(Shahnon Ahmad)
Sinopsis
Mengisahkan dua orang sahabat artis iaitu Aku, seorang pelukis dan Daiman Kreko,
seorang sasterawan yang cuba menterjemahkan hasil seni mereka terhadap seorang
lagi artis lain iaitu Dol, seorang penyanyi rock daripada kumpulan Mad Dog. Dol
dijadikan model dalam permainan mereka. Aku cuba menggambarkan Dol dalam
bentuk lukisan, manakala Daiman Kreko pula cuba menggambarkan Dol dalam bentuk
penulisan. Mereka bertiga memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran
yang dimiliki, namun Dol didapati oleh Aku dan Daiman Kreko tidak memiliki apa-apa
73
nilai yang hendak dibanggakan. Dol hanya menjadi kegilaan kepada peminatpeminatnya yang kagum dengan penampilan dan gaya yang dibawa oleh Dol.
Sungguhpun Dol memiliki peminat yang begitu ramai dan dipuja terutamanya daripada
golongan muda-mudi, namun Aku dan Daiman Kreko tidak menemukan apa-apa
kelebihan yang ada pada Dol, melainkan kepalsuan nilai yang dibuat-buat.
Tema
Cerpen ini bertemakan jati diri manusia yang lemah. Hal ini dapat dilihat melalui
analogi pengarang terhadap perwatakan watak Dol yang digilai oleh jutaan peminat
kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan Barat padahal langsung
tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat. Di sini berlakunya pertembungan
nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja terhadap penilaian ke atas
seseorang artis.
Persoalan
i.
ii.
iii.
Hal ini boleh dilihat melalui pemerian pengarang melalui contoh gaya rambut,
kain lilit kepala, pemakaian subang, pengenaan rantai leher, pemakaian baju
singlet yang busuk dan koyak, seluar sutera ketat yang koyak dan bertampal
serta pengenaan kasut bot tebal pembalak.
Contoh 1: Rambut
Peminat dan pemuja Dol memang banyak, terdiri daripada anak-anak muda
belasan tahun dan mereka sukakan Dol, tetapi kerana
rambutnya yang
Manusia yang tidak ada nilai hidup malah hidup dalam kekosongan.
Contoh: Dol sebenarnya sedang bertelanjang. Dia tidak ada makna apa-apa
pun baik yang tersurat, baik yang tersirat, walaupun peminatnya yang berjuta75
juta jumlahnya kerana peminat itu pun berada dalam kosong, kosong, kosong,
kosong, dan 00000000000 juga.
v.
Sinopsis
Aku diselubungi rasa lega dan sedikit terkesima apabila mengetahui misteri Rosa
menyepikan diri selama tiga bulan hanya disebabkan Pedra Branca. Selama itulah,
perasaan Aku, seorang wartawan dari Malaysia agak berkecamuk dan diburu
pertanyaan demi pertanyaan sejak sahabat karibnya Rosa, seorang warganegara
Singapura yang gagal dihubungi melalui panggilan telefon, surat mahupun e-mel sejak
berlaku percanggahan pendapat antara mereka tentang Pedra Branca atau Pulau Batu
Putih yang menjadi pertikaian antara negara mereka berdua.
Bagi Aku, Rosa merupakan sahabat sejati, seorang rafik bagi dirinya. Sejak penyepian
Rosa, Aku terasa sangat kehilangan kerana Rosalah yang menceriakan dan
menjadikan kehidupannya amat bermakna. Aku sanggup mengambil peluang di
sebalik tugasan mendapatkan skop berita tentang Pulau Batu Putih di Singapura
dengan mencari Rosa di apartmennya, namun semuanya hampa. Aku teringat akan
pertemuan
pertama
mereka
apabila
mereka
masing-masing
mempertahankan
76
ketegasan Rosa, terselit sifat dirinya yang amat sensitif. Hati Aku makin merindui
rafiknya itu.
Aku ditugaskan ke The Hague, Belanda mengikuti delegasi dari Wisma Putra. Pada
17 Disember, kes tuntutan bertindih Malaysia dan Indonesia ke atas pulau-pulau
Sipadan dan Ligitan akan diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di
sana. Pada hari tersebut, ICJ memberikan hak kedaulatan Sipadan dan Ligitan kepada
Malaysia. Aku yang membuat liputan berita tersebut berbaur rasa antara gembira dan
duka kerana baginya, apalah erti sebuah kegembiraan apabila tiada rafiknya di sisi
untuk berkongsi kegembiraan itu.
Aku pulang ke hotel empat bintangnya, terus menghidupkan laptop dan memeriksa
kotak e-mel. Rupa-rupanya ada e-mel daripada Rosa yang dinanti-nantikan beritanya
sekian lama. Segala-galanya terjawab apabila Rosa menjelaskan penyepiannya selama
ini. Sejak perbincangan hangat mereka tentang Pedra Branca, Rosa menyedari bahawa
dia menaruh perasaan cinta kepada Aku dan tidak tahu cara untuk terus menjadi rafik
kepada Aku seperti dahulu. Aku sendiri terkeliru akan perasaannya kini terhadap
Rosa. Yang pasti, Aku menjadi rindu pada seorang rafik!
Tema
Ikatan persahabatan yang utuh sehingga menimbulkan kerinduan apabila sahabat karib
menyepikan diri.
Contohnya.
Aku terasa kehilangan Rosa yang dianggap sebagai rafik atau sahabat sejati sejak
Rosa menyepikan diri selama tiga bulan tanpa membalas e-mel, surat dan panggilan
telafon daripada Aku sejak terjadinya percanggahan pendapat antara mereka tentang
Pedra Branca atau Pulau Batu Putih.
Persoalan
1. Persoalan semangat patriotisme yang menebal dalam diri.
77
berputus asa
mengutuskan e-mel, surat dan panggilan telefon, malah pergi mencari Rosa di
apartmentnya di Singapura bagi mengetahui sebab-sebab ketiadaan khabar berita
daripada Rosa.
6. Konflik melanda diri akibat perasaan yang berkecamuk.
Rosa menyepikan diri daripada Aku kerana dia menaruh perasaan melebihi
perasaan seorang sahabat karib atau rafik dan
berhadapan dengan Aku
78
RES JUDICATA
(Aidil Khalid)
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang peguam yang memfailkan writ saman ke atas
Syarikat Kereta Api dan Tren Negara (KTN). Menurut peguam ini, KTN perlu disaman
kerana syarikat ini gagal menepati kontrak antara penyedia perkhidmatan dengan
pelanggannya. Tindakannya itu mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak. Bagi
orang biasa, tindakannya itu adalah di luar jangkaan mereka kerana saman yang
dikenakan berjumlah jutaan ringgit.
yang lebih terperinci berdasarkan analisis mereka terhadap isu. Walau bagaimanapun,
peguam ini akan mendapat penghakiman yang sewajarnya daripada Tuan Hakim
apabila kesnya diadili di mahkamah.
TEMA
Tema cerpen ini adalah usaha seorang peguam untuk mendapatkan keadilan yang
difikirkan sesuai untuk dirinya dan masyarakat.
telah menyaman KTN kerana koc syarikat pengangkutan tersebut yang dinaikinya telah
terlambat tiba daripada yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan dia terlepas
penerbangan dan seterusnya terlepas peluang menghadiri mesyuarat berkaitan sebuah
kontrak bernilai 27 juta ringgit di Indonesia.
PERSOALAN
1. Kepentingan menepati masa.
Contohnya, KTN disaman kerana koc miliknya gagal sampai ke destinasi pada
masa yang ditetapkan.
2. Ketidakefisienan dalam perkhidmatan.
Contohnya, KTN dianggap tidak efisien apabila keluh kesah daripada pelbagai
pihak tentang perkhidmatan mereka tidak diendahkan dan tiada penambahbaikan
dalam perkhidmatan yang disediakan.
3. Mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti.
79
80
Cerpen ini mengisahkan tentang masyarakat kampung yang menggelar Pak Mid
sebagai orang gila kerana membersihkan satu bahagian tanahnya semata-mata untuk
menanam pokok-pokok hutan.
mengamalkan cara hidup lama nampaknya jauh ketinggalan daripada orang yang
memilih untuk hidup moden.
Pak Mid telah dipandang tinggi oleh orang kampung. Mereka melantiknya sebagai
ketua kampung dan dicalonkan sebagai imam masjid kampung itu. Pak Mid menerima
pelantikan tersebut dengan hati yang terbuka dan bertekad untuk menjalankan amanah
yang diberikan kepadanya dengan penuh tanggungjawab.
disisihkan sebaliknya dia dilantik sebagai bilal masjid.
sebagai setiausaha lembaga masjid.
Tema
Tema cerpen
ini
ialah
kegigihan
seorang
tua
merealisasikan
hasrat
tanpa
penduduk kampung perlu melalui batas sawah sejauh tiga kilometer dan berjalan
kaki empat kilometer lagi untuk ke sekolah, sumber air datang dari sungai, telaga
dan air hujan yang ditakung manakala sumber cahaya pada waktu malam
datangnya daripada pelita dan lampu gasolin.
6. Pembangunan
di
kawasan
kampung,
contohnya,
kerajaan
menghantar
82
Sinopsis
Pak Yasok ialah penggiat seni wayang kulit.
mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-anaknya iaitu
Sauki, Sulida dan Naemah.
penting.
minyak di Miri, Sarawak dan Naemah menjadi doktor di Hospital Kulim, Kedah.
Faezah, isteri Sauki, melarang Pak Yasok meneruskan kerjayanya sebagai dalang dan
menganggapnya bertentangan dengan agama Islam. Pak Yasok marah dan berasa
kecewa dengan teguran itu. Semenjak itu, Faezah tidak balik ke rumah Pak Yasok lagi.
Nora, seorang penuntut universiti datang ke rumah Pak Yasok kerana ingin belajar
menjadi dalang wayang kulit. Dalam masa tiga bulan, Nora berjaya menguasai ilmu
83
pendalangan Pak Yasok. Akhirnya Pak Yasok mengadakan majlis untuk menyerahkan
panggung wayangnya kepada Nora. Semua anak cucunya diminta hadir dalam majlis
tersebut.
Tema
Pengekalan warisan tradisi iaitu kesenian wayang kulit.
Persoalan
1. Kecintaan terhadap seni warisan wayang kulit.
Contoh:
Pak Yasok telah melibatkan dirinya dengan wayang kulit sejak
usianya muda.
2. Punca pendapatan sebagai Tok Dalang.
Contoh: Pak Yasok dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-anaknya
hasil pendapatan daripada persembahan wayang kulit.
3. Pergolakan dalam keluarga.
Contoh: Faezah tidak memahami dan menyokong pekerjaan Pak Yasok sebagai
dalang wayang kulit yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham antara
mereka.
4. Tanggungjawab anak kepada ibu bapa.
Contoh: Sauki dan anak-anaknya tetap pulang menziarahi Pak Yasok walaupun
tanpa isterinya.
84
PROFESOR SUFI
(A. Rahmad)
Sinopsis
Seorang Profesor universiti membuat keputusan untuk pergi ke bandar Barus yang kini
dikenali sebagai Kota Sibolga. Walaupun bandar Barus tidak sesibuk New York, Kota
Paris atau London tetapi baginya Barus adalah sebuah bandar istimewa, bandar
kosmopolitan dari segi fikiran dan kejiwaan. Barus atau Kota Sibolga yang juga terkenal
sebagai dataran sufi kerana terdapat ramai tokoh-tokoh sufi besar di sana. Hakikat
itulah yang menjadi penyebab utama meruntun hati Profesor untuk ke sana. Dia ingin
memastikan adakah Barus merupakan tempat terbaik untuk dia menuntut ilmu tasawuf
dan mendekatkan diri dengan Tuhan, belajar tentang kebesaran Tuhan melalui daya
fikir dan kesan keinsafan kepada dirinya.
Sampai di Barus, dia terus mendaftar masuk
Kemudian
Supir dapat membantu dia mencari tempat pengajian tasawuf yang terbaik di bandar
itu.
Tetapi dia kecewa kerana Pak Supir tidak dapat membantunya malah tidak
85
mengenali langsung nama-nama ulama besar yang disebutnya. Selepas makan tengah
hari bersama Pak Supir, Profesor kembali ke hotel penginapannya.
Di lobi hotel,
Profesor bertemu dengan seorang anak muda yang sedang asyik membaca sebuah
buku yang tebal dan mencatatkan sesuatu. Dia dapat merasakan aura keistimewaan
anak muda itu.
Setelah bertegur sapa, anak muda itu juga datang dari Malaysia. Dalam perbualan
panjang itu, ada ketikanya Profesor memandang rendah tentang tujuan anak muda
yang belajar pondok itu datang ke Barus untuk menuntut ilmu, tidak sepertinya datang
untuk membuat kajian. Profesor telah mencadangkan anak muda itu supaya membaca
buku-buku tulisannya berkaitan ilmu sufi kerana bidang tersebut telah dianggap seperti
secawan teh baginya.
bahawa berguru itu lebih baik dan ilmu yang sedikit itu perlu diamalkan. Tidak berguna
ilmu yang banyak jika tidak diamalkan. Kesan daripada perbualan dengan anak muda
sekolah pondok itu, Profesor membuat refleksi diri, menghitung-hitung jumlah
pengetahuannya yang banyak tentang ilmu tasawuf.
hanyalah seorang manusia yang bergelar ahli ilmu tasawuf tetapi bukan ahli tasawuf.
Timbul perasaan kesal dihatinya kerana dia datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk
mengkaji sedangkan anak muda yang tidak berwibawa itu juga datang beribu-ribu
kilometer jauhnya tetapi hanya untuk beramal.
Tema
Cerpen ini membawa tema berkaitan konsep dan interpretasi tentang ilmu. Seorang
Profesor berpendidikan tinggi berjaya menguasai konsep ilmu tasawuf kerana banyak
melakukan kajian ilmiah tetapi tidak mengamalkannya. Manakala seorang pemuda
yang hanya berpendidikan sekolah pondok berpegang kepada prinsip ilmu yang sedikit
perlu diamalkan sebab amalan itu lebih baik daripada banyak ilmu tetapi tidak
mengamalkannya.
Persoalan
1. Tanggungjawab dalam mencari ilmu.
86
Contoh: Anak muda yang bersekolah pondok sanggup pergi ke bandar Barus
(Kota Sibolga) semata-mata kerana ingin mencari ilmu.
2. Mengamalkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.
Contoh: Profesor yang banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannya berbanding
seorang anak muda sekolah pondok yang menganggap dirinya kekurangan ilmu
tetapi sentiasa mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya.
3. Persepsi negatif terhadap orang lain.
Profesor menganggap pelajar pondok itu lebih rendah ilmunya daripada dirinya
yang berjawatan seorang profesor.
kampung.Tetapi hanya aku dan Acik serta isterinya yang sarat mengandung pulang
kerana Along sibuk bekerja, manakala Angah pula berada di Miri. Malam itu, kami
masak gulai ikan sembilang untuk abah.Setelah makan kami berbual-bual di anjung
rumah. Abah bercerita kisah mudanya sebagai seorang guru, walaupun tiada seorang
pun anaknya
dan ilmu agama sudah diberikan oleh abah. Sebelum masuk ke bilik untuk tidur abah
menyatakan sedikit rasa terkilannya kerana tidak semua anaknya dapat berkumpul
pada malam itu. Namun begitu, abah masih memuji keenakan gulai sembilangku dan
menyatakan gulai itu menambahkan rindunya pada emak. Hatiku berdebar-debar
apabila melihat abah memandangku sebelum dia masuk tidur.
Pada keesokan paginya, sewaktu aku mengejutkan abah untuk solat subuh bersamasama, aku mendapati abah telah meninggalkan kami selama-lamanya. Pagi itu, Along
dan Angah pulang dengan penuh penyesalan kerana gagal memenuhi permintaan
terakhir abah tercinta.
Tema
Tema cerpen ini ialah kekeluargaan. Pengorbanan seorang anak untuk kebahagiaan
ayahnya. Sebagai contoh, aku berusaha untuk membahagiakan abahnya walaupun ibu
sudah meninggal dunia seperti memasakkan gulai ikan sembilang kegemaran abahnya.
Persoalan
1. Kasih sayang suami terhadap isterinya.
Contoh: Abah terlalu rindu pada emak setelah emak meninggal dunia.
2. Perselisihan faham antara adik-beradik.
Contoh: Walaupun bertahun Along dan Acik tidak bertegur sapa, akhirnya
mereka berbaik semasa keluarga kami berkumpul dan makan bersama-sama.
3. Kesibukan anak-anak dalam kerjaya masing-masing.
88
Contoh: Along dan Angah tidak dapat menunaikan permintaan abah supaya
berkumpul di kampung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
4. Keistimewaan masakan seorang ibu.
Contoh: Kami sekeluarga berselera makan hidangan yang disediakan oleh
ibu,walaupun hanya menggunakan bahan-bahan makanan dari kampung.
Persoalan
1. Putus punca rezeki.
Penduduk
miskin
di
pulau-pulau
nusantara
putus
punca
rezeki
kerana
3. Kealpaan manusia
Manusia mudah alpa dengan sumbangan karangan laut terhadap sumber mata
pencarian manusia. Manusia sewenang-wenangnya mencemarkan laut sehingga
menyebabkan jutaan spesies hidupan laut yang lain menjadikan kawasan batu
karang sebagai habitat musnah.
4. Kerakusan manusia
Sikap rakus manusia yang mencari keuntungan dan kekayaan. Manusia membina
kilang-kilang berhampiran sungai yang kemudiannya mengalirkan bahan buangan
ke sungai lalu bahan-bahan ini mengalir ke laut dan mencemarkan laut.
90
PERSPEKTIF
(NF Abdul Manaf)
Sinopsis
Menceritakan Sharifah yang baru kematian suami iaitu Said. Semasa abang Said hidup
pandangan ataupun perpsektif terhadap kehidupannya mula berubah semenjak dia
menerima sepucuk surat layang. Tiga bulan yang lepas dia merupakan isteri kepada
seorang pemimpin yang terkenal kehidupannya penuh dengan kemewahan dan cara
dengan protokol. Sebelum ini dia beranggapan bahawa dia dan suaminya disayangi
oleh semua lapisan masyarakat namun begitu anggapannya ternyata kurang tepat
setelah menerima surat layang dan terbukti apabila kematian suaminya iaitu tiada
seorang kenalannya yang datang untuk menguruskan jenazah suaminya kecuali ahli
masjid. Barulah dia sedar bahawa suaminya hanya dihormati kerana mempunyai
kuasa, pangkat dan wang ringgit. Hanya Pak Dol dan Mak Limah sahaja yang
menangisi kematian abang Said kerana dia pernah membiayai pembedahan Mak Limah
semasa sakit jantung.
Sharifah teringat kembali tentang isi kandungan surat layang yang banyak memberi
kesedaran kepadanya. Penulis surat tersebut memintanya menyelami kesusahan dan
cara hidup golongan bawahan yang kurang terbela dan mendapat perhatian daripada
pihak atasan. Penulis itu juga menegur sikap suaminya yang tidak melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemimpin untuk membela nasib masyarakat setelah terpilih.
Sharifah mula bertekad untuk mengubah cara hidup dan berusaha menjaga imej
suaminya. Walaupun suaminya meninggal dunia sebelum melihat perubahan dirinya.
Namun dia tetap bertekad mengubah perpsektifnya dalam kehidupan walaupun sudah
agak terlambat.
91
Tema
Cerpen bertemakan perbezaan kehidupan masyarakat atasan dengan masyarakat
bawahan. Iaitu pemimpin yang tidak pernah menyelami kesusahan dan juga cara hidup
golongan bawahan dan rakyat biasa seperti yang berlaku pada abang Said dan
Sharifah yang dipilih oleh rakyat tetapi tidak pernah membela nasib mereka.
Persoalan
1. Kehidupan dan cara yang mewah golongan atasan.
Contoh: Abang Said dan Sharifah menjalani kehidupan dan cara hidup yang
mewah tanpa mempedulikan golongan bawahan.
2. Keinsafan akan kesusahan hidup golongan bawahan atau golongan miskin.
Contoh: Sharifah kini insaf akan kehidupan golongan bawahan atau miskin
setelah menerima sepucuk surat.
3. Sikap pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah.
Contoh: Said tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpian walaupun
dia telah dipilih dan diberi amanah oleh rakyat untuk membela nasib mereka.
4. Sikap mengenang budi orang yang telah berjasa kepada kita.
Contoh: Mak Limah dan Pak Dol menangisi kematian Said kerana Said pernah
menolong membiayai pembedahan Mak Limah suatu masa dahulu.
BUKIT EMAS
(Mufidah Hanum Yusuf)
Sinopsis
92
Kehadiran Sahat yang merupakan anak jati Kampung Kuah tidak disenangi oleh
Penghulu Sudin terutama semasa majlis randau diadakan. Penghulu Sudin akan
mengadakan majlis randau ketika ketiadaan Sahat di Kampung Kuah. Sikap Sahat
yang akan bertanya pelbagai perkara yang di luar kemampuan Penghulu Sudin untuk
menjawab menyebabkan Penghulu Sudin merasakan hilang kewibawaannya di
hadapan penduduk kampung.
Kedatangan Encik Firdaus selaku wakil rakyat yang baharu di majlis randau di
Kampung Kuah menyebabkan Penghulu Sudin berasa gelisah. Beliau sangat
mengharapkan ketidakhadiran Sahat semasa majlis tersebut yang dirasakan olehnya
akan merencatkan agendanya. Berita yang disampaikan oleh wakil rakyat semasa
ucapannya di majlis randau untuk memajukan kawasan Bukit Emas dengan menjadikan
kawasan kuari memeranjatkan seluruh penduduk kampung. Penerimaan dingin oleh
penduduk kampung menimbulkan perasaan tanda tanya kepada Encik Firdaus yang
difahamkan bahawa seluruh penduduk kampung Kuah telah bersetuju untuk
memajukan kawasan kampung tersebut.
Kemunculan Sahat dalam majlis randau dan penjelasan beliau tentang hal sebenar
penduduk kampung yang tidak mengetahui berkaitan penjualan batu-batan serta
pembangunan di Bukit Emas yang akan mengakibatkan kemusnahan tanaman buahanbuahan penduduk kampung. Selain itu, Sahak menjelaskan berkaitan kepentingan
mengekalkan pokok buah-buahan bermutu terutama buah durian yang menjadi punca
rezeki penduduk kampung tersebut yang telah berjaya menarik pelancong berkunjung
ke Kampung Kuah seterusnya menjadikan kampung tersebut terkenal di seluruh
negara.
Penjelasan
berkaitan
potensi
buah-buahan
di
kampung
Kuah
telah
segala perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh mereka terhadap penduduk kampung
terutama terhadap Sahat. Namun Penghulu Sudin masih lagi dengan sifat angkuh dan
tamak serta tidak berasa insaf atas perbuatannya walaupun beliau jatuh sakit akibat
diserang sakit jantung.
Tema
Kepentingan mempertahankan alam semula jadi daripada arus pembangunan.
Sahat mempertahankan pokok buah-buahan Kampung Kuah daripada dimusnahkan
untuk dijadikan tapak kuari. Sahat menerangkan kepada wakil rakyat potensi buahbuahan di Kampung Kuah yang bermutu tinggi hingga Kampung Kuah terkenal dalam
kalangan pelancong serta seluruh negara kerana mempunyai buah-buah yang bermutu
terutama buah durian. Selain itu, pokok buah-buahan inilah yang menjadi sumber rezeki
penduduk kampung Kuah.
Persoalan
1. Persoalan bersemangat tinggi dalam usaha memajukan bidang pertanian.
Walaupun Sahak berkelulusan sarjana namun kerana minat yang mendalam dia
berusaha untuk memajukan bidang pertanian di Kampung Kuah dan berazam untuk
memperkenalkan hasil buah-buahan terutama buah durian hingga ke peringkat
antarabangsa.
DRAMA
95
ANNA
(Kemala)
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Zaki melanjutkan
pelajaran ke luar Negara dan berkenalan dengan Anna yang berketurunan Melayu dan
Inggeris. Persahabatan mereka walaupun tidak direstui oleh ayah Anna, tetapi mereka
tetap berkahwin dan pulang ke Malaysia.
Apabila pulang, Zaki mendapati ibunya sakit dan tumpuan Zaki lebih kepada kebajikan
ibunya menyebabkan Anna menjadi cemburu dan tidak dapat menerima hakikat Zaki
lebih menyayangi mentuanya berbanding dirinya. Usia perkahwinan yang baru
96
mencecah 4 tahun serta kegagalan Zaki membimbing Anna dalam ilmu keagamaan
dan budaya Melayu memburukkan lagi keadaan rumah tangga mereka.
Akhirnya Anna mengambil keputusan untuk kembali ke London kerana terpengaruh
dengan pandangan ayahnya mengenai budaya dan sikap orang Melayu.
PEMIKIRAN
Perbezaan dua budaya antara Barat dan Timur dalam mengintepretasikan kasih
sayang.
PERSOALAN
1. Kegagalan memahami budaya sesuatu bangsa.
Ana gagal untuk memahami budaya suami dan keluarganya walaupun telah
empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Zaki.
2. Sikap mengagungkan budaya sendiri dan memperlekehkan budaya orang lain.
Ana terlalu mengagungkan budayakan kerana dia merasakan budayanya
yang terbaik.
3. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Mak Munah bekerja keras dan sanggup menggadaikan tanahnya demi
pelajaran anaknya di Universiti Cambridge di London.
4. Pengorbanan dan tanggungjawab seorang anak untuk membalas jasa orang tua.
Zaki sanggup berkorban wang, masa dan kasih sayang demi membalas jasa
ibunya.
5. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu
Zaki menjaga ibunya yang uzur, separuh lumpuh dan hampir buta dengan
penuh kasih sayang sehingga sanggup berpisah dengan isterinya.
6. Simpati terhadap nasib orang lain
97
Dr. Chan bersimpati terhadap ibu Zaki yang hampir buta. Beliau menawarkan
diri untuk merawat ibu Zaki kerana Dr. Chan dan Zaki merupakan kawan
sejak di bangku sekolah.
Penipuan yang dilakukan oleh Barat untuk mendapatkan Pulau Pinang dari kuasa
Sultan Abdullah.
Persoalan
1. Persoalan mengenai pertentangan pendapat antara masyarakat pribumi dengan
pandangan Barat.
Contohnya bagaimana Blackway melihat Mat Piah sebagai penarik beca yang
tidak berilmu.
2. Persoalan tentang patriotisme.
Contohnya Mat Piah menunjukkan semangat cinta akan Negara dengan
menghafal tarikh pembukaan Pulau Pinang dan dia ingin tahu latar belakang
sejarah Pulau Pinang sebenarnya daripada Blackway.
3. Persoalan tentang sejarah tanah air.
Contohnya sejarah pembukaan Pulau Pinang yang diceritakan oleh Blackway.
4. Persoalan tentang interaksi antara pelbagai bangsa.
Contohnya Mat Piah dapat berkomunikasi dengan Blackway yang berketurunan
orang putih. Blackway pula boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
PUISI
TRADISIONAL
99
Sudah menjadi lumrah kehidupan, jika kita berbudi bahasa , kita akan dihormati dan
dipandang mulia.
Rangkap 6
Sesuatu maklumat yang diterima harus diterima dengan penuh tanggungjawab agar
tingkah laku terpelihara.
Rangkap 7
Perbuatan yang melibatkan pertuturan yang kurang sopan akan mengakibatkan
bencana kepada seseorang.
Tema
Bertemakan adat resam kehidupan manusia.
Persoalan
1. Setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan.
Contoh:lain dulang lain kakinya,
lain orang lain hatinya.
2. Kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai corak kehidupan.
Contoh:banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam.
3. Perubahan corak kehidupan yang berbeza .
Contoh:lain ulu lain parang,
lain dahulu lain sekarang.
4. Perbuatan yang dilakukan, jika tidak benar, tidak akan menjadi perbualan orang.
Contoh:tak tumbuh tak melata,
tak sungguh orang tak kata.
5. Tidak bersopan dalam bertutur terhadap seseorang akan membawa bencana
kepada orang itu.
Contoh:sebab pulut santan binasa,
sebab mulut badan binasa.
101
KASIH JUALAN
(Pantun Empat Kerat)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak memanggil pelanggan dan memberitahu terdapat keluaran baru dalam urusan
jualannya.
Rangkap 2
Sikap pelanggan yang sekadar ingin melihat-lihat namun belum berhajat untuk
membeli.
Rangkap 3
Penyajak menyifatkan dirinya masih belum berani dan bersedia untuk berkecimpung
dalam urusan perniagaan.
Rangkap 4
Penyajak seakan dicabar kelelakiannya kerana takut untuk menceburkan diri dalam
bidang perniagaan.
Rangkap 5
Penyajak dikatakan seorang yang kedekut kerana tidak terbeli makanan yang baik.
Rangkap 6
Penyajak menyatakan makanan yang baik tidak terbeli kerana sayang akan duitnya
yang akan habis.
102
Rangkap 7
Walaupun penyajak takut wangnya habis dia dikatakan masih tidak ada sikap tawar
menawar dalam urusan jual beli.
Rangkap 8
Penyajak bukannya seorang yang kedekut ataupun lemah tetapi hatinya masih belum
berkenan.
Rangkap 9
Kasih dan sayang bukanlah barang yang boleh dijual beli.
Tema
Bertemakan peradaban manusia dalam dunia perniagaan.
Persoalan
1. Peniaga yang mempromosi produk baru di gerai jualan.
Contoh:Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar ;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baharu keluar.
2. Sikap sesetengah pelanggan yang lebih gemar memerhati daripada membeli.
Contoh:Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.
3. Sikap cabar mencabar dalam menceburi sesuatu bidang.
Contoh:Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
103
NILAI INSAN
(Pantun Enam Kerat)
Maksud
Rangkap 1
Tanggungjawab dalam sesebuah keluarga, anak yang taat kepada ibu bapanya, emak
yang mendidik anak-anak dan bapa yang menanggung keluarga.
Rangkap 2
Pekerja yang taat menjalani tugas, penyelia yang adil dan saksama serta belas ikhsan
seorang majikan.
Rangkap 3
Semangat kejiranan yang mesra serta mempunyai ketua kampong yang bertimbang
rasa serta masyarakat kampung sentiasa bersatu padu.
Rangkap 4
Nilai rakyat yang mempunyai etika diri, mempunyai pemimpin yang berwawasan serta
raja yang berbudaya agama.
Tema
Bertemakan nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan .
Persoalan
1. Kehidupan dalam sesebuah keluarga yang mempunyai tanggungjawab masingmasing.
Contoh:-
Rangkap 3
Begitu juga halnya dengan makanan.
Rangkap 4
Sikap berjimat cermat perlu diamalkan untuk mengelakkan harta habis.
Rangkap 5
Perumpamaan Melayu menyatakan bahawa bukan mudah untuk menjadi kaya. Kita
mudah mendapat sahabat apabila berharta tetapi tinggal keseorangan apabila miskin.
Tema
Kepentingan sikap berjimat cermat.
Persoalan
1. Sikap boros perlu dielakkan.
Contoh:
Tetapi jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi,
2. Sahabat sejati hanya diperoleh ketika kita susah.
Contoh:
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
3. Pengurusan harta
Contoh: Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta benda terkubur.
106
107
Tema
Bertemakan adat resam Melayu yang kian menghilang dan dilupakan.
Persoalan
1. Kehilangan adat menyebabkan nilai budi pekerti mulia lenyap tidak terbela.
Contoh:Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa,
Ghaib sepi tiada bersisa.
Semakin mengerang senantiasa,
Laksana dipagut tedung yang bisa.
.
2. Adat resam yang telah dicampurbaurkan mengakibatkan adab tatasusila Melayu
semakin dilupakan.
Contoh:Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa,
Umpama gajah menjadi rusa;
Oleh ragi campuran bangsa,
Adat tertib habis binasa!
3. Adat resam Melayu yang terus menghilang dan dilupakan oleh masyarakat.
Contoh:Sayang! Sayang!
Merajuk ke manakah adat Melayu?
Laksana debu dipuput bayu!
108
Bahagian II
Rangkap 4
Orang yang berjaya tanpa usaha sendiri tidak akan merasai cabaran dalam pekerjaan.
Rangkap 5
Orang yang berjaya tanpa usaha sendiri juga akan dipandang rendah oleh orang lain
dan menjatuhkan maruah dirinya.
Rangkap 6
Orang yang tidak menggunakan kebijaksanaannya tidak akan mendapat kejayaan
cemerlang sebaliknya merugikan diri sendiri.
109
Tema
Kepentingan berikhtiar untuk berjaya.
Persoalan
1. Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa berusaha sendiri.
Contoh:
Sendiri rempuh belukar tebal yang kelam!
Malulah kalau hanya tahu menyusah,
Kalau selalu meminta kepada ibu dan ayah,
2. Hilang harga diri.
Contoh:
Akan hilanglah harga dirinya,
Akan jatuhlah darjat manusianya!
3. Berdoa tanpa usaha.
Contoh:
Bahkan, walaupun kepada Allah,
Suka menadah dan tertadah-tadah,
Suka menjadikan diri peminta sedekah,
Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri.
4. Kejayaan tanpa usaha tidak member makna.
Contoh:
Orang yang suka meminta-minta, walau berjaya,
Walaupun meminta kepada Tuhan Maha Kaya,
Tetapi tiada beramal ikhtiar sendiri,
Tidak berusaha memakai tenaga diriOrang yang asyik dipeluk gelombang manja,
Yang tak tahu menelan pahit maung bekerja-
Hendaklah kita menjaga pandangan mata agar tidak melihat perkara yang tidak elok.
Rangkap 2
Hendaklah kita menjaga pendengaran agar tidak mendengar berita yang tidak baik.
Rangkap 3
Hendaklah kita menggunakan kedua-dua belah tangan dengan sebaik-baiknya
daripada melakukan kesalahan sama ada yang kecil atau yang besar.
Rangkap 4
Seseorang yang terlalu kenyang akan menghilangkan kewarasan berfikir lalu boleh
mencetuskan perbuatan yang tidak sopan.
Rangkap 5
Hendaklah kita menggunakan kedua-dua belah kaki dengan mengunjungi tempattempat yang mendatangkan manfaat.
Fasal ketiga:
Rangkap 1
Pemimpin yang kejam akan menyebabkan rakyat menderita.
Rangkap 2
Orang yang dengki akan didampingi syaitan yang mengacumnya / menghasutnya
supaya melakukan kejahatan demi kejahatan.
Rangkap 3
Hendaklah kita berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata umpatan dan
pujian kepada seseorang kerana kedua-duanya boleh mendatangkan keburukan iaitu
pujian yang tidak ikhlas.
Rangkap 4
111
Fasal kelima:
Rangkap 1
Hendaklah kita mencari rakan yang boleh menjadi pengubat hati kala kesusahan.
Rangkap 2
Hendaklah kita mendapatkan guru / orang yang benar-benar mahir dalam sesuatu
bidang jika kita ingin menuntut ilmu agar dia dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan diri kita.
Rangkap 3
Hendaklah kita memilih rakan yang setia iaitu sanggup bersama-sama kita kala senang
mahupun susah.
Rangkap 4
Hendaklah kita memilih pekerja yang baik dan pandai berbudi.
Tema
Nasihat dan petunjuk ke arah hidup yang diredai oleh Tuhan.
Persoalan
1. Kepentingan memilih rakan yang baik
112
Contoh:
Rangkap 2
Sesiapa yang tidak menepati janji, dia akan dihina orang.
Rangkap 3
Jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik akan menyebabkan nama
keluarganya turut tercemar.
Rangkap 4
Di dunia ini terdapat pelbagai perbuatan yang mendatangkan dosa, justeru kita
hendaklah menjauhkan diri daripada melakukannya.
Rangkap 5
Hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan tanpa mengira bangsa.
Rangkap 6
Kaum wanita mesti menjaga maruah dirinya.
Rangkap 7
Jika seseorang tidak berharta saudara-mara akan menjauhkan diri.
Rangkap 8
Tanpa kesihatan yang baik, wang yang banyak tidak menjamin kebahagian hidup.
Rangkap 9
Jika terlalu mengikut perasaan boleh membawa kepada perkara yang memudaratkan.
Rangkap 10
Kekuatan iman menentukan baik atau buruknya kelakuan seseorang.
Tema
114
Persoalan
1. Menjaga kehormatan wanita
Contoh:
Maksud
Rangkap 1
Sultan Mansur berasa amat gembira apabila melihat negerinya sudah dihias cantik.
Kemudian, baginda mengarahkan semua menteri agar datang ke istana untuk berjumpa
dengan baginda.
Rangkap 2
115
Semua menteri datang menghadap Sultan Mansur dengan segera. Dengan penuh
sopan, mamanda / pembesar negeri bertanyakan tujuan baginda memanggil mereka.
Rangkap 3
Sultan Mansur menyatakan bahawa mamanda telah dianggap sebagai pengganti
ayahanda dan bonda baginda. Oleh itu, baginda ingin menyuarakan hal yang telah
lama difikirkannya.
Rangkap 4
Sultan Mansur menyatakan bahawa baginda sudah lama menjadi raja tetapi baginda
belum pernah beristeri. Oleh itu, baginda mahu berkahwin. Baginda mahu setiap
mamanda menyerahkan anak mereka untuk dikahwini oleh baginda.
Rangkap 5
Selain itu, Sultan Mansur menitahkan agar seluruh rakyat menghantar anak perempuan
masing-masing ke istana untuk dipilih oleh raja untuk dijadikan isteri. Baginda sanggup
memberikan kemewahan kepada keluarga bakal isteri-isterinya.
Rangkap 6
Sultan Mansur menitahkan mamanda mencari 100 orang gadis tanpa mengira
keturunan asalkan beriman untuk dijadikan teman hidup baginda.
Rangkap 7
Sultan Mansur menitahkan mamanda supaya memilih gadis yang berbudi pekerti.
Rangkap 8
Sultan Mansur tidak mahu mengahwini perempuan yang pernah berkahwin tetapi telah
bercerai / janda. Baginda tidak mahu walaupun janda memiliki rupa yang menarik
kerana janda memiliki akal panjang lantaran mereka pernah menjalani hidup berumah
tangga.
Rangkap 9
116
Sultan Mansur bimbang jika janda tidak mengasihi baginda sepenuhnya lantaran masih
mengingati bekas suaminya.
Rangkap 10
Sultan Mansur menitahkan mamanda mencari 200 orang gadis yang kurang cantik
untuk dijadikan pelayan di istana baginda.
Rangkap 11
Deraman Syah ialah seorang menteri yang sudah tua dan berpengalaman. Apabila dia
mendengar kata-kata Sultan Mansur, dia memberitahu baginda bahawa dia hanya
memiliki seorang anak gadis.
Rangkap 12
Deraman Syah menyatakan bahawa mungkin Sultan Mansur tidak menyukai anak
gadisnya kerana anak gadisnya masih kanak-kanak dan sangat gemuk.
Rangkap 13
Deraman Syah menyatakan bahawa gadis di dalam negeri boleh didapatkan dan
dibawa ke istana. Lagipun, tiada sesiapa yang berani melanggar titah Sultan Mansur.
Tema
Keinginan raja untuk mendapatkan isteri.
Persoalan
1. Ketaatan kepada raja
Contoh:
Contoh:
SYAIR BIDASARI
Maksud
Rangkap 1
Raja menitahkan pengikutnya berhenti rehat kerana mereka telah keletihan.
Rangkap 2
Baginda menitahkan ketiga-tiga orang menterinya untuk mencari air minuman.
Rangkap 3
118
Raja berasa sangat dahaga dan meminta ketiga-tiga orang menterinya mencari air
walaupun sedikit sama ada air sungai atau perigi.
Rangkap 4
Ketika ketiga-tiga menteri cuba memenuhi perintah Raja, mereka menemui Taman
Bidasari.
Rangkap 5
Ketiga-tiga menteri kehairanan melihat taman tersebut kerana sepanjang pengetahuan
mereka tiada taman di kawasan itu sebelum ini.
Rangkap 6
Mereka bertanya sesame sendiri mengenai tuan taman yang cantik itu. Mereka
mengandaikan bahawa tempat itu merupakan rumah makhluk halus.
Rangkap 7
Salah seorang daripada menteri telah menemui satu pintu pagar tetapi berkunci dan
susah untuk dibuka.
Rangkap 8
Menteri yang termuda kembali menemui raja dan memberitahu bahawa mereka tidak
berjaya menemukan air.
Tema
Ketaatan pegawai menjalankan tugasan yang berikan oleh pemimpin.
Persoalan
119
PROSA
TRADISIONAL
120
tanya tentang maksud mimpinya itu. Pada waktu tersebut Raden Inu Kertapati sudah
berumur 17 tahun dan menurut ayahanda dan bondanya sudah sampai waktunya dia
beristeri. Seorang menteri telah mencadangkan agar dia dikahwinkan dengan Puteri
Ratu Banjar Kulon yang sangat cantik dan setaraf dengannya.
Semasa Raden Inu pergi berburu di dalam kawasan taman dan tempat terbinanya
istana Ken Tambohan, dia cuba menyumpit seekor burung serindit namum burung
tersebut telah terbang masuk ke tempat Ken Tambohan bertenun. Baginda
mengarahkan Wira Wani untuk mendapatkan burung tersebut. Dilihatnya burung itu
berada disisi Ken Tambohan. Setelah diberitahu oleh Wira Wani, dengan segera Raden
Inu pergi melihat dan apabila terpandang Ken Tambohan baginda begitu tertarik dan
terpikat dengannya. Wira Wani menyedari bahawa Raden Inu sudah jatuh cinta kepada
Ken Tambohan dan dia meminta agar baginda pulang kerana bimbang akan dimurkai
oleh ayahanda baginda. Namun baginda tidak mahu pulang dan masuk ke tempat Ken
Tambohan. Setelah dipujuk dan dirayu oleh Raden Inu maka Ken Tambohan telah
menerima baginda untuk berkahwin dengannya.
Perkahwinan Raden Inu dengan Ken Tambohan telah diketahui oleh Sang Nata dan
permaisuri. Permaisuri amat murka dan tidak suka Raden Inu berkahwin Ken
Tambohan kerana dia merupakan seorang puteri tawanan. Permaisuri ingin mencari
jalan untuk membalas dendam kepada Ken Tambohan. Setelah beberapa hari
berkahwin Raden Inu telah pulang ke istana untuk berjumpa dengan ayahanda dan
bondanya. Permaisuri meminta agar Raden Inu pergi berburu kijang dan pelandok
untuk dibawa kepadanya. Setelah Raden Inu pergi permaisuri mengarahkan dayang
agar memanggil Ken Tambohan mengadapnya. Ken Tambohan telah dimarahi dan
ditampar oleh permaisuri. Permaisuri telah memanggil Pelebaya (Tukang Bunuh) dan
mengarahkannya untuk membunuh Ken Tambohan. Pelebaya meminta Ken Tambohan
mengikutnya pergi ke dalam hutan dengan alasan ingin membawanya berjumpa Reden
Inu setelah berada di dalam hutan barulah Pelebaya memberitahu bahawa dia
diarahkan oleh permaisuri untuk membunuh Ken Tambohan. Sebelum dibunuh Ken
Tambohan meminta Pelebaya meletakkan mayatnya di atas rakit dan ditaburkan bunga
cempaka dan bunga ansana. Kemudian rakit tersebut dihanyutkan ke sungai setelah
Ken Tambohan dibunuh, Pelebaya telah melaksanakan pesanannya.
122
Raden Inu yang tidak mendapat hasil dalam perburuannya telah berhenti ditepi sebuah
sungai dan turun mandi bersama dengan pengikutnya. Semasa mandi mereka telah
terpandang sebuah rakit yang sangat cantik. Raden Inu begitu terkejut apabila
mendapati mayat Ken Tambohan di atas rakit tersebut. Akibat terlalu sedih dengan
kematian isterinya Raden Inu telah membunuh diri dengan menikam dadanya.
Wira Karta telah pulang ke istana dengan membawa berita kemangkatan Raden Inu
dan sebab baginda membunuh diri. Sang Nata dan Permaisuri begitu terkejut dan
sangat sedih dengan berita tersebut. Sang Nata dan permaisuri telah berangkat ke
tempat Raden Inu membunuh diri. Semasa dalam perjalanan para menteri telah
bercerita
kepada
Sang
Nata
perbuatan
permaisuri
yang
membawa
kepada
pembunuhan Ken Tambohan dan kematian Raden Inu. Mayat Raden Inu dan Ken
Tambohan telah dibawa balik ke istana dan diletakkan di dalam candi. Pelebaya telah
dikenakan hukuman bunuh manakala permaisuri pula diarahkan berada diluar istana
untuk menjaga anjing perburuan.
Sang Nata sangat sedih dan bermohon kepada Dewata Mulia Raya untuk
menghidupkan kembali Raden Inu dan Ken Tambohan. Betara Kala dari kayangan telah
diarahkan untuk ke istana Sang Nata untuk menghidupkan mereka berdua. Setelah
berjumpa Sang Nata, Betara Kala telah menggunakan kembang ganda pura dan
kembang wijaya untuk menghidupkan Raden Inu dan Ken Tambohan. Sang Nata begitu
gembira setelah mereka berdua dihidupkan. Baginda telah mengampunkan dosa
permaisuri dan menabalkan Raden Inu dan Ken Tambohan sebagai ratu dan suri negeri
Kuripan.
Tema
Bertemakan percintaan antara sesama manusia. Contohnya Raden Inu sangat
mencintai Ken Tambohan tiada tolak bandingnya iaitu Raden Inu telah membunuh diri
setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit semasa dia berburu kijang dan
pelandok di dalam hutan.
123
Persoalan
1. Melakukan kezaliman kepada orang lain tanpa mengira hubungan. Contohnya
Permaisuri telah mengarahkan Pelebaya membunuh menantunya iaitu Ken
Tambohan di dalam hutan.
2. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pasangan. Contohnya Raden Inu
sangat setia kepada Ken Tambohan sehinggakan sanggup mencabut nyawanya
sendiri setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit.
menyampaikan surat Raja Melaka yang berkehendakkan enam ekor gajah (empat ekor
gajah jantan dan dua ekor gajah betina). Raja Melaka ingin menguasai negeri baru,
Patani lalu mengarahkan Laksamana agar cuba mengalahkan Patani. Namun begitu,
apabila sampai di Patani, Laksamana
melihat Patani
Beberapa hari kemudian, Phra Chau memerintahkan supaya Chin Chu (pendekar
Jepun dari Kamboja) berlawan pedang dengan Laksamana. Chin Chu yang angkuh
ditewaskan oleh Laksamana. Pendekar bertujuh amat marah lalu mengamuk dan cuba
membunuh Phra Chau tetapi dapat ditewaskan oleh Laksamana. Seramai lima orang
pendekar Jepun itu dibunuh manakala dua orang lagi melarikan diri ke kuala benua
Siam menuju ke Kamboja. Phra Chau berasa gembira dengan perkhabaran
pembunuhan pendekar-pendekar Jepun itu lalu Laksamana dikurniakan sepersalinan.
Semasa makan bersama-sama, Laksamana mencadangkan agar Phra Chau
mengadakan jamuan untuk rakyat baginda dengan menjamu gendana (sejenis siput)
daripada Berunai yang dibawa oleh Laksamana. Gendana itu diserahkan ke Kampung
Bagelang.
Laksamana dan Maharaja Setia kembali semula ke Melaka. Dalam perjalanan pulang,
mereka dihalang pasukan panglima Jepun dari Kamboja yang ingin membalas dendam
atas kematian lima orang pendekar Jepun yang dibunuh Laksamana. Kehebatan
Laksamana berlawan dan menggunakan mantera sakti menyebabkan kesemua
pahlawan Jepun dapat dikalahkan.
Laksamana dan Maharaja Setia selamat tiba di Melaka. Utusan Siam dipersembahkan
kepada Raja Melaka. Raja Melaka memilih dua ekor gajah besar yang diberi nama Pudi
Manikam dan Permata Sailan. Selang beberapa ketika, Raja Melaka mengarahkan
Laksamana menguruskan pertabalan Raden Bajau sebagai raja di Bukit Seguntang.
Isteri-isteri Raja Melaka melahirkan tiga orang anak yang diberi nama Puteri Gunung
Ledang, Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.
Tema
Bertemakan jalinan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang
lain. Hal ini dapat dilihat apabila Laksamana Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka
untuk diutus ke Benua Siam bagi membeli 6 ekor gajah. Di Benua Siam, Laksamana
disukai oleh Raja Phra Chau kerana pandai bertutur dalam bahasa Siam dan bijak
berlawan menewaskan musuh sehinggakan cadangan Laksamana agar Raja Siam
125
menjamu rakyatnya dengan gendana dipersetujui oleh Raja Siam. Laksamana juga
telah dianugerahkan dua kali persalinan atas khidmat bakti kepada Benua Siam dan
turut menghadiahkan 10 ekor gajah, iaitu 6 ekor kepada Raja Melaka dan 4 ekor
kepada Laksamana.
Persoalan
1. Perihal kesetiaan rakyat kepada raja
Contoh:
126
serta tikus yang mengekori di belakang ular naga. Budak miskin juga ditemani oleh
datuk Syahbandar. Raja dan menteri merasa takjub apabila melihat anak ular naga.
Sebelum budak miskin pulang ke rumah, baginda telah mengurniakan kain, baju dan
beras serta dua orang hamba sahaya.
Anak ular naga yang dibela telah menjadi besar. Oleh sebab badannya yang besar,
anak ular naga telah melarikan diri ke tasik hijau pada waktu malam, kerana jika anak
naga berendam di dalam sungai kampung itu akan menyebabkan musibah besar
kepada budak miskin dan orang kampung. Kehilangan budak miskin menyebabkan ibu
budak miskin meminta dua hamba sahaya mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. Hal
ini menyebabkan ibu budak miskin menangis dan meminta bantuan datuk syahbandar.
Datuk Syahbandar mencadangkan kepada ibu budak miskin supaya mengadakan
kenduri untuk mendoakan anaknya.
Pada keesokan harinya, apabila budak miskin melihat ular naga sudah tiada di
rumahnya, dia telah pergi mencari anak ular naga tersebut bersama-sama tikus dan
helang dengan mengikut kesan tapak anak naga berjalan sehinggalah mereka
berjumpanya. Anak naga menyuruh budak miskin supaya meminta nendanya
memberikan cincin yang berada di dalam mulut nendanya sebagai balasan kerana telah
menjaganya. Setelah nenda anak ular naga muncul dari tasik hijau ia telah meminta
budak miskin datang menghampirinya dan bertanyakan permintaan budak miskin itu.
Setelah melihat wajah budak miskin, nenek anak ular naga berasa belas kasihan dan
menyerahkan cincin yang mempunyai banyak kesaktian. Budak miskin dan ular naga
berpelukan sebelum berpisah. Budak miskin meneruskan perjalanan untuk pulang ke
rumah tetapi telah sesat dan masuk ke hutan besar.
Peristiwa nenda ular naga memberi cincin saktinya telah menyebabkan ibu anak ular
naga marah dan meminta hulubalangnya mencari budak miskin untuk menukarkan
tongkat dengan cincin tanpa mencederakan budak itu.
berjumpa dengan budak miskin yang berada di bawah pokok. Setelah berkenalan,
hulubalang ular naga tertarik hati melihat budak miskin dan menceritakan hasratnya
untuk mendapatkan cincin arahan daripada bonda anak ular naga. Hulubalang telah
menyatakan khasiat tongkat yang banyak kegunaannya. Setelah mendengar kesaktian
128
itu, budak miskin telah bercita-cita untuk mendapatkan tongkat itu. Hulubalang naga
berasa panas dan ingin berendam di kolam yang berhampiran dengan tempat itu.
Apabila hulubalang naga telah berendam di dalam kolam, budak miskin telah mengetuk
tiga kali tongkat tersebut menyebabkan hulubalang tidak bergerak.
Budak miskin meneruskan perjalanannya sehingga berjumpa dengan parang puting
yang boleh menebang pokok sendiri. Apabila dilihat oleh budak miskin, parang puting
telah terbang balik ke rumah tuannya. Budak miskin telah mengekori parang puting
sehingga sampai di rumah seorang tua. Orang tua itu telah menjemput budak miskin
naik ke rumahnya.
menyebabkan terhidang makanan malam. Budak miskin menjemput orang tua itu
makan bersama-sama mereka. Setelah melihat kejadian itu, orang tua telah meminta
budak miskin menukarkan tongkatnya dengan parang puting. Pada keesokannya budak
miskin telah meneruskan perjalanan pulangnya ke rumah bersama-sama helang dan
tikus dengan membawa parang puting tersebut.
sangat gembira dan meminta anaknya berjumpa dengan datuk Syahbandar iaitu bapa
angkatnya. Setelah berjumpa datuk Syahbandar, budak miskin menyatakan bahawa dia
tidak mengetahui tempat ular naga berada sehinggalah dia pulang pada hari ini setelah
ditanya oleh bapa angkatnya. Semasa pulang ke rumah setelah berjumpa ayah
angkatnya, budak miskin telah meminta ibunya merahsiakan cincin geliga yang banyak
kesaktiannya daripada masyarakat kampung. Akhirnya budak miskin hidup bahagia
bersama-sama helang, tikus dan ibunya.
Tema
Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara akan membawa kebaikan kepada diri
sendiri dan keluarga.
Hubungan istimewa antara anak ular naga dan budak miskin membawa tuah kepada
keluarganya.
buahan dan baju kepada budak miskin termasuklah datuk syahbandar dan raja.
129
Persoalan
1. Taat kepada pemerintah
Contoh:
130