Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENDAHULUAN
Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar
di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum
(subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan amalan dalam pendidikan. Guru
mendidik
berpandukan
pukal
kurikulum
bersulam
dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh guru akan menjelaskan enviroment
pendidikan dan bagaimana guru memberi makna danmengadaptasi kurikulum di sekolah kepada
pelajar di sekolah. Tahap pemikiran guru akanmenentu dan memainkan peranan penting yang
konstruktif dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina,
perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab
(kerjaya) sebagai guru. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion
perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut
peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Profesionalisme meliputi beberapa nilai kerja seperti keberkesanan, produktiviti, kecekapan
dan bertanggungjawab. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dari
beberapa segi contohnya sikap dan nilai guru dalam pengajaran yang akan mempengaruhi minat,
sikap dan dan nilai pelajar. Mutu pendidikan dilihat menerusi keberkesanan dalam penggunaan
sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan serta
pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Ia juga berhubung dengan personaliti guru yang akan
menentukan iklim pembelajaran pelajar. Sistem pendidikan negara Malaysia mengalami perubahan
yang sangat pesat. Perkembangan pendidikan pada hari ini adalah berasaskan pencapaian tertentu. Ini
dapat dilihat melalui pengurusannya yang bercorakkan budaya korporat dan pengurusan bisnes di
mana ia mementingkan kawalan mutu menyeluruh dan pengurusannya pula adalah menuju ke arah
mewujudkan keadaan tanpa cacat atau lebih dikenali sebagai zero defect
Daripada kenyataan ini, ternyata guru berperanan besar dalam merealisasikan perlaksanaan
kurikulum
di
sekolah.
Sebagai
seorang
guru
terdapat
beberapa
elemen
penting
kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimakan pengajaran,
mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sekaligus.
dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat
tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau
bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan sebagainya.
Dalam mengkaji isu ponteng yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa faktor yang dikenal
pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini merangkumi
aspek dalaman dan luaran yang mana masing-masing memberi impak kepada pembangunan sahsiah
seorang guru. Kurangannya Pegangan Agama. Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam
agama. Agama Islam contohnya menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah dan
penuh bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai di antara guru yang bekerja tetapi tidak
bersungguh-sungguh, tidak amanah. Walaupun ramai di antaranya yang berpuasa dan menunaikan
solat tetapi perbuatan seperti ponteng tetap berlaku dalam pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,2010).
Guru menganggap ponteng adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan dosa. Walhal
guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk dinikmati oleh anak-anak dan
ahli keluarga.
Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah
ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir perlu
bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini untuk mengenalpasti punca masalah ini
berlaku. Nasihat, dan motivasi diberikan agar perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari.
Langkah perbincangan ini, bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di mana guru tersebut
diberikan ruang kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang berlaku dan punca masalah ini
berlaku.
2.2 Tekanan dengan hal peribadi
Guru yang profesional adalah guru yang mampu mengawal dirinya supaya stabil dari aspek
emosi, intelek, rohani mahupun jasmani. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat segelintir guru yang
tidak mengambil peduli terhadap penyempurnaan diri sebagai seorang guru. Hal ini dapat dilihat
kerana terdapat guru yang membawa masalah peribadi ke sekolah. Terdapat satu kes yang melibatkan
seorang guru yang mempunyai masalah rumah tangga. Beliau telah membawa masalah tersebut ke
sekolah yang menyebabkan ganguan emosi berlaku kepada seorang murid kerana didenda berdiri di
tengah panas selama dua jam. Dapat dilihat di sini bahawa, isu peribadi yang dialami oleh guru
tersebut telah mempengaruhi tingkahlakunya sebagai seorang guru dengan mengenakan tindakan
yangtidak wajar kepada pelajar yang hanya membuat bising ketika sesi pengajaran beliau. Jika guru
tersebut peduli akan kesempurnaan dirinya, beliau tidak akan mencampurkan perihalperibadi bersama
perihal disiplin murid di sekolah. Hal ini berlaku berikutan kegagalan beliaumenguruskan masalah
peribadi dengan baik.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9) datang
lambat ke sekolah sepatutnya tidak berlaku sekiranya semua guru menepati peraturan tersebut. Hal
yang demikian, terdapat rungutan daripada pihak sekolah, ramai guru yang mendapat Punch Card
merah . Hal ini menunjukkan guru tersebut datang lambat melebihi waktu maksimum guru patut
berada di sekolah. Selain itu, dari pemerhatian terdapat kes guru-guru yang masuk lambat ke kelas.
Mereka mengambil enteng perkara ini, malahan lebih merungsingkan mereka masuk lambat ke kelas
bukan kerana urusan rasmi tetapi terleka kerana bersembang kosong di kantin atau bilik guru.
Ekoran isu kelewatan guru memasuki kelas ini berlaku, waktu interaksi untuk pengajaran dan
pembelajaran juga akan berkurang. Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru yang
profesional. Etika guru yang profesional sepatutnya peka akan kepentingan menepati masa dan
pengurusan masa yang berkesan. Terdapat juga kes guru yang langsung tidak masuk ke kelas kerana
asyik berniaga di bilik guru. Dapat dikatakan di sini bahawa, tugas utama mereka untuk mengajar
telah diketepikan dan diutamakan kerja-kerja sampingan yang sememangnya tidak patut dilakukan di
sekolah.
2.4 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL ABAD KE-21
Perubahan dalam sistem pendidikan yang menjurus ke arah pendidikan abad ke 21 ini berkait
rapat dengan kesediaan sekolah sebagai wahana dan platform penggerak kejayaannya. Oleh yang
demikian, guru besar sebagai pemimpin sekolah perlulah mempunyai dan kesedaran tentang
pendidikan abad ke 21. Memandangkan sekolah adalah sebuah institusi yang berfungsi untuk
membentuk dan menghasilkan pelajar ke arah kemenjadian sahsiah, akademik dan bakat serta
kepimpinan, maka model dan amalan kepemimpinan sekolah perlulah benar-benar sesuai dan selari
dengan fungsinya yang subjektif. Oleh itu, kepimpinan instruksional perlu menjadi teras dan perlu
dikuasai dengan terbaik oleh setiap orang pemimpin sekolah khususnya Guru Besar. Malah ia perlu
difahami dengan jelas oleh penggubal dasar, pegawai profesional di semua peringkat dan institusi
latihan pendidikan.
Menurut (Blas, 1998), kepimpinan instruksional boleh didefinisikan sebagai gabungan
penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Manakala Hussien (1989) mengatakan
bahawa kepimpinan instruksional sebagai usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk
menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Berdasarkan pandangan beberapa tokoh di atas, bagi
menjamin keberkesanan untuk kepimpinan instruksional adalah berfokuskan kepada kepimpinan yang
boleh menggerakkan guru ke arah pemikiran kreatif dan kritis dan penting. Pemimpin sekolah perlu
menetapkan standard yang tinggi dalam aspek pencapaian intelektual jasmani, rohani dan emosi.
sentiasa mengamalkan sikap positif dan inovatif. Dalam usaha menjana modal insan cemerlang,
kepimpinan sekolah memainkan peranan
9
Oleh itu, bagi meningkatkan kualiti sekolah, kualiti guru juga perlu dipertingkatan.
kepimipinan sekolah perlu merancang pelbagai kursus peningkatan profesionalisme guru misalnya
dalam aspek penyampaian pengajaran. Sehubungan itu, kepimpinan sekolah juga perlu menekankan
tentang Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (HOTS) dalam kalangan guru dan murid-murid. Sebagai
langkah pertama kursus berkenaan HOTS dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada semua
guru agar mereka dapat menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
masing-masing. Di samping, merancang beberapa program untuk murid bagi membudayakan HOTS
ini dalam proses pembelajaran mereka.
Tenaga kepakaran dalam melaksanakan program ini diperoleh dengan jalinan kerjasama
institusi pengajian tinggi yang berdekatan. Selain itu, guru besar juga perlu menyediakan pelbagai
kemudahan bagi membolehkan pelajar belajar dalam suasanan kondusif misalnya menyediakan
makmal komputer, makmal sains dan perpustakaan yang serba lengkap dengan bahan rujukan dan
bank soalan. Hal ini akan memberi kemudahan kepada murid untuk belajar dengan selesa dan
berkesan. Kepimpinan sekolah juga perlu menjalankan penyeliaan kepada guru-guru bagi
meningkatkan tahap penyampaian pengajaran guru melalui perkongsian maklumat terhadap aspek
yang perlu ditambah baik Pengurusan, penyelarasan dan pemantauan kurikulum yang dilakukan akan
menampakkan impak ke atas sesuatu program yang dilaksanakan kerana bagi setiap satu program
yang hendak laksanakan, pelbagai faktor telah diambil kira dan pemantauan juga dilaksanakan
sepanjang masa oleh barisan pentadbir dengan bantuan ketua panitia mata pelajaran.
Justeru, dengan sokongan padu oleh guru-guru, keupayaan membimbing oleh ketua panitia
dan kepimpinan interaksional yang berkesan oleh guru besar fungsi sekolah untuk membentuk dan
menghasilkan pelajar ke arah kemenjadian sahsiah, akademik dan bakat serta kepimpina, maka misi
dan visi ke arah kemenjadian akan menjadi kenyataan.
3.0 PENUTUP
Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia
melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa.
Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai
teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi
juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota
organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya
secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran
dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu
bertanggungjawab kepada Tuhannya.
Hal yang demikian, sebagai seorang guru yang professional, mengikut etika merupakan salah
satu cara dimana untuk kita menunjukkan cara kerja yang lebih teratur, cekap dan bersesuaian dengan
9
keadaan semasa. Isu-isu yang dibincangkan diatas dapat dilihat bahawa masalah pelangaran etika dan
integriti dalam kalangan guru semagin menjadi-jadi dan dalam keadaan yang serius. Jika hal ini tidak
diambil berat, berkemungkinan nanti masalah ini membawa kepada masalah negara. Tugas guru
sebagai pembentuk modal insan perlu memantapkan diri darisegi fizikal dan mental. Ini kerana,
cabaran guru pada alaf ke-21 ini lebih mencabar berbanding dengan 10 tahun kebelakang.
Perkembangan yang sentiasan berlaku dalam system pendidikan bertujuan untuk memantapkan lagi
penyampaian pendidikan kepada anak bangsa agar pendidikan yang diperolehi setaraf dengan negaranegara membangun.
Akhir sekali, permasalah pelangaran etika dan integriti dalam kalangan guru perlu dibendung
dengan megambil langkah-langkah yang sewajarnya agar kualiti pengajara guru dalam
menyampaikan ilmu kepada anak bangsa sentiasa berada pada aras yang terbaik. Ilmu yang
disampaikan itu juga mampu untuk membentuk jati diri yang jitu dalam diri pelajar agar masa depan
negara lebih cerah untuk menuju kepada negara yang maju. Oleh itu, guru perlu mencari usaha-usaha
yang boleh mengurangkan kesalahan melangar etika perguruan agar profesion perguruan sentiasa
dipandang tinggi oleh masyarakat.
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat. Etika profesional mencakupi sebahagian besar ahli
professional kecuali hal-yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta dan menanam bunga.
RUJUKAN
Abdul Rahman, A. (1999). Profesionalisme Motivasi: Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Allan C, O. (2011). Foundation of Education. Houghton Mifflin, 1993.
Basri, M. S. (2014, Jun 20). cikgu kami. Retrieved from Guru Ponteng Semakin Serius:
http://cikgukami.blogspot.my/2012/09/guru-ponteng-isu-serius.html
Harian Metro. (Jun 2009). "Guru Tertekan Rogol Pelajar". Kuala Lumpur: Harian Metro .
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Definisi Ponteng. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1986). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 : Panitia Mata
Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mahathir. (1999). Guru sebagai "role Model". Selangor Darul Ehsan: Utusan Publication &
Distributor Sdn.Bhd.
Manaf, M. I. (1999). Asas kepimpinan dan Perkembangan Profesional Keguruan. Kuala Lumpur:
Penerbit fajar Bakti Sdn.Bhd.
Meng, E. A. (1994). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Nordin, A. B. (1994). Reformasi Pendidikan Dalam Meghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur:
Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Norita Abdul Rashid, B. (2010). Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesional Guru. Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Utusan Malaysia. (18 September 2008). Guru Melangar Etika Semakin Serius. Kuala Lumpur: Utusan
Malaysia.