Anda di halaman 1dari 5

KEM 1MURID 1SUKAN

Secara umumnya, Falsafah di sebalik Dasar 1Murid 1Sukan adalah


soal semangat setia kawan, semangat berpasukan, semangat ingin
mencuba, semangat meraikan kemenangan rakan sepasukan,
semangat bersedia untuk menerima kekalahan, memupuk perasaan
yakin diri serta semangat juang yang tinggi selain untuk merangsang
minda dan tubuh badan supaya sentiasa cerdas dan cergas.

Semua murid berhak untuk mendapat layanan yang adil dan perlu
diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam
semua bidang termasuklah bidang sukan. Ini adalah cabaran dan
amanah yang perlu dilaksanakan oleh para guru. Sekiranya para guru
hanya memilih pelajar yang mampu menang semata-mata, murid
yang kurang kemampuan dari segi fizikal akan terus kekal menjadi
penonton. Sekalipun berpakaian sukan seperti murid-murid yang
lain, mereka mungkin mampu menjadi pemerhati di tepi-tepi padang
atau di khemah rumah sukan masing-masing.

Dari Ruangan Pendapat Pembaca Utusan Malaysia

Senario dan iklim inilah yang mencetus pemikiran dan komitmen Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menyediakan akses, ruang dan peluang agar sebahagian
besar murid di sekolah-sekolah terlibat secara aktif dan menyertai aktiviti sukan.
KEM 1MURID 1SUKAN ADALAH PLETFORM ATAU MEDAN bagi KPM membajai dan
menyuburkan semula budaya bersukan di kalangan 5.2 juta muridnya serta kira-kira
400 ribu orang guru.

MATLAMAT KEM 1MURID 1SUKAN:


Membina satu kumpulan PENGGERAK SUKAN dari kalangan murid di setiap
sekolah KPM.
Memujudkan satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat
kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
Melalui rangsangan tugasan dan assignment murid yang diberikan kepada
peserta kem, dapat:
Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan
Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab

OBJEKTIF KEM 1MURID 1SUKAN:


Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan
aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif

di

kalangan murid dan guru penasihat kelab sukan.


Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui sukan.
Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam aktiviti kelab sukan.

Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti


sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan invovatif.

KUMPULAN SASARAN SEKOLAH RENDAH: Tahun Empat (4) - 2 murid (1 Lelaki, 1 Perempuan)
Tahun Lima (5) - 2 murid (1 Lelaki, 1 Perempuan)

BILANGAN DAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH: 50% daripada jumlah bilangan sekolah dalam setiap daerah : Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Sekolah Pendidikan Khas

KUMPULAN SASARAN SEKOLAH MENENGAH


Tingkatan Dua - 4 murid (2 Lelaki, 2 Perempuan)
Tingkatan Empat - 4 murid (2 Lelaki, 2 Perempuan)

BILANGAN DAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH


100% jumlah bilangan sekolah dalam setiap daerah : Sekolah Menengah Harian
Sekolah Menengah Agama
Sekolah Menengah Teknikal
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Pendidikan Khas

UNJURAN BILANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH YANG


TERLIBAT DALAM KEM 1MURID 1SUKAN SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 2011

Bilangan Murid Sekolah Rendah

= 19,275 orang murid

Bilangan Murid Sekolah Menengah

= 22,870 orang murid

Bilangan Guru Pengiring SR dan SM = 8429 orang guru

IMPAK/OUTCOME
i.

Membina satu kumpulan penggerak sukan atau pengiat sukan sekolah dari
kalangan murid.

ii.

Guru Penasihat kelab sukan yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan
mengendalikan aktiviti Kelab Sukan.

iii. Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya


satu sukan.

iv. Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran


asas sukan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.

Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya Bahagian Sukan, merakamkan ucapan


tahniah kepada PPD Sepang yang telah berjaya melaksanakan Kem 1Murid 1Sukan
yang pertama mulai 22 April 2011 hingga 24 April 2011. 12 orang Jurulatih telah
dapat melaksanakan semua aktiviti berdasarkan manual Kem yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai