Anda di halaman 1dari 38

1) Sejarah Tamadun Islam

1.

Bermula sejak terbinanya negara Islam pertama di Madinah pada zaman


Rasulullah s.a.w;
2.
Selepas baginda wafat penyebaran Islam diteruskan oleh Klulafa ArRasyidin, Bani Umayyah dan Abbasiyah;
3.
Zaman Kerajaan Abbasiyah adalah zaman KEMUNCAK bagi kegemilangan
tamadun Islam kerana mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

2) Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah


1.

Nama kerajaan diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w; AlAbbas;
2.
Memerintah selama 500 tahun lebih; 132H/150M - 650H/1258M;
3.
Ditubuhkan secara rasminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.

3) Struktur Kerajaan Abbasiyah


1.

Mengamalkan sistem pemerintahan secara WARISAN seperti yang


diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah;
2.
Dipimpin oleh 37 orang khalifah;
3.
Corak Pendabiran - Diadaptasi daripada sistem Kerajaan Parsi.

3.a) Sistem Pemerintahan


1.

Al-Khalifah - Ketua negara yang bertindak Pemimpin tertinggi dalam


Wilayah Islam.
2.
Al-Wazir - Perdana menteri yang bertindak sebagi ketua pentadbir.
3.
Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan,
Kebajikan, Perhubungan). Berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari
/Setiausaha)

4) Khalifah Abbasiyah

4.a) Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah

1.
2.

Khalifah yang pertama;


Memerintah selama 4 tahun 9 bulan(132H/750M - 136H/754M);

> Sumbangan:
1.
2.

Mengasaskan K. Abbasiyah;
Menghapuskan pemberontakan.

4.b) Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur


1.
2.

Saudara kandung As-Saffah;


Menjadi khalifah selama 22 tahun(136H/754M - 158H/775M)

> Sumbangan:
1.
2.
3.
4.

Menjadi Baghdad sebagai ibu kota dan membangungkannya;


Memperbaiki sistem cukai;
Membuat saliran air di kawasan pertanian;
Menyediakan pasar di tempat yang strategik.

4.c) Khalifah Harum Ar-Rasyid

1.
2.

Khalifah yang warak dan terkenal


Memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M)

> Sumbangan:
1.
2.
3.
4.
5.

Memerintah Al-Qadhi Abu Yusuf untuk menulis kitab tentang percukaian


sehingga terhasilnya kita Al-Kharaj;
Mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah;
Menubuhkan Baitul Hikmah iaitu pusat ilmu pengetahuan;
Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdangan, ilmu pengetahuan
dam kebudayaan;
Membina lebih banyak prasana(kemudahan awan) seperti hospital,
institut pengajian dan farmasi.

4.d) Khalifah Al-Makmum

1.
2.
3.

Nama sebenar, Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum;


Putera kepada Harun Ar-Rasyid;
Menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M)

> Sumbangan:
1.
2.

Memberi biasiswa kepada pelajar yang berjaya;


Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

5) Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman


Abbasiyah

Faktor Dalaman
1.
2.

Penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;


Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal
untuk para ulama dan pendakwah;
3.
Dasar kerajaan yang menyamakan status orang dengan orang bukan
arab.
4.
Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan perdangan antarabangsa.

Faktor Luaran
1.
2.
3.
4.

Pembukaan wilayah baru;


Penggunaan bahasa Arab secara holistik;
Hubungan diplomatik dengan negara luar;
Usaha para pendakwah menyebarkan Islam melalui aktiviti perdangan.

6) Kesan Positif Penyebaran Islam

AKIDAH
1.

Mengubah pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut;

2.

Para sarjana berjuang memurnikan akidah daripada pengaruh yang


menyelewengkan;
3.
Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan
sesama manusia;
4.
Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat berdakwah,
menuntut ilmu dan beribadat.

Ilmu Pengetahuan
1.

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
adalah sebagai jihad;
2.
Kerajaan Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti
masjid dan sekolah agama;
3.
Ilmu yang terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu,
geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah;
4.
Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada ketika itu.

Kebudayaan
1.

Umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang
sejagat;
2.
Sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam
masih lagu dikekalkan;
3.
Kebudayaan juga memperngaruhi seni bina Islam pada masa itu.

Sistem Kemasyarakatan
1.

Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira


bangsa serta warna kulit;
2.
Kerajaan Abbasiyah memberi peluang perkejaan kepada orang bukan
Arab untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara;
3.
Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

7) Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman


Kerajaan Abbasiyah

1.

Mereka melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas, bukan sekadar
mengangkat senjata di medan perang;
2.
Mereka berusaha memajukan diri sendiri serta negara dengan menerokai
pelbagai ilmu;
3.
Kejayaan ini meletakkan dunia Islam sebagai kuasa besar dunia pada
zaman itu, di mana Islam menguasai hampir 2/3 dunia.

Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia


SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

1. Perkembangan
Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah
merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia.
Tamadun ini bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab
Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang
bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia.

Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para
sahabat (r.a), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan
berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai
satu umat yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh
waktu yang singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap
bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga
ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa

tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan


bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu
pengetahuan.

Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki
oleh dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu
kota pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan
Iskandariah (di Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak
serta disertai segenap lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar
khususnya daripada negara-negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta
mendalami berbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.

Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana nonMuslim yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat kemajuan dan
pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Mereka telah
menempa satu sejarah tamadun kemanusiaan yang amat mengkagumkan meliputi aspek
politik, sosial dan ekonomi.

1.1 Zaman Rasulullah s.a.w.


Sejarah pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam adalah bermula pada zaman
Rasulullah s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan
period Madinah. Kedua-dua zaman ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari aspek
pertumbuhannya. Period Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan tamadun
Islam yang memberi penekanan kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat.
Period Madinah pula adalah zaman untuk membina komuniti dan negara yang baik serta
mendapat keampunan Tuhan.

a. Makkah
Penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di Makkah adalah lebih bersifat
penyediaan kader-kader yang mantap dan kuat dalam menghadapi kejahatan puak-puak
ekstrimis kuffar dan musyrikin (kerana tidak membenarkan kebebasan melaksanakan ajaran
Islam atau dakwah yang diperintahkan oleh Allah). Malah mereka bertindak kejam ke atas
kaum Muslimin yang ketika itu sangat sedikit bilangannya. 13 tahun adalah masa-masa
kritikal dan menyiksakan bagi orang Islam. Penghijraan yang berlaku ke Habsyah dan Taif
tidak banyak memberi ruang dan kejayaan kepada orang Islam. Mereka menderita dengan
pelbagai bentuk siksaan dan ancaman tetapi tetap tabah dan yakin dengan akidah yang baru
dianuti. Mereka adalah generasi awal yang kental dan unggul yang dididik oleh Rasulullah
s.a.w.

b. Madinah
Penghijrahan ke Madinah mencanangkan beberapa perubahan kepada orang Islam ke arah
yang lebih maju dan berjaya dalam segala bidang kehidupan berasaskan prinsip keimanan.
Hijrah turut menandakan bermulanya era pelaksanaan syariat samawi secara menyeluruh
mencakupi sosial, politik, agama dan lain-lain. Setelah menjejaki bumi Madinah, Rasulullah
s.a.w. telah melaksanakan langkah-langkah berikut:

i. Sosial
Sebagai seorang Rasul dan pemimpin kepada bangsa Arab, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya
menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada positif.
Penyatuan yang selama ini tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan bangsa Arab telah
menjadi kenyataan dengan kedatangan Rasulullah s.a.w. Malah kehidupan mereka menjadi
lebih aman dan tenteram. Contohnya, usaha mempersaudarakan di antara golongan Ansar
dan Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan
bersama. Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka dibolehkan menerima harta
pesaka kerana sebelum ini mereka tidak punya apa-apa hak.

Rasulullah s.a.w. telah memberi fungsi kepada institusi masjid sebagai pusat ibadat khusus
sekaligus sebagai markaz, madrasah dan parlimen. Rasulullah menyusun segala aktiviti
harian yang berbentuk sebaran, maklumat, arahan dan sebagainya melalui masjid. Ia juga
berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat musafir bermalam dan menyelesaikan
masalah ketenteraan serta kehakiman.

ii. Politik
Menurut catitan Ibnu Hisyam, Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah diasaskan selepas
terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian di antara orang-orang
Muhajirin dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang kaum seperti Aus,
Khazraj serta kaum Yahudi, Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan Bani al-Nadir.

Termetrainya perjanjian ini bermakna Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan memantapkan
kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang sama baginda telah berjaya
mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai Ummah, serta merubah sama sekali
prinsip suku bangsa yang selama ini melahirkan ketegangan kaum yang berpanjangan.
Kejayaan Rasulullah dalam bidang ini telah membawa keharmonian kepada penduduk kota
Madinah. Sebarang aktiviti yang tidak sihat, kebangkitan Yahudi dan munafik di Madinah
dapat dibendung. Sebarang pihak yang melanggar perjanjian akan dihukum.

iii. Ekonomi

Rasulullah s.a.w. telah mengemaskinikan pungutan zakat, cukai ghanimah, fai dan kharaj.
Golongan Yahudi adalah kapitalis yang menguasai ekonomi Madinah ketika itu. Mereka
mengaut keuntungan tanpa perhitungan moral. Justeru itu Rasulullah memberi galakan
kepada orang Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah
monopoli yang selama ini dilakukan oleh orang Yahudi. Dengan cara ini masyarakat Islam
dapat memecah jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang
miskin dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang tinggi. Rasulullah s.a.w. juga
memberi perhatian kepada bidang penternakan dan pertanian.

Ringkasnya, pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat


dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh. Tamadun Islam yang dibina oleh
Nabi s.a.w. di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintah Islam seterusnya.
Sesungguhnya kesabaran, kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak yang dimiliki oleh Nabi
merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun Islam.

Sebagai satu peringatan dan panduan hidup dalam kehidupan, Nabi dalam khutbah haji
terakhir baginda berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pesaka
yang tidak akan menjadikan mereka sesat iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Baginda juga
berpesan kepada lelaki supaya menjaga amanah khususnya mengenai wanita.

1.2 Zaman Khulafa al-Rasyidin (632-661 M)


Tugas membina dan memperkuatkan lagi umat Islam telah diteruskan oleh generasi pelapis
sahabat-sahabat terpilih seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar Bin al-Khattab, Uthman Bin
Affan dan Ali Bin Abu Talib yang dilantik sebagai khalifah. Khalifah bererti pengganti yang
melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang sebelumnya dilakukan
oleh Nabi s.a.w. Perlantikan Abu Bakar al-Siddiq (632-634 M / 11-13 H) sebagai khalifah di
baiah oleh kira-kira 3000 orang yang berada di Masjid Nabawii. Dalam masa
pemerintahannya, beliau terpaksa berdepan dengan golongan yang enggan mengeluarkan
zakat dan nabi-nabi palsu. Beliau juga menghantar tentera diketuai Khalid bin Al-Walid
untuk melindungi orang Islam dari ancaman Rom dan Parsi, dan telah menerima
pandangan Saidina Umar al-Khattab supaya mengumpulkan al-Quran setelah ramai
penghafaz al-Quran mati syahid dalam perang (Perang Yamamah).

Umar al-Khattab (634-644M/13-23H) dilantik menjadi khalifah dengan persetujuan seluruh


kaum muslimin dengan gelaran Amir al-Mukminin. Dalam masa 10 tahun pemerintahannya
beliau berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam semua dasar-dasarnya. Di antara
kemajuan yang telah dibuat oleh beliau ialah;

Pendidikan. Menubuhkan kuttab, penekanan kepada membaca, menulis, menghafal alQuran, praktikal amalan ibadat dan latihan fizikal.

Politik. Perluasan wilayah meliputi Afrika Utara, Asia Minor dan Khurasan. Melantik
gabenor pada wilayah-wilayah yang ditadbir.

Menubuhkan dewan iaitu Jabatan. Antaranya Jabatan Tentera, Jabatan Ganjaran dan
Pengagihan,
Jabatan
Cukai
dan
Jabatan
Polis. Beliau
telah
memberi perhatian serius kepada jabatan tentera seperti rumah-rumah untuk tentera, gaji,
elaun dan lain-lain.

Sosial. Pungutan cukai yang sistematik dapat membantu beliau menyediakan pelbagai
kemudahan asas kepada rakyat seperti jalan raya dan sebagainya.

Uthman Bin Affan r.a (644-656M/23-35H) mentadbir hampir kesemua mengikut apa yang
ditinggalkan oleh khalifah terdahulu. Aktiviti yang paling menonjol dapat dilihat ialah
penulisan al-Quran yang lebih sistematik. Sebanyak 6 salinan dibuat. Ini adalah sumbangan
paling berharga dari beliau yang kekal hingga kini.

Ali Bin Abi Talib k.w. (656-661M/35-40H). Beliau juga telah meneruskan pentadbiran seperti
khalifah sebelumnya. Dalam masa pemerintahannya ,beliau telah berdepan dengan
pemberontak yang menuntut beliau menghukum mereka yang terlibat dengan pembunuhan
Uthman Bin Affan r.a.

Dari penjelasan di atas, dapat dilihat tamadun yang dibangunkan oleh Rasulullah dan
diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin merupakan tamadun terunggul dengan model dan
praktikalnya adalah yang terbaik.

1.3 Kerajaan Bani Umaiyah (661-743M)


Pemerintahan Bani Umaiyah yang diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian berikutan
penyerahan kuasa oleh Hassan Bin Ali kepada Muawiyah.Pemerintahan ini berpusat di
Damsyik. Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran.Terdapat empat aspek utama dalam sistem pentadbiran Bani
Umaiyah.

Sistem Khalifah iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.

Sistem Wazarah iaitu perlantikan menteri untuk mengetuai sistem pentadbiran negara
bagi kerajaan pusat sementara gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.

Sistem urussetia. Beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod,
menguruskan surat-menyurat dan sebagainya.

sistem hijabah (penyekatan). Seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu
menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.

Dalam bidang sosial, ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan Kota Basrah dikenali
sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Kegiatan keilmuan ini melahirkan ilmuan
seperti Khalil Bin Ahmad (pakar bahasa dan filsologi Arab) dan sibawaiyh (ahli nahu Arab).
Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi
negara. Taraf kesihatan turut diberi perhatian dengan pembinaan hospital pertama di
Damsyik oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

Kejayaan dalam pelbagai bidang itu telah menunjukkan kebijaksanaan pihak pemerintahan
Bani Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan menyelaraskan
pentadbiran kerajaannya. Akan tetapi pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah,
penentangan berlaku dari dalam dan luar negara. Pada masa yang sama, khalifah telah
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat di samping mengabaikan ajaran
Islam. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan itu juga ditentang oleh
sebilangan orang Islam khasnya golongan Syiah dan Khawarij. Faktor-faktor di atas telah
menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

1.4 Kerajaan Bani Abbasiyah (750-1258M)


Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad ke-9 Masihi semasa pemerintahan
Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) dan puteranya al-Makmun (813-833M). Pada masa itu
kota Baghdad (pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah) telah memainkan peranan
sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan keilmuan itu telah berlaku
melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab. Di Baghdad telah
dibina Baitul Hikmah iaitu sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun alRasyid dan hanya berkembang luas pada zaman pemerintahan al-Makmun.

Para ulama juga turut menghasilkan tulisan dalam bidang fiqh, tafsir, sejarah dan lain-lain.
Di antara ulama terkenal pada era ini ialah Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafii
dan Imam Ahmad bin Hanbal. Pada masa ini orang Islam memainkan peranan besar kepada
peradaban dunia. Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka
telah menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh Zaman Kegelapan iaitu
pada ketika masyarakat mereka kurang menghargai ilmu pengetahuan.

Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah menjadi lemah dan
kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan
Turki. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera
Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

1.5 Kerajaan Islam di Afrika

Umat Islam dan tamadunnya menguasai dunia selama lebih satu alaf. Selama tempoh masa
itu tamadun Islam telah mewarnai tamadun dunia dan elemen tamadun Islam tersebar
luas ke serata dunia khususnya ke utara benua Afrika dan ke Eropah. Penyebaran tamadun
Islam itu khususnya khazanah ilmu pengetahuannya terjadi di dalam berbagai bentuk dan
cara. Afrika Utara mengalami proses Islamisasi dan menjadi sebahagian dunia Islam
sehingga kini. Beberapa bandar penting di Afrika Utara seperti Kaherah dan Iskandariah di
Mesir, Fez dan Tangiers di Morocco lahir sebagai pusat perkembangan tamadun Islam di
dalam jangka masa tertentu khususnya pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyah.

Ringkasnya, Islam telah mengurniakan kepada dunia satu pengertian sebenar kepada apa
yang disebut sebagai tamadun. Umat Islam dari Tamadun Islam yang diterima mereka telah
mencipta dan mewujudkan tamadunnya sendiri iaitu satu tamadun yang teragung dengan
segala kepelbagaian pencapaian dan kegemilangannya yang lahir dalam kesatuan. Sejarah
perkembangan tamadun Islam yang bermula pada zaman Rasulullah dan mencapai tahap
yang paling ideal di zaman khulafa al-Rasyidin. Model dan praktikalnya masih tidak dapat
ditandingi hingga ke hari ini.

Sekalipun dikatakan bahawa kegemilangan Tamadun Islam berada di puncak pada zaman
pemerintahan Abbasiyah di Baghdad terutama dalam aspek ilmu pengetahuan sehingga
berjaya menggarap segala sumber kekayaan untuk kepentingan duniawi, namun Islam
melihat kekayaan dan kemewahan duniawi sebagai sebab kepada berlakunya keruntuhan
tamadun sekiranya aspek kerohanian yang mengingatkan manusia kepada alam akhirat
kian terhakis, lebih-lebih lagi dipinggirkan ketika pembangunan manusia sedang rancak
berjalan. Malah tidak dapat dinafikan dalam zaman-zaman kegemilangan ilmu
pengetahuan, masyarakat Islam menghadapi krisis demi krisis sehingga berlaku perpecahan
hingga akhirnya saat keruntuhan tidak dapat dielakkan lagi.

2. Sumbangan Tamadun Islam Andalusia/Sepanyol Kepada Eropah


2.1. Pembukaan Andalusia
Andalusia atau dikenali juga sebagai al-Andalus atau Sepanyol adalah istilah yang diberikan
oleh ahli geografi Islam abad pertengahan. Ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam
di Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol moden. Sebenarnya asalusul nama Andalusia tidak diketahui secara tepat tetapi mungkin diambil daripada
perkataan Vandalusia yang bererti Tanah Vandal iaitu satu suku bangsa Eropah yang
mendiami rantau tersebut sekitar abad ke 5 Masihi. (Encylopedia Brittanica 1969: 889).

Suku kaum Eropah dan Barbar telah mendiami negeri itu sejak dari zaman awal lagi
menurut catatan sejarah. Manakala Orang Phonecia dicatatkan telah menubuhkan sebuah
kerajaan mereka di Andalusia pada awal kurun ke-10 sebelum Masihi. Seterusnya pada

kurun pertama Masihi datang pula orang Romawi dan diikuti oleh suku kaum Visigoth
yang menerajui politik Andalusia sehingga tahun 92H/711M. (Chejne 1974: 3-4).

Keadaan social, ekonomi dan politik Andalusia terutamanya ketika di bawah pemerintahan
Visigoth amat buruk. Kesan daripada pentadbiran yang tidak teratur, perasaan tidak puas
hati daripada rakyat golongan bawahan dan keadaan yang mengecewakan telah meletakkan
negara dalam keadaan porak peranda. Andalus melalui zaman keruntuhan yang tidak
mungkin dapat lagi dibendung oleh pemerintah-pemerintah Visigoth. Kesemua ini
merupakan faktor kepada keruntuhan kerajaan Visigoth di Andalus. Ini terbukti apabila
kerajaan Visigoth dikalahkan oleh tentera-tentera Islam yang hanya berjumlah 12,000 orang
dengan mudah pada 92H/711M.

Misi kejayaan ini dibawa oleh Musa Bin Nusair, Gabenor Islam di Utara Afrika yang telah
mengutuskan Tarif Bin Malik dan telah berjaya menawan Algeciras. Berikutnya beliau
mengutuskan Tariq Bin Ziyad yang telah berjaya menawan keseluruhan bumi Andalus.

Setelah Islam bertapak di Andalus, orang Yahudi dari Timur mulai mencurah masuk.
Cordova menjadi tumpuan utama mereka kerana ia merupakan pusat kegiatan ekonomi,
politik, sosial dan yang paling ketara dalam aspek ilmu pengetahuan. Dalam jangka waktu
yang singkat sahaja agama Islam telah tersebar luas di kalangan penduduk tempatan
Andalus. Ini mungkin disebabkan sikap toleransi Islam sendiri terhadap penganut Kristian.
Mereka tidak dipaksa memeluk agama Islam tetapi hanya perlu membayar cukai jizyah
mengikut kadar kemampuan mereka.

Sikap toleransi pemerintah Islam serta interaksi di antara orang Islam dengan orang Kristian
mengakibatkan berlakunya asimilasi penganut Kristian Andalusia dengan budaya
Arab/Islam. Contohnya ramai orang Kristian menukar nama mereka mengikut nama orang
Arab, meniru cara hidup lahiriah orang Islam seperti berkhatan, meniru resipi masakan,
bentuk pakaian dan sebagainya. Di samping itu, penggunaan istilah-istilah Arab telah
menjadi kebiasaan kepada mereka dan pengajian bahasa Arab mengambilalih pengajian
bahasa Latin. (Arnold 1913: 136).

Ringkasnya, kehadiran Islam telah mengubah corak dan sistem masyarakat Andalusia
sekaligus melemahkan penguasaan bahasa Latin di kalangan masyarakat tempatan sehingga
memaksa ahli agama Kristian menterjemahkan buku-buku agama Kristian ke bahasa Arab.

2.2 Faktor-faktor Perkembangan Keilmuan di Andalusia


Andalusia sering juga disebut Andalus pada suatu ketika dahulu (awal abad ke 8 Masihi
sehingga penghujung abad ke 5 Masihi) telah berjaya meletakkan taraf umum kebudayaan

masyarakatnya pada tahap yang paling tinggi sehingga hampir kesemua penduduknya
mengenal huruf. Pada waktu yang sama masyarakat Kristian Eropah yang berjiran dengan
Andalusia masih lagi berada di Zaman Kegelapan (Dark Ages).

Terdapat beberapa faktor yang membantu suasana perkembangan keilmuan di Andalus, di


antara yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:
i. Gesaan Agama Islam
Islam menegaskan umatnya untuk mengambil berat terhadap kemajuan ilmu pengetahuan.
Melalui al-Quran dan al-Sunnah, umat Islam digesa supaya berusaha menambah ilmu
pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh
Allah. Umat Islam wajib mempelajari semua bidang ilmu yang berkait dengan keperluan
dan kepentingan mesyarakat Islam. Tanpa penguasaan yang sewajarnya terhadap ilmu-ilmu
tersebut tidak akan memungkinkan umat Islam mencapai kestabilan dan keselesaan dalam
kehidupan sebagai individu, masyarakat dan negara.

Kehadiran Islam di Andalus telah mencetuskan suasana keilmuan. Ramai kalangan umat
Islam yang berhijrah ke Andalus memainkan peranan penting dalam bidang perkembangan
intelektual. Andalus berjaya menghasilkan ramai cendikiawan dan muncul sebagai sebuah
obor yang menyinari Eropah yang berada dalam kegelapan itu. Sejarah mencatatkan bahawa
di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta
huruf. Malah umat Islam dan masyarakat Andalus sama-sama bergabung tenaga dan terus
mengorak langkah ke arah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh mencakupi seluruh
dimensi spritual, fizikal dan intelektual.

ii. Galakan Pemerintah


Pemerintah-pemerintah Islam di Andalus mengambil berat dalam perkembangan dan
kemajuan kegiatan intelektual dalam berbagai bidang. Mereka berusaha menjemput dan
mengumpulkan para cendikiawan dari seluruh dunia untuk menampung keperluan institusi
keilmuan yang didirikan dihampir setiap bandar di Andalus. (Ahmad Amin 1969: 15).

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman II (822-852 M), banyak perubahan dan kemajuan
telah dilakukan dan beliau dianggap sebagai penaung dan pengembang kegiatan kesenian
dan kebudayaan di Andalus. Beliau juga telah mendirikan banyak institusi pengajian di
setiap kota di Andalus dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan di kalangan
masyarakat umum. Sarjana-sarjana daripada luar dibawa masuk untuk mengajar di
institusi-institusi tersebut dan kesan daripada usaha beliau itu pendidikan Arab telah
berkembang pesat di seluruh Andalus. (Irving 1973: 140).

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III (912-961 M) Andalus mula mencapai ke
puncak keagungan dan kecemerlangannya dalam berbagai aspek kehidupan seperti
pentadbiran, sosio-ekonomi dan perkembangan ilmu pengetahuan. Di bawah pemerintahan
beliau Andalus mencapai puncak kemakmuran ekonomi. Beliau juga berjaya menyatukan
masyarakat Andalus yang terdiri daripada berbagai bangsa dan suku kaum menjadi satu
umat yang menghasilkan pencapaian tinggi. (Irving 1973: 166).

Berikutnya Khalifah al-Hakam II (961-976 M) telah menumpukan sepanjang lima belas


tahun kekuasaannya menggalakkan perkembangan kegiatan keilmuan di Andalus. Pada
zaman kekuasaannya Universiti Cordova diperbesarkan dan dipertingkatkan peranannya
hingga muncul sebagai sebuah universiti terbaik dan terbesar di dunia. (S.H. Mahmud 1960:
71). Kebudayaan masyarakat Andalus mencapai tahap tertingginya di bawah pemerintahan
al-Hakam II. Menurut yang dilaporkan oleh Dozy di dalam bukunya Spanish Islam,
hampir semua penduduk Andalus tanpa mengira lapisan masyarakat boleh menulis dan
membaca dengan baik. (Dozy 1972: 455)( Irving 1973: 114).

Begitulah peranan yang dimainkan oleh pemerintah-pemerintah Islam di Andalus, mereka


begitu berminat dan cintakan ilmu sehingga masjid dan istana turut dijadikan tempat
pembelajaran.

iii. Kesungguhan Ulama


Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah
kesungguhan para ulama. Semasa pembukaan Andalus para cendikiawan dan ulama Islam
telah sama-sama datang sebagai tentera. Mereka membawa bersama ilmu dan pengalaman
untuk dikembangkan dan dicurahkan kepada penduduk Andalus. Pada peringkat awal,
ulama berperanan menerangkan akidah dan menyelesaikan soal-soal asas yang dihadapi
seperti ilmu syariat dan bahasa. Kemudian mereka turut menyebarkan ilmu pengetahuan
dan memberikan galakan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu. Contohnya Ibn
Hazm (994-1064 M) yang merupakan ilmuan Islam yang agong di Andalus. Beliau juga
seorang ahli fikir, sasterawan dan juga hakim. Beliau mampu menguasai pelbagai bidang
ilmu. Malah terdapat ramai lagi ulama dan cendikiawan Islam yang turut memberi
sumbangan besar dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan ini seperti Ibn Firnas
(888M - mati) dan Yahya al-Ghazal. (865 - mati). Kepesatan kegiatan intelektual ini juga
disebabkan ulama dan ilmuan Islam terpaksa menghadapi cabaran ilmiah daripada
pemeluk Islam yang baru. Hujah-hujah, falsafah dan ilmu logik mereka yang kukuh
terpaksa ditangani dengan hujah-hujah yang lebih mantap.

iv. Sikap Masyarakat


Masyarakat Islam Andalus menaruh perhatian besar terhadap kegiatan keilmuan. Minat
mereka dalam mencari dan mendalami berbagai bidang ilmu pengetahuan amat dikagumi.

Setiap lapisan masyarakat Andalus bermula daripada para pemerintah sehingga masyarakat
awam tidak kira lelaki dan wanita, sama-sama berlumba-lumba untuk mempelajari dan
mendalami pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Minat mereka terhadap pelajaran tidak
terbatas atau cukup di dalam negara mereka sahaja, tetapi mereka sanggup merantau dan
mengembara semata-mata untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan.

Masyarakat Andalus juga amat berminat dalam pengumpulan buku-buku ilmiah daripada
pelbagai bidang. Minat mengumpulkan buku ini dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat di
Andalus termasuk wanita dan golongan hamba. Bagi golongan wanita yang miskin, mereka
juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam bidang keilmuan dengan
bekerja sebagai penyalin kitab suci al-Quran dan buku-buku ilmiah lain.

Ternyata faktor-faktor yang disebutkan di atas iaitu gesaan ajaran Islam kepada mencari
ilmu gandingan mantap para ulama dan pemerintah dalam menyemarakkan lagi kegiatan
intelektual dalam masyarakat dan sikap masyarakat yang cintakan ilmu terbukti menjadi
suatu prasarana dalam menyemarakkan lagi kegiatan intelektual di dunia Islam khususnya
di Andalus.

2.3 Cordova Sebagai Pusat Kegiatan Keilmuan


Kedatangan Islam ke Andalus bukan sahaja telah membawa perubahan kepada struktur
politiknya, malah telah memandu Andalus ke mercu kejayaan cemerlang yang tidak boleh
ditandingi didalam segala bidang kehidupan. Khususnya dalam bidang pertumbuhan dan
perkembangan intelektual.

Penguasaan Islam di Andalus selama hampir lapan abad sebenarnya telah memberikan
pengertian yang amat besar kepada perkembangan kegiatan intelektual dalam berbagai
bidang bukan sahaja kepada masyarakat Andalus, malah kepada seluruh masyarakat Barat
dan dunia. Cordova yang menjadi ibu kota pemerintahan Islam di Andalus pada zaman
kemuncaknya telah muncul sebagai sebuah kota ilmu pengetahuan yang ulung. Ia menjadi
tumpuan para sarjana dan pelajar dari segenap pelusok dunia. (Imamuddin 1965: 184).

Institusi pendidikan tumbuh dengan banyaknya di seluruh Andalus. Boleh dikatakan semua
bandar utama mempunyai universitinya yang tersendiri, sementara bandar-bandar kecil
mempunyai sekolah-sekolah. Masjid-masjid juga turut berfungsi sebagai pusat
pembelajaran. Dicatatkan juga bahawa pada zaman pemerintahan al-Hakam II, di seluruh
Andalus terdapat sebanyak seribu buah universiti yang dilengkapi dengan perpustakaan
yang baik. (Kabir Ahmad Khan 1982: 312).

Hasil daripada banyaknya institusi pendidikan ini, Cordova yang juga merupakan ibukota
pemerintahan Islam di Andalus pada waktu itu muncul sebagai pusat pengajian dan
kebudayaan yang terulung di Eropah bagi orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi. Para
pelajarnya terdiri daripada dalam dan luar negeri. Mereka boleh mempelajari berbagai-bagai
bidang ilmu dan di mana-mana institusi yang terdapat dengan banyaknya di kota Cordova.
Universiti Cordova muncul sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang paling
terkenal di zamannya. Hanya Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti Nizamiyyah yang
setanding dengannya. (Abdul Aziz Salim 1962: 296).

2.4 Cara Penyebaran Tamadun Islam Ke Eropah


Penyebaran Tamadun Islam ke Eropah melalui berbagai cara. Cara terpenting berlakunya
penyebaran tersebut ialah melalui Andalus iaitu dari 92-897H bersamaan 711-1492 M. Tiga
golongan utama yang berperanan besar menyebarkan nilai-nilai tamadun Islam ini ke Barat
ialah masyarakat Kristian Andalus yang dikenali dengan sebutan Mozarab, golongan
pedagang dan para pelajar Kristian Eropah yang belajar di unversiti-universiti Andalus.
Cara terpenting berlakunya proses pemindahan khazanah ilmu pengetahuan dan teknologi
Islam ke Eropah ialah melalui aktiviti penterjemahan.

i. Orang Mozarab
Mozarab ialah panggilan kepada masyarakat Kristian. Ia diambil dari bahasa Arab
mustaribun (orang-orang yang diarabkan) iaitu orang Kristian yang tertarik dan
mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. Penumpuan dan
pemerhatian mereka terhadap karya-karya Islam menyebabkan mereka lebih menguasai
bahasa Arab berbanding dengan bahasa Latin. Sebagai bukti, pada tahun 1049 M, John of
Seville terpaksa mengusahakan terjemahan Bible ke bahasa Arab untuk digunakan oleh
penganut-penganut Kristian Andalus. Orang Mozarab telah membelanjakan wang yang
banyak untuk membina perpustakaan-perpustakaan besar bagi menyimpan buku-buku
Arab. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan dari Bishop
Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas terhadap karya-karya Islam golongan ini telah
menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan elemen-elemen tamadun Islam
Andalus kepada masyarakat Kristian Eropah. (Azam 1991: 87).

ii. Pedagang
Pedagang-pedagang Islam Andalus telah membuat hubungan dagang dengan negara
Kristian sama ada melalui perdagangan darat dan juga laut. Barang dagangan dari Andalus
menguasai pasaran di setiap bandar besar Eropah. Melalui kontrak perdagangan ini sistem
nilai dan keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian
Eropah. Ini kerana sudah menjadi lumrah dunia, bangsa yang menguasai perdagangan akan
mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang mempunyai kontrak perdagangan dengannya.
(Imamuddin 1965: 186).

iii. Pelajar Kristian Eropah


Para pelajar Kristian Eropah ini dihantar oleh negara-negara Eropah seperti England,
Perancis dan Jerman ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan
dan lain-lain. Mereka juga menghantar pembesar-pembesar dan putera-putera mereka
untuk melanjutkan pelajaran di Andalus serta mendalami dan mempelajari setiap aspek
kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam.

Menurut Petter antara rombongan yang tiba ke Andalus ialah Elizabeth iaitu sepupu kepada
Louis IV dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara Jerman pula menghantar
perutusan diketuai oleh menterinya yang bernama William. Ketika ini Universiti Cordova
yang diasaskan oleh Abdul Rahman III merupakan universiti terbaik ketika itu. Ia bukan
sahaja menampung pelajar-pelajar Muslim, tetapi juga pelajar-pelajar Kristian dan Yahudi
dari seluruh pelusuk dunia sama ada Eropah, Afrika dan juga Asia.

Pada masa pemerintahan Hisham I, Putera Philip telah menghantar pelajar-pelajarnya untuk
mempelajari teknik-teknik dan metodologi pembelajaran setiap disiplin ilmu. Secara tidak
langsung ilmu-ilmu Islam telah tersebar dengan begitu cepat dan pesat. Ia bukan sahaja
menerangi dunia Islam tetapi turut membawa nafas baru kepada Eropah yang masih dalam
kegelapan.

iv. Aktiviti Penterjemahan


Pemusuhan politik dan agama di antara raja-raja Kristian dengan Islam tidak pula
memberikan kesan negatif kepada hubungan kebudayaan. Malah setiap kali mereka berjaya
menawan wilayah-wilayah Islam, raja-raja mereka memberikan galakan supaya membuat
pengajian dan penelitian terhadap buku-buku dan manuskrip-manuskrip Islam yang
berjaya mereka perolehi. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus
untuk menterjemah buku-buku Arab ke bahasa Latin dan juga memberikan pendidikan
Arab-Latin kepada penganut-penganut Kristian. Sekolah Arab-Latin di Toledo dan Seville
telah memainkan peranan penting di dalam pengaliran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah.
(Azam 1991: 88).

Dengan lahir banyaknya aktiviti penterjemahan ini maka ilmu pengetahuan serta sains dan
teknologi Islam mulai tersebar luas ke seluruh Eropah. Pengajian ilmu perubatan di Eropah
bermula di Salerno. Sekolah perubatan pertama telah ditubuhkan oleh Constantin yang
mendapat bantuan dari guru-guru Arab. Dilaporkan bahawa Constantin telah mengembara
selama 36 tahun ke seluruh negara Islam untuk mendalami pengetahuan di dalam berbagai
bidang. Beliau juga turut menterjemah karya-karya Arab ke bahasa Latin. (Imamuddin 1965:
190).

Montpellier dan diikuti oleh Paris, muncul sebagai pusat pengajian ilmu perubatan yang
terkenal di Eropah. Bahasa Arab yang telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan telah diajar di
beberapa buah unversiti di Eropah dan juga di sekolah-sekolah, terutamanya di Toledo,
Narbonne, Naples, Bologna dan Paris. Hasil-hasil karya sarjana agung Islam dalam berbagai
bidang seperti al-Razi, Ibn Sina, Ibn Zuhr dan Ibn Rushd yang telah diterjemahkan ke
bahasa Latin telah dijadikan sebagai teks utama di universiti-universiti mereka sehinggalah
ke abad 16 Masihi. Penghujung abad ke 16 dan 17M barulah pengaruh bahasa Arab
kelihatan berkurangan dalam bidang falsafah dan sains tabii, iaitu setelah sarjana-sarjana
Barat seperti Copernicus, Vesalius, Michael Servatus, Gallileo dan lain-lain lagi membawa
arah baru dalam bidang tersebut. (Chejne 1974: 358).

2.5 Peranan Andalus Kepada Kebangkitan Eropah


i. Kebangkitan Eropah
Kebangkitan Eropah bermula ketika orang Islam mulai melalui zaman kemerosotan dan
kemundurannya. Negara-negara Eropah mula sedar dan mula mengejar kemajuan dalam
berbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial dan akhirnya berjaya menewaskan orang
Islam di Andalus pada abad ke 15 M. Mereka telah belajar daripada orang Islam dalam
membantu proses pemodenan masyarakat Kristian Eropah yang jauh tertinggal. Mereka
berbaik-baik dengan orang Islam Andalus dan bergantung kepada jasa-jasa mereka untuk
memindahkan khazanah-khazanah ilmu Islam ke Eropah. Mereka mula mengkaji faktorfaktor yang telah membawa kepada kejayaan Islam.

Abad ke 11M menyaksikan perubahan positif dalam bidang ekonomi di negara-negara


Kristian Eropah. Tanda-tanda pemulihan ekonomi ini adalah dalam pertambahan
penduduk, pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian, kemunculan golongan pedagang
yang bergantung kehidupan mereka pada perdagangan dua jalinan semula hubungan
Eropah Barat dengan Laut Mediterranean yang tertutup pada Zaman Kegelapan (Dark Ages).
Venice di Itali muncul sebagai pusat perdagangan penting di Eropah Selatan. Mereka
mewujudkan hubungan dagang dengan pedagang Islam di Timur. Aktiviti ini berkembang
ke Lambardy dan Tuscany tempat berkembangnya bandar-bandar terkenal saperti Milan,
Florence dan Siena. Pedagang Kristian mula menguasai perdagangan dan berusaha
menyingkirkan kapal-kapal dagang Islam di bahagian barat Mediterranean. Pemulihan
ekonomi juga berlaku di bahagian utara dan hampir di semua kawasan di Eropah Barat.
Institusi kewangan dan perbankan mula berkembang khususnya di Genoa dan Tuscany di
Italy. (Sivachandralingam 1996: 99-109).

Pada abad ke 12 dan ke 13M, beberapa buah universiti mula didirikan di Eropah. Universiti
Oxford dibangunkan pada tahun 1167M, Universiti Cambridge pada tahun 1207M dan
Universiti Pradua pada tahun 1222M. Selain unversiti-universiti ini, kebanyakan unversiti
lain di Eropah didirikan selepas tahun 1250M. (Azam 1990: 3). Pada penghujung abad ke

12M terdapat enam buah universiti di Eropah dan menjelang tahun 1500M jumlahnya
meningkat kepada 76 buah. (Sivachandralingam 1996: 108). Sementara kegiatan penulisan
ilmiah pula mulai giat dilakukan di Eropah pada tahun 1647M iaitu setelah tertubuhnya
Academy Experiment di Itali. Seterusnya di London ditubuhkan pula Royal Society of
London pada tahun 1662M dan di Perancis dibangunkan French Academy of Science pada
tahun 1666M.Kebanyakan sarjana Kristian Eropah yang menjadi pelopor pengembangan
ilmu di negara mereka pernah berguru dengan sarjana Islam khususnya di Andalus. (Azam
1990: 3).

Meskipun sarjana Kristian Eropah banyak bergantung kepada kepakaran sarjana muslim
dalam merintis jalan kebangkitan Eropah, namun tidak ramai penulis sejarah sains Barat
yang menonjolkan sumbangan sarjana-sarjana Muslim dalam penulisan mereka. Ini kerana
kebanyakan mereka adalah penulis anti-Islam yang amat fanatik. Mereka menafikan segala
sumbangan besar saintis Muslim dan beranggapan bahawa mereka (saintis Muslim) itu
hanyalah sebagai penterjemah karya-karya yang telah dihasilkan oleh saintis dan ahli
falsafah Yunani. Namun begitu ada juga segelintir sarjana mereka yang mengaku secara
jujur dan menghargai sumbangan sarjana Muslim.

Sesungguhnya sumbangan yang diberikan oleh sarjana-sarjana Muslim terhadap khazanah


ilmu pengetahuan dunia tidak terhitung banyaknya dan tidak ternilai harganya.

ii) Iktibar Dari Sejarah


Orang Islam Andalus (Sepanyol) telah berjaya mencipta sejarah dari segi politik dan
peradaban yang tinggi dalam bidang keagamaan, intelektual dan senibina. Peradaban Islam
adalah berasaskan akidah. Akidah Islam adalah berbentuk universal, global dan integral.
Kegiatan senibina berkembang pesat di Sepanyol. Masjid merupakan institusi pertama yang
mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Masjid yang teragung di Sepanyol ialah Masjid
Cordova. Istana khalifah juga mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Istana yang
paling indah dan agung ialah Istana al-Hamra (Alhambra) yang terletak di bandar Granada
(Gharnatah).

Aspek perbandaran merupakan ciri terpenting dalam kehidupan orang Islam di Sepanyol.
Terdapat banyak bandar orang Islam yang baru dibina atau sudah sedia ada tetapi
diperbaharui di Sepanyol seperti bandar Cordova, Granada dan Seville. Di bandar-bandar
ini terdapat institusi-institusi agama dan pendidikan dan di sini juga tumbuh dan
berkembangnya peradaban orang Islam. Usaha membina dan memajukan bandar-bandar
Sepanyol merupakan suatu taktik dan strategi penting bagi mengukuhkan pengaruh Islam
dari segi politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Tegasnya dari bandar orang Islam mula
berkuasa dan mengambil alih pemerintahan dan diperluaskan ke desa-desa.

Di bandar terdapat ramai penduduk dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan bagi


menjalankan aktiviti-aktiviti untuk keperluan masyarakat dan negara. Pembinaan kota
Cordova, Seville dan Granada mencerminkan kegemilangan tamadun Islam di Sepanyol.
Namun terdapat juga aspek-aspek negatif dari kehidupan di bandar. Ciri-ciri kebudayaan
dan kemewahan yang terdapat di bandar boleh membawa keruntuhan akhlak
penduduknya. Kerana itu Allah mengingatkan tentang keburukan penduduk bandar yang
sering melakukan kerosakan di bumi. Firman Allah bermaksud:
Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu ada sembilan orang yang semata-mata melakukan
kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikit
pun. (Surah al-Naml ayat 48)

Mereka yang tinggal di bandar termasuklah kaum elit dan raja. Firman Allah yang
bermaksud:
Sesungguhnya raja-raja apabila mereka memasuki sesebuah kampong mereka membinasakannya dan
penduduknya yang mulia dijadikan hina, dan demikian pulalah yang akan mereka lakukan. (Surah
al Naml ayat 34)

Pengaruh budaya Barat yang tersebar luas di kawasan bandar Sepanyol telah memberi kesan
negatif terhadap kehidupan penduduknya. Ramai dikalangan pemimpin Islam yang
terjerumus ke lembah kehinaan, mereka lebih mementingkan hiburan, keseronokan dan
kebendaan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara. Keadaan ini telah menimbulkan sifat-sifat angkuh, tamak dan mementingkan diri
sendiri. Justeru itu timbul perbalahan dan akhirnya berpecah sesama sendiri. Dalam
keadaan berpecah ini umat Islam telah kehilangan kekuatan politik dan menjadi semakin
lemah. Perbalahan dan peperangan sesama sendiri mengakibatkan kerugian besar dari segi
nyawa dan harta benda.

Orang Kristian telah mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku ini. Pada
bulan Julai 1212M tentera Salib (Kristian) dari Castile, Leon, Navarre dan Aragon telah
bersatu tenaga untuk menyerang kerajaan al-Muwahhidun dan wilayah-wilayah lain yang
diperintahkan oleh orang Islam. Tentera Salib telah meraih kemenangan besar dalam
peperangan di Los Navas de Tolosa. Kemenangan tentera Salib ini merupakan titik tolak
kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol) kerana selepas itu satu demi satu
wilayah Islam jatuh ke tangan mereka. (Mahayuddin 1990: 222).

Orang Kristian yang dilihat pada lahirnya baik dan jujur, mempunyai perancangan dan niat
jahat terhadap Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan orang Islam.
Perancangan ini telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan terus dilaksanakan pada
masa-masa akan datang.

3. Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan


Ajaran Islam yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan telah menjadikan
umatnya mampu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka mampu
menghasilkan karya-karya sendiri dan mampu menyumbang dan menyebarkan ilmu-ilmu
itu kepada masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Selama beberapa abad umat Islam
menjuarai dunia menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Beberapa disiplin ilmu baru
telah dikembangkan dan beberapa penemuan baru telah ditemui hasil daripada
penyelidikan yang dilaksanakan secara berterusan dalam bidang-bidang sains dan
teknologi, sains kemanusiaan dan sosial dan lain-lain. Kewujudan dan perkembangan
pelbagai disiplin ilmu ini telah mempengaruhi dunia. Pada waktu itu dunia khususnya di
Eropah berada di Zaman Kegelapan. Sehingga kini penemuan sarjana Islam masih dikaji,
dipelajari dan dihayati sama ada secara langsung atau tidak, diakui atau dinafikan.

3.1 Sumber, Prinsip dan Matlamat Keilmuan Islam


a. Sumber
Sumber ilmu pengetahuan adalah;
i. Al-Quran
ii Al-Sunnah
iii Al-Ijtihad

Al-Quran:
Terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menyingkap tanda-tanda kebesaran
Allah s.w.t, menggesa manusia mempelajari dan mengembangkannya. Ada dalam bentuk
umum dan ada dalam bentuk khusus.
Terdapat ayat-ayat khusus yang membabitkan disiplin tertentu seperti:
i. Astronomi; al-Anbiya: 23, al-Anam: 97, Yasin: 38-40 dan lain-lain.
ii. Matematik; al-Nisa: 11-12.
iii.Biologi; alHajj: 5, al-Alaq: 2 dan lain-lain.
iv. Fizik; al-Ala: 1-3, Luqman: 20.
v. Kimia; al-Rahmah: 7-9, al-Rad: 3 dan lain-lain.

Al-Sunnah:
Hadith-hadith Nabi juga ada menerangkan, menggesa dan menganjurkan pencarian ilmu
serta melakukan segala urusan dengan cara yang sesuai dengan kepakaran yang dimiliki
seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;

Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu.

Al-Ijtihad:
Penggunaan akal yang bijak telah menghasilkan ilmu-ilmu baru. Ini sesuai dengan tuntutan
mencari ilmu dalam Islam. Menurut Imam al-Ghazali, tuntutan mencari ilmu adalah
kewajipan keagamaan yang dibahagikan kepada fardhu ain dan fardhu kifayah.

b. Prinsip Keilmuan
Ia mempunyai tiga prinsip:
i.

Tauhid
Segala disiplin ilmu mestilah terikat dengan ilmu tauhid iaitu dengan menjadikan maklumat
dan ilmu itu dirujukkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber muktabar yang
lain.

ii.

Berasaskan hiraki ilmu


Dari sudut hiraki ilmu, ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu teras atau dasar yang
merupakan ilmu yang tinggi kedudukannya. Ilmu-ilmu fardhu kifayah pula merupakan
ilmu-ilmu yang lebih bersandarkan akal. Oleh itu ia di tempat kedua dari segi hirakinya.

iii. Kesepaduan ilmu


Idea dualisme hanya akan memberi kekeliruan dan mampu sekadar mencapai matlamat
jangka pendek sahaja. Sebaliknya kesepaduan ilmu akan berkesinambungan dan seterusnya
mencapai kedudukan yang paling tinggi iaitu keredhaan Allah s.w.t. Akidah tauhid harus
menjadi paksi atau tunjang kepada ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

c. Matlamat Ilmu Dalam Islam


Matlamat ilmu dalam Islam harus berlegar kepada beberapa tujuan tertentu iaitu:
i.
Untuk mengenali Yang Maha Pencipta iaitu Allah. Ini merupakan tonggak matlamat
segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini.
ii. Untuk mengetahui bagaimana kehidupan sebenar yang merupakan ibadat kepada
Allah.
iii. Untuk mengatur kehidupan beribadah menurut kepercayaan akidah yang sebenar.
iv. Untuk menguruskan dan mentadbir alam sebagai khalifah Allah.

4. Pengaruh Tamadun Islam Kepada Ilmu Pengetahuan


Seperti yang ditegaskan bahawa bukti-bukti pencapaian Tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan yang menyerikan zaman kegemilangan Islam adalah lahir dari ajaran Islam itu sendiri
yang telah diolah oleh pemikir-pemikir Islam. Ia menjadi rebutan oleh pencinta-pencinta ilmu terutama
dari blok Eropah dan Barat. Hal ini boleh diperhatikan beberapa kesan pengaruh tamadun Islam
terhadap dunia Eropah dan Barat dan dunia seluruhnya, antara lain:

i. Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam


Kaum muslimin amat tekun mengkaji isi kandungan al-Quran dan al-Hadith sejak dari
permulaan Islam lagi. Di samping ketekunan beribadat, mereka juga tidak ketinggalan
dalam usaha penemuan ilmu-ilmu umum baru yang lain. Kesemua ini bertujuan bagi
kepentingan umat manusia, baik untuk keselesaan hidup di dunia mahupun mencari
kebahagian di akhirat. Dengan sebab itu, lahir para ilmuan dalam pelbagai bidang tersebar
di seluruh pelosok dunia Islam. Pemimpin Islam telah mengambil inisiatif untuk
mengumpul para ilmuan di suatu tempat dan diberi upah bagi mereka yang mengajar dan
membuat penyelidikan dari semasa ke semasa. Akhirnya tempat itu menjadi Pusat Pengajian
Tinggi Islam. Berbagai lapisan masyarakat datang ke tempat itu sama ada dari dalam atau
luar negara seperti pelajar-pelajar dari Eropah untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan
dari tokoh-tokoh terkenal.

ii.

Kewujudan Institusi Penterjemahan


Orang-orang Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur
Tamadun Islam kemudian mereka bawa pulang ke negeri masing-masing. Sejak mereka
mengenali kecemerlangan Tamadun Islam sekitar abad ke 11 Masehi, maka semakin tinggi
keinginan mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka sehari-hari. Mereka
berfikir bagaimana cara supaya ilmu pengetahuan yang amat berguna itu masuk lebih cepat
ke Eropah. Akhirnya golongan ilmuan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang
terbaik ialah penterjemahan.

Sebahagian besar usaha penterjemahan dilakukan oleh ilmuan di Universiti Islam di


Sepanyol, Sicily dan ilmuan Islam di Universiti Islam di Timur. Usaha penterjemahan buku
berjalan dengan pesat kerana mereka berkemampuan menterjemahkan buku-buku bahasa
Arab ke bahasa Latin dan Eropah. Pada mulanya mereka hanya menterjemah ilmu-ilmu
falsafah sahaja kemudian kegiatan ini diteruskan ke bidang-bidang sains. Buku-buku hasil
karya ilmuan Islam itu dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian mereka di Eropah.

iii. Penubuhan Universiti Pertama di Eropah


Penubuhan universiti yang pertama di Eropah merupakan inisiatif daripada pelajar-pelajar
Kristian Eropah yang telah tamat pengajian mereka di Timur (Baghdad) dan di Barat
(Sepanyol). Penubuhan universiti tersebut juga ada kaitan dengan Perang Salib kerana
berlaku pemindahan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam serta bahan-bahan ilmiah

lain yang dibawa oleh tentera-tentera salib pulang ke negara mereka. Model universitiuniversiti yang dibangunkan di negara mereka adalah merupakan tiruan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi Islam di Sepanyol.

iv. Penggunaan Istilah Arab/Islam dalam istilah saintifik di Barat


Para ilmuan Barat banyak menggunakan istilah-istilah Arab dan Islam di pusat pengajian
mereka di Barat. Ini kerana mereka pernah belajar dari sarjana-sarjana Islam dan
mempelajari buku-buku yang ditulis oleh mereka. Kebanyakan istilah-istilah Arab dan Islam
yang dikemukakan oleh ilmuan Islam pada masa dahulu, mereka kekalkan sebagai istilahistilah saintifik Barat sehingga dewasa ini. Contohnya ialah istilah Sifr-sifar, Zero, Almanacal-munakh (cuaca), Alcohol-al-kuhul dan Arsenic-al-zirnikh.

4.1 Disiplin Ilmu, Tokoh Dan Sumbangannya


Rasulullah s.a.w. adalah tokoh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang berbentuk
duniawi dan ukhrawi tanpa wujud sebarang pemisahan di antara satu sama lain. Di antara
cara-cara yang biasa dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk merealisasikan perkara di
atas antaranya pada malam hari baginda banyak mengerjakan amal ibadah dan pada siang
hari baginda bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Baginda juga
mendidik para sahabat secara langsung dengan ilmu-ilmu yang dapat mendisiplinkan
mereka sehingga tidak sanggup melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan
bermasyarakat disebabkan mereka menguasai ilmu dunia dan akhirat dengan seimbang.
Kecemerlangan keilmuan dalam Tamadun Islam di zaman silam itu, akhirnya melahirkan
ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang. Ianya dikagumi dunia sehingga kini. Oleh itu
lahir tokoh-tokoh intelektual yang terbilang dalam pelbagai bidang. Berikut akan dijelaskan
ilmu-ilmu yang telah diterokai oleh para ilmuan Islam itu dan sumbangan yang telah
mereka berikan.

a. Sains dan Teknologi


i.

Astronomi
Merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bulan, bintang, planet, galaksi,
jirim antara bintang, nova dan pulsar dan apa jua bahan dan jasad yang terdapat di angkasa
lepas (Baharuddin Yatim, 1992, 20)

Walaupun ilmu astronomi turut dicurigai oleh masyarakat umum, Andalusiatetap berjaya
melahirkan ramai ahli astronomi terkenal. Ini kerana mereka mendapat galakan daripada
pemerintah dalam menjalankan kajian dan pencerapan astronomi. Salah satu tempat yang
digunakan sebagai kajian pencerapan angkasa lepas ialah di menara masjid. Seterusnya
sebuah balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran dengan Masjid
Seville pada tahun 1190M. Para sarjana astronomi Islam Andalusia telah mencipta pelbagai

alat astronomi yang belum diketahui oleh dunia sebelum itu. Contohnya Astrolab yang
digunakan oleh orang Eropah sehingga kurun ke-12 Masehi untuk menentukan saiz bumi
dengan lebih tepat daripada cara yang dilakukan oleh orang Greek sebelumnya.

Antara tokoh astronomi Islam ialah Abd al-Rahman al-Sufi (903-986M). Sumbangan beliau
di dalam astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih dari 1000 jenis. Nama bintang
yang diperkenalkan oleh beliau tetap terus digunakan hingga hari ini oleh ahli sains Barat.
Namun demikian nama dalam bahasa Arab telah diubahsuai dengan sebutan Eropah seperti
algharab diubah jadi algorab (Mustafa Daud 1991: 262).

ii. Matematik
Orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu Algebra dalam
bentuknya
yang asli. Algebra, perangkaan dan matematik gunaan telah dipelopori dan diketengahkan
oleh para sarjana Muslim. Merekalah orang pertama menggunakan Algebra dalam bidang
Geometri. Di antara tokoh ilmu matematik Islam ialah al-Khawarizmi (780-850M). Beliau
merupakan seorang ahli matematik Islam termasyhur. Beliau memberikan sumbangan
dalam perkembangan ilmu matematik apabila mengemukakan asal usul angka. Karya-karya
beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni, iaitu kitab alJami wa al-Tafiq bi Hisab al-Hind.Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada
matematik yang berasal dari India.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan satu teorem baru dalam matematik iaitu Algebra.
Perkara ini dirakamkan di dalam kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. (Mustafa
Daud 1991: 261).

iii. Perubatan
Sarjana Islam Andalusia telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat membanggakan
dalam bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan
Timur. Berdasarkan teori-teori baru, ahli-ahli perubatan Islam Andalusia telah berjaya
melakukan eksperimen-eksperimen yang sukar. Mereka sentiasa berhati-hati dalam semua
operasi yang dilakukan khususnya dalam bidang aetiologi, patologi dan terapuitik. Dengan
itu Andalusia berjaya melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran yang
mendalam dalam berbagai cabang ilmu kedoktoran dan mereka telah menghasilkan karyakarya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat pembedahan. Inilah sumbangan
terbesar oleh sarjana perubatan Islam dan dunia perubatan moden terhutang budi
kepadanya. Orang Yahudi mempelajari ilmu daripada sarjana Islam Andalusia dan mereka
menjadi terkenal di merata tempat. Selain daripada itu, para sarjana perubatan menjadi
tenaga pengajar di universiti-universiti di seluruh Andalusia. Mereka bertanggungjawab
mengurniakan diploma atau ijazah kepada para pelajar yang telah tamat pengajian
kedoktoran. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mengajar atau memperaktiskan ilmu

kedoktoran tanpa diploma atau ijazah yang berkenaan. Banyak hospital awam didirikan di
semua bandar penting di Andalusia. Contohnya pada zaman pemerintahan khalifah Bani
Umaiyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova.

Di antara tokoh ilmu perubatan Islam ialah Ibn Zuhr (meninggal dunia pada 525H/1131M).
Di Barat beliau dikenali sebagai Avensoon. Beliau juga merupakan pakar perubatan yang
termasyhur di Andalusia. Beliau telah meninggalkan karya yang amat dihargai oleh Barat
iaitu kitab al-Taysir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dalam tahun 1289M oleh
Paravicius dengan nama Theisir. Ia dikenali sebagai Facilitation of Treatment dalam bahasa
Inggeris.

b. Sains Kemanusiaan dan Sosial


i. Antropologi dan Sosiologi
Di kalangan ahli antropologi Barat tidak wujud keseragaman dalam memahami manusia ini
kerana mengikut fahaman humanisme yang berkembang di Barat melalui abad ke15
hingga abad ke18 unsur kerohanian atau keagamaan tidak wujud dalam kehidupan
manusia. Menurut Islam definisi manusia yang diberikan ini adalah amat tidak lengkap.
Mendefinisikan manusia dengan mengambil kira unsur biologinya sahaja merupakan satu
jenayah dan penafian tentang hakikat kemanusiaan itu sendiri kerana manusia tidak dapat
hidup berdasarkan kepada jasad sahaja. Malah ia memerlukan roh. Tanpa roh manusia tidak
dapat hidup. (Mustafa Daud 1991: 203).

Di antara tokoh ilmu sosiologi Islam ialah Dr. Ali Syariati (1933-1977M). Beliau berasal dari
Iran dan merupakan di antara pakar sosiologi Islam mutakhir yang cuba menganalisis
sosiologi dari perspektif Islam. Percubaan beliau ini menghasilkan satu kejayaan gemilang.
Kegemilangan ini adalah berpunca daripada kejayaannya mengadun ajaran-ajaran al-Quran
dengan ilmu sosiologi moden yang dipelajarinya di Perancis sehingga mendapat ijazah
doktor falsafah (Ph.D).

Keunggulan teori Dr. Ali Syariati hanya dapat dilihat setelah dibandingkan dengan teori
perubahan sosial Barat. Barat menyenaraikan beberapa faktor yang membawa perubahan
sosial seperti penjajahan, kemajuan komunikasi, kemajuan teknologi, faktor alam sekitar
seperti gempa bumi dan sebagainya. Dengan bimbingan al-Quran, Dr. Ali Syariati
menemukan teori perubahan sosialnya dengan menitikberatkan tentang umat manusia itu
sendiri. Istilah yang digunakan oleh beliau ialah al-nas. Hal ini berpandukan kepada ayat alQuran yang ber maksud:
Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum itu (kaum manusia) jika mereka sendiri tidak
mahu mengubahnya. (Surah al-Rad: 11).

ii. Psikologi
Ia adalah ilmu yang mengkaji tentang jiwa, merupakan ilmu yang paling tua usianya
bermula di zaman primitif lagi. Ia maju setapak pada zaman Yunani kuno. Ia dikira sebagai
era bermulanya psikologi yang bersifat saintifik. Tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotles, Gelen
dan sebagainya merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak asing lagi kepada kita.

Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar didalam perkembangan psikologi ini.
Al-Imam Abu Mansur Al-Tahlabi telah berjaya mengumpulkan 50 istilah yang pernah
digunakan oleh ahli-ahli psikologi Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu
seperti janin, walid, radi, baligh dan
sebagainya.Nafs (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal)
adalah empat istilah yang paling popular dalam psikologi Islam. Semua istilah ini terdapat
dalam al-Quran. Perkataan nafs diulang oleh al-Quran sebanyak 367 kali. Ia membawa erti
sebagai kemanusiaan pada keseluruhannya tanpa terkhusus kepada pemikiran sahaja.
Perkataan qalb pula diulang sebanyak 144 kali. Ia mempunyai berbagai-bagai makna, seperti
pemberian hidup, wahyu malaikat yang membawanya dan sebagainya. Aql pula diulang
sebanyak 49 kali, bukan secara tepat tetapi dalam bentuk kata kerja, iaitu aqala yang
memberi erti sebagai berfikir. (Mustafa Daud 1991: 210).

Tokoh Psikologi Islam yang utama ialah al-Farabi (meninggal pada 350/961M). Di Barat
beliau dikenali sebagai Alpharabius. Beliau meninggalkan Farab (Uzbekistan, Rusia) untuk
menuntut ilmu di Baghdad sejak kecil lagi. Al-Farabi ketika membicarakan masalah roh
bermula dengan menghuraikan akal. Akal dikatakan oleh beliau sebagai satu gejala yang
mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu
terangkum di dalamnya beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup.
Terdapat juga daya perasaan dan imaginasi yang terkandung di dalam daya mengenal. Di
samping itu ada daya yang berupa intelek yang praktis yang digerakkan oleh intelek yang
berbentuk teori yang kedua-duanya dapat mencetuskan daya berfikir.

Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang
berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya
kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan kesempurnaan
jasmani seperti bagaimana mencari makan dan tempat perlindungan. Al-Farabi berpendapat
bahawa daya kekuatan yang kedua ini akan hancur, dengan hancurnya jasad ditelan bumi.
Sedangkan daya kekuatan yang pertama tetap kekal bersama roh dan daya kekuatan inilah
juga yang akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat.

iii. Kesusasteraan dan Kesenian


Sejak dahulu lagi manusia bersastera dengan menghasilkan berbagai bentuk puisi seperti
nyanyian, sajak dan jampi mentera, di samping bentuk prosa seperti cerita-cerita penglipur
lara, dongeng dan sebagainya. Sebelum Islam, sastera mereka dipenuhi unsur-unsur

animisme terutama dalam puisi mistik. Beberapa pembaharuan dapat dilihat selepas
kedatangan Islam. Kemudian dengan kedatangan Barat telah mengubah sama sekali dunia
sastera orang Islam. Malangnya sebahagian besar masyarakat Islam tidak menyedari bahawa
dari segi prinsip dan konsepnya, seni Barat yang umumnya bersifat sekular itu tidak selaras
dengan Islam. Seni sastera Islam pula tidak diberikan tempat dalam dunia yang sekular ini.
Sifat asas seni sastera Islam adalah tauhid. Sasterawan Islam hendaklah yakin bahawa hanya
nilai yang ditentukan oleh Allah sahaja yang mutlak dan terbaik.

Di antara tokoh seni sastera Islam ialah al-Maari (973-1057M). Beliau adalah seorang
sasterawan yang menguasai kedua-dua bidang prosa dan puisi. Karya prosanya yang
terkenal ialah Risalah al-Ghufran (Bingkisan Pengampunan). Ia mengandungi unsur simbolik
dan sindiran yang merupakan pengalaman pengembaraan penulis di alam akhirat. Beliau
juga menghasilkan kitab akhlak yang bermutu iaitu Mulk al-Sabil (Tertinggal Jalan) yang
mengandungi kata-kata hikmat dan ajaran akhlak. (Mustafa Daud 1991: 323).

c. Ilmu Pentadbiran dan Pengurusan


i. Pengurusan Sumber Maklumat
Dalam Islam, semua maklumat dan ilmu adalah milik Allah. Oleh itu sumber maklumat
utama yang tidak boleh diketepikan ialah al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber primer
manakala sumber maklumat selainnya adalah sumber sekunder, atau dengan sebutan lain
sumber naqli (wahyu) dan sumber aqli (ijtihad). Sumber primer ialah sumber asal maklumat
dalam Islam dan bersesuaian dengan setiap zaman, manakala sumber sekunder (alternatif)
adalah sumber-sumber maklumat yang dikembangkan oleh pemikiran manusia hasil
analisis dan sentesis daripada prinsip-prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Sejarah memperlihatkan betapa ramai tokoh-tokoh intelektual Islam yang terkenal


menjadikan sains pengurusan maklumat dan ilmu sebagai asas kejayaan mereka dalam
menguasai pelbagai bidang keilmuan. Di antara tokoh ilmu pengurusan sumber maklumat
Islam ialah al-Ghazali (1111M). Beliau adalah Abu Hamid Muhammad al-Ghazali. Lahir di
daerah Tus di kawasan perkampungan Ghazalah. Berhijrah ke Nisabur dan berguru dengan
Imam al-Haramain iaitu Imam al-Juwaini. Kemudian berhijrah ke Baghdad dan dilantik
sebagai professor di Universiti Nizamiyah ketika berusia 33 tahun. Berhijrah lagi ke
Damsyik, Bait al-Maqdis, Makkah, Madinah dan berkhidmat di Universiti Nizamiyah
sehingga beliau meninggal dunia.

Beliau dicatatkan sebagai bapa falsafah moden, mahir dalam bidang muzik, metafizik, logik,
sosiologi, matematik dan sebagainya. Telah menghasilkan lebih daripada 400 buah buku
pelbagai bidang dan disiplin. Beliau mengkelaskan disiplin ilmu berasaskan kepada empat
aspek iaitu:
i.

Ilmu Teoritikal dan Praktikal

ii.

Ilmu Huduri dan Husuli

iii. Ilmu Keagamaan dan Keintelektualan


iv. Ilmu Fardhu Ain (Individu) dan Fardhu Kifayah (Kemasyarakatan)

ii.

Pengurusan Ekonomi
Ekonomi Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku
manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri
dan juga masyarakat bagi mendapat keredaan Allah. Ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri
khusus yang membezakannya dari ekonomi hasil penemuan manusia. Sistem ekonomi
Islam adalah sebahagian dari syariat dan erat hubungannya dengan akidah selaku
dasar.Kegiatannya bersifat pengabdian dan bercita-cita luhur iaitu memakmurkan bumi dan
mempersiapkannya untuk kehidupan insan sebagai satu bentuk kepatuhan terhadap
perintah Allah. Kegiatan ekonomi Islam juga selain diawasi oleh syariat, juga diawasi oleh
hati nurani yang terbina di atas kepercayaan akan adanya Allah dan perhitungan hari
akhirat.

Di antara tokoh ekonomi Islam yang terkenal ialah Ibn Taimiyah (1262-1328M). Ibn Taimiyah
membenarkan campur tangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab menopoli, penyorokan
dan spekulasi. Di antara tulisannya ialah
berhubung dengan institusi hisbah yang
berperanan untuk menjaga persaingan secara saksama dan berurusan dengan jujur. Hal ini
boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan peraturan-peraturan terhadap pengeluar,
pedagang dan
orang tengah.

Berhubung dengan pemilikan oleh individu, Ibn Taimiyah membenarkan pihak berkuasa
untuk memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut, beliau juga
menekankan supaya pihak kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat. (Muhammad
Nejatullah Siddiqi 1989: 106).

Jelas sekali bahawa Islam merupakan alternatif tunggal yang dapat menyelesaikan segala
permasalahan hidup manusia di dunia ini. Justeru itu, Islam mesti digunakan dalam
pendekatan terhadap disiplin ilmu khususnya sains kemanusiaan dan sosial seperti
psikologi, sosiologi dan sebagainya.

Ahli-ahli sains Islam pada zaman keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang
sungguh mengkagumkan dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga
kepada tamadun dan generasi kini. Kelebihan ahli-ahli sains Islam ialah mereka bukan
sahaja mahir sesuatu bidang malah menguasai pelbagai disiplin. Ibn Rusyd contohnya
bukan sahaja menguasai ilmu perubatan atau disiplin sains, malah beliau juga menguasai
falsafah yang tidak ada kaitannya dengan sains. Demikian juga halnya dengan Ibn Khaldun

yang terkenal sebagai ahli falsafah sejarah dan ahli sosiologi, tetapi beliau juga merupakan
seorang ahli kimia yang termasyhur. Lebih utama lagi mereka juga merupakan ulama yang
menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abdul Aziz Salim. 1962. Tarikh al-Muslimin wa Atharuhum fi al-Andalus.Beirut: Dar alMaarif.

Ahmad Amin. 1969. Zuhr al-Islam. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

Aidit bin Hj. Ghazali. 1994. Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu dan
Kecemerlangan dari Perspektif Islam. Penyunting Ismail Hj. Ibrahim & Mohd. Shahri
Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Al-Buti, Said Ramadan. 1988. Fiqh al-Sirah. Terjemahan Mohd Darus Sanawi Ali. Shah
Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Arnold, Thomas. 1913. The Preaching of Islam. London: Constable and Company Ltd.

Azam Hamzah. 1987. Sumbangan Islam kepada Tamadun Dunia. Klang: Fontarz Enterprise

........................... 1991. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus (711-1492M).Shah Alam:


Penerbitan Hizbi

1991. Sejarah Tamadun Islam di Andalus (711-1492). The Commercial


Press Sdn. Bhd.

Azam Bin Hamzah, Zulekha Yussof. 1990. Tamadun Islam Konsep dan Pencapaiannya. Shah
Alam: Penerbitan Hizbi.

Azhar Hj. Md Aros. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azizan Baharudin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Yatim, Sulaimana Noordin. 1992. Sains Menurut Perspektif Islam. Bangi; Pusat
Pengajian Umum, UKM

Chejne, Anwar G. 1974. Muslim Spain:


The University of Minnesota Press.

Its

History

and

Culture. Minneapolis:

Dozy, Reinhart. 1972. Spanish Islam: A History of Moslems in Spain. London: Frank Cass.

Encyclopedia Britanica. 1969. Chicago: William Benton Publisher.

Ibn al-Qifti, Ali bin Yusof.1903. Tarikh al-Hukama. Leipzig.

Imamuddin, S.M. 1965. Some Aspects of the Sosio-economic and Cultural History of
Muslim Spain. Leiden: E.J. Brill.

Inan, Muhammad Abdullah. 1959. Nihayat al-Andalus. Kaherah: Matbaah Misr Sharikat
Muhasamah Misriyyah.

Irving, T.B. 1973. Falcon of Spain. Lahore: SH. Muhammmad Ashraf.

Mahyudin Hj. Yahaya, Dr. 1990. Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Asri Abdullah dll. (editor). 1992. Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Menghadapi
Cabaran Abad ke 15H/21M, Prosiding Seminar Tamadun Islam Peringkat Asia Tenggara.
Shah Alam: UPENA, UiTM.

Muhammad Nejatullah Siddiqi.


Amin Abdullah.
Kuala
Pustaka.

1989. Pemikiran
Lumpur:

Ekonomi Islam. Terj. Mohd


Dewan
Bahasa dan

Mustafa Hj. Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

S.H. Mahmud. 1960. The Story of Islam. Karachi: Oxford University Press.

Universiti Malaya. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

W. Abdullah Bin Hj. W. Mahmood, Dra. Wista Ahmad. 1997. Tamadun Islam dan Tamadun
Alam Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Selangor: Global Printers Sdn. Bhd.

Wan Kamariah Leman, Mazlah Yaacob. 1997. Sejarah dan Tamadun Islam.Shah Alam: Pusat
Pendidikan Lanjutan, UiTM.

BAB 1 KERAJAAN BANI ABBASIYYAH 1. Pengenalan Kerajaan Bani Abbasiyyah a.


Dinamakan sempena nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w, iaitu al-Abbas b.
Tujuan penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang
beranggapan tampok pemerintahan hanya layak disandang oleh keturunan mereka. c.
Diasaskan oleh Abu al-Abbas Abdullah as-Saffah atau dikenali sebagai as-Saffah d.
Diperintah oleh 37 orang khalifah dalam tempoh lebih 5 kurun, iaitu bermula pada tahun
132H/750M hingga 650H/1258M e. Pusat pentadbiran : Baghdad 2. Struktur Kerajaan
Bani Abbasiyyah a. Sistemnya diadaptasi daripada sistem pentadbiran Kerajaan Parsi.
Ini kerana ramai orang parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam
pentadbiran. b. Sistem pentadbiran Kerajaan Abbasiyyah : Al-Khalifah (Ketua Negara
yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam) Ad-Dawawin (Jabatanjabatan kerajaan yang terletak di bawah pengawasan al-Kuttab/sekretariat. Contoh
jabatan pada zaman ini : jabatan audit, jabatan polis dan pertahanan Al-Wazir (Ketua
pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan) 3. Khalifahkhalifah Yang Terkenal Pada Zaman Abbasiyyah Khalifah Biodata Sumbangan Abu alAbbas Abdullah As-Saffah Memerintah selama 4 tahun 9 bulan Bermula tahun 132H/
750M hingga 136H/754M Pengasas kerajaan Menghapuskan pemberontakan Abu
Jakfar al-Mansur Saudara kandung as-Saffah Memerintah selama 22 tahun, bermula
136H/ 754M hingga 158H/775M Baghdad sebagai ibu kota dan mem- bangunkannya.
Memperbaiki sistem cukai Membuat saliran-saliran Menyediakan pasar Harun arRasyid Khalifah yang paling warak dan terkenal Memerintah selama 23 tahun 1
bulan, bermula 170H/786M hingga 192H/ 809M. Mengarahkan Abu Yusof menulis buku
tentang percukaian (al-Kharraj) Menubuhkan jawatan ketua hakim (Qadhi al-Qudhah)
Menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu Menjadikan Baghdad
sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan Membina prasarana:
rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian. Al-Makmun Namanya : Abdullah Abu alAbbas al-Makmun Putera Harun ar-Rasyid Memerintah selama 20 tahun, bermula
198H/813M hingga 218H/833M Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang
ilmu Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang 4. Faktor Penyebaran Islam
Pada Zaman Abbasiyyah Faktor Dalaman Faktor Luaran Keinginan daripada penduduk
setempat yang tertarik dengan Islam Galakkan khalifah yang menyediakan peruntukan
khas dari baitul mal untuk para ulamak dan pendakwah Dasar kerajaan Abbasiyyah
yang menyamakan kedudukan bangsa arab dan bukan arab Kedudukan Baghdad
yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa
Pembukaan wilayah baru Penggunaan bahasa arab secara meluas yang mendorong
kepada pemahaman al-Quran dan al-Hadis Hubungan diplomatik antara kerajaan
Abbasiyyah dengan negara-negara luar Usaha para pedagang Islam berdakwah
menerusi aktiviti perdagangan mereka 5. Kesan Penyebaran Islam pada Zaman

Abbasiyyah Aspek Huraian Akidah Berubah daripada menyembah berhala / api


(majusi) atau lembu (saibah) kepada menyembah Allah Yang Esa. Masjid menjadi
tempat ibadah dan pusat dakwah Usaha-usaha ulamak memurnikan akidah Islamiyyah
daripada falsafah Yunani Kuno, contohnya al-Ghazali dengan kitabnya Tahafut alFalasifah Ilmu Pengetahuan Pelbagai bidang ilmu yang baru diterokai kerana islam
mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardu ain dan kifayah Prasarana yang
disediakan oleh kerajaan juga mendorong kepada penerokaan ilmu baru Kebudayaan
Budaya asal mereka yang tidak bertentangan dengan Islam terus diamalkan Islam
yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan budaya ini telah membentuk budaya Islam yang
berbentuk sejagat. Contohnya : seni bina masjid Sistem Kemasyarakatan
Penghapusan perhambaan dan penindasan Islam mengemukakan konsep keadilan
sosial tanpa mengira bangsa atau warna kulit. 6. Bukti Kerajaan Abbasiyyah
Mengamalkan Dasar Liberal Dalam Pemerintahannya. a. Memberi peluang kepada
orang bukan arab yang berkelayakan untuk menjawat jawatan yang penting dalam
negara. Contohnya Yahya al-barmaki yang berbangsa Parsi telah dilantik sebagai
perdana menteri. b. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar c.
Penganut agama lain diberikan kebebasan mengamalkan agama masing-masing serta
mendapat layanan yang baik. Contohnya Kerajaan mengarahkan agar gereja yang telah
dirobohkan dibina semula. 7. Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan
Abbasiyyah a. Memeprluaskan skop jihad yang mencakupi jihad di medan perang dan
jihad dalam bidang ilmu pengetahuan untuk meneroka bidang-bidang baru. b. Umat
Islam telah berjaya meletakkan tamadun Islam hingga ke tahap yang lebih agung
berbanding tamadun Rom dan Parsi c. Bukti semangat jihad yang tinggi, umat Islam
berjaya melebarkan empayar Islam hingga melebihi 2/3 keluasan dunia dan
mengekalkan kerajaan Islam selama 13 kurun. BAB 2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
1. Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan a. Usaha dan galakkan para khalifah b.
Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu c. Kestabilan politik dan kewangan d. Dasar
kerajaan yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan e. Kreativiti ulamak f.
Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji g. Hubungan diplomatik dengan negaranegara luar h. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan
antara bangsa 2. Institusi Pendidikan Institusi Huraian Masjid Sebagai tempat ibadah
juga dipenuhi dengan halaqah-halaqah ilmu Contoh: Masjid Jami al-Mansur terkenal
sebagai pusat penyebaran ilmu Istana Khalifah Sebagai tempat ulamak bermuzakarah
dan menyampaikan ilmu Perpustakaan Baitul Hikmah adalah perpustakaan yang
terkenal sebagai : v Pusat pertemuan sarjana v Pusat penterjemahan v Pusat sumber v
Pusat penyelidikan ilmiah v Pusat latihan Perpustakaan lain : Darul Hikmah di Kaherah,
Mesir Pusat Pengajian Antara yang terkenal : Madrasah an-Nizamiyyah(457H/1065M)
Dibina oleh Nizam al-Muluk, salah seorang menteri berketurunan saljuk, meninggal
tahun 485H/1092M 3. Bidang Ilmu Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah a. Ilmu Yang
Berteraskan Wahyu Bidang Ilmu Tokoh dan Hasil Karya Ilmu Tafsir 1. Yahya b Ziyad
penyusun ilmu tafsir yang pertama dalam kitabnya Maani al-Quran 2. Ibnu Jarir atTabari kitabnya : Tafsir at-Tabari Ilmu Hadis 1. al-Bukhari Sahih al-Bukhari 2. Imam
Muslim Sahih Muslim 3. Penyusun Kitab Sunan/al-Kutub as-Sittah: a. Abu Dawud b.
At-Tirmidzi c. An-Nasai d. Ibnu Majah Ilmu Fekah 1. Imam Abu Hanifah Mazhab
Hanafi 2. Imam Maik-Mazhab Maliki 3. Imam as-Syafie-Mazhab as-Syafie 4. Imam
Ahmad b Hanbal Mazhab Hanbali Ilmu Tauhid Perkembangan ilmu falsafah yang
bersumberkan falsafah Yunani telah memberikan kesan buruk terhadap akidah umat
Islam. Antara ulamak yang berusaha memurnikan akidah Islamiyyah : Imam Abu alHassan al-Asyari Imam al-Ghazali b. Ilmu Yang Berteraskan Akal Bidang Ilmu Tokoh,

Penemuan & Hasil Karya Matematik 1. Muhammad b Musa al-Kharizmi v


Memperkenalkan sistem angka dalam abjad arab v Memperkenalkan bilangan sifar (0) v
Algebra v Buku : Hisab al-Jabri wa al-Muqabalah Ilmu Falak 1. Al-Batani: v Menemui
cara mengukur jarak antara bumi dan matahari v Jadual pergerakan bulan dan bintang v
Orang yang pertama mencipta alat pengukur sudut (astrolabe) Ilmu Kimia 1. Jabir b
Hayyan : v Penemuan asid sulfurik v Teori penghasilan petroleum dan alkohol v
Membaiki proses pembuatan kaca Ilmu Fizik 1. Al-Hassan b al-Haitham v Menghuraikan
proses pembalikan cahaya pada retina v Mencipta cermin mata v Menjelaskan lapisanlapisan mata serta proses penglihatan v Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya Geografi
1. As-Syarif al-Idrisi v Orang yang pertama menghasilkan peta dunia dalam bentuk globe
v Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan muka bumi Ilmu Perubatan 1. Ibnu Sina
v Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit v Menjelaskan teori jangkitan virus v
Mencipta ubat untuk penyakit kronik v Mencipta picagari ubat bius dan benang khusus
untuk menjahit luka pembedahan 4. Kepentingan Ilmu Pengetahuan a. Kesepaduan ilmu
antara fardu ain dan kifayah melahirkan umat yang kuat fizikal dan mental. b. Untuk
mencapai kejayaan dan kemajuan 5. Kesan Perkembangan Ilmu Abbasiyyah kepada
Eropah a. Perkembangan ilmu telah memberi kesan kepada Eropah hingga tercetusnya
zaman Pembaharuan(Renaissance) b. Perkembangan ini juga mendorong orang-orang
Eropah untuk memulakan perlayaran mereka, terutamanya ke negara-negara Islam
untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru diterokai. c. Hasil karya umat Islam telah
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Hebrew dan Latin. BAB
3 PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYYAH 1. Latar belakang Perkembangan a. Pada zaman ini ramai cendekiawan
dan saintis muslim muncul b. Andalus dan Kota Sicily di Itali menjadi pusat tumpuan
ilmuan. c. Penguasaan sains dan teknologi berjaya dirampas daripada kuasa Rom,
Parsi dan Yunani. d. Penemuan-penemuan sains yang baru banyak diterokai. 2. Faktor
Perkembangan Sains dan Teknologi Faktor Huraian 1. Aktiviti penterjemahan v Aktiviti ini
sangat giat dan terancang, dengan penubuhan Baitul Hikmah sebagai pusat
penterjemahan negara. v Antara tokoh : Yuhana b Masawaih dan Hunain b Ishak 2.
Galakkan khalifah 1. Usaha khalifah untuk memajukan bidang sains dan teknologi: 1.
Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan dunia 2.
Menyediakan peruntukan yang banyak untuk penyelidikan sains dan teknologi 3.
membina pusat penyelidikan sains. Contohnya : - al-Makmun membina balai cerap - alMuktasim membina makmal pembedahan yang pertama 2. Antara bukti kecintaan
Khalifah terhadap ilmu: 1. Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan
terhadap tentera Rom yang ditawan 2. Mereka juga menerima pembayaran jizyah dalam
bentuk kitab 3. Globalisasi ilmu 3. Perdagangan dan pembukaan wilayah baru membuka
ruang yang luas untuk perkembangan ilmu 4. Sicily dan Andalus muncul sebagai pusat
pengembangan ilmu 5. Di Andalus sahaja terdapat 700 buah masjid, 1 universiti, 70
buah perpustakaan yang menyimpan 500 ribu manuskrip 3. Kesan Penemuan Sains
dan Teknologi a Mengubah cara hidup dan status umat Islam b Umat Islam hidup lebih
maju daripada umat lain yang telah menguasai bidang sains dan teknologi sebelum ini,
contohnya Rom dan Parsi c Umat Islam dipandang tinggi dan disegani sehingga ramai
orang bukan Islam yang tertarik untuk memeluk Islam. 4. Kepentingan Menguasai Ilmu
Sains dan Teknologi a Hari ini sains dan teknologi semakin mendominasi kehidupan
manusia, sekiranya ketinggalan kita akan terkeluar dari arus perdana b Untuk
mengembalikan kegemilangan umat Islam dahulu, umat Islam hari ini perlu menguasai
kecanggihan sains dan teknologi yang diadun mengikut Syariat c Untuk menjadi umat
Islam yang maju sama ada dari aspek spiritual atau material, mereka perlu

mengintegrasikan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. BAB 4 PERKEMBANGAN EKONOMI
ZAMAN KEMAJUAN KERAJAAN ABBASIYYAH 1. Kelebihan Baghdad sebagai
pemangkin ekonomi : a. Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur
dan barat b. Terdapat sebuah pasar yang dikenalisebagai Suq Baghdad yang menjadi
tumpuan para pedagang Parsi c. Terdapat ladang-ladang pertanian dan perternakan
serta sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq al-Baqar 2. Sektor Ekonomi Yang
Utama : Sumber Utama Huraian Pertanian v Usaha khalifah untuk memajukan pertanian
: a. membina saliran, melebarkan sungai dan terusan serta membuat empangan b.
membuka tanah pertanian baru c. membuat penyelidikan dalam bidang pertanian v
Wilayah pertanian : Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus v Hasil
pertanian : Jenis Hasil Bijirin Gandum, barli, beras Buahan Anggur,limau,kurma Sayuran
Timun,kubis,tebu Ternakan Lembu,ayam,lebah Perindustrian v Jenis-jenis Industri Jenis
Pengeluar Tenunan, permaidani Baghdad dan Asfahan Pinggan mangkuk Mesir dan
Syam Barangan kaca Baghdad, Mesir dan Syam Barangan kulit dan senjata Mesir,
Andalus dan Maghribi Perhiasan dan batu permata Yaman, Khurasan, dan Lubnan
Kertas Iraq, Mesir dan Andalus Perdagangan v Faktor perkembangan: 1. pembukaan
wilayah baru, maka banyak ruang pasaran 2. kemajuan pesat industri perkapalan 3.
penghasilan kitab perniagaan sebagai galakkan. 4. v Langkah untuk menggiatkan : 3.
Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiyyah Sumber Definisi Zakat Kadar harta yang
dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi had
minimum(nisab) menurut syarat-syarat tertentu. Kharraj Cukai tanah milik orang bukan
Islam atau tanah milik orang Islam yang diperoleh dalam peperangan. Kadarnya adalah
berdasarkan keadaan tanah Ghanimah Harta rampasan melalui peperangan. 80%
diberikan kepada tentera Islam. Fai Harta rampasan bukan melalui peperangan ,
contohnya apabila musuh menyerah kalah. Jizyah Bayaran yang dikenakan kepada
orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam. Usyur Cukai 10% yang dikenakan ke
atas kapal dagangan bukan Islam yang menggunakan perlabuhan Islam untuk
berdagang. 4. Baitul Mal a. Definisi : insititusi kewangan terbesar Negara. b. Struktur
Organisasi : c. Peranan Baitul Mal v Pengurus sumber-sumber pendapatan negara v
Mengawal perbelanjaan negara 5. Kesan Pembangunan Ekonomi a. Taraf hidup rakyat
meningkat b. Menyediakan banyak peluang pekerjaan c. Pelbagai kemudahan asas
untuk rakyat dapat disediakan BAB 5 PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA
ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH 1. Pembaharuan Dalam Bidang Ketenteraan a.
Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab, contoh: turki dan parsi b.
Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan c. Memberi gaji
dan imbuhan yang lumayan kepada tentera. 2. Struktur Organisasi Diwan alJund(Jabatan Pertahanan) Tugas : Merekod data lengkap tentang gaji, imbuhan, dan
pangkat bagi tentera laut dan darat dan Menguruskan hal ehwal pertahanan negara
Bahagian Tugas Majlis at-Taqrir (Bahagian Kewangan Menguruskan hal-hal gaji dan
imbuhan, pengurusan ketenteraan dan perbelanjaan. Majlis al-Muqabalah (Bahagian
Latihan) Menguruskan pengambilan dan latihan kepada tentera baru Al-Massahun
(Bahagian Peninjau) Membuat panduan dan nasihat topografi Diwan at-Tasnif (Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia) Menguruskan kenaikan pangkat dan penyusunan tentera
mengikut pasukan. Penyusunan tentera : 1. Pasukan pengawal khalifah 2. Pasukan
bergaji tetap 3. pasukan sukarelawan Diwan al-Ardh (Depot Simpanan) Menguruskan
setor dan kelengkapan persenjataan Al-Jawasis (Bahagian Perisikan) Mengintip
kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera Islam Dairah alMuhanddisin (Bahagian Kejuruteraan) Bertanggung jawab dalam pembinaan kem-kem
tentera dan kubu pertahanan Al-Bahriyyah (Bahagian Tentera Laut) Mengawasi

perairan, kerja-kerja pembinaan kapal perang dan penyusunan angkatan tentera 3.


Fungsi Ketenteraan Tugas Utama Tugas Bantuan 1. Mempertahankan sempadan
negara daripada pencerobohan luar 2. menentang musuh negara 3. menghadapi
sebarang keadaan darurat 1. Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam
memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan. 2. membantu pihak
berkuasa awam dalam bantuan mala petaka dan pembangunan negara. 4. Faktor
Kejayaan Tentera Islam a. Dasar ketenteraan yang terbuka kepada semua bangsa b.
Pemimpin yang berkaliber yang memberi perhatian terhadap kebajikan tentera,
contohnya gaji dan imbuhan yang lumayan c. Peralatan ketenteraan yang canggih
pedang, lembing, panah, manjanik (ballista), dabbabah (kayu pelantak) barud (gun
powder) dan kapal perang. d. Strategi peperangan yang berkesan, termasuklah
membahagikan tentera kepada 5 ketumbukan (al-karadis) e. Keimanan dan semangat
jihad tentera Islam yang tinggi. 5. Struktur Pasukan Tentera Islam Zaman Abbasiyyah a.
Al-Amir (Laksamana) b. Al-Qaid (Panglima Perang) c. An-Naqib (Kapten) d. Al-Arif
(Koperal) 6. Kepentingan Keselamatan Untuk Pembangunan dan Kemajuan Negara a.
Pembangunan negara dapat dilaksanakan. b. Perkembangan ekonomi yang
menggalakkan. c. Mengelakkan daripada ancaman musuh dan penjajahan. d. Negara
mencapai tahap kemajuan yang memberangsangkan. BAB 6 KEGEMILANGAN DAN
KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYYAH 1. Faktor Kegemilangan: Faktor 1. Kestabilan
Politik menghapuskan pemberontakan 2. Dasar politik Kerajaan Abbasiyyah Layanan
adil kepada semua rakyat Hubungan diplomatik 3. Kedudukan Kota Baghdad yang
strategik Tengah laluan pedagang timur dan barat Tempat pertemuan para
cendekiawan 4. Perpaduan antara kaum 5. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadah
2. Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiyyah 1. Kelemahan pemerintahan Kerajaan
Khalifah menyerahkan kuasa kepada pegawai Turki 2. Perpecahan wilayah-wilayah
dalam kekuasaan Kerajaan Politik dikuasai oleh Turki dan Parsi, mereka mengambil
peluang untuk membina kerajaan sendiri 3. Perebutan Kuasa Memberi peluang kepada
pegawai/menteri Turki untuk menguatkan kedudukan 4. Kegawatan ekonomi Negara
tidak stabil mendorong pedagang ke tempat yang lebih selamat. 5. Perselisihan aliran
fahaman keagamaan Pemberontakan Khawarij dan Syiah 6. Serangan dari luar
Serangan dari Georgia dan Armenia Dari sebelah barat: menghadapi tentera salib
Serangan Moghul di bawah pimpinan Hulagu Kgan pada 656H/1258M 3. Iktibar dari
sejarah kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah : a. Kemajuan yang dicapai hari ini adalah
hasil daripada sumbangan umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah. b. Orangorang barat telah memindahkan penemuan umat Islam dalam pelbagai bidang ke
negara mereka dan menterjemahkannya ke dalam bahasa mereka. c. Umat Islam perlu
mengembalikan semua kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan
menjadi pakar dalam semua bidang. 4. Iktibar dari sejarah kegemilangan Kerajaan
Abbasiyyah : a. Umat Islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan negara dari
ancaman musuh. b. Aliran fahaman yang berbagai membawa kepada perpecahan dan
melemahkan umat Islam c. Keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggung jawab
kita bersama. 5. Peranan Generasi Hari ini. a. Mengembalikan kegemilangan umat
Islam yang pernah dicapai b. Bersungguh menuntut ilmu dan meningkatkan
pembangunan diri dan agama. c. Mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan
seharian. d. Mengamalkan cara hidup Islam Dicatat oleh Cik Jah... di 5:13 PM
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Sumbangan Abbasiyah
1.Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
2.Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu melalui aktiviti terjemahan bahasa
asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
3.Baitulhikmah institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid berkembang pada zaman alMakmun Harun al rashid.
4.Kegiatan utama:
1.Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:
1. i. Catat segala idea atau percakapan
2.ii. Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
3.iii. Mengarang lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
5.Penglibatan golongan ulama dalam penulisan susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir,
sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu
Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
6.Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
7.Kelebihan terjemahan:
1.Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan
memuatkan keterangan dan ulasan.
2.Peranan besar dalam kebudayaan dunia pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana
terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
3.Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah
ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.
4.Kesan perkembangan ilmu:
1.Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
2.Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
3.Ketrbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
4.Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
5.Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai