Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN IPG KSM FIT BUKIT KELUANG 2016

AMINUDDIN AMZAR BIN AMRAN


SEMESTER 5 PISMP MATEMATIK
Pada

21

Julai

2016

yang

lalu

satu

program

kejohanan

telah

dilaksanakan bertempat di Bukit Keluang yang diberi nama IPG KSM FIT
BUKIT KELUANG selama satu hari. Program tersebut merupakan salah satu
tugasan bagi semester lima untuk melengkapkan kredit subjek pada
semester ini. Program yang disertai oleh para guru pelatih dan para
pensyarah IPG KSM mendapat sambutan yang begitu hangat bermula
daripada awal penganjuran hinggalah kepada aktiviti penamat. Kejohanan ini
dihadiri beberapa orang besar seperti ADUN Kota Putera iaitu Abe Di yang
sanggup meluangkan masa bersama kami.
Program ini dianjurkan untuk menggantikan kejohanan olahraga
tahunan

kerana

kami

kekurangan

tenaga

kerja.

Bermula

daripada

pembentangan kertas kerja, kami telah bersedia untuk melakukan sebarang


tugas dengan ikhlas. Setelah kertas kerja ditanda tangan oleh tuan
pengarah,

kami

mula

membahagikan

tugasan

mengikut

kumpulan.

Beberapak AJK telah dibentuk bagi memudahkan serta melancarkan program


tersebut. Kami menerima tugasan tersebut dengan hati yang terbuka.
Persediaan tempat dilakukan sehari sebelum kejohanan dilakukan di
Pantai Bukit Keluang pada waktu malam. Kami menunggu pihak yang
menyediakan kanopi dating dan memasangnya. Selain itu kami juga mencari
alatan serta kelengkapan lain yang boleh dicari di sekitar IPG. Setelah
persediaan tempat selesai kami pun pulang dan berharap agar program
tersebut berlangsung dengan jayanya.

Pagi hari kejohanan semua pelajar diminta berkumpul di Dewan


bendahara IPG KSM untuk diberikan sedikit taklimat dan memulakan
pergerakan ke Pantai Bukit Keluang dengan berjalan kaki. Manakala AJK yang
perlu berada di atas bukit sudah bergerak kea rah check point masingmasing setelah diberikan taklimat. Setelah semua pelajar dan pensyarah tiba
di Pantai Bukit Keluang, sedikit senaman ringkas dibuat dengan bantuan Unit
PJ semester 1. Kemudian ucapan pembukaan disampaikan oleh Tuan
Pengarah, Dr. Aziz dan taklimat diberikan bagi mengelakkan sebarang
kecelakaan berlaku.
Kemudian

semua

peserta

memulakan

pendakian

dan

perlu

menyelesaikna beberapa tugasan sepanjang pendakian tersebut. Antara


tugasannya ialah mengambil gambar di puncak bukit bagi pertandingan
bergambar dan menjawab beberapa soalan semasa pendakian tersebut.
Syukur

sepanjang

pendakian

dibuat

tiada

peserta

yang

mendapat

kecelakaan.
Acara penutup adalah acara penyampaian hadiah dan cabutan
bertuah. Semua pserta seronok dan berharap program seperti ini dapat
dijalankan lagi.