Anda di halaman 1dari 5

Punca Penyalahgunaan Dadah

Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah


terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah:

1.

Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa

Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan
hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung
kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga.
Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak
menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang
keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lamakelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan
najis dadah.

2.

Pengaruh Rakan Sebaya

Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan
rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan
dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh
mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri
akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya
akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap
rasional pada setiap masa.

3.

Tekanan / Depressi

Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah
semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi
yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada
remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas
yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya
bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa
yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka.
Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin
mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4.

Kurang Pendidikan Ugama

Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah
disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak
memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini
remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal
fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati
melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama
amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap
hina.

5.

Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik

Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik.
Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat
atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah.
Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat
besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran
mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul
atau salah.
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara
atau masyarakat, dari segi kos nyata dan kos tidak nyata.Kos nyata termasuklah:

Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi.


Kos bagi menyediakan kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah.
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan.
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara, makamah, hospital dan sebagainya.

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang
dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh

penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan
masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan
negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari
jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang
berumur diantara 20-29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang
menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan bangsa.
Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan
dengan perlakuan remaja seperti isu buli, pembuagan bayi, seks bebas, sumbang
mahram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Isu-isu ini menjadi isu yang
hangat diperkatakan di media-media massa dan elektronik. Isu berkaitan kanakkanak dan remaja harus diberi penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya
sesebuah negara itu bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga
bukan kerajaan serta ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengatasi
masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Dalam islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat
daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual.
Antara perkara yang wajib dijaga ialah memelihara agama iaitu menjaga diri
daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Selain itu, menjaga
nyawa, ianya perlu dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang boleh
menyebabkan kematian. Seterusnya,memelihara keselamatan tubuh badan. Tubuh
badan manusia perlu dijaga dari melakukan perkara yang boleh merosakkan tubuh
badan dan akal, contohnya pengambilan alkohol dan dadah.
Antara gejala yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak yang lain ialah seks
bebas. Seks bebas merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan paling dibenci dan
dimurkai oleh Allah. Tetapi remaja pada masa ini tidak takut soal dosa dan pahala,
halal dan haram, betul atau salah apa yang telah mereka lakukan.
CARA MENGATASI
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah
supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1.

Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah
kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi
bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat.
Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan
mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3

(a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun
penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan
15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati
(gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b)
Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10
tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

2.

Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk
membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk
mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar,
pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan
serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya
dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan
aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3.

Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras
isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan
remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta
bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu
bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka.
Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

4.

Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan


untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat
umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan
sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat
serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang
benar serta di redhai Allah.