Anda di halaman 1dari 1

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan
berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali
daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut
menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung,
cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh
telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

Mudah mengadaptasi berbagai makanan

Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik

Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti
daging, buah-buahan, ikan, sayuran

Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak
bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan
dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat
pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih
utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada
masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada
risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan
bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo
ataupun tidak.

Anda mungkin juga menyukai