Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN KEM PENINGKATAN PRESTASI UPSR 2016

NAMA SEKOLAH

: SJK (T) KUALA TERLA

NAMA PROGRAM

: KEM PENINGKATAN PRESTASI UPSR 2016

AKTIVITI

: PROGRAM KHAS MATA PELAJARAN & MOTIVASI

TARIKH PELAKSAAN

: 19 OGOS 2016 21 OGOS 2016

LAPORAN KEM PENINGKATAN PRESTASI UPSR


SJK(T) KUALA TERLA

Pada 19 Ogos 2016 21 Ogos 2016 warga pendidik SJK(T) Kuala Terla telah
berjaya mengendalikan Kem Peningkatan Prestasi UPSR. Program ini dirangkumi oleh
sesi khas mata pelajaran teras sebagai aktiviti utama. Manakala, aktiviti motivasi
sampingan berjalan lancar dengan penglibatan murid. Sebagaimana yang dirancang,
program ini telah bermula pada pukul 1.00 tengahari dengan acara pendaftaran murid
serta guru. Kem ini disertai oleh 11 orang murid tahun 6 yang dibimbingi oleh 12 orang
guru.

Aktiviti pada hari Jumaat dimulakan dengan slot Bahasa Inggeris Pemahaman
dan diikuti oleh Bahasa Tamil Pemahaman. Sesi hari Sabtu pula dimulakan dengan
subjek Bahasa Melayu Penulisan dan diikuti oleh Bahasa Inggeris Penulisan, Sains dan
Bahasa Tamil Penulisan. Seterusnya, slot subjek Matematik dan Bahasa Melayu
Pemahaman diadakan pada hari berikutnya.

Para murid dibekalkan dengan bahan grafik serta set soalan yang merangkumi
soalan-soalan KBAT. Mereka dibimbing secara khas dengan mengaplikasi strategi serta
teknik bagi menangani soalan KBAT. Selain itu, mereka juga dididik menaakul
menggunakan akal logik untuk mencetus pemikiran kritis dan kreatif. Para guru juga
mengaplikasi teknik menggambar bagi memudahkan murid memahami maksud tersirat
peribahasa. Murid-murid diberi pelbagai soalan penyelesaian masalah yang berbentuk
'Wajarkah', 'Cadangkan', dan 'Ramalkan' bagi penguasaan KBAT dan peta pemikiran
bagi mencerna pemikiran mereka supaya menemui penyelesaian yang bernas. Di
samping itu, aktiviti kumpulan

Program motivasi pula meliputi pemberian kata-kata berhikmah, nasihat serta


anjuran permainan ringkas seperti Jambatan straw, Membentuk surat khabar,
Menyambut belon berisi air, Menyepak bola dengan belon dan Ikatan rambut.
Walaupun ringkas, permainan yang disertakan unsur didik hibur menarik minat para
murid bagi memberikan penglibatan dengan penuh semangat. Mereka berasa seronok
bermain pelbagai permainan dengan rakan-rakan seperjuangan.

Sarapan pagi, makanan tengahari serta minum petang bagi ketiga-tiga hari
tersebut pula disediakan oleh pihak ibu bapa murid tahun 6 secara bergilir-gilir. Semua
murid diberi masa yang secukupnya bagi setiap aktiviti mata pelajaran dan permainan.
Kem ini diakhiri dengan pemberian cenderahati dan ucapan terima kasih.

Keseluruhannya, kem ini menyuntik semangat serta kekuatan emosi dan intelek
murid di samping membentuk akhlak mereka yang mempunyai azam dan iltizam untuk
mencapai kecemerlangan UPSR. Semoga hasil yang diperolehi daripada kejayaan kem
ini meningkatkan bilangan murid lulus dan cemerlang (8A) dalam UPSR 2016.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :

____________________________
(PAVITTHRA A/P ARULCHELVAN)
SETIAUSAHA,
KEM PENINGKATAN PRESTASI UPSR,
SJK(T) KUALA TERLA