Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya, semenjak kita dilahirkan ke dunia ini, sedar atau tidak yang

mana kita semua ini sebenarnya telah mempelajari serta berkenalan dengan
hubungan-hubungan sosial, antaranya hubungan atara kita dengan masyarakat
setempat. Hubungan sosial ini bermula dari hubungan anak dengan ibu bapa dan
seterusnya meluas sehingga ke masyarakat sekeling seperti jiran tetangga.
Begitu juga dengan pendidikan dan pembelajaran, yang mana sosiologi pendidikan
ini khususnya pembelajaran di sekolah sememangnya amat penting, menurut
FRANCIS BROUN, sosiologi pendidikan ini adalah untuk memperhatikan pengaruh
keseluruhan lingkungan budaya sebagai tempat dan cara individu memperoleh dan
mengadaptasikan pengalamannya. Manakala S. NASUTION pula mengatakan
bahawa sosiologi pendidikan adalah ilmu yang berusaha untuk mengetahui caracara mengendalikan proses pendidikan untuk memperolehi perkembangan
keperibadian individu yang lebih baik.
Jika kita kaitkan untuk dari segi pelajar, ianya akan menganalisis proses sosialisasi
para pelajar , baik bila berada di dalam sekolah, mahupun ibubapa dan juga
masyarakat setempat. Dalam hal ini kita harus memerhatikan pengaruh lingkungan
dan kebudayaan masyarakat sekeliling terhadap perkembangan peribadi seseorang
pelajar. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang mempunyai hubungan yang baik
antara sesama pelajar , sesama guru serta masyarakat setempat, maka secara tak
langsung akan melahirkan para pelajar yang cemerlang. Dengan adanya
pendekatan terhadap sosiologi ini, ianya akan memberikan impak yang baik
terhadap pelajar dengan guru semasa proses pembelajaran yang berlaku di
sekolah.
Kesimpulannya proses pembelajaran yang baik memerlukan proses interaksi oleh
semua kompenen yang terlibat dalam pembelajaran di sekolah, baik antara guru
dengan pelajar, juga antara pelajar dengan pelajar itu sendiri. Hal ini boleh dilihat
misalnya saat guru masuk ke dalam kelas apabila ingin memulakan proses
membuka pembelajaran, berbagai-bagai cara yang akan dilakukan oleh guru untuk
menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Kesemuanya ini
sememangnya mempunyai hubung kait yang sangat rapat dalam bidang sosiologi
pendidikan.

Rujukan
Tiada buku, hanya bacaan di internet sahaja kemudian karang sendiri.