Anda di halaman 1dari 5

TAJUK

Penyelesaian Masalah

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah.
2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah
yang baik.
3. membincangkan
langkah-langkah
menyelesaikan masalah.

MASA

untuk

60 minit

BAHAN

:
Lembaran
senario
(Lampiran
7),
panduan
kemahiran daya
tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan
(Lampiran 9).
LANGKAH :
1.
GBKSM memberi senario kepada murid
(Lampiran 7).
2.

GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada


murid dan membincangkan di papan putih.

3.

GBKSM
melatih
murid
menggunakan
pendekatan
IDEAL
untuk
mempertingkatkan
kemahiran penyelesaian masalah (Lampiran 7)

4.

GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang


dijalankan.

FALSAFAH :

Agi Idup Agi Ngelaban

LAMPIRAN 7

CONTOH SENARIO
Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh
sikapnya itu beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh
rakan-rakan sekolah. Ahmad juga tidak mampu untuk membuat
aduan kepada guru kerana telah diugut oleh murid-murid tersebut.
Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan
masalah ini?
i. I Identify (kenalpasti masalah)
Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya
yang pemalu dan pendiam.
ii. D Describe (Huraikan pilihan yang ada)
a. Membuat aduan kepada guru.
b. Membiarkan saja perlakuan tersebut.
c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan.
d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah
sekolah.
iii. E Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan
kelemahan)
a. Membuat aduan kepada guru

Masalah dapat diselesaikan.

Dapat bersekolah dengan tenang.

Murid akan diambil tindakan dihukum.

Murid akan berdendam kepadanya.

b. Membiarkan saja perlakuan tersebut

Masalah tidak dapat diatasi.

Murid akan terus mengejek dan membuli.

Ahmad akan lebih murung dan stres.

c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan

Akan berasa puas dapat membalas

Timbul rasa yakin diri dan berani

Akan diambil tindakan oleh guru disiplin

d. Membuat keputusan pindah sekolah

i.

Mendapat suasana dan rakan baru.

Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan.

Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka


dia akan terus dibuli di sekolah baru.

Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat


baru.

A Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik)


Pilih keputusan ( A )
Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada
guru, oleh itu masalah akan dapat diatasi kerana murid yang
membuli akan diambil tindakan, seperti tindakan disiplin,
kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga akan diberi
dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri.

ii.

L Learn (Belajar dan semak semula)


Menyedari
bahawa
terdapat
banyak
pilihan
untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pilihan yang terbaik adalah
yang paling praktikal.

LAMPIRAN 8

Nota Guru
Penyelesaian masalah adalah satu proses yang akan menyebabkan
perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu keadaan akan terhasil seperti
yang sepatutnya atau sebagaimana dikehendaki.
i.

Kebaikan kemahiran penyelesaian masalah yang baik


a) meningkat kebolehan untuk meningkatkan
sebenar (kenalpasti dan beri keutamaan)

fokus

masalah

b) mengurangkan stres
c) berupaya menyelesaikan masalah dengan lebih baik
d) mengurangkan pembaziran
manusia dan kewangan.
ii.
Langkah-langkah
IDEAL

penyelesaian

sumber

masalah

seperti

masa,

tenaga

menggunakan

kaedah

I (Identify) Kenalpasti masalah ( apakah yang menyebabkan


masalah ). Tanya diri
anda atau orang lain.
a) Apa sebenarnya yang berlaku?
b) Siapakah yang terlibat?
c) Apakah punca masalah tersebut?
d) Di manakah berlaku?
e) Bilakah berlaku?
D (Describe options) huraikan pilihan-pilihan yang mungkin boleh
menyelesaikan
masalah.
E (Evaluate consequences of each options) Buat penilaian akibat
daripada setiap
pilihan tersebut (timbang kebaikan dan keburukannya).
A (Act) Bertindak berdasarkan pilihan yang terbaik

L (Learn) Belajar daripada tindakan yang diambil sama ada hasil


tindakan tersebut
berjaya menyelesaikan masalah atau sebaliknya. Iktiraf segala
usaha yang telah
dilakukan termasuk usaha diri sendiri.

LAMPIRAN 9

Nota Guru
TIPS UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK
I.

Mengambil kira kesan setiap keputusan terhadap mereka yang


terlibat. Sebaiknya libatkan setiap orang yang berkaitan dari
peringkat awal perbincangan sebelum keputusan dibuat.

II.

Adalah berfaedah untuk menulis proses membuat keputusan di


atas kertas dan buat catatan tentang cadangan-cadangan
dengan mengambil kira butiran penting. Di samping mudah
untuk melihat maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan,
ini juga boleh dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang.

III.

Tulis kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan. Ini dapat


membantu untuk menjelaskan lagi pemikiran.

IV.

Membuat keputusan dengan memilih salah satu daripada


beberapa pilihan yang ada. Proses ini melibatkan pemilihan
sesuatu yang terbaik daripada beberapa pilihan yang baik.

V.

Percaya kepada diri sendiri dalam membuat keputusan dan perlu


faham bahawa keputusan yang telah diambil bukan 100% tepat.
Selalunya membuat keputusan yang kurang tepat adalah lebih
baik daripada tidak membuat keputusan langsung.

VI.

Bila keputusan telah dibuat, jangan rasa ragu. Berwaspada akan


kesannya dan tumpukan perhatian kepada langkah-langkah
setetusnya. Jangan menyesal di atas keputusan yang telah
dibuat. Itu adalah keputusan yang paling tepat pada masa itu.
Kini tumpukan pula pada yang terbaik untuk masa kini.

VII.

Elakkan daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa atau


gopoh. Tangguhkan dahulu membuat keputusan jika tidak
mempunyai maklumat lengkap tentang sesuatu perkara itu.