Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SEDENAK

KG BARU SEDENAK KULAI, JOHOR.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEMBINA
ARCA
Anjuran :
Panitia Pendidikan Seni
Visual

1. Pendahuluan
Pertandingan membina arca merupakan satu program yang julung-julung kali
diadakan di SK Sedenak. Aktiviti ini sesuai diadakan untuk membangkitkan
minat murid kepada matapelajaran PSV . Murid juga dapat mengambil
bahagian untuk menonjolkan bakat diri. Guru-guru juga akan memilih 3 arca
yang terbaik bagi setiap kategori . Peserta-peserta dengan arca terbaik akan
diberi hadiah sebagai galakan.

2. Rasional
Penganjuran pertandingan

ini merupakan satu wadah bagi murid Sekolah

Kebangsaan Sedenak ( SKS ) dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat


terhadap Pendidikan Seni Visual. Murid murid juga akan memperoleh idea
baru dalam penghasilan karya seni. Oleh itu, ia secara langsung akan dapat
meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid serta dapat menjadi
satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan
murid.

3. Matlamat
3.1

menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek

Pendidikan
3.2

Seni

Visual.

melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam

menghasilkan karya seni.

3.3

Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid di

samping menambah pengetahuan tentang seni visual.

4. Objektif
4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui
karya yang dipamerkan.
4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya
seni dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran.
4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui pertandingan dan perbincangan.
4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam.
4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru.
4.6 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
5. Tarikh Pelaksanaan
8 -11 Mei 2016 ( Ahad- Rabu)
6. Tempat
Kelas tahun 4, 5 dan 6.
7. Anjuran
Panitia Pendidikan Seni Visual
8. Tema
INSPIRASISENI
Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pertandingan ini iaitu untuk
meningkatkan minat dan juga kreativiti murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Inspirasi secara amnya bermaksud contoh,

idola, ikutan dan sebagainya. Oleh itu, tema ini dipilih bertepatan
dengan tujuan pertandingan ini dilaksanakan iaitu bertujuan untuk
memupuk minat, meningkatkan kreativiti , serta mencungkil bakat seni
yang terpendam dalam kalangan murid.
9. Kumpulan Sasaran
Murid tahun 4, 5 dan 6.
10.

Ahli

Jawatankuasa

Pelaksana

Pertandingan

Arca.
PENAUNG
En. Hanapiah bin Bahal
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sedenak.
PENASIHAT
Pn. Zairani binti ABD Rajat ( GPK 1 )
Pn. Norezah binti Kalam ( GPK HEM )
Pn. Salina binti Muhammad ( GPK KOKURIKULUM)
PENGERUSI
Muhd Izzat bin Zamakhsari
SETIAUSAHA
Pn Suzilawati binti Zakarno
BENDAHARI
Pn. Nurul Habibah binti Mohd Idrus

AHLI JAWATANKUASA KECIL

Membina

PENYELARAS PERTANDINGAN
Tahun 4

En Muhd Izzat Bin Zamakhsari

Tahun 5

En Muhd Izzat Bin Zamakhsari

Tahun 6

Cik Afifah Binti Ariffin


HADIAH

Pn Nurul Habibah Binti Mohd Idrus


11.

Belanjawan

BIL

PERBELANJAAN

KOS

BILANGAN

SEUNIT

JUMLAH
KOS (RM)

(RM)

12.

Hadiah

Alat dan bahan

10

60

10

20

JUMLAH

80

Tentatif program

Ahad ( 8 Mei)

Pertandingan Bermula

Isnin ( 9 Mei )

Pertandingan bersambung

Selasa (10 Mei)

Perbentangan.

Rabu ( 11 Mei)

Penyampaian Hadiah

13.

Penutup
Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah

Kebangsaan Sedenak menyokong penuh pelaksanaan pertandingan ini.


hal ini penting bagi memberi peluang kepada murid murid dalam
meneroka

pengalaman

baru.

semoga

dengan

penganjuran

pertandingan ini akan memberikan satu pengalaman baru dan juga


dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid
seterusnya dapat mencungkil bakat bakat yang terpendam dalam
kalangan murid.
Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak
amat diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan
jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

( SUZILAWATI BINTI ZAKARNO )


Setiausaha Panatia PSV,

Disahkan oleh,

.
(MUHD IZZAT BIN ZAMAKHSARI)
Ketua Panatia PSV,

SK Sedenak, Kulai, Johor.

SK Sedenak, Kulai, Johor.