Anda di halaman 1dari 1

Hujan lebat lagi, tapi hari ini hujan panas.

Nyeri bahu kiri aku


menyandang beg seberat dua ketul bata sambil tangan kanan aku
menjinjing sebungkus nasi menuruni tangga kantin. Aku diam seribu
bahasa. Segala pergerakan, ekspresi dan percakapan aku bermain secara
virtual di dalam otak. Manusia sentimental seperti aku dengan masalah
jiwa sudah biasa duduk kaku seperti patung dengan ekspresi wajah yang
menggambarkan jasad aku sudah terbang ke dunia khayalan.
Airin, aku tengok muka kau ni kan, kau tau tak kau buat aku rasa
apa? Kau tau bila aku tengok muka kau, aku rasa kosong...kosong
sekosong kosongnya kepala otak aku, asal ni muram aje. Sergah Fiqa
selepas aku melemparkan sedikit senyuman apabila imejnya terpancar di
kornea aku. Aku sangka dia mesti ketawa tengok ekspresi aku sebentar
tadi .Apalah si Fiqa ni, ingatkan dia nak cakap yang tenang aje bila tengok
muka aku, ni kosong... apalah yang dia merepek ...
Baik-baik sikit, kurang ajar kau, Pikachu !.. Sedaya Airin membalas
usikan kawanya itu.

Wait! Saya masih perlukan awak, tak kira macam mana pun saya,
macam mana pun awak,saya sentiasa perlukan awak. Airin merenung ke
sudut dasar mata di hadapannya dengan sedikit dongakkan.
Mendengar pengakuan Airin, Taufiq mencium dahi isterinya itu. Rasa
terharu mendengar luahan sang isteri membuatkan hatinya yang merajuk
menjadi sejuk kembali bukan kerana suhu kamar yang dingin tetapi dek
kerana kata-kata isterinya yang cukup boleh membuat seluruh anggota
badannya beku saat itu.