Anda di halaman 1dari 5

ITEM_MIRIP PISA_B11

Program Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )


Bagi Jurulatih Utama Sains
( Training Programme on Higher Order Thinking Skills for Science Coaches )
__________________________________________________________________________________

Penyakit katarak kalangan warga emas


Oleh:DR. SHATRIAH ISMAIL (Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi,
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus
Kesihatan, Kelantan)
Penyakit katarak ataupun selaput mata merupakan masalah penglihatan yang
paling kerap dihadapi oleh warga emas di seluruh dunia secara amnya.
Penyakit katarak adalah lebih berisiko di kalangan warga emas.
Kanta mata asal yang jernih telah bertukar secara perlahan-lahan menjadi keruh dan menyebabkan
pandangan menjadi kabur.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit katarak yang
disebabkan oleh faktor peningkatan usia menyumbang kepada 48 peratus kes-kes buta di seluruh dunia
dan jumlah ini melibatkan seramai 18 juta penduduk dunia.
Penyakit katarak yang disebabkan faktor peningkatan usia biasanya berlaku pada individu yang berusia
melebihi umur 60 tahun. Penyakit ini berlaku secara perlahan-lahan dan biasanya melibatkan kedua-dua
belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan.
Tanda-tanda
Penyakit katarak akibat peningkatan faktor usia berlaku secara perlahan-lahan.
Antara tanda-tanda awal ialah penglihatan jauh menjadi kabur dan kerap menukar cermin mata.
Penyakit ini tidak menyebabkan rasa sakit pada bola mata ataupun menyebabkan bola mata menjadi
merah.
Pesakit yang mengalami penyakit katarak pada peringkat yang hampir matang akan mengalami gangguan
penglihatan yang ketara terutamanya pada jarak yang dekat.
Pesakit akan mengalami kesukaran untuk melihat ketika membaca, menulis dan memandu.

____________________________________________________________________________________
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

ITEM_MIRIP PISA_B11
Komplikasi Katarak Matang
Katarak yang matang boleh menyebabkan berlakunya keadaan yang dikenali sebagai glaukoma sekunder.
Pesakit yang mengalami keadaan ini biasanya mengalami sakit yang kuat pada bola mata secara tiba-tiba.
Pesakit dinasihatkan supaya menjalani pembedahan katarak mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor
pakar mata dan tidak bersikap tunggu dulu sehingga keadaan glaukoma sekunder ini berlaku.
Potensi pesakit untuk melihat semula selepas pembedahan adalah jauh lebih baik sekiranya pembedahan
katarak dilakukan secara elektif dan terancang berbanding pesakit yang hanya menjalani pembedahan
setelah mengalami keadaan glaukoma sekunder.
ArtikelPenuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2egZLkb83
Utusan
Melayu (M) Bhd

Kategori rangka kerja

Rangka Kerja

Jenis Pengetahuan

Pengetahuan isi kandungan

Kompetensi

Menjelaskan fenomena secara saintifik

Konteks

Tempatan/nasional

Kehendak kognitif

Medium

Penyakit katarak merupakan sejenis penyakit mata yang boleh berlaku pada masyarakat Malaysia.
Selaput mata akan terbentuk dan ia merupakan masalah penglihatan yang paling kerap dihadapi oleh
warga emas di seluruh dunia secara amnya.
1) Mengapakah golongan tua lebih berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit katarak?
______________________________________________________________________
(2 markah)
2) Jelaskan bagaimana seseorang individu yang normaldapat melihat imej sesuatu objek dengan
jelas?
_____________________________________________________________________
(5 markah)
3) Penyakit katarak yang disebabkan oleh faktor peningkatan usia menyumbang kepada 48 peratus
kes-kes buta di seluruh dunia. Ramalkan apa akan berlaku kepada masyarakat Malaysia jika
tidakmengambil berat mengenai penyakit katarak ini seawal mungkin dan berikan hujah anda.
_____________________________________________________________________
(3 markah)
____________________________________________________________________________________
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

ITEM_MIRIP PISA_B11

Skema Pemarkahan Guru:


1) -Faktor peningkatan usia.
-Jika seseorang mengidap penyakit kencing manis, pendedahan kepada sinaran cahaya
ultraviolet, perokok dan pengambilan alkohol meningkatkan risiko penyakit ini.
(2 markah)
2) i) Pantulan cahaya daripada objek masuk ke dalam mata.
ii) Apabila cahaya masuk ke dalam mata, ia akan dibiaskan oleh kornea, gelemaca, kanta
mata dan gelemair.
iii) Imej yang songsang akan terbentuk di retina.
iv) Otak akan menterjemahkan impuls dan membenarkan kita melihat objek dalam
kedudukan yang betul.
v) Reseptor cahaya pada retina akan menghantar impuls ke saraf mata ke otak.
( 5 markah )
3) -Penduduk di Malaysia terutamanya golongan emas perlu peka dan menjaga kesihatan
mereka. Jika mereka mengabaikan kesihatan mata dan tidak mengubati mata mereka, mata
mereka boleh menjadi buta. Jika ini berlaku pada warga emas dikhuatiri mereka akan
mengalami waktu yang sangat sukar kerana mereka memerlukan bantuan orang lain
sepanjang masa untuk menguruskan diri mereka. Mereka terpaksa bergantung kepada orang
lain.
- Oleh itu, kesedaran awal mengenai penyakit katarak perlu diterapkan di kalangan golongan
emas supaya faktor kebutaan dapat dicegah lebih awal.
-Katarak boleh diubati awal dengan melakukan pembedahan.
( 3 markah )

____________________________________________________________________________________
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

ITEM_MIRIP PISA_B11

Soalan Objektif - Tiga keadaan jirim

Kategori Rangka Kerja


Jenis pengetahuan
Kompetensi
Konteks
Keperluan Kognitif

Rangka Kerja
Pengetahuan Prosedur
Menerangkan fenomena secara saintifik
Sains dan teknologi
Medium

1. Rajah 1 menunjukkan tiga jenis keadaan jirim P, Q dan R .

Rajah 1
Bagaimanakah gambar di rajah 1 yang dipaparkan dapat menerangkan pernyataan di bawah?
P
Susunan
zarah

Q
Susunan
zarah

Kurang rapat

Pergerakan
zarahzarah
Perlahan

Rapat

Bergetar

Kurang rapat

Kurang rapat

Perlahan

Sangat jauh

Sangat jauh

Bebas
rawak

dan

Rapat

Kurang
Rapat

Pergerakan
zarahzarah
Bebas dan
rawak
Perlahan
Bebas dan
rawak
Perlahan

R
Susunan
zarah
Sangat jauh

Pergerakan
zarah-zarah

Rapat

Bebas dan
rawak
Bebas dan
rawak
Bergetar

Rapat

Bergetar

Sangat jauh

[1Markah]
Jawapan : C
Nama Ahli Kumpulan:
1. Pn Hjh Khalidah Ahmad (IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru)
2. En. Rosdi Bin Abu Bakar (SMK Sg Kob, Kulim)
3. En. Saranusun Bin Jusoh (SMK Paloh, Gua Musang)
4. En Nazarudin Bin Abdullah Umar (SMK Clifford, Kuala Lipis)
____________________________________________________________________________________
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

ITEM_MIRIP PISA_B11
5. Pn Rosmina Binti Kaderi (SMK Bau, Kuching)

____________________________________________________________________________________
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Anda mungkin juga menyukai