Anda di halaman 1dari 6

1

TEKS JURUACARA
MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 21/11/2015

KETIBAAN VVIP
PERSEMBAHAN
SELAMAT DATANG
(KOMPANG)

ALU-ALUAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.Xavier


R.Moses, Guru Besar SK Methodist (L), Jalan Hang Jebat,
Kuala Lumpur dan para hadirin masuk ke dalam dewan.
1.Yang Berusaha En.Xavier a/l R.Moses-Guru Besar SK
Methodist (L), Jalan Hang Jebat
2.Yang Dihormati tetamu kita, En Sashi Kumar a/l Bakakrishnan,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sesi 2015/2016

3.Yang Dihormati Pn.Rossimah bt Ahmad- guru Penolong


Kanan Kurikulum
4. yang dihormati Pn.Suhaili bt Jaafar- guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
5.Yang Dihormati En.Fadly bin Abu Bakar- guru Penolong
Kanan Kokurikulum
5.barisan Guru-guru,para ibubapa dan murid-murid tahun 6
yang diraikan dan disayangi sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera diucapkan .
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.

Bersyukur kita kepada Tuhan yang mengizinkan kita untuk


bersama-sama berhimpun pada hari ini dalam Majlis
Graduasi Tahun 6 2015.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati
dan mengalu-alukan kehadiran para hadirin sekalian.
Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada

majlis kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan


kekeluargaan kita khasnya bagi murid-murid, ibu bapa, dan
warga sekolah.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Illahi.
BACAAN DOA

Sebelum tirai dibuka,sebelum majlis bermula, moleklah


kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon
limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa.
Jesteru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz
Fawwaz bin Abdullah untuk memimpin bacaan doa. Dengan
limpah takzimnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fawwaz bin Abdullah
ke atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN
MURID

WAKIL Seterusnya majlis mempersilakan adk Ricnish Raj Rueban


selaku Ketua Murid SK Methodist (L), Jalan Hang Jebat,
Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
penuh takzim mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik______________
diatas ucapannya itu tadi.

UCAPAN
PERASMIAN
(GURU BESAR)

Para hadirin warga dewan yang dimuliakan,


Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Dengan ini majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
Yang Berbahagia En.Xavier R.Moses, Guru Besar SK

Methodist (L), Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur untuk


memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Graduasi Tahun 6-2016. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar atas ucapan
dan penyempurnaan perasmian Majlis Graduasi Tahun 62016 sebentar tadi.
Dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka rasmilah sudah
Majlis Graduasi Tahun 6-2016 SK Methodist (L), Jalan
Hang Jebat, Kuala Lumpur.

TAYANGAN
KHAS

VIDEO Para hadirin sekalian,


Sebagai penyeri majlis, marilah kita sama-sama
menyaksikan tayangan video khas yang di sediakan oleh
cikgu ikhwan sebagai kenang-kenangan sebuah pertemuan
jua sebuah perpisahan.
Mari kita saksikan bersama.

Sungguh tayangan video khas itu tadi membuatkan mata


kita semua berkacaanak-anak murid sekalian, ternyata
kalian datang dengan harapan, kalian pulang dengan
kejayaan.

PENYAMPAIAN
Warga dewan sekalian,
HADIAH AKTIVITI
PASCA UPSR
Majlis seterusnya adalah Penyampaian Hadiah Aktiviti
Pasca UPSR yang telah berlangsung dengan jayanya ..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan encik fadly
bin abu bakar Guru Penolong Kanan kokurikulum , di
iringi.untuk menyampaikan Hadiah
Aktiviti Pasca UPSR.
Dipersilakan.(senarai pemenang)
Terima kasih diucapkan kpda encik fadly bin abu bakar atas

Penyampaian Hadiah Aktiviti Pasca UPSR itu tadi.


PENYAMPAIAN
SIJIL DAN
CENDERAHATI

PENGANUGERAHAN
KONVOKESYEN
(SIDANG 1-6B)

Majlis seterusnya adalah Penyampaian Sijil dan Cenderahati


sempena.
Majlis
dengan
segalah
hormatnya
mempersilakan
Pn.rossimah bt ahmad guru Penolong Kanan tadbir dan
kurikulum, di iringi
untuk
menyampaikan Sijil dan cenderahati kepada murid-murid
yang.di jemput..(rujuk senarai nama
murid)
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rossimah bt Ahmad atas
Penyampaian Sijil dan Cenderahati itu tadi.
Bagi tidak membuang masa lagi, majlis diteruskan dengan
Penganugerahan Konvokesyen bagi Sidang Pertama untuk muridmurid tahun 6B.
Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan En. Xavier a/l R.
Moses, Guru Besar SK Methodist (L), diiringi oleh Pn. Rossimah,
Pn. Suhaili dan Pn. En fadly untuk menyempurnakan
Penganugerahan Konvokesyen ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(Rujuk lampiran)di jemput adik
{setelah selesai}
Di jemput semua murid 6B naik ke pentas utk sesi penggambaran

PERSEMBAHAN
(KEMPO ESKRIMA)

Majlis berehat sebentar dengan persembahan istimewa


daripada Danish fikri, denial fitri, en yaacob Gabriel dan en
Nelson. Persembahan yang diberi nama KEMPO
ESKRIMA.dipersilakan.
>>berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan yang
menarik itu tadi

Majlis diteruskan dengan Penganugerahan Konvokesyen Sidang

PENGANUGERAHAN
KONVOKESYEN
(SIDANG 2-6M)

kedua untuk murid-murid kelas 6M.


Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan En. Xavier a/l R.
Moses, Guru Besar SK Methodist (L), diiringi oleh Pn. Rossimah,
Pn.

Suhaili

dan

Pn.

En

fadly

bagi

menyempurnakan

Penganugerahan Konvokesyen ini.


(Rujuk lampiran)di jemput adik
{setelah selesai}
Di jemput semua murid
penggambaran

6M naik ke pentas utk sesi

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Inilah yang dikatakan,

PENUTUP/BERSURAI

Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,


Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan
Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.
Indah pekerti indah budi
Bersulam harapan kejayaan diri
Majlis Konvokesyen berakhir di sini
Dipanjangkan umur bertaut hati bersua kembali

Selepas ini kita ada sesi penggambaran murid-murid tahun 6.


Oleh itu diminta murid-murid tahun 6 terus setia menunggu di
sini.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, Majlis Konvokesyen SK

6
Methodist (L) 2015 menutup tirai. Majlis ingin mengambil
kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Sekalung tahniah jua
kepada semua graduan yang berjaya menamatkan perjuangann di
sekolah rendah dengan jayanya.
Ampun maaf dipinta atas segala kesilapan dan keterlanjuran
kata. Semoga dipertemukan lagi di tahun hadapan. Dengan itu
saya
sudahi
majlis
dengan
lafaz
yang
mulia..Wabillahitaufik
Majlis bersurai
Dijemput kepada semua hadirin dan hadirat ke kantin untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan.