Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 3 2013

Mohd Nazmi Bin Mat Latif

IPGKKB : S10E-1006-0348

Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan Yang Maha Kuasa kerana dengan limpah
rahmat-Nya, saya dapat bersama-sama mengikuti satu program Bina Insan Guru
fasa V iaitu lawatan benchmarking yang telah berlangsung pada 11 Februari 2014
bertempat di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) iaitu di Sekolah Kebangsaan Tengku
Mahmud 1, Jerteh, Terengganu. Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang
dalam mesyuarat agung Tesl 2 dimana kami berkumpul di hadapan Cafetaria IPG
Kampus Kota Bharu seawal jam 7 pagi pada hari tersebut. Setelah semua bersedia,
kami sekelas seramai 28 orang menaiki bas menuju ke arah destinasi yang dituju.
Perjalanan yang memakan masa selama dua jam setengah itu dipenuhi
dengan gurauan dan riang ria kami di dalam bas kerana sepanjang perjalanan, tiada
sebarang masalah telah berlaku. Setelah sampai di sana, saya terus turun dan kami
membahagi barang yang akan digunakan sekaligus bersiap-sedia untuk memulakan
program. Setibanya saya disana saya disambut mesra oleh dua orang guru sekolah
itu yang telah ditugaskan khas untuk menyambut kami. Saya berasa cukup kagum
kerana kami telah dimaklumkan bahawa pada hari tersebut, sekolah itu telah
dikunjungi Nazir Daerah Besut akan tetapi program BIG itu tetap djalankan. Setinggitinggi penghargaan saya ingin ucapkan di sini kepada Guru Besar sekolah itu kerana
masih sudi menerima kunjungan kami.
Setelah menyusun barang-barang di dalam Bilik Akses sekolah tersebut, kami
memulakan program kami dengan melawat kawasan sekitar sekolah dan apa yang
menarik yang dapat saya jelaskan di sini adalah pertama sekali, setiap pintu bilik
darjah, terdapat satu poster guru kelas masing-masing dan ini telah membuatkan
saya berasa agak terpegun dan teruja akan lawatan ke SBT seperti ini. Kemudian,
kami ditunjukkan tentang segala info yang terdapat di sekolah ini dan yang
menariknya adalah,

info-info tersebut ada di mana-mana sahaja termasuklah di

dinding bangunan, bawah tangga, kantin sekolah dan sebagainya. Tambahan pula,
ternyata ramai insan yang cukup berkebolehan yang telah terbukti mendapat
pendidikan di sekolah ini dan hal ini merupakan satu alasan kukuh mengapa sekolah

ini diberi gelaran sebagai satu daripada tiga buah Sekolah Berprestasi Tinggi di
Terengganu.
Seterusnya, kami melawat bilik pameran sekolah itu dan saya agak terkejut
kerana di dalamnya terdapat pelbagai plak, medal dan piala yang telah berjaya
dikutip oleh sekolah tersebut. Tidak hairanlah sekolah itu berjaya mendapat gelaran
SBT. Bukan sahaja keputusan UPSR nya terbaik di kawasan Pantai Timur, Malaysia
ini akan tetapi tetap juga gah dalam aktiviti kokurikulum. Kemudian, kami bergerak
kembali ke Bilik Akses untuk mendengar ceramah daripada Guru Besar.
Walau bagaimanapun, Guru Besar tidak dapat menghadirkan diri dek kerana
terlalu sibuk melayan karenah Nazir yang melawat ke sekolah itu. Oleh hal yang
demikian, seorang cikgu sekolah itu telah ditugaskan untuk memberi ceramah
kepada kami dan yang menariknya, guru itu tetap dapat menyampaikan cemarah
dengan baik dan sesi yang mengambil masa selama 3 jam lebih itu telah diisi
dengan slot informasi dan menjawab soalan. Ternyata, gelaran SBT untuk sekolah ini
merupakan satu gelaran yang wajar diberikan dan setiap sekolah di Malaysia harus
menjadikan sekolah ini sebagai sekolah contoh.
Lebih kurang jam 1 petang, majlis penutup telah dirasmikan oleh tutor kelas
kami sendiri iaitu Tuan Haji Roslan Bin Idris dan beliau menyatakan kepuasan yang
maksima terhadap layanan yang telah diberikan kepada kami. Lawatan ini diakhiri
dengan jamuan ringkas yang cukup menyelerakan, disponsor oleh pihak sekolah itu
sendiri. Di sini, saya selaku guru pelatih merangkap setiausaha program BIG ini
berasa sungguh gembira dan berpuas hati dalam melaksanakan atau menjayakan
program ini dan pihak sekolah serta kelas kami masing-masing ingin mengadakan
program lain di sekolah ini atas kerjasama yang cukup baik yang telah ditunjukkan
oleh kedua-dua pihak.
Program kami berakhir pada jam 4 petang apabila bas berhenti di depan
Cafetaria dan kami semua pulang ke bilik masing-masing dengan badan yang agak
penat kerana perjalanan yang agak lama akan tetapi gembira dengan pengalaman
baru serta berpuas hati program ini telah berakhir dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai