Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 3 2013

Mohd Nazmi Bin Mat Latif

IPGKKB : S10E-1006-0348

Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan Yang Maha Kuasa kerana dengan limpah
rahmat-Nya, saya dapat bersama-sama mengikuti satu program Bina Insan Guru
yang telah berlangsung pada 4 Februari 2013 bertempat di Sek. Ren. Keb. Oh,
Jerteh, Terengganu. Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang dalam
mesyuarat agung Tesl 2 dimana kami berkumpul di hadapan Dewan Wawasan IPG
Kampus Kota Bharu seawal jam 8 pagi pada hari tersebut. Setelah semua bersedia,
kami sekelas seramai 24 orang menaiki bas menuju ke arah destinasi yang dituju
tetapi 3 orang lagi iaitu Fareez Abdul Aziz, Nur Syazira dan Mohd Zulkhairi terpaksa
bertolak lebih awal sedikit kerana mereka bertindak sebagai moderator pada sesi
BIG kali ini.
Perjalanan yang memakan masa selama dua jam setengah itu dipenuhi
dengan gurauan dan riang ria kami di dalam bas bersama dengan kumpulan Tesl 1
sem 5 kerana kami berkongsi bas yang sama memandangkan destinasi kami
berdekatan antara satu sama lain. Alhamdulillah dalam pada perjalanan itu, senior
kami cukup baik hati kerana memberikan roti kepada kami sebagai sarapan dan
kami cukup-cukup berterima kasih kepada mereka. Setelah sampai di sana, saya
terus turun dan kami membahagi barang yang akan digunakan sekaligus bersiapsedia untuk memulakan program. Setibanya saya disana saya disambut mesra oleh
pelajar kerana sekolah itu merupakan sekolah pertama saya untuk program SBE dan
saya sudah mengenali pelajar-pelajar tersebut.
Dalam pada masa yang sama, saya, selaku salah seorang daripada fasilitator
yang bertugas perlu mengenalkan diri masing-masing dan saya tidak terkecuali.
Setelah sesi ice breaking selesai, saya ditempatkan untuk menjadi fasilitator bagi
kumpulan 3 dan permainan LDK bermula dengan jayanya. Saya tidak mahu
mengulas tentang permainan tersebut kerana itu bukan objektif kami mengadakan
program ini, akan tetapi hasil daripada aktiviti tersebut yang akan saya terangkan.
Pertama sekali, LDK1 iaitu Sayang Si Buta telah membina satu nilai di mana para
pelajar belajar untuk menghargai nikmat mata yang telah diberikan dan

menggunakannya ke arah kebaikan. Seterusnya ialah LDK yang kedua iaitu


Mustahil ke Boleh? di mana kumpulan saya telah bertungkus lumus untuk
memikirkan cara yang terbaik untuk menyusun bata di atas kertas. Saya cukup
kagum kerana ahli kumpulan saya berjaya menghasilkan cara yang cukup kreatif di
mana kertas itu digulung dan dijadikan tapak untuk dileakkan bata di atasnya.
Walaupun kami tidak mencapai target untuk menyusun 10 bata namun, saya tetap
berpuas hati kerana mereka bekerjasama untuk melakukan aktiviti tersebut.
Kemudian, kami berehat sebentar untuk makan dan dalam pada masa yang
sama, saya pergi melawat kumpulan mural yang bertungkus-lumus untuk menyiakan
lukisan yang dijadikan satu tanda kami pergi membuat program di sana. Saya cukup
terkejut dan kagum kerana rupa-rupanya terdapat bakat seni yang terpendam dalam
diri kawan-kawan saya seperti Afiq Irfan dan Jong contohnya. Lukisan mereka cukup
cantik dan saya percaya, Guru Besar SK Oh pasti berpuas hati dengan hasil mural
itu tadi.
Kemudian, LDK yang ketiga iaitu Explorace di mana kerjasama antara
kumpulan amatlah penting di sini. Saya ditugaskan untuk menjaga check point
bersama Raafah Azkia dan terus terang saya katakan, saya bertindak cukup tegas
pada masa itu. Jika saya melihat ada pelajar yang tidak berjalan secara
berkumpulan, saya terus mendenda mereka dan ironinya, kumpulan saya sendiri
juga terkena. Namun, saya tetap tegas dan mendenda mereka agar mereka tahu
akan disiplin dan nilai kerjasama itu sangat penting dalam menjadi modal insan yang
cemerlang pada masa yang akan datang.
Akhir sekali, LDK yang terakhir iaitu Berakit-rakit Dahulu di mana sekali lagi
semangat kerjasama dalam ahli kumpulan ini diterapkan untuk melakukan aktiviti ini.
Saya gembira melihat para murid bersorak gembira untuk memberikan semangat
kepada ahli kumpulan masing-masing untuk menghabiskan aktiviti ini. Kemudian,
setelah aktiviti ini selesai, kami berkumpul di dalam dewan untuk majlis penutup.
Majlis itu dirasmikan oleh PK Pentadbiran SK Oh kerana Guru Besar mempunyai
mesyuarat di Kuala Terengganu pada masa itu.
Majlis berjalan dengan lancar diselangi dengan lagu Gemuruh Jiwa
memantapkan lagi program kami pada kali ini. Tepat jam 5 petang, kami menaiki bas
untuk pulang ke IPGKKB dengan hati yang puas dan gembira.