Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
More
Next Blog
Create Blog
Sign In
Status Blog
UNTUKMU PALESTIN!
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami !
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
-Al-Baqarah (2:286)
Salam.
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
1/9
11/5/2016
-Murabbii
"M ati itu pasti, Hidup tak te ntu
lagi~"
-Ustaz Nushi Mahfodz, Kuliah Isnin
"Hidup me mang susah, sapa se nang
masa hidup, tak be tul! [dia
se be narnya mati!]"
-Ustaz Khairul, Kuliah Isnin [dengan
penambahan pada klausa terakhir
cetus inspirasinya]
DI MALAYSIA
POLEMIK BIASISWA
Biasiswa. Siapa tidak mahu biasiswa. Semua pelajar cemerlang inginkan biasiswa. Biasiswa
bukan sekadar manifestasi kejayaan untuk menjadi insan yang lebih berjaya hingga mampu
membangunkan agama, bangsa dan negara pada masa depan; bahkan biasiswa sekarang
melambangkan apresiasi atas segala usaha yang telah ditintakan. Saya teringat (sepanjang
ingatan yang daif ini) sebuah kartun yang dilukis oleh Datuk Lat di New Straits Times
beberapa tahun yang lampau. Di dalamnya ada dua cerita bergambar. Gambar pertama
berkenaan gambar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pegawai agensi biasiswa masuk
ke kampung yang bertanah liat, merentas sawah sambil bertanyakan seorang pesawah tua di
situ,
Rumah Atan Bin Abu di mana ? Dia dapat biasiswa ke luar Negara !
Pesawah itu kemudiannya menunjukkan jarinya ke arah rumah Si Atan di tengah bendang.
Kelihatan imej seorang budak lelaki kecil sedang memukul kerbaunya untuk membajak
sawah. Mungkin itulah Si Atan yang dicari.
Di sebelah gambar itu, terdapat sebuah gambar lagi. Gambar masa kini. Di mana Si Atan
versi sekarang terpaksa menunggu berbaris panjang menunggu biasiswa. Seorang pembantu
penemuramah membuka pintu sambil berteriak,
Atan Bin Abu !!!!!!!!!!!
Imej Atan ini pula ditonjolkan sebagai seorang yang terkejut daripada tidur, yang sedang
duduk menunggu giliran daripada beratus-ratus calon yang lain.Di depan pintu bilik tertera
tulisan,Bilik Temuramah Biasiswa.
TENTANG KITA
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
2/9
11/5/2016
Saya optimis kalian mampu menduga imej yang dilukis Datuk Lat ini. Cerita yang dibawa
oleh Datuk Lat ini sebenarnya menggambarkan realiti zaman sekarang. Realiti di mana
makin ramai anak-anak muda yang layak mendapat biasiswa. Maklumlah, bilangan mereka
yang berjaya dalam SPM pun kian bertambah. Maka, persaingan makin sengit. Hendak
salahkan agensi biasiswa yang tidak memperuntukkan jumlah tempat yang banyak adalah
kurang adil. Mana tidaknya, kos pengajian semakin meningkat. Oleh itu, rasanya adalah
agak relevan pihak agensi biasiswa membuat pemilihan awal calon-calon yang layak
memperoleh biasiswa terutamanya ke luar negara.
Rentetan itu, muncullah pelbagai versi temuramah. Daripada cara yang klasik; individual
interview hinggalah cara yang lebih sostifikated dan pragmatik; grouping interview, verbal
tests, IQ test etc. Semua ini bertujuan bagi memastikan biasiswa yang diperoleh nanti
adalah berada di tangan yang benar-benar layak. Begitulah rencah zaman sekarang. Mahu
tidak mahu generasi hari ini jika mahu berjaya lebih lagi terutamanya melanjutkan
pelajaran ke luar negara, daya saing yang tinggi amatlah diperlukan bagi memastikan
biasiswa dalam genggaman. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh anak-anak muda zaman
kini termasuk diri saya.
Saifulislam.Com
Menamatkan Pendidikan Kiasu
1 week ago
M usings of a M ualaf
DALAM HATI ADA ALLAH
2 years ago
M y Life As...
Da'ie bermata lebah
4 years ago
CERITA SAYA
Buat pengetahuan semua, sepanjang hari-hari yang mendatang ini. Saya telah ditawarkan
temuduga oleh 4 agensi. Securities Comissions (SC), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Saya tidak mahu
berbicara panjang berkenaan SC, TNB mahupun PNB; cukup saya katakan saya lebih berpuas
hati dengan persembahan saya; jauh lebih berpuas hati sebenarnya dengan ketiga-tiga
temuduga ini berbanding JPA.
Adakah ini bermakna saya melakukan yang terburuk dalam temuduga JPA. Ya, ikhlasnya
saya merasakan tidak berpuas hati dengan prestasi saya sendiri ketika ditemuduga bagi
agensi JPA. Mengapa ? Entahlah. Saya pun tidak begitu pasti akan puncanya. Kendatipun
begitu, apa yang istimewanya tentang temuduga JPA ini adalah cerita yang mendasari
temuduga ini. Mungkin bagi calon-calon JPA yang lain di luar sana, bagi mereka perjalanan
temuduga ini begitu licin dan terurus sekali. Pendek kata, cuma isi boring online, peroleh
surat pengesahan temuduga, pergi temuduga, tunggu keputusan dengan penuh sabar
kemudian peroleh biasiswa. Ha.. Cuma ada lima langkah sahaja.
Tetapi percaya ataupun tidak jalan yang ditempuhi saya lebih dari itu. Jika diimaginasikan,
ibarat orang lain dari Perlis ke Kuala Lumpur merentasi laluan PLUS ( Projek Lebuhraya
Utara Selatan ), terus memandu Poche ke Kuala Lumpur melaluinya. Tetapi saya, dari Perlis
bukan sahaja tersesat jalan sampai ke Kelantan malah terpaksa menaiki Volkswagen Capuk
pusing melalui Lebuhraya Timur Semenanjung kemudian terpaksa pula melalui Johor,
Melaka, Negeri Sembilan dan seterusnya barulah sampai ke Kuala Lumpur. Songsang dan
berliku sikit la pendek katanya.
PROSES ONLINE JPA
Bagaimana ini terjadi ? Saya mulakan satu persatu. Kita mulakan dahulu dengan proses
online. Online ?! Hm Memang betul memudahkan tetapi kadangkala menyusahkan sahaja.
Tetapi yang jadikan susah pun diri sendiri. Ha ! Ha ! Sebenarnya, saya mengisi borang itu
secara sendirian tanpa meneliti dahulu langkah-langkah pengisian borang sepertimana yang
telah disediakan oleh pihak JPA dalam laman web berkenaan. Keadaan kelihatan normal
sehinggalah saya klik butang hantar dan kemudian keluarlah page yang sentiasa membuatkan
orang sakit hati iaitu, page not requested.
Seperti biasa butang refresh ditekan. Tetapi sayang kendatipun sudah lima puluh kali lebih
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
3/9
11/5/2016
kurang, keadaan masih tidak berubah. Masih sama munculnya di skrin. Masih, page not
requested. Lantas, bagi mengelakkan sebarang keraguan maka saya mengisi borang buat
kali kedua. Situasi yang sama berulang. Kemudian, saya mengisi pula buat kali ketiga.
Namun, sekali lagi, tak da rezeki gamaknya, masih page not requested. Saya sudah mulai
resah memandangkan hanya tiga kali sahaja dibenarkan untuk log-in. Maka bagi
mengelakkan sebarang rasa gundah gulana, saya mengambil jalan mudah. Pada anggapan
saya, borang saya sudah diterima oleh sistem. Maka berakhirlah bab pertama.
BAB KEDUA JPA
Bab Kedua yang merupakan klimaks bagi cerita ini ialah ketika keputusan temuramah JPA
diumumkan di internet. Pada ketika itu masih segar di ingatan. Saudara Faisol telah
menelefon saya untuk menanyakan samaada sama mendapat temuduga JPA ataupun tidak.
Memandangkan saya tidak mempunyai kemudahan internet pada ketika itu maka saya pun
meminta bantuannya untuk memeriksa status saya.
Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahunya bahawa id saya tiada dalam pengkalan data
?! Jiwa saya terus racau dan fikiran menjadi tak tentu. Lantas, saya terus memohon
bantuan Saudara Rafizi untuk membantu saya bagaimanakah untuk menguruskan keadaan
sebegini. Setelah diberikan nasihat agar memulakan proses rayuan, lantas di akhir perbualan
dia menyatakan; This is not a good start. Apa lagi ketika itu saya berasa sangatlah cuak,
takut dan bimbang teramat sangat akan perihal JPA. It is because if I miss this, meaning Ill
miss most of the scholarships to further my studies overseas!
BERKENALAN DENGAN ORANG JPA
Keesokan harinya awal-awal pagi lagi pejabat JPA telah saya hubungi. Dari satu bahagian ke
satu bahagian. Ada ke bahagian teknikal ada ke bahagian latihan dan sebagainya. Itu tidak
termasuk talian yang asyik tak berjaya saja. Akhirnya, setelah satu jam bersimpuh
menelefon saya berjaya mendapatkan seorang wanita bernama Cik Aini. Saya pun mengadu
kepadanya akan masalah yang saya hadapi.
Terkejut saya, reaksinya tersangatlah positif. Bukan setakat menyuarakan rasa simpatinya,
malah sempat lagi dia menemuramah saya ! Alhamdulillah, akhirnya ada juga pegawai JPA
yang mahu mendengar rintihanku. Haha ! Cik Aini menyuruh saya membuat rayuan melalui
surat sambil disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan dihantar secara pos laju.
Dengan segera petang itu juga saya terus menghantar pos laju segala dokumen yang
dikehendaki.
MASIH BIMBANG
My Masjid
Quran For The World
SAHABAT@KYUEM
Afiq
Ahas
Ajah
Akma
Meskipun sudah menghantar dokumen rayuan itu secara pos laju namun begitu kebimbangan
masih menjelma dan semakin menghantui saya. Tetapi alhamdulillah, ramai insan yang sudi
membantu saya. Saudara Rafizi telah menulis surat rayuan itu untuk saya berserta summary
ringkas penglibatan saya dalam bidang ko-kurikulum dan menghantarnya melalui e-mail,
surat elektronik kepada pihak JPA. Begitu juga dengan ibu-ibu saudara saya, Saudari Haslina
dan Saudari Nafishah serta bapa saudara saya, Saudara Azhar; begitu tekun mencari jalan
bagaimana hendak membantu. Kebetulan pula rupa-rupanya guru kepada anak lelaki ibu
saudara saya, Saudari Nafishah merupakan isteri kepada En Azman, Ketua Pengarah
Bahagian Latihan JPA ! How small the world is ! Haha !
Alia
Amar
Amira Katun
Anas Pauzi
Anis Liyana
Ariff
SC?
Suatu petang pada hari Selasa, pihak SC telah menelefon saya. Mereka menyuruh saya
bertandang ke SC bagi menghadirkan diri dalam temuduga SC pada hari Khamis 2 petang di
Bukit Kiara. Saya mendapat makluman pihak SC hanya menemuramah sekitar 70 orang calon
sahaja daripada 500 orang calon yang memohon.
Athirah
Balqis
Danial Hazman
Dzull
Eddy
Fazdhly
Alhamdulillah ! Malam itu juga saya berangkat pergi ke Kuala Lumpur berkereta api bersama
ibu saya. Diringkaskan cerita, pada malam Rabu ketika sibuk melakukan sesi mock interview
bersama Saudara Rafizi dan Saudara Faizurin, saya mendapat makluman pada hari Jumaat
nanti saya perlu menghadirkan diri ke temuduga JPA di INTEC Shah Alam! Apa ?!
SURAT BERANAK PULAK !
Fiqry
Firdaus Amaran
Firdaus Rahim
Haqqa
Hazman Sabri
Hazwany
Hisham
Ketika itu saya terasa sangat gembira dan tersangatlah bersyukur akhirnya segala usaha
membuahkan hasil yang dikehendaki. Saya segera meneliti laman web JPA bagi memastikan
apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Saya kira segala dokumen asas sudah berada
dalam simpanan sana ketika itu. Namun, timbul pula satu masalah lagi. Surat beranak ibu
dan ayah tiada !!!! Masya-Allah !!! Saya terus menghubungi ibu saya di rumah ibu saudara
saya. Ibu saya pula memaklumkan perkara berkenaan kepada ayah saya yang ketika itu
berada di rumah di Penang. Dengan segera ayah saya terus mencari surat beranak yang
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
4/9
11/5/2016
Hizami
ImKoyube
Imran Idris
Izu
Izzaldeen
Kamila
Khairul
Khairul Anwar
Laila
Dah cari dah tapi tak jumpa ! Habis satu rumah dah selongkar nie! Tu pun surat
beranak ayah tinggal separuh ja! Separuh lagi terkoyak !
Tersangatlah gamat pada waktu itu. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui. Namun
akhirnya sekitar 12 tengah malam, ayah menghubungi saya dan memaklumkan akhirnya
surat beranak ibu telah dijumpai. Saya terus menarik nafas lega ! Alhamdulillah !
Liyana
Maisarah Manas
Maziah
Meor
Michel
Mushana Udon
Nadiah OB
Naufal
Nazri Awang
Nicholas Pang
Yang menyebabkan saya begitu terharu adalah pengorbanan ayah saya sewaktu datang ke
KL memberikan surat beranak berkenaan. Hari Khamis selepas kerja ayah saya terus ke KL
menaiki bas sambil ditemani adik bongsu saya. Saya lantas berjumpanya di Stesyen Puduraya
sekitar jam 10 malam.
Malam itu juga ayah saya terpaksa pulang semula ke Penang kerana dia perlu bekerja
keesokan harinya. Maklumlah baru naik pangkat jadi Ketua POS, dia tidak boleh sewenangwenangnya mengambil cuti memandangkan pada ketika itu kakitangan di pejabatnya tidak
mencukupi. Begitulah besarnya pengorbanan ayah saya. Sanggup melakukan apa sahaja demi
kejayaan anaknya. Bagi saya, saya sayang ayah. Terima kasih ayah dan ibu ! Hanya Allah
dapat membalas segala jasa-jasamu !!!!!
Nizam
Nova
Nur Hafizuddin
Nurman
Raja Amilah Milo
Shazli
Shumuri (The Pingu Team)
Soraya
Teh
Tengku Ainol
Thaha
Tuan Fairuz
Wan
Wan Mohd Hafizuddin
Yahya
AMI@KOLEQ@MCKK
KENGKAWAN@MELBOURNE
Awin
Hidayati
Lutfi Hakim
Syafiq Nawawi
Am Firdaus PERKIM
Cikgu Aliya
Ehsan Victoria
ILuvIslam@Education
ILuvIslam@Home
INTERVIEW JPA
Kita kembali ke cerita seterusnya. Dipendekkan cerita saya sudah berada di INTEC Shah
Alam seawal 8 pagi. Saya agak terkejut begitu ramai calon yang datang meskipun hari itu
merupakan hari terakhir temuduga JPA bagi kawasan Shah Alam. Jika di Penang hanya tiga
hari kalau tak salah namun di Shah Alam sampai lima hari. Mungkin calon banyak tertumpu
di sini rasanya! Di sana, saya sekali lagi terkejut kerana nama saya tidak disenaraikan dalam
senarai tempat. Dengan pantas saya mendapatkan pegawai JPA memaklumkan masalah
saya. Alhamdulillah juga rasanya apabila pegawai JPA itu hanya menyuruh saya menulis
sahaja nama saya di mana-mana senarai yang dikehendaki. Saya terus memilih tempat
pertama temuduga. Kira-kira 300 lebih calon telah datang ke INTEC pada hari berkenaan.
Seperti biasa selesai saya menduduki ujian kerjaya yang hampIr 90% soalan saya meletakkan
jawapan ya; saya terus ke tempat temuduga pertama itu. Jika orang lain hanya duduk sabar
menanti giliran ironinya saya pula terpaksa mengisi dua borang isian semula. Saya terus ke
kafe di bawah dan tegar mengisi borang-borang itu. Dengan penuh sabar, saya mengisi.
Tiba-tiba setelah meneliti borang itu, rupanya ia merupakan borang pemarkahan temuduga.
Subhanallah! Saya telah mengetahui di manakah kekuatan seseorang calon itu! Seingat saya
antara ciri-ciri yang dicari ialah tatacara pemakaian, kebolehan berbahasa Inggeris dari segi
kosa kata dan idea yang bernas, kebolehan berdiskusi yakni menerima, mengkritik dan
respons terhadap apa yang dibincangkan serta keyakinan calon. Siap dengan markah lagi.
Jadi, sebenarnya saya telah mengetahui apakah yang perlu saya fokuskan dan apakah yang
perlu saya tonjolkan semasa temuduga nanti sebelum temuduga berlangsung! Saya kira ini
merupakan petunjuk dari Allah s.w.t mahu memudahkan hambanya ini dari kesusahan.
Alhamdulillah !
Selesai menulis saya terus mengembalikan borang berkenaan kepada pegawai JPA yang
terbabit. Dengan sabar saya menanti sehinggalah saya dipanggil sebagai calon ke-11
daripada 12 orang calon sekitar jam 12.00 tengah hari. Kesemua calon adalah lelaki Melayu
Islam. Kemungkinan besar pegawai JPA mahu memudahkan pengurusan kami
memandangkan kami perlu solat Jumaat hari ini. Saya terus masuk ke bilik temuduga itu
dengan penuh keyakinan.
Kononnya Hati ini siapalah tahu betapa bedebarnya menjalani proses temuduga tersebut.
Kami pun memulakan sesi perkenalan sesama kami. Masing-masing memperkenalkan diri.
Dalam kalangan kami dua belas orang, kira-kira 6 orang calon adalah bekas pelajar SAS
(Sekolah Alam Shah) dan yang lainnya MRSM dan sekolah-sekolah premier. Tampak gayanya,
saya bergerak atas kapasiti hanya seorang bekas pelajar kolej. Haha ! Masing-masing
menyebut nama, asal, pekerjaan ibu bapa dan bidang yang dikehendaki serta negara yang
hendak ditujui. Tiba giliran saya, saya terus dengan yakin menyatakan saya nekad hendak
meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan. Negara pilihan pula ialah United
Kingdom, France dan Australia.
AMBOI BOSSYNYER!
Selesai sesi pengenalan yang boleh dikatakan merupakan pusingan awal pemarkahan
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
5/9
11/5/2016
temuduga, kami terus dengan pantas diberikan pilihan antara dua tajuk berkumpulan.
Pertama, The Benefits of ICT dan The Impact of Reality TV. Apalagi semua mahukan ICT
lah! Pegawai itu berkata ;
ILuvIslam@News
ILuvIslam@Top Blog
Majestic Arabic In Quran
MUSCOM
Qisas
Saiful Islam
Serambi Dakwah
Sis Zabrina
Soal Jawab Agama
Ustaz Zaharuddin
Mengalah je la dengan dia. Pegawai perempuan kan Hehe. Kami diberikan masa untuk
membuat persiapan, menulis hujah-hujah yang akan dibincangkan di atas kertas. Tidak
beberapa lama, perbincangan pun bermula. Mulanya, saya hendak mulakan terus. Tetapi
memandangkan tetiba seseorang telah memulakannya, tidak mengapalah, saya mengalah.
Selesai dia bercakap, terus saya cakap. Gebang..gebang..gebang.. Adalah dalam 5,6 minit.
RERAKAN@TOUT LE MONDE
Saya pun berhenti. Terus orang lain respon. Pegawai itu kemudiannya mengingatkan kami
supaya angkat tangan jika hendak bercakap. Maka, kami pun terpaksalah angkat tangan.
Dah tak boleh main taktik sapa cepat dia dapat! Saya pun angkatlah tangan sampailah ke
akhir perbincangan tetapi pegawai tu langsung tak beri peluang saya untuk bercakap! Argh!
Tensionnya !!!!
Gila Berjalan
Marini A.Rahman, France
Masrudin, France
Nur Amilia
Putri Mahirah
Setelah beberapa lama, maka perbincangan itu pun mulai berakhir. Setiap calon diberikan
peluang untuk membuat kesimpulan. Tiba giliran saya, sambil menyimpulkan perbincangan,
saya turut menyelitkan sedikit sebanyak idea saya yang gagal dilontarkan sebentar tadi.
Alhamdulillah, adalah sedikit respons daripada pegawai berkenaan. Selesai sesi kesimpulan,
maka berakhirlah temuduga berkenaan.
DUNIA MELAYU
SELESAI TAPI.....
Pada hemat saya, semuanya sudah selesai. Tetapi tiba-tiba seorang pegawai itu
mempersoalkan tentang surat beranak bapa saya yang tidak lengkap. Nasib baiklah, salinan
IC bapa boleh dijadikan ganti, kalau tidak alamatnya terlepaslah JPA memandangkan
dokumen-dokumen rasmi yang diperlukan adalah penting bagi sesi pemilihan kelak.
To Erthe
2 years ago
Eje n M anuskrip
Khidmat Nasihat DBP
Selepas itu, saya terus pulang ke rumah ibu saudara saya di Sepang selepas solat Jumaat.
Terus-terang saya katakan temuduga JPA inilah yang paling meletihkan dan merisaukan
saya. Sudah pasti dengan persembahan saya tadi, harapan saya tersangatlah tipis untuk
mendapat tajaan JPA. Saya hampir-hampir putus asa. Tetapi, bagaikan suatu penawar,
tiba-tiba suatu malam saya bermimpi saya memperoleh biasiswa JPA berkenaan. Bangun
saja dari tidur terus saya ketawa bersendirian. Saya kini kian optimis dan berserah sahaja
segala-galaNya kepada Yang Maha Kuasa.
MARI KLIK !
BILE SOLAT?!
Go
Saya pernah mencuba ketika musim SPM. Ketika itu, saya tersangatlah buntu akan subjek
Biologi kerana saya yang pada asasnya sememangnya tidak minat dengan subjek berkenaan
merasakan terlampau banyak subtopics yang perlu ditelaah. Kemudian, saya melakukan solat
hajat 12 rakaat mohon hidayah dari Allah s.w.t. Alhamdulillah, apa yang saya telaah
soalannya seakan-akan sama! Syukur pada Tuhan.
BILE TARIKHNYER?
November 2016
Powered By:
www.islamicfinder.org
(www.islamicfinder.org)
Sun
Mon
Tue Wed
6
6
13
13
20
20
27
27
2
1st
2
7
8
9
7
8
9
14 15 16
14 15 16
21 22 23
21 22 23
28 29 30
28 29 1st
Teringat pesanan Ustaz Abdul Latif Hashim tentang solat hajat 12 rakaat. Katanya, jika kita
terlampau memerlukan sesuatu, seelok-eloknya laksanakanlah solat hajat 12 rakaat. Dia
pernah bercerita ketika dia terpisah dari isterinya di Masjidil Haram ketika menunaikan haji,
dia bingkas melaksanakan solat hajat 12 rakaat. Alhamdulillah, setelah melaksanakannya
dengan kuasa Allah, ketemu kembali isterinya sebaik sahaja sejurus selepas selesai dia
melakukan solat berkenaan.
Thu
Fri
Sat
3
3
10
10
17
17
24
24
4
4
11
11
18
18
25
25
5
5
12
12
19
19
26
26
Atas sebab itulah, sekali lagi pada malam itu saya laksanakan solat hajat 12 rakaat. Dengan
kuasa Allah, sebaik selesai sahaja salam rakaat yang terakhir, handset saya berdering. Saya
bingkas menjawabnya. Saudara Izul rupanya. Alhamdulillah dia berjaya mendapat biasiswa
JPA dalam bidang perubatan. Lantas, dia menawarkan khidmat untuk memeriksa keputusan
saya memandangkan saya tidak mempunyai talian internet di rumah buat masa kini. Lantas
dia meletakkan telefon. Dia terus memeriksa status keputusan saya. Saya berdebar
menanti. Kemudian, handset berdering lagi.
VISITOR(S) ONLINE
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
6/9
11/5/2016
Ayah dan mak kerana terlalu banyak berkorban untuk Zaim; Mak Tok kerana banyak berdoa
dan menenangkan minda; Auntie Lina, Uncle Azhar, Mak Ngah Ijah, Mak Uda dan Mak
Lang kerana banyak membantu dan mencari jalan; Mak LangSaudara Rafizi Ramli 94
kerana terlalu banyak memberikan tunjuk ajar berkenaan soal biasiswa dan pengajian luar
Negara; Saudara Faizurin, Saudara Kenoe dan Saudara Allan kerana memberikan
sokongan yang tidak berbelah bagi; Saudara Zulhilmi Jamaludin kerana banyak meramalkan
kejayaan saya dan kerana itu dia kata, tak yah risau; Saudara Hafizuddin kerana banyak
berkongsi masalah dan pengalaman; Ahli-ahli Guild yang lain yang memahami; Cik Aini
pegawai JPA yang memang saya hormati atas keramahan dan kemesraan semasa proses
rayuan; pegawai-pegawai JPA yang mesra membantu semasa proses rayuan dan temuduga;
guru-guru yang banyak memberikan sokongan, Cikgu Umi, Cikgu Azmi Ghani dsb; adikadik yang meriangkan hari-hari saya dan seluruh kenalan di serata pelosok negeri, TERIMA
KASIH ! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa anda !
p/s : I got JPA scholarship under engineering program to US. A year in INTEC for the
American Degree Foundation Program (ADFP), 2 years also in INTEC for American Degree
Program (ADP) and 2 years for First Degree in US. Well, perhaps its quite late to go to
overseas as compared to others. Whatever it is, what the most important for me is finally I
managed to get that scholarship and managed to further my studies overseas. Alhamdulillah
! Besides, recently I got UEM scholarship to do economics to either UK or Australia. Will
complete my A-Level at KYUEM for 2 years. And because of that, I declined JPA and
accepted the UEM because my inclination has been always to do economics. Hehe ! Wala !
p/s : It was written long time ago and it's recently published~
ImageChef.com
- Custom
comment codes
for MySpace,
Hi5, Friendster
and more
6 comments:
caliphkaai said...
waduh
panjang sekali cerita.
terima kasih kerana perkongsianmu,
akan rahsia solat hajat 12 itu.
Sunday, April 20, 2008 2:03:00 PM
Sanza said...
scholarship is not a game of luck. u dream about it, u work hard for it, and thats why its
yours.
congratulations again - it has been 2 years since the scholarship pursuit. how time flies.
p/s - still remember the day u introduced rafizi ramli and nik nazmi to me. they made
differences in my life. and so did u.
BLOG ARCHIVE
2010 (13)
2009 (18)
ain said...
2008 (58)
salam
what a meaningful stories
i'm one of this year jpa cnddates
and i'm really worried bout that
intrview 2 dlm dua2 bhs ke???
anyway
thx 4 sharing ur xperience
really help me lot
and da secret of solat hajat 12 rakaat
hope u'll owez success in ur life
and may Allah bless ur life
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
7/9
11/5/2016
Anonymous said...
Anonymous said...
salam..thank sudi pengalaman awk tu..
sy skrg xdpt biasiswa jpa..but now tgh usahakan wt rayuan utk biasiswa tu..
Sujud Syukur
Satu Tapak Lawan Seribu "Steps"
6 April - 13 April (2)
30 March - 6 April (2)
23 March - 30 March (2)
abe ta said...
Assalammualaikum..
sy rusila..pelajr uthm,johor..
maaf seribu kali maaf kerana sy mganggu dn mgambil masa saudara..
Newer Post
Home
Older Post
FOLLOWERS
HIDUPKAN SIS!
Follow
Senyum-Itu-Sedekah (=
SEARCH THIS BLOG
Search
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
8/9
11/5/2016
http://zaimthinks.blogspot.my/2008/04/biasiswa-jpa-suatu-perjalanan.html
9/9