Anda di halaman 1dari 9

MASTER OF APPLIED SHARIAH

(MHSA)

STATISTIC FOR SOSIAL SCIENCES


FPI 7023

TUGASAN PERTAMA:
Tugasan individu ini harus diserahkan secara atas talian (online) dalam schoology selewat-lewatnya
tepat pada jam 12 tengah malam 16 Oktober 2016. Jawapan harus menggunakan font jenis Arial
bersaiz 11 dengan spacing before 0 pt, after 0 ptdan1.5 lines spacing.
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan


i)
Statistik
ii)
Analisisstatistik
iii)
Statistik diskriptif atau perihalan
iv)
Statistik inferensi atau aruhan
v)
Statistik berasaskan komputer.
2. Menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana statistik dapat
membantu anda dalam kajian yang berkaitan dengan sains sosial.
3. Nyatakan maksud populasi, sampel dan pembolehubah
4. Apakah populasi, sampel dan pemboleh ubah bagi pernyataan kajian di bawah:
i)
Satu kajian dijalankan untuk menguji keberkesanan teknik baru pengajaran subjek-subjek
di peringkat SPM sesebuah negeri di Malaysia.
ii)
Satu kajian dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan computer bagi pelajar-pelajar
sekolah rendah di negeri Perak.
5.
Nyatakan maksud data dan bagaimana sumber data dapat diperoleh.
6.
Huraikan satu persatu tentang tahap ukuran (measurement level) sesuatu data dengan
member contoh-contoh yang sesuai.
7.
Mengapakah tahap ukuran sesuatu data penting sebelum sesuatu analisis statistik dapat
dijalankan.
8.
Apakah beza di antara data selang/ interval dan data nisbah/ ratio.

PENSYARAH:

DR. SEZALI BIN MD DARIS

OLEH:

MUHAMMAD BIN MAKTAR

S15200181

FPI 7023/8023 TUGASAN 1


Tugasan individu ini harus diserahkan secara atas talian (online) dalam
schoology selewat-lewatnya tepat pada jam 12 tengah malam 16 Oktober 2016.
Jawapan harus menggunakan font jenis Arial bersaiz 11 dengan spacing before 0
pt, after 0 ptdan1.5 lines spacing.
2.
vi)
vii)
viii)
ix)
x)

Apakah yang dimaksudkan dengan


Statistik
Analisis statistik
Statistik diskriptif atau perihalan
Statistik inferensi atau aruhan
Statistik berasaskan komputer.

5. Menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana statistik dapat


membantu anda dalam kajian yang berkaitan dengan sains sosial.
6. Nyatakan maksud populasi, sampel dan pembolehubah
7. Apakah populasi, sampel dan pemboleh ubah bagi pernyataan kajian di bawah:
iii)

Satu kajian dijalankan untuk menguji keberkesanan teknik baru pengajaran


subjek-subjek di peringkat SPM sesebuah negeri di Malaysia.

iv)

Satu kajian dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan computer bagi


pelajar-pelajar sekolah rendah di negeri Perak.
5.

Nyatakan maksud data dan bagaimana sumber data dapat diperoleh.

6.

Huraikan satu persatu tentang tahap ukuran (measurement level) sesuatu

data dengan member contoh-contoh yang sesuai.


7.

Mengapakah tahap ukuran sesuatu data penting sebelum sesuatu analisis

statistik dapat dijalankan.


8.

i)

Apakah beza di antara data selang/ interval dan data nisbah/ ratio.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan


Statistik

Statistik adalah teknik dan kaedah untuk penyelidik mengumpul, mengelas,


meringkas, menyusun, menganalisis dan menginterpretasi data kuantitatif.
Contoh: a. Statistik penduduk adalah kumpulan angka-angka yang berkaitan
dengan masalah penduduk.
ii)

Analisis statistik
Analisis statistic melibatkan pengumpulan dan meneliti setiap sampel data
dalam satu set item dari sampel yang boleh didapati. sampel A, dalam statistik,
adalah pemilihan wakil diambil daripada jumlah populasi.

iii)

Statistik diskriptif atau perihalan


Statistik deskriptif, memerihalkan cirri sesuatu sampel,
Merumuskan dan menyusun bilangan data yang banyak.

iv)

Statistik inferensi atau aruhan


Satu kaedah untuk membuat keputusan atau penganggaran mengenai populasi
berdasarkan keputusan yang didapati daripada sampel.

v)

Statistikberasaskankomputer.
Menggunakan perisian SPSS dengan memasukan data mentah kedalam perisian
tersebut.
Kaedah lain menggunakan perisian seperti EXCEL dan lain-lain program. Walau
bagaimanapun

penggunaan

SPSS

lebih

sesuai

untuk

menyisihkan

dan

mengumpul maklumat dalam sains social.


2. Menggunakan

contoh-contoh

yang

sesuai,

bincangkan

bagaimana

statistik dapat membantu anda dalam kajian yang berkaitan dengan


sains sosial.
Contoh kajian melibatkan sains sosial: Penguasaan murid tahun 6 terhadap
bacaan al Quran di seluruh sekolah rendah Pulau Pinang. Statistik digunakan
untuk menganggar jumlah murid yang boleh menguasai al Quran, sekolah yang
cemerlang penguasaan al Quran dikalangan muridnya, factor kelemahan murid
dalam menguasai al Quran, kawasan yang ramai murid menguasai al Quran dan
lain-lain.

Secara umumnya statistic dapat membantu dan mentafsirkan data-data


yang dikumpul melalui penyelidikan tersebut. Statistik juga dapat memenuhi
keperluan penyelidikan kerana ia membincangkan aspek yang penting dalam
penyelidikan seperti menguji hipotesis, pengambilan sempel, ujian-t, keboleh
pecayaan dan lain-lain.

3. Nyatakan maksud populasi, sampel dan pemboleh ubah


Populasi
Keseluruhan objek,

individu atau

ukuran yang

menjadi tumpuan

dalam

penyelidikan. Banci merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul


maklumat daripada keseluruhan populasi yang dikaji.
Sampel
Merupakan satu subset atau sebahagian daripada populasi. Kaedah pengambilan
sampel dikenali sebagai persempelan.
Pemboleh Ubah
Merupakan cirrian atau fenomena yang mempunyai nilai yang berbeza dan
menjadi tumpuan dalam kajian. Terbahagi kepada 2 iaitu pemboleh ubah
kunatitatif dan kualitatif.

4. Apakah populasi, sampel dan pemboleh ubah bagi pernyataan kajian di


bawah:
i)

Satu

kajian

pengajaran

dijalankan

untuk

subjek-subjek

di

menguji
peringkat

keberkesanan
SPM

teknik

sesebuah

baru

negeri

di

Malaysia.
Populasi
Murid peringkat SPM yang mengambil subjek tersebut di sesebuah negeri di
Malaysia
Sampel
Beberapa orang murid daripada beberapa buah sekolah dipilih untuk menjadi
sampel
Pemboleh ubah

Contoh pemboleh ubah untuk kajian ini seperti jantina murid yang mengambil
SPM, jenis sekolah yang terlibat, lokasi sekolah Bandar atau luar Bandar dan lainlain.
ii)

Satu kajian dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan computer


bagi pelajar-pelajar sekolah rendah di negeri Perak
Populasi
Murid-murid sekolah rendah di negeri Perak
Sampel
Beberapa orang murid daripada beberapa buah sekolah dipilih untuk menjadi
sampel
Pemboleh ubah
Contoh pemboleh ubah untuk mengetahui tahap pengetahuan komputer,
kedudukan

sekolah Bandar atau luar bandar, tahap kemampuan keluarga

untuk menyediakan komputer, persekitaran, jantina murid, kelas murid perdana,


sederhana atau akhir, jantina murid dan lain-lain.

5. Nyatakan maksud data dan bagaimana sumber data dapat diperolehi.


Data
Data ialah kumpulan infomasi yang diperolehi daripada suatu pengamatan,
berupa angka, lambing atau sifat. Things know or assumed, bermaksud data itu
sesuatu yang diketahui atau dianggap. Data juga dapat memberikan gambaran
tentang sesuatu keadaan atau persoalan.

Data juga boleh dikatakan sebagai

sekumpulan

diperolehi

infomasi

atau

nilai

yang

daripada

pengamatan

(observation) daripada sesuatu objek. Data yang baik adalah data yang boleh
dipercayai kebenaranya (realible).
Sumber data diperolehi
Sumber data terbahagi kepada dua.
1) Data primier

Data yang diperolehi dari sumber yang pertama atau peneliti dengan cara
langsung. Contoh: data yang diperolehi dari responden melalui teknik questioner,
kelompok focus kajian, panel dan data hasil wawancara peneliti.
2) Data Sekunder
Data yang didapati dari sumber yang sedia ada. Contoh: catatan, dokumentasi
dari perniagaan, akaun gaji dari perkilangan, laporan bentangan bajet, majalah
dan lain-lain.

6. Huraikan satu per satu tentang tahap ukuran (measurement level)


sesuatu data dengan member contoh-contoh yang sesuai.
Data kuantiat boleh dibahagikan kepada 4 jenis,
i)
ii)
iii)
iv)

Nominal
Ordinal
Sela
Nisbah
Data nominal
Nominal adalah skala yang paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling
rendah. Skala ini mengketegorikan pemboleh ubah bedasarkan persamaan dan
seterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah tersebut. Contoh: jantina
1 lelaki 2 perempuan. Nilai nombor diberikan bukan bermaksud lebih kecil atau
besar, iahanya melambangkan kategori jantina.
Data ordinal
Ordinal ialah skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau peningkatan.
Data ordinal boleh disusun sama ada daripada terendah kepada yang tertinggi
atau daripada yang terlemah kepada yang cemerlang, nombor yang diberikan
daripada yang baik kepada kurang baik, kedudukan, gred, jawatan adalah contoh
data ordinal. Contoh yang lain seperti murid mendapat markah 100% lebih baik
daripada murid yang mendapat markah 50% atau boleh sahaja member gred
seperti A,B,C,D dan E kepada tahap pencapaian murid-murid.
Data sela

Skala sela ini mempunyai cirri peningkatan dan mempunyai perbezaan unit sela
yang sama nilai. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara kategori dan
ia boleh menunjukan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh
ukuran bersekala sela ialah markah pencapaian murid katakanalah nilai A= 10080, B= 79-60, C= 59-40, D=39-20, E 19-0, katakanlah pelajar A mendapat 90
dan pelajar B mendapat 75, perbezaan 15 markah. Jika pelajar C mendapat 60
markah dan D mendapat 45 markah perbezaannya juga 15 markah. Kita boleh
kata perbezaan pelajar A dengan B dan C dengan D adalah sama. Kita tidak
boleh katakan kepandaian pelajar A dua kali ganda pelajar D walaupun A
mendapat 90 markah dan D mendapat 45 markah. Sekiranya seorang murid
mendapat 0 markah tidak bererti dia tiadak pandai kerana nilai sifar (0) ini bukan
mutlak hanaya sebagai pemulaan ukuran sahaja.
Nisbah
Skala nisbah ialah skala yang mempunyai semua ciri-ciri data dan juga mutlak.
Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah mutlak. Jarak, berat dan wang adalah
contoh data bersekala nisbah. Contoh: Jarak 6 km adalah sekali ganda 3km.

7. Mengapakah tahap ukuran sesuatu data penting sebelum sesuatu


analisis statistic dapat dijalankan?
Tahap ukuran sesuatu data penting sebelum sesuatu analisis statistic dapat
dijalankan penting kerana jika tahap ukuran salah akan mengakibatkan kajian
menjadi salah. Ini kerana pada tahap ini penyelidikakan memilih jenis kaedah
yang sesuai dengan kehendak kajian.

8. Apakah beza di antara data selang/ interval dan data nisbah/ ratio.
Skala Interval/ selang
Data yang boleh disusun mengikut tertib tetapi perbezaan nilai tidak dapat
ditafsirkan Nilai sifar 0 bukan titik permulaan
Contoh: Suhu
Skala Ratio/ Nisbah

Data yang disusun mengikut tertib akan bermula dengan sifar 0


Contoh: Tinggi Badan, Berat Badan, Umur, Halaju kereta

Anda mungkin juga menyukai