Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS PENGENALAN KEMAHIRAN

BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs)
adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran
sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT
bermula Januari 2013.
APA ITU KBAT /DEFINISI
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.
TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan
mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
TEKNIK PENYOALAN SOALAN BERKESAN
1. Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)
5. Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)
6. Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)
KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN
1. Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama
2. Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri
3. Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas

4. Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal


5. Tanya soalan yang tidak ada kaitan
6. Selalu tanya jenis soalan yang sama
7. Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan
http://abaidi.blogspot.com/2014/04/kemahiran-berfikir-aras-tinggi-kbathots.html

PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah
Kemahiran Berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan
semula jadi. Kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyai
kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.
Manusia yang tidak menggunakan kemahiran berfikir tidak dapat menyelesaikan
masalah walaupun masalah yang sangat mudah.

PENDAPAT TOKOH-TOKOH
(1) George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah
dan pelakuan semula jadi yang kompleks.
(2)Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran
lateral yang membawa lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk
menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan
pelbagai perspektif bagi maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,
malahan juga berfikir untuk melihat sesuatudengan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah.
(3)Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasioperasimental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang
yang bertujuan menyelesaikan masalah.
(4) Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang
digunakan dalam proses membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah.
Oleh itu pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna
dan dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuatpertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif


terhadap proses yang dialami.....(Nordin Tahir PIPP)
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higherorder thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk
menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku
apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya
dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk
menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan
membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras
Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk
menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai
pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktivitiaktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran
asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985).
Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar
melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks.
Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran
di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga

mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan.


Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di
mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji
secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah
pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara
berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan ideaidea mereka secara berkesan.
Peranan guru dalam kbat

Tahap kemahiran teratas

Anda mungkin juga menyukai