Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Kata Kerja?

Perkataan yang menggambarkan perbuatan yang dilakukan orang/binatang.


Contoh:

Berjalan

Makan

Membaca

Benda yang tidak hidup boleh bekerja?


Boleh. Misalannya, lampu bernyala atau angin meniup

Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal Kata Kerja?


Cuba memberi Kata Bantu pada perkataan itu seperti sudah, masih dan sedang

Kata Kerja Aktif


Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i.

Contoh:

Mencari

Menjalani

Menggerakkan

Contoh Ayat:

i. Samad membaca buku. (Ayat Aktif)

Samad Pelaku

(Penyambut) membaca apa? = Buku

ii. Siti suka menaiki basikal.

Siti Pelaku

(Penyambut) Menaiki apa? = Basikal

Kata Kerja Pasif


Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata Kerja yang mengandungi imbuhan di.

Contoh:

Dicari

Dijalani

Digerakkan

Contoh Ayat:

i. Buku dibaca oleh Samad. (Ayat Pasif)

Apa yang dibaca oleh Samad? = Buku

Buku itu dibaca oleh? = Samad

ii. Basikal telah dinaiki oleh Siti. (Ayat Pasif)

Apa yang dinaiki oleh Siti? = Basikal

Basikal itu dinaiki oleh? = Siti