Anda di halaman 1dari 2

Seperkara lagi, remaja juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan

negara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani
berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang
terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih
dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis.
Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal
tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang
padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka.
Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu
disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai
bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya
menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan
tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.
Al-Qur'an sebagai panduan lengkap hidup manusia ada menyebutkan ciri-ciri dinamik
seperti bertenaga, cergas dan bersegera mengerjakan kebaikan. Firman Allah Subhanahu
Wata'ala dalam Surah Al Mu'minuun ayat 57 - 61, tafsir-Nya:
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa berhati-hati kerana takut kepada Tuhan
mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhan mereka (AlQur'an). Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka dengan sesuatu
yang lain. Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan seperti
zakat, sedekah dan amalan-amalan soleh yang mereka kerjakan, sedang hati mereka
takut kalau-kalau amalan mereka itu tidak diterima kerana mereka tahu bahawa mereka
akan kembali kepada Tuhan mereka. Mereka yang bersifat demikian itulah yang sentiasa
bersegera dalam mengerjakan kebaikan-kebaikan dan merekalah orang-orang yang
lebih dahulu memperolehinya.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 148, tafsir-Nya:
Dan bagi tiap-tiap umat itu ada kiblat di hadapannya, maka berlumba-lumbalah kamu
untuk mengerjakan kebaikan. Di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan
menghimpunkan kamu semua pada Hari Kiamat untuk menerima balasan. Sesungguhnya
Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Inovasi dan kreativiti merupakan asas utama dalam mencapai urus tadbir dinamik dan
membina usaha bagi peningkatan ekonomi dan proses pembangunan negara. Pekerja
yang berilmu kreatif dan inovatif mempunyai kekuatan, ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam merancang sesuatu secara sistematik dan strategik.
Mereka juga hendaklah mempunyai daya saing yang tinggi dengan mengambil segala
peluang yang ada dalam mengeluarkan penghasilan yang lebih inovatif dan baik.

Sesungguhnya pemikiran yang inovatif, akan membawa organisasi lebih ke hadapan,


dengan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada dengan optima.
Dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan kreativiti, kita perlulah berwaspada akan
kemudaratan sekiranya pembangunan tersebut tidak mengambil kira akan budaya dan
agama dalam mengawal aktiviti inovasi. Seharusnya seimbang dengan lingkungan ibadah
kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Nilai dan rukun akhlak adalah perkara yang penting dalam pengurusan sesebuah negara
untuk mengawal diri terjadinya unsur-unsur negatif seperti jenayah kolar putih,
penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan seumpamanya. Oleh itu, nilai-nilai yang
luhur hendaklah diterapkan dalam diri kita seperti sifat jujur, amanah, beriltizam, sabar,
bermuafakat dan sebagainya.
Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang
transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai
kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga
pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman
pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan
masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran
murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran
kehidupan sebenar.