Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Pada abad ke-7 masishi, Agama Islam telah dipercayai diperluaskan ke


nusantara dan antaranya ialah ke tanah melayu. Terdapat banyak teori yang
tercatat mengatakan cara kedatangan islam ke tanah melayu.Pandangan
yang paling dipercayai adalah datangnya islam melalui penyebaran oleh
pedagang dan pendakwah dari Asia barat ke Negara China. Sebelum
kedatangan islam, penduduk setempat mengamalkan amalan animism iaitu
agama yang menyembah alam.Mereka percaya setiap tumbu-tumbuhan,
pokok, gunung-ganang dan apa-apa sahaja yang menakjubkan adalah tuhan.
Keadan ini berubah selepas datangnya islam yang membawa konsep tauhid
dengan menafikan kewujudan tuhan yang banyak. Konsep yang dibawa oleh
islam menarik minat penduduk setempat. Sejak kedatangan islam, amalan
yang bertentangan dengan akidah dielakkan secara beransur-ansur dalam
kehidupan masyarakat tanah melayu. Kemudian, agama islam mula
berkembang dengan lebih pesat apabila terdapat beberapa buah kerajaan
islam yang muncul di Perlak dan Pasai di persekitaran Selat Melaka pada
abad ke-13 masihi.

Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 masihi, pengaruh agama


Hindu-Buddha yang telah lama bertapak berkurangan secara beransur-ansur
setelah agama islam mula tersebar ke seluruh kepulauan melayu . Proses
islamisasi telah berlaku di setiap bidang-bidang di tanah melayu termasuklah
undang-undang, sosio-budaya dan politik.Sejak daripada itu, islam
merupakan agama yang paling banyak dianuti di tanah melayu. Perubahan

dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah


menghayati nilai-nilai akhlak islam dalam kehidupan yang terangkum dalam
adab-adab kehidupan mereka seperti adab makan, adan berbahasa, adab
berpakaian dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai