Anda di halaman 1dari 3

SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Saya ____________________ dari Tahun Dua akan menyampaikan
cerita bertajuk Semut dengan Burung Merpati. Suatu hari semut minum di tepi
sungai. Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas.
Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu dia ternampak semut yang
hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke arah semut. Semut terus
memanjat daun itu dan berterima kasih kepada burung merpati kerana
menyelamatkannya.
Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak seorang pemburu. Semut
sangat risau kerana pemburu itu hendak menembak burung merpati. Tanpa
membuang masa semut terus memanjat kaki pemburu itu dan menggigitnya.
Pemburu itu menjerit kesakitan, Aduh! Jeritan pemburu itu telah menyedarkan
burung merpati. Merpati terus terbang apabila melihat pemburu di situ. Sambil
terbang, burung merpati memandang ke arah semut dan mengucapkan terima
kasih kerana menyelamatkannya. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah
budi baik akan dibalas dengan kebaikan juga. Sekian, terima kasih.

Anjing Yang Tamak Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun Dua akan
menyampaikan cerita bertajuk Anjing Yang Tamak. Pada suatu pagi, Sang Anjing
pergi mencari makanan. Sang Anjing terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat
gembira. Sang Anjing menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera beredar dari
situ. Sang Anjing lalu di atas sebatang titi. Tiba-tiba Sang Anjing terpandang
bayangnya sendiri di dalam air. Sang Anjing
1. 4. menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang Anjing ingin
merampas tulang itu. Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang
digonggongnya jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat menyesal.
Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah bayang-bayangnya sendiri. Itulah
akibatnya jika tamak. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah
janganlah sekali-kali mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak boleh
membawa kerugian. Sekian, terima kasih.
2. 5. PENGGEMBALA DENGAN SERIGALA Selamat pagi saya ucapkan
kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
_______________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk
Penggembala dengan Serigala. Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki
yang suka menipu. Setiap hari dia menggembala kambing di puncak bukit.
Suatu hari dia berasa bosan. Dia terfikir hendak menipu orang kampung.
Dia pun menjerit, Tolong! Tolong! Serigala! Penduduk kampung terdengar
jeritan lalu membawa senjata untuk membantu. Apabila mereka sampai di
bukit, budak itu terus ketawa terbahak-bahak, Ha! Ha! Ha! Kamu semua
tertipu! Mereka pulang dengan perasaan marah.
3. 6. Beberapa hari kemudian, penggembala itu menjerit meminta tolong lagi.
Tolong! Tolong! Serigala! Sekali lagi penduduk kampung pergi
menyelamatkan budak itu. Tetapi mereka tertipu lagi. Suatu hari, seekor
serigala muncul dan membaham kambing budak itu. Dia menjerit meminta
tolong dengan kuatnya. Penduduk kampung terdengar jeritan itu tetapi
mereka tidak mempedulikannya. Akhirnya, semua kambing penggembala itu
habis dimakan oleh serigala. Dia sangat menyesal di atas perbuatannya
dahulu. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang suka

menipu tidak akan dipercayai walaupun dia berkata benar. Sekian, terima
kasih.
4. 7. SINGA DENGAN TIKUS Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun
Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Singa dengan Tikus. Suatu hari,
cuaca agak panas. Singa sedang berehat di bawah sepohon pokok. Seekor
tikus tiba-tiba masuk ke bawah pokok lalu terlanggar singa hingga
terkejut. Singa sangat marah lantas menengking tikus sambil menuding
kukunya ke arah tikus. Tolong jangan makan saya, Tuanku! rayu tikus.
Maafkan saya! Saya akan membalas budi Tuanku suatu hari nanti. Singa
tersenyum sambil menyindir, Tubuh sekecil ini ingin menolong Beta.
Baiklah, kamu boleh pergi.
5. 8. Suatu hari ketika merayau-rayau, tikus terdengar ngauman singa. Dia
segera berlari ke dalam hutan. Dia ternampak singa terperangkap di dalam
jaring. Sabar, sabar. Saya akan lepaskan Tuanku, kata tikus. Si tikus
mula menggigit jaring itu dengan giginya yang kuat untuk menebuk lubang
besar. Akhirnya, singa berjaya melepaskan diri. Terima kasih, tikus. Kamu
memang hebat, puji singa. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah
orang yang hebat juga ada kelemahannya dan turut memerlukan
pertolongan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai