Anda di halaman 1dari 6

Kisah Nabi Luth Alaihissalam

Assalamualaikum warah matullah hi wabaraka tuh..


Terima kasih tuan pengerusi majlis,
Barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru-guru dan rakan-rakan sekelian..
(Pantun)
Kota Habsyah Nampak berbalam,
Cahaya menyinar makam junjungan,
Inilah Kisah Dakwah Nabi Luth alaihis salam,
Cerita benar,bukan dongengan..
Nabi Luth adalah saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya bernama
Hasan b Tareh.Nabi Luth diutuskan oleh Allah ke daerah Sadum
sebuah daerah di mana penduduknya sangat derhaka kepada
Allah.
Bismillah hir rahma nir rahim

(Surah As Syuara ayat 162-163)


Ertinya : Sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutuskan
kepadamu maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah
kepadaku.
Kawan-kawan,
Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mentaati rukun Negara
supaya Malaysia tidak berada dalam keadaan bergolak tanpa
ada jalan perdamaian.
Ya Allah,amankanlah Negara Malaysia ini.Aaminn

(Nazam)
Kaum Sadum rendah dari segi moralnya
Kemungkaran dalam pergaulan bermaharaja lela.
Homoseksual dan lesbian berleluasa
Pencurian harta benda tidak terkira
Malu tiada dalam hati mereka semua
Dinasihati, Nabi Luth diejeknya
Kaum sejenis menjadi pilihan mereka
Perintah Allah tidak diendahkannya
Bismillah hir rahma nir rahim.


(Surah As- syuara ayat 166)
Ertinya: Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh
tuhanmu bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui
batas.
Di Negara barat terutama Negara Amerika Syarikat, mereka
telah menghalalkan hubungan sejenis ini dan mereka hidup
sebagai pasangan suami isteri.
Jangan terikut cara hidup kebaratan mereka ini kawan-kawan
kerana Allah telah menjadikan lelaki dan perempuan hidup
berpasang-pasangan untuk melahirkan zuriat yang beriman.
2

Masya Allah..takutlah kita dengan azab Allah ya kawankawan


Nabi Luth sentiasa diejek dan dihalau oleh kaumnya. Mereka
dinasihati supaya takut pada siksaan Allah dan berhenti
melakukan kemungkaran.Isteri Nabi Luth juga termasuk dalam
golongan mereka yang mungkar ini. Tetapi baginda tetap
bersabar dan terus berdakwah hingga bertahun-tahun lamanya
walaupun hanya sebahagian kecil pengikut baginda.
Bismillah hir rahma nir rahim.

(Surah Al-Qamar ayat 33)
Ertinya: Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman
Nabinya
Kawan-kawan,
Setiap pelajar mesti mempunyai sifat sabar yang tinggi dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam
pelajaran.
Berkat kesabaran dan kesungguhan, Muqarrabin, pendaki dari
Malaysia telah berjaya menawan puncak gunung Everest.
Alhamdulillah..
(Nasyid.. irama sepohon kayu)
Diutus malaikat ke rumah luth di suatu malam
Menyamar sebagai pemuda yang tampan
Di dengar kaum Sadum, hati tak keruan

Bergegas mereka tanpa malu segan


Bersama nafsu yang tidak keruan
Kepada kaum sejenis tanpa ditahan

Allah
Tidak berdaya Nabi Luth untuk menghalang kaumnya yang
terlalu keji sifatnya.
Bismillah hir rahma nir rahim.


(Surah Hud ayat 81)
:Maksudnya
Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu
sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu sebab
itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu di
akhir malam.
Hadirin hadirat,
Sebagai umat manusia,kita mestilah ada perasaan malu kerana
malu itu separuh daripada iman.
Di dada-dada akhbar setiap hari banyak dipaparkan kejadian
tangkapan khalwat,zina yang semakin berleluasa dilakukan
tanpa segan silu oleh para pemuda pemudi kita.
Masya Allah.apa nak jadi masyarakat kita.
Dengan tidak berlengah,kawan-kawan nabi Luth bersiap sedia
dengan orang beriman untuk meninggalkan daerah Sadum
seperti yang di arahkan oleh malaikat tersebut.
4

Apabila mereka telah berada di satu kawasan yang jauh dari


daerah Sadum,suatu gempa bumi yang dahsyat berlaku
sehingga bumi diterbalikkan dan diikuti dengan hujan batu api
yang membakar dan memusnahkan kaum Sadum dan segala
apa yang ada di daerah tersebut.
Akhirnya,daerah Sadum menjadi sunyi sepi tanpa penghuninya
lagi.
Bismillah hir rahma nir rahim..

(Surah Al-Qamar ayat 39)
Ertinya: Maka rasakanlah azabku dan ancaman-ancaman ku
Kawan-kawan,
Setiap segala kejahatan yang dilakukan di dunia ini akan dibalas
dengan azab yang pedih.Oleh itu,banyak melakukan perkara
mahmudah daripada perkara mazmumah.
Insya Allah hidup kita akan bahagia selamanya.
Kita tidak mahu seperti Negara Amerika Syarikat yang selalu
ditimpa malapetaka seperti putting beliung dan taufan yang
merosakkan Negara mereka kerana banyak berlaku
kemungkaran di dalamnya.
Bismillah hir rahma nir rahim

(Surah As-Syuara ayat 30)


5

,Ertinya
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau
bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu
.lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa

(Nasyid .. irama 1 Muharram)


Hanya Allah yang wajib disembah
Menipu timbangan sangatlah salah,
Kisah Nabi Luth tamatlah sudah
Sebagai Panduan sekelian Ummah
Sekian,
Wabillah hi taufik wal hidayah,wassala
mualaikum,warahmatullah hi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai