Anda di halaman 1dari 2

Isu Kasta & Untouchable

Petikan Daripada 10 Questions People Ask About Hindusm


Majalah Antarabangsa Hinduism Today

Kasta adalah pengelasan masyarakat India berdasarkan pekerjaan masingmasing dan diwarisi. Kelas terendah, dianggap haramsentuh (untouchable),
menderita diskriminasi dan penganiayaan. Ini adalah salah di sisi undangundang di India untuk mendiskriminasi, menganiaya atau menghina manamana orang atas dasar kasta.
Kasta, dari perkataan Casta Portugis, yang bererti "kelompok" atau "garis
keturunan," merujuk kepada dua sistem yang terdapat dalam masyarakat
Hindu. Yang pertama adalah Varna, pengelasan masyarakat kepada empat
kelompok: pekerja, peniaga, pemerintah dan imam agama. Yang kedua
adalah jati, di mana ribuan anggota kerja yang mengikuti profesi tunggal
membentuk kesatuan. Anggota jati biasanya menikah dalam jati mereka
sendiri dan mengikuti adat resam yang berhubungan dengan jati
berkenaan. Di kawasan bandar, mereka sering menceburi pekerjaan lain,
tetapi biasanya masih mengatur pernikahan dalam jati sendiri.
Kekayaan, khasnya di kehidupan bandar, sering mengalahkan kasta.
Industrialisasi dan pendidikan telah banyak mengubah sistem jati India
dengan perubahan atau pelenyapan profesi yang pada asalnya jati terbina,
dan membuka pilihan pekerjaan baru. Jati pada ketika ini kurang berfungsi
seperti kesatuan kerja dan lebih merupakan klan keluarga-keluarga yang
terkait. Di bahagian bawah adalah apa yang disebut haramsentuh, yang
melakukan pekerjaan terkotor dan telah banyak menderita seperti orangorang kulit hitam Amerika, yang dibebaskan dari perhambaan hanya 138
tahun yang lalu. Undang-undang yang keras telah diluluskan di India untuk
mengakhiri diskriminasi berdasarkan kasta. Masyarakat Hindu moden
menolak penyalahgunaan kasta dan berusaha memperbetulkan keadaan.
Sama seperti di Amerika Syarikat, ia adalah tugas sukar, yang akan
memakan masa berkurun-kurun lamanya, terutama di kawasan pedalaman.
Orang Hindu sebenarnya disebat dengan rotan yang paling menyakiti iaitu
kasta. Ia diajar sebagai atribut yang mendefinasikan agama Hindu atau
kesilapan maut agama Hindu di sekolah-sekolah Barat. Haramsentuh
sebagai sistem rasmi memeranjatkan orang Barat. Kita dapat ketengahkan
hujah berdasarkan perbezaaan stratifikasi sosial dan masalah diskriminasi
bangsa/kelas.

1/2

Isu Kasta & Untouchable


Petikan Daripada 10 Questions People Ask About Hindusm
Majalah Antarabangsa Hinduism Today

Isu pertama: stratifikasi sosial. India merupakan salah satu daripada
kemanusiaan tertua di dunia. India Telah mengekalkan kesinambungan
budaya dan agama untuk ribuan tahun. Eropah pula, telah melalui
pergolakan untuk millennia lamanya. Namun, seseorang hanya perlu
melangkah ke masa sebelum revolusi industri abad ke-17 untuk bertemu
sistem sosial yang mirip dengan kasta. Masyarakat Eropah maka terdiri
elit tuan tanah (termasuk Raja, kasta turun-temurun yang kekal sampai ke
hari ini), pedagang, tukang-tukang dan golongan petani. Para petukang
membentuk kesatuan iaitu organisasi berdasarkan pekerjaan, berfungsi
sebagai kesatuan tertutup dan monopoli perdagangan. Kesatuan
pertukangan kekal tetap di nama-keluarga masyarakat Barat seperti
Smith, seorang pekerja logam. Ketika itu tiada sistem pendidikan awam,
dan setiap generasi belajar pekerjaan keluarga di rumah masing-masing.
Disebabkan perubahan teknologi yang sedikit, pekerjaan biasanya statik.
Industrialisasi dan pendidikan awam mengubah (tetapi tidak melenyapkan)
sistem kelas ini di Barat, sama seperti perubahan kasta dan jati di India
pada hari ini.
Isu kedua: Diskriminasi bangsa/kelas. Kebanyakan orang India tidak
sedar betapa luas diskriminasi di Barat hari ini. Di Amerika, misalnya,
ratusan ribu hidup miskin dan tunawisma di kota-kota, sebagai golongan
haramsentuh yang sebenarnya. Kota-kota AS lebih dipisah-jarakkan dari
segi ras berbanding sebelum Gerakan Hak Sivil 1950 kerana "orang putih
melarikan diri" ke pinggiran kota. Orang hitam Amerika menerima hukuman
yang lebih keras daripada orang putih Amerika untuk kesalahan yang
sama. Banyak penduduk asli American Indian menetap di paras terendah
masyarakat, miskin dan dibelengu alkohol, tinggal di rizab Indian yang
tandus . Respon pertahanan sebegini yang digelar engkau pun serupa
juga tidak bermaksud kita tidak harus berusaha lebih keras untuk
mengakhiri diskriminasi kasta. Tetapi ia mengingatkan semua orang
bahawa tidak ada mana-mana negara di dunia yang bebas sepenuhnya dari
diskriminasi bangsa.

2/2

Anda mungkin juga menyukai